Anda pernah bayangkan untuk cipta satu sejarah percutian paling ekstrem sekali seumur hidup? Kalau pernah, jom cuba beberapa tempat yang disenaraikan ini.
Lokasi-lokasi percutian paling ekstrem ini terletak di seluruh dunia dan setiap daripadanya pernah berlaku insiden dan meragut nyawa manusia. Walau demikian, lokasi ini masih manjadi tempat persinggahan para pelancong yang ingin mencipta kenangan mereka di sana.
Jadi untuk anda yang memang gilakan cabaran, jom ambil tahu apakah lokasi yang dicadangkan ini.
Mosi-oa-Tunya, Zambia
Tidak ramai yang mengenali lokasi ini dengan nama asalnya Mosi-oa-Tunya yang membawa maksud ‘Asap Yang Berbunyi Seperti Guruh’ tetapi jika disebutkan air terjun Victoria, pasti ramai yang mengenalinya. Tarikan utama yang ada di sini adalah kolam yang betul-betul terletak sebelum air terjun yang dinamakan ‘Armchair’ atau nama popularnya, Devil’s Pool.
Pada ketika musim panas di air terjun Victoria, air di sungai tersebut akan surut ke satu tahap di mana individu boleh berehat di dalam kolam yang ada, dihadang oleh batu-batu yang menjadi dinding sebelum air menjunam jatuh setinggi 108 meter.
Kolam itu hanya dibuka pada waktu musim panas, ketika aliran air lebih rendah, kerana pada waktu lain, andainya seseorang masuk ke dalam sungai itu, mereka akan terus dibawa arus deras yang akan membuatkan mereka terjunam ke air terjun Victoria.
Gunung Mayon, Filipina
Ads
Gunung Mayon di daerah Bicol, Filipina merupakan sebuah gunung berapi aktif dan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal Filipina. Mempunyai ketinggian 2463 meter, Gunung Mayon terletak lebih 300 kilometer dari ibu negara Filipina, Manila.
Menjadi lokasi pelancongan yang aktif walaupun sangat berisiko tinggi, Gunung Mayon menjadi pilihan pendaki gunung yang sanggup mempertaruhkan nyawa. Runtuhan tanah dan batu kerap berlaku di sekitar kawasan gunung ini, selain dari letupan-letupan yang terjadi tanpa boleh diramal.
Pada tahun 2013, Gunung Mayon mengalami letupan kecil yang membunuh 5 orang pendaki, 7 orang cedera parah dan selebihnya mengalami kecederaan. Bagi mereka yang berjaya sampai ke puncak gunung ini, bersedialah untuk memakai topeng gas kerana gas yang dikeluarkan oleh Gunung Mayon beracun dan mampu membunuh.
Jacob’s Well, Amerika Syarikat
Ads
Lubang seluas 4 meter yang menjadi pintu masuk kepada kawasan gua dalam air yang tidak pernah berjaya diterokai habis, menjadi salah satu lokasi paling mencabar bagi mereka yang gemarkan cabaran. Terletak di sebuah daerah bernama Hays County, Jacob’s Well adalah sebuah lubang sedalam 100 kaki yang menjadi pintu masuk kepada jaringan gua bawah air yang sempit.
Bagi mereka yang pernah terjun ke dalamnya dan meneroka sendiri, ramai mengakui ruangan dinding gua yang terlalu sempit dan memerlukan seseorang menanggalkan tong oksigen untuk melaluinya, membuatkan Jacob’s Well masih lagi belum dapat diterokai oleh manusia sendiri.
Mereka yang terperangkap kebanyakannya meninggal dunia dengan mayat mereka terperangkap dalam air. Bagi beberapa orang yang ‘bernasib baik’, badan mereka akan dibawa arus kembali melalui lubang masuk sebelum terapung. Itupun selepas bertahun lamanya hilang tanpa dikesan.
