Jom santai-santai di Kebun Tokwan di Trong, Perak waktu cuti sekolah atau hujung minggu! Haaa… sesekali nak juga beli jiwa anak-anak dengan aktiviti luar rumah.
Tempat ini open untuk Walk In Harian, sampai sini anda boleh mandi sungai dan kolam. Memang best lah dapat berdamai dengan alam semula jadi, rendam tubuh badan yang penat dalam air sekejap, musim panas-panas, anak pun puas hati dapay layan suasana di sini.
Ada Tempat Berkelah
Ads
Nak berkelah atau buat BBQ pun boleh ya. Sesuai nak bawa keluarga besar sebab bayaran masuk pun cuma RM2 seorang untuk harian.
Ads
Jika nak sewa pondok anda kena bayar dalam Rm10 – Rm30. Kemudian kalau rasa nak bermalam di sini pun tak ada masalah. Memang boleh!
Jangan risau dengan cuaca panas sebab ada Chalet berhawa dingin dan tapak camping untuk anda juga.
Nanti datang Perak, cuba anak-anak dan keluarga tersayang ke sini, pasti anda rasa cukup gembira dengan suasananya. Nak-nak kalau dapat tidur semalam, bangun esok masih boleh main air dan berteduh di bawah pokok-pokok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sarawak merupakan kepulauan Borneo yang kaya dengan khazanah alam untuk diterokai. Buat yang pertama kali hendak bercuti ke sana pasti tertanya-tanya apa yang boleh korang buat di negeri terbesar yang ada di Malaysia.
Pemilik blog The Chasing Suns berkongsi 15 aktiviti yang menyeronokkan untuk korang yang pertama kali datang ke Kuching, Sarawak. Makan mee kolok, hiking di Jurassic World dan banyak lagi aktiviti best yang korang boleh explore.
Nak kayo-kayo (makan angin) ke Kuching, ikuti perkongsian ini:
Pada entry kali ini kami akan kongsikan 15 Aktiviti Wajib Buat kalau korang ke Kuching, Sarawak. Ini berdasarkan pengalaman kitorang travel ke Kuching tempoh hari. Harap dapat membantu korang yang tercari cari benda apa yang best nak buat di Kuching , Sarawak ni.
Kopi O Corner terletak di tengah-tengah pekan Kuching dan menjadi port tumpuan pengunjung dan juga penduduk local. Nak tahu kenapa korang kena try makan kat sini? Jawapannya adalah kerana kedai ini berkonsepkan food court, jadi ada pelbagai jenis makanan popular Sarawak di sini. Ada laksa sarawak, mee kolok, nasi lemak, roti canai, nasi goreng dan macam-macam lagi. Dua makanan utama yang menjadi tarikan kami di sini ialah Nasi Goreng Ikan Terubuk dan Nasi Lemak Sapi.
Korang wajib cuba nasi goreng terubuk dekat sini sebabnya kami dah cuba di beberapa kedai lain, memang tak sesedap macam yang kami makan di Kopi O Corner. Untuk makanan signature Sarawak pula iaitu Mee Kolok dan Laksa Sarawak, kami personally lagi suka makan di kedai lain, khususnya yang memang terkenal dengan makanan itu sahaja.
Untuk sampai ke Sarawak Cultural Village, korang perlu ambil kereta sewa sebab destinasi ini terletak di daerah Santubong, kira-kira 40 minit dari bandar Kuching. Harga tiket masuk as of December 2022 ialah RM95 per adult for non-Sarawakian. Kalau nak lagi murah, korang boleh beli tiket siap-siap di klook.com. Jimat RM15, hanya RM80 seorang. Berbaloi ke tak masuk ke Sarawak Cultural Village? Yes, untuk first timers.
Seperti yang kita tahu Sarawak ni kaya dengan budaya dan mempunyai banyak suku kaum. Korang akan berpeluang masuk sendiri ke rumah Orang Bidayuh, Iban dan sebagainya. Ada performance di sebelah pagi dan petang, jangan miss!
Alang-alang sudah ke Kampung Budaya, korang boleh cuba set hidangan masakan tengahari yang terdapat di sini. Makanan yang disajikan memang makanan tradisional suku kaum di Sarawak, unik sangat! Memang tak pernah jumpa makanan jenis ini di Semenanjung. Antara menu wajib yang korang perlu cuba ialah Manok Pansoh, Sayur Midin Belacan, Masak Lemak Labu, Daging Tepus dan Umai. Semuanya sedap-sedap memang kena dengan tekak kita. Kami berempat ambil satu set yang berharga RM55, alhamdulillah cukup untuk 4 orang makan.
