Masih tak mana-mana cuti sekolah? Boleh lah bawa anak-anak ke waterpark Forest City di Muar, Johor. Tengoklah tempatnya, dekat sangat dengan pantai, best!
Diteduhkan dengan pokok-pokok kelapa sekitarnya, lagi lah rasa healing tu sampai ke jiwa yang dahagakan waktu untuk bertenang.
Forest City Muar Johor
Bersebelahan dengan pantai, itu yang membuatkan tempat ini menarik dan puas hati kalau datang. Kalau anak-anak suka main tema air, mak ayah pula boleh tenang-tenang layan pemandangan laut.
Ads
Lokasi:
Forest City, Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor.
Ini memang salah satu tempat tarikan di Johor Bahru. Forest City Water Park mempunyai 3 tarikan berbeza di iaitu ‘Water Sliding’, ‘Water Maze’ dan ‘Water Fun Challenge’ yang mampu menampung kapasiti seramai 150 pengunjung pada satu masa.
Okay, jangan lupa singgah sini ya! Kalau tak sempat waktu cuti sekolah kali ini, mungkin boleh datang kemudian hari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pusat beli-belah Lot 10 yang lebih dikenali dengan ciri bangunannya berwarna hijau di Bukit Bintang kini berwajah baharu apabila kerja-kerja pengubahsuaian secara berperingkat bakal menjadi tarikan kepada pengunjung terutama golongan muda.
Pusat beli-belah tersebut yang dibuka pada 1990 oleh YTL Corporation Bhd akan berdasarkan kepada empat pemacu utama untuk menarik pengguna muda yang celik teknologi-bertenaga, menyeronokkan, kreatif dan saling berhubung.
Naib Presiden YTL Land Development dan YTL Hotels & Properties, Joseph Yeoh berkata, industri peruncitan di Malaysia kini menghadapi cabaran dengan lebihan penawaran pusat membeli-belah baharu dan trend permintaan pengguna yang cepat berubah.
“Sejajar dengan keadaan semasa, kami mula melaksanakan transformasi untuk menyelaraskan pembangunan perkakasan dan perisian kami dengan visi baharu Lot 10.
“Sejajar dengan keadaan semasa, kami mula melaksanakan transformasi untuk menyelaraskan pembangunan perkakasan dan perisian kami dengan visi baharu Lot 10.
“Destinasi perniagaan yang dinamik untuk pengguna muda dengan persekitaran digital terkini yang menyeronokkan, menghiburkan dan menarik.
“Menjadi sebuah pusat membeli-belah semata-mata tidak lagi dianggap relevan dengan keadaan sekarang. Oleh itu, Lot 10 telah mengambil inisiatif untuk menjadi sebuah destinasi sosial pilihan,” katanya pada majlis pratonton bersama media baru-baru ini.
Dijangka siap pada akhir tahun ini, pusat membeli-belah itu akan melalui proses transformasi secara berperingkat termasuk pemasangan eskalator yang baharu, lif dan tempat meletak kenderaan yang reka bentuk semula.
Selain itu, Lot 10 juga turut merancang untuk bekerjasama dengan sekolah seni untuk mempamerkan hasil karya seni pereka muda. Kolaborasi ini akan memberi manfaat kepada semua pihak kerana Lot 10 tidak hanya sebagai tempat bersosial sahaja tetapi memberi satu input berguna kepada generasi muda.
Chefchaouen adalah bandar yang wajib untuk dilawati di Morocco kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat menarik seperti Atlas Mountains, Ait Ben Haddou, dan Ourika Valley. Selain itu, Chefchaouen juga boleh dikatakan sebuah bandar yang mesra kepada pelancong yang datang ke Morocco.
Bandar biru Chefchaouen ini adalah salah satu bandar yang terkenal di dunia, malah ianya adalah bandar yang paling berbaloi dikunjungi sekiranya anda tiba ke Morocco
Chefchaouen atau Chaouen adalah bandar yang romantik dan tercantik di bumi Morocco. Bandar yang terletak di utara Morocco ini amat berbeza berbanding tempat-tempat lain di sana. Dengan faktor lokasinya yang terletak di wilayah utara, suhu di sini sentiasa sejuk walaupun berada dalam musim panas. Ini berikutan bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi ini tersembunyi beratus meter di atas pergunungan dan kerap ditiupi angin yang mendinginkan.
Kenapa Chefchaouen boleh jadi begitu biru?
Tak ada satu pun penjelasan yang logik macam mana Chefchaouen boleh bertukar menjadi begitu biru seumpama ini. Nak kata ianya menjadi perkampungan The Smurfs, tak pula. Nak kata berlakunya letupan kilang cat, lagi la tidak.
Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya biru yang ada di Chefchaouen sehingga ianya menjadi begitu popular, tapi kebanyakkan orang percaya biru yang ada di Chefchaouen ini datangnya daripada pelarian Yahudi yang tiba di Chefchaouen pada kurun ke-15.
Warna biru ini dianggap sebagai simbol ‘syurga’ oleh mereka pada waktu itu dan warna biru ini dikatakan mampu untuk menghindari nyamuk. Nyamuk yang menjengkelkan ini dianggap tidak suka dengan warna biru. Hmm.. Tak tahu la betul ke tak. Hahaha..
Bagaimana anda boleh ke Chefchaouen?
Chefchaouen terletak agak jauh berbanding tempat-tempat lain di Morocco. Anda memerlukan sedikit kesabaran sekiranya ingin berkunjung ke sini. Sama ada anda boleh sampai ke sini dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi atau anda boleh memandu kereta sewa. Trip anda ke Chefchaouen akan bermula dari Fez atau Tangier.
Pengangkutan dan pemandu pelancong boleh didapati di Fez atau Tangier. Sebaiknya anda memilih pakej tour yang ada di sana kerana untuk DIY, takut kekosongan bas terhad dan teksi telah habis ditempah atau tidak mahu untuk memandu ke Chefchaouen.
Jadi sebaiknya anda pilih sahaja mana-mana pakej tour ke Chefchaouen yang ditawarkan di Fez atau Tangier.
Apa yang anda boleh buat di Chefchaouen?
Well, ada banyak aktiviti sebenarnya yang anda boleh buat di sini seperti:
Melawat Plaza Uta el-Hammam
Plaza Uta el-Hammam adalah pusat kepada Chefchaouen. Pada waktu siang, plaza ini agak membosankan dan sunyi. Untuk pengetahuan anda, pengaruh Sepanyol dan Arab telah tersebar luas di seluruh kawasan ini. Pengaruh ini bukan sahaja dapat dilihat di luar bangunan yang terdapat di kawasan plaza, malah hidangan makanan di restoran yang terdapat di sini turut mempunyai sentuhan Sepanyol dan juga Arab. Plaza Uta el-Hammam ini sesuai untuk aktiviti santai atau melihat warga tempatan.
Melawat Masjid Besar
Di Plaza Uta el-Hammam, anda juga akan melihat sebuah masjid besar. Masjid yang indah ini juga mempunyai sebuah menara tinggi yang digunakan oleh juruazan untuk memanggil orang solat lima kali sehari. Sudah tentu, sebagai orang bukan Islam, anda tidak boleh masuk, tetapi tiada siapa yang menghalang anda daripada mengintip melalui pintu depan untuk melihat ritual muslim di sana.
Air Terjun Akchour
The Cascades d’Akchour tidak berada di Chefchaouen, tetapi air terjun ini terletak berhampiran dan rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke sana. Dengan menggunakan teksi, perjalanan ke air terjun ini hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum anda tiba ke syurga dunia ini. Sebelum tiba ke lokasi, anda akan dengar bunyi air terjun Akchour. Dengan air yang hampir sama biru seperti dinding Chouen, anda dengan mudah boleh menghabiskan beberapa jam di sini tanpa disedari masa telah berlalu.
Kasbah Chefchaouen
Di sebelah Plaza Uta el Hammam, terdapat struktur dinding berpasir Kasbah yang menjulang tinggi. Akses ke kawasan ini akan menelan kos belanja sebanyak 10 atau 20 dirham. Di tengah-tengah Kasbah ini, anda akan dapat melihat sebuah taman yang mengagumkan disamping sebuah oasis yang mendamaikan! Di dalam bangunan ini, anda akan jumpa penjara dan sebuah muzium kecil. Bahagian paling indah dari mercu tanda di Chefchaouen ini adalah pemandangan indah dari tingkat atas. Jangan sesekali lepaskan peluang apabila berkunjung ke sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perkara pertama yang terlintas di fikiran sewaktu membaca mengenai info hotel ini adalah – wow! Tak pernah terbayang akan ada satu hotel wujud lebih daripada 1,300 tahun lamanya atau pada tahun 705.
Tapi itulah hakikatnya apabila sebuah hotel di Jepun mendapat pengiktirafan sebagai hotel tertua yang masih beroperasi di dunia iaitu Hotel Nishiyama Onsen Keiunkan. Hotel ini telah diuruskan selama 52 generasi!
Hotel ini terletak di kaki gunung Akaishi di Jepun dