Taiping dianugerahkan status bandar warisan dan bandar lestari pelancongan antara terbaik di dunia kerana mempunyai pelbagai lokasi bersejarah dan khazanah tidak ternilai.Di Taiping juga terletaknya lapangan pertama dibina di Semenanjung Malaysia iaitu Lapangan Terbang Taiping, Tekah.
Dibina pada tahun 1929, Lapangan Terbang Taiping, Tekah pernah menjadi saksi sejarah apabila pemimpin berpengaruh Indonesia, Sukarno dan Mohammad Hata pernah mendarat di sana pada 12 Ogos 1945. Tujuan pemimpin berpengaruh ini datang adalah untuk bertemu dengan tokoh nasionalis negara, Dr Burhanuddin Helmi dan Ibrahim Yaacob untuk berbincang kemungkinan penyatuan Malaya dan Indonesia (Melayu Raya) sekiranya mencapai kemerdekaan.
Selain itu, Lapangan Terbang Taiping, Tekah pernah menjadi tumpuan dunia apabila seorang juruterbang wanita Amerika terkemuka, Amelia Earhart berhenti mendarat di sana pada 7 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sewaktu dinobatkan sebagai wanita pertama membuat penerbangan solo di Lautan Atlantik.
Ads
Namun, kini Taiping berhadapan risiko kemungkinan kehilangan satu khazanah warisan negara iaitu lapangan terbang ini. Ia gara-gara lapangan terbang ini akan dipindah hak milik tanah kepada seorang pemaju tempatan bagi tujuan pembangunan.
Hakikat itu disahkan sendiri Ahli Parlimen Taiping, Teh Kok Lim yang mendedahkan lapangan terbang bersejarah Taiping seluas 40 ekar itu kini dalam proses diserahkan hak milik kepada sebuah syarikat pemaju tempatan oleh kerajaan negeri bagi pembangunan skim perumahan kos rendah.
Menurutnya, ketika ini, pihaknya difahamkan sebuah syarikat pemaju tempatan berpengkalan di Taiping sudah menerima surat tawaran pemberian hak milik tanah lapangan terbang terbabit yang dimiliki Perbadanan Menteri Besar (MBInc).
Ads
“Bagaimanapun, saya bersama Pejabat Daerah dan Tanah(PDT) Larut, Matang dan Selama(LMS) kini sedang berusaha sedaya upaya untuk menghentikan usaha itu memandangkan kawasan Lapangan Terbang Taiping, Tekah merupakan salah satu khazanah warisan Taiping paling bernilai. Permohonan bantahan terhadap sebarang usaha memindah hak milik tanah lapangan terbang itu sudah dikemukakan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan keputusan akhir berada di tangan beliau,” katanya.
Ads
Selain penekanan kawasan lapangan terbang itu sebagai lokasi warisan Taiping, pihaknya turut mengambil kira kepentingan penggunaan kemudahan itu untuk latihan anggota polis dan tentera. Pihaknya juga tidak dimaklumkan sama ada tindakan pemindahan hak milik tanah lapangan terbang itu kepada pemaju akan membabitkan proses penukaran atau ‘swapping’ tanah ke kawasan lain.
“Saya sendiri menerima banyak aduan penduduk setempat yang menuntut status tanah kerajaan itu dikekalkan dan hanya dibangunkan untuk projek yang benar-benar memberi kepentingan besar kepada rakyat. Kita bukan hendak membantah inisiatif pembangunan yang cuba direncana di kawasan itu, namun kerajaan negeri perlu melakarkan pelan pembangunan lebih holistik demi kepentingan masa hadapan penduduk kawasan Tekah. Saya akan berterusan berusaha menghalang proses penyerahan hak milik tanah lapangan terbang itu kepada pemaju terbabit demi menyelamatkan khazanah warisan bandar Taiping itu yang amat bernilai,” katanya.
Penerbangan Malaysia (MAS) menerusi cabang operasi pelancongannya, MHholidays, melancarkan kempen percutian terbaharu, 'Kids Fly + Stay Free', yang membolehkan pelanggan menikmati pakej percutian dengan potongan harga sebanyak 60 peratus.
Pakej berkenaan mencakupi tiket penerbangan dua hala, bagasi, makanan dan penginapan di hotel.
Semua tempahan dibuat ketika ini di bawah MHholidays layak menerima pakej penerbangan dan penginapan percuma, khusus untuk seorang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 11 tahun, atau yang berusia dua tahun ke bawah.
Harga setiap pakej penerbangan dan penginapan 3 hari 2 malam itu bernilai RM389 ke Kota Kinabalu; RM189 ke Johor Baharu; RM239 ke Kuantan; RM249 ke Pulau Langkawi; RM239 ke Pulau Pinang dan RM189 ke Kuala Lumpur, dari mana-mana destinasi di Malaysia.
Pakej ini sah serta-merta sehingga 31 Januari 2021.
MAS turut menjalinkan kerjasama khas dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), bagi pakej #BahMarilah, khusus mempromosikan sektor pelancongan di negeri itu. Pakej ini bakal menarik pelanggan menerokai tarikan popular di Sabah, dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus untuk promosi percutian sehingga 24 Ogos nanti.
Hotel dan tarikan pelancong di Sabah sudah mula bergiat aktif dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dipatuhi oleh pelancong dan pengusaha. Ketika ini orang ramai sudah mula rancak mengunjungi Sabah bagi menerokai tarikan pelancongan yang ada. Beberapa lokasi utama seperti Kundasang, Ranau dan Kiulu menyaksikan kehadiran pelancong yang semakin bertambah. Bukan itu sahaja, malah para pelanggan yang menempah perjalanan dengan MHholidays akan layak bagi buku tawaran '‘MHholidays & Suria Sabah Shopping Mall Privilege Booklet' yang menawarkan diskaun tambahan seperti potongan harga 20 peratus untuk pembelian di Big Apple Donuts & Coffee, Birkenstock, Purest Borneo dan Under Armour, selain tawaran sedia ada di Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jepun sememangnya sentiasa berfikiran jauh meneroka teknologi. Walau sering diuji dengan gempa kerana kedudukan geografinya namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat negara itu membuktikan kemampuan mereka dalam kepelbagaian bidang.
Jika di Malaysia tidak habis dengan isu terowong bawah laut di Pulau Pinang hingga mendapat perhatian pihak berkuasa SPRM tapi nampaknya Jepun harus berbangga dengan Tokyo Bay Aqua-Line yang dikongsikan oleh Zunita Ramli, owner dan founder Tokyo Organik HQ, seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara tersebut dalam catatannya.
Tokyo Bay Aqua-Line, atau juga dikenali sebagai Trans-Tokyo Bay Expressway adalah highway yang mempunyai terowong dasar laut (underwater tunnel) keempat terpanjang di dunia.
Menghubungkan Kawasaki di wilayah Kanagawa dan Kisarazu di wilayah Chiba, ianya merentasi Teluk Tokyo (Tokyo Bay) dan dibina dengan gabungan 4.4km jambatan dan 9.6km terowong di bawah Teluk Tokyo.
Tokyo Bay Aqua-Line dapat memendekkan masa perjalanan dari Kawasaki ke Kisarazu sehingga 45 minit, iaitu 60km lebih pendek dari jalan asal.
Pembinaan Tokyo Bay Aqua-Line ini tidaklah semudah yang disangka. Projek pembinaan highway ini juga dipanggil “Apollo Project of Civil Engineering” kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh jurutera seperti tanah yang lembut di dasar teluk, angin, ombak, gempa bumi, dan sebagainya. Yelah, Jepun ni pun bukannya stabil sangat pun kan.
Kajian selama 20 tahun dilakukan dan pembinaannya mengambil masa selama 10 tahun. Ia akhirnya dibuka pada umum pada tahun 1997.
Saya teringat saya ada terbaca, ada seseorang bertanya kepada seorang Professor Jepun; “Kenapa Jepun masih buat projek-projek tinggi risiko sebegini walaupun tahu Jepun itu sendiri tak stabil dari segi bencana alam? Gempa bumi, taufan, banjir dan sebagainya boleh berlaku bila-bila masa”
Professor itu menjawab,
“.. kalau asyik nak fikir risiko tinggi, memang apa pun takkan jadi lah..” . #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Isnin meminta orang awam untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar berikutan ramalan jerebu akan melanda bandar raya Miri akibat kebakaran ladang serta tanah gambut seluas 70 hektar di Kuala Baram.
Proses pemadaman api akan dijalankan hari ini menggunakan helikopter bomba menerusi kaedah pengeboman air untuk mengawal serta memadamkan kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, lokasi kebakaran ialah sebuah ladang kelapa sawit namun tugas untuk memadamkan kebakaran mengalami kesukaran kerana tiada sumber air dan tiada laluan untuk memadamkan api.
Setakat ini punca kebakaran di lokasi tersebut dipercayai kerana pembakaran terbuka. Orang awam dinasihatkan kurangkan aktiviti luar, banyak minum air, sentiasa berada di dalam rumah dan jika keluar rumah diminta memakai topeng muka.
Bahagian tengah dan pinggir Miri mengalami kabut asap akibat kebakaran hutan di kawasan pinggir bandar itu. Jarak penglihatan dikurangkan kepada hanya 100 meter di beberapa kawasan perumahan dan komersial, terutama di Pujut hingga ke Lutong.
Udara dipenuhi dengan bau asap yang kuat, menyebabkan ribuan penduduk di bandar itu dengan populasi 350,000 orang mengalami kesukaran bernafas.
Sarawak menghadapi masalah kebakaran hutan di beberapa daerah pusat dan utara. Di bahagian utara, terdapat kebakaran di daerah Miri, Limbang, Marudi dan Bekenu serta di Taman Negara Similajau. Bagi kawasan kebakaran di bahagian pula di Mukah dan Kapit. Kebakaran hutan di Sarawak bermula sejak awal Mac.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...