Kalau nak rasa pengalaman yang lain daripada yang lain, korang kena cuba stay dekat The Culvert Hotel Resort Kuching. Hotel ini sangat unik kerana korang berpeluang tidur di dalam pembentung. Yang seronoknya, semua facilities dekat sini menarik dan sangat instagrammable. Korang boleh review our full post tentang hotel ini di SINI. Untuk booking hotel ni, korang boleh book dekat Booking.com.
Ini adalah highlight trip kami ke Kuching, sememangnya satu pengalaman epik yang tak dapat kami lupakan. Seumur hidup, kami tak pernah lihat air terjun secantik ini, memang betul-betul membuka mata kami semua melihat alam ciptaan Allah. Untuk sampai ke sini, korang perlu menaiki boat dan hiking lebih kurang satu jam. Kalau nak lebih mudah, boleh ambil guide in advance untuk arrange boat dan guide korang ke atas. Boleh baca separate post saya tentang Bengoh Dam di SINI.
Memang tak sah trip ke Sarawak kalau tak pekena Laksa Sarawak. Korang tak perlu susah-susah nak google dah kedai mana yang ada laksa sarawak paling sedap, inilah tempatnya! Memang puas hati sangat makan laksa sarawak kat sini, yang tak makan laksa pun berjaya habiskan semangkuk.
Untuk menambahkan lagi keunikan trip korang, korang boleh cuba naik bot penambang dari Waterfront ke Kampung Boyan untuk beli kek lapis Sarawak Dayang Salhah dan ikan terubuk masin. Uniknya bot penambang ini ialah kerana ianya dikemudi secara fizikal. Mesra dan ramah pakcik tukang kemudi ni, siap rekemen kepada kami lagi kedai yang murah untuk beli ikan terubuk masin. Bayaran sehala ke Kampung Boyan ialah RM2 seorang.
Alang-alang dah sampai ke Kuching, apa kata korang bergambar di Tugu Kucing ni? Boleh dikatakan one of the most instagrammable places la jugak, kalau orang ramai kena tunggu turn.
Night live dekat Kuching ni boleh tahan juga, very lit! Ramai sangat orang datang lepak area waterfront Kuching ni malam-malam. Korang boleh cross Jambatan Darul Hana sambil tengok pemandangan dari atas yang sangat cantik. Boleh nampak Dewan Undangan Negeri Sarawak yang sangat unik dari segi binaannya bercahaya dari jauh. Design Darul Hana Bridge ni pun sangat unik dan majestic, boleh nampak reflection yang sangat clear dari tasik.
Dalam banyak-banyak kek lapis, kami personally suka kek lapis Sarawak dari Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. Lokasi kedai ni senang ja nak jumpa, tersergam indah di tepi jalan dengan binaan berkonsepkan rumah melayu tradisional. Walaupun harga kek lapis di sini mahal RM3 berbanding kek lapis di Dayang Salhah, tetapi kami personally suka flavour & texture kek lapis di sini, lebih moist dan sedap. Staff dekat sini pun semuanya friendly, kalau korang rajin buat google review, siap boleh dapat free Tebaloi sorang satu.
Negeri Sarawak juga amat sinonim dengan menu Mee Kolok. Ada banyak sangat kedai mee kolok di sekitar Kuching ni. Kami hanya berpeluang makan di salah satu kedai sahaja iaitu Satok Flyover dan alhamdulillah tidak mengecewakan. Antara menu mee kolok yang popular di kedai ini ialah Mee Kolok Sapi.
Perjalanan ke Semenggoh Wildlife Centre dari bandar Kuching adalah lebih kurang 30 minit. Setelah sampai, korang boleh memilih samada nak jalan kaki untuk ke kawasan Orang Utan ataupun naik buggy. Kami memilih untuk naik buggy, kerana jarak ke dalam boleh tahan jauh. Nak tengok orang utan ni bergantung kepada nasib juga, sebabnya orang utan di sini dilepaskan sahaja into the wild. Kalau ada rezeki orang utan ni munculkan diri semasa instructor panggil, boleh la korang tengok aksi orang utan di sini. Alhamdulillah, kami berjaya tengok 4 ekor orang utan di sini!
TopSpot ini adalah medan selera tumpuan yang terletak dalam UTC Kuching, betul-betul berhadapan dengan patung kucing yang selalu jadi port bergambar tu. Ada dua gerai halal di sini iaitu Gerai No. 6 dan Gerai 25. Seafood dekat sini memang sedap dan fresh, tapi korang perlu ada kesabaran yang tinggi sebab orang terlampau ramai. Nak order makanan kena beratur panjang, apatah lagi tunggu makanan sampai, pun lama juga. Lebih kurang sejam lebih juga kami menunggu, namun ini perkara biasa di sini. Apa pun, memang sangat berbaloi makan di TopSpot sebab harga seafood di sini sangat affordable.
Kalau korang nak chill dan lepak dengan kawan-kawan sambil coffeeing, boleh try dekat sini. Surprisingly, bukan kopi je sedap, menu lain pun not bad. Nasi lemak ayam totally recommended!