Tornado Alley, Amerika Syarikat
Ads
Dengan bayaran RM10500 untuk pakej seminggu, mereka yang sanggup berdepan bencana alam boleh mengikuti ‘pakej pelancongan’ paling unik – cuba berada dalam kedudukan paling hampir dengan puting beliung yang melanda pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat.
Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kawasan yang digelarkan ‘tornado alley’ di Amerika Syarikat, merupakan laluan puting beliung paling kerap melanda. Pakej pelancongan unik ini lebih mudah diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan negara tersebut merupakan negara paling banyak berlakunya puting beliung. Bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman itu sendiri, risiko yang mereka lalui cukup tinggi.
Ketika puting beliung berlaku, ada kemungkinan ratusan bebola ais yang mampu menyamai saizsebiji bola tenis terbentuk. Bayangkan bola-bola keras itu berpusing pantas dan mengenai manusia atau harta benda. Mungkin atas sebab itulah, pakej ini memerlukan bayaran yang agak tinggi bagi menampung risiko kerugian yang agak besar.
Trolltunga, Norway
Trolltunga yang membawa masuk ‘lidah Troll’ dalam bahasa Norway, terletak di kawasan Hordaland, Norway. Trolltunga adalah formasi batuan yang terbentuk 10 ribu tahun dahulu semasa zaman ais. Menjadi salah satu lokasi pelancongan paling popular di Norway, seramai 80 ribu pengunjung datang ke sini setiap tahun.
Tarikan utamanya adalah peluang untuk berdiri di atas sebuah batu berupa seperti lidah, berada pada paras ketinggian 700 meter dari aras laut. Mereka yang memberanikan diri berdiri di situ akan menikmati pemandangan yang indah Tasik Ringeldalsvatnet. Bagaimanapun, tidak ada sebarang penghadang keselamatan di situ.
Untuk sampai ke situ pula, individu perlu mempunyai kemahiran dan ketahanan mendaki gunung dalam perjalanan 13.5 kilometer, selama 10 jam yang membawa pelawat pada ketinggian 900 meter dari aras laut untuk mendapatkan peluang bergambar di salah satu lokasi paling bahaya di dunia.
Dalam salah satu insiden kematian yang terjadi di situ, mangsa yang jatuh tidak dapat dicari berikutan tiada hubungan telekomunikasi di kawasan tersebut. Hanya selepas pengunjung turun dan melaporkan kejadian, keesokannya barulah pasukan penyelamat dapat melakukan ekspedisi mencari badan mangsa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lepas ni anda yang dari Langkawi dan Kota Bahru tak perlu lagi bersesak-sesak atas jalanraya kalau ingin melancong ke Melaka kerana Malindo Air dijangka akan membuka laluan baru baharu dari kedua-dua lokasi tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada 1 Mac depan.
Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan beliau melihat inisiatif Malindo Air ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan Melaka sekaligus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
Waktu penerbangan dua hala dari Langkawi dan Kota Bahru ke LTAM ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.
Penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan dan kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.
Bayangkan satu keluarga yang sedang bergelak ketawa riang, berjalan bersama dengan suhu sejuk sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping.
Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Ini ada cadangan lokasi glamping menarik terletak lokasi bersuhu sejuk di Genting Highlands iaitu ‘Glamz At Genting’. Jom layan foto lokasi glamping di sini.
Lokasi: 1, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Sri Lanka, negara yang terkenal dengan gelaran “Mutiara Lautan Hindi” mana tidaknya Lautan Hindi dapat dilihat di sepanjang jalan di daerah ini.
Sri Lanka mempunyai banyak keistimewaan tersendiri bukan setakat mempunyai pemandangan alam yang indah namun turut mempunyai aktiviti tradisi yang unik. Antaranya aktiviti ‘stilt fishing’. Aktiviti memancing cara tradisional ini merupakan pemandangan biasa yang boleh dilihat di sepanjang pesisiran pantai di Sri Lanka.
Wanita rakyat Malaysia ini, berkongsi kenangan melakukan aktiviti ‘stilt fishing’ ini ketika percutiannya ke Sri Lanka.
Nak share pengalaman menjadi nelayan STILT FISHING di Sri Lanka. This is one of my many Sri Lankan wishlist, 1 of it was spices.
Kitorang stay di Galle as base untuk aktiviti ni – destinasi terakhir di Sri Lanka selepas Colombo, Kandy, Nuwara Eliya dan Ella. Galle ni kawasan kubu / Dutch fort, coastal area tepi pantai.
So kitorang tak banyak masa sebenarnya, cuma dapat 2 malam di Galle, jadi kitorang upah tuk tuk and driver bawak kitorang half day tour. Tuk tuk mintak 1000rp seorang that was RM22 macam tu.
So kitorang berdua campur tips RM50 jugalah untuk tuk tuk 4 jam trip. Tuk tuk ni kitorang deal dengan tuk tuk yang bawak kitorang dari Galle bus station ke hotel, just janji mulut jumpa pagi esoknya, untuk tour. Murah la sebab jauh tempat-tempat dia bawa and lama gak 4 jam.
Ada banyak spot stilt fishing ni tapi kitorang amik yang paling dekat di Kogalla, dari Galle – dalam 45 minit ke 1 jam perjalanan naik tuk tuk. Tepi-tepi pantai tepi jalan tu je.
Guys kena tau ya most of stilt fishing ni dah jadi business, target dia tourist la yang nak experience this stilt fishing. Tak lama lepas kitorang sampai, dtg China tourist mmg kecoh gilaaaa. Masih ada lagi traditional stilt fishing, which im dying to go & see tapi di kawasan lain. Tak sempat nak pegi.
So bila sampai, nelayan nelayan akan buka harga, nego jelah kalau betul2 nak, sampai jadi. Ada pakej 2 fisherman, 4 fisherman, dan kita + 2/4 fisherman.
Harga untuk kita seorang + 2 nelayan antara 1000 ke 1500 rp ikut nasib. Dalam RM22 ke RM35, kalau nelayan tu minat kat kita dapatlah 1000rp jurrr macam my friend Zai haahahahahahaha!
Nelayan akan tolong kita naik tempat duduk tu, nervous & struggle gakla dengan ombak kuat. Tiang pun tinggi. Tgk fisherman dia naik senang n effortless je haha. Hmm sila pakai la seluar yg highly stretchable sebab mmg kena angkat kaki tinggi tinggi masa nak panjat tu, adoiii, apa pun jangan risau nelayan akan tolong masa naik & turun, tiang tu pun kuat dan stabil, mampu tampung i yang sangat berat ni.
Also pls prepared to get really wet. Basah sampai ke peha ke pinggang! Silap2 1 badan lencun. Tapi Sri Lanka panas kejap je dah kering! Masa i naik ombak okay lagi, masa kawan i naik memang i yang habis lencun sebab nak amik kan gambar angle terbaik, gigih! So make sure ur buddy is a willing buddy ok, haha. Ko dah kat atas batang kayu tu, mmg kena berdoa juga berharap gambar semua lawa2. Kang buruk meroyan sampai balik KL.
Jangan lupa, 1 lagi, prop, mintak pinjam kain yg diorg pakai kat kepala tu, kalau nak lg rare pakai la sarongggg. i dah lepas baru ingat!
Takde specific duration berapa lama boleh lepak atas tu, just pose amik gambar, n duduk la kejap atau lama kalau tahan atas tu amik feeling jadi stilt fisherman.
Tak dapat ikan ya kawan2, cuma berposing dan merasai sendiri macam mana stilt fishing. Untuk dapat ikan memerlukan masa yang panjang & keadaan yg sesuai. Its not ideal for us. Kalau i ada 1 hari full untuk stilt fishing sahaja, id venture to other area yang memang practice pure stilt fishing.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...