Ais Krim Gula Apong merupakan antara dessert yang popular di Sarawak. Ramai yang recommend kepada kami untuk cuba makan ais krim ini yang dijual di Waterfront. Cumanya, kat sini selalunya ramai orang. Alhamdulillah, disebabkan hotel kami berhadapan dengan tempat ini sahaja, kami antara orang yang terawal dapat beli ais krim di sini sebaik sahaja kedai dibuka. Kalau korang pergi pada waktu petang atau malam, fuhh memang panjang sangat barisan!
Orait! Itulah 15 Aktiviti yang korang wajib buat kalau korang datang ke Kuching ni especially kepada yang baru first time nak teroka bandar Kuching. Kalau dah banyak kali datang dan ada cadangan lain, boleh suggest dekat bahagian komen di bawah ya! Harap bermanfaat! Thanks for reading. Assalamualaikum!
Jom follow blog kami untuk baca lebih banyak cerita travel kami!
Port homestay ada private pool Ipoh yang menarik nak buat hari keluarga dengan jumlah yang ramai atau reunion bersama kawan-kawan, boleh pilih antara dua tempat best ini.
Mestilah cari yang ada pool, bawa anak-anak kan? Nak bagi diaorang healing bersama saudara-mara, inilah tempatnya.
Dekorasi chalet Dangau Indah Chalet Ipoh yang menggunakan konsep kayu kekampungan ini memang sesuai untuk korang bergambar buat kenang kenangan.
Antara chalet yang ada private pool di Ipoh untuk keluarga yang ramai betul betul depan tempat menginap. Boleh juga nak buat makan makan BBQ sebab disediakan kawasan lapang green carpet, payung dan tempat panggang untuk memudahkan customer yang bercadang nak bercuti beramai ramai ke Ipoh.
Antara kelengkapan yang terdapat di Dangau Indah Chalet ini ialah:
Private Pool
6 bilik tidur berhawa dingin, 12 katil dan 7 bilik air
Wifi percuma
Peti sejuk, microwave, periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk
TV, seterika, tuala mandi, water heater
Dapur (outdoor)
Alamat: No 71, Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Homestay Damai Anggun Villa ini amat sesuai jika ingin membuat event dalam bilangan yang ramai seperti birthday party, family gathering dan reunion bersama kawan-kawan.
Kalau ramai, jangan risau sebab kat sini boleh memuatkan bilangan yang besar antara 5-6 keluarga atau dalam 20 – 30 orang dalam homestay Damai Anggun Villa ini. Yang penting Damai Anggun Villa di Ipoh ni ada private pool untuk keluarga anda berendam.
Antara kelengkapan yang terdapat di Homestay Damai Anggun Villa ini ialah:
Private Pool
5 bilik (3 queen, 1 single, 1 double dacker) semua bilik aircond
Ruang tamu (aircond)
Dapur (outdoor)
Surau
Bbq station
Lorong 2, Jalan Bukit Batu Rapat Kampung Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak, Malaysia
Jadi, atas kehendak anda nak pilih lokasi mana bila sampai Ipoh. Apa yang penting, kedua tempat ini sesuai untuk bawa keluarga yang besar atau plan dengan kawan-kawan tidur bersama. Enjoy!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kek Lok Si Tample di Air Hitam, Pulau Pinang, antara tokong Buddha yang terbesar di wilayah Asia Tenggara, bakal dilimpahi lebih 10,000 lampu pelbagai warna sempena sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi.
Bagi sesiapa yang tidak pernah lagi ke sana terutama di musim perayaan, inilah masanya untuk anda dan keluarga menyaksikan keindahan luar biasa yang jarang dapat dilihat saban tahun.
Bangunan dan pagoda yang tersergam megah dengan imej Buddha, ukiran, patung malah mural di perkarangan kompleks Kek Lok Si Tample ini akan dilimpahi dengan lampu daripada pelbagai warna seperti merah dan kuning di setiap sudut dinding, tiang, dan bumbung bangunan disamping lampu-lampu berwarna pelangi di ruang laman perkarangan kompleks.
Tapi! Sedia maklumlah di Malaysia ni, setiap kali ada perayaan, kesesakkan trafik akan turut menghantui pelancong yang datang. Trafik sesak dijangka berlaku selama 1.5 jam sepanjang 1km menghala ke Kek Lok Si Tample.
Tips untuk anda elak kesesakkan trafik: tuju ke sana satu jam sebelum matahari terbenam atau pergi selepas sambutan malam Tahun Baru Cina, kemungkinan besar anda dapat elakkan kesesakkan oleh pelancong yang datang ke sana pada hari berkenaan.
Lot parking juga akan jadi amat terhad pada waktu ini. Oleh itu, elakkan menaiki kenderaan sendiri dan naik public transport untuk ke sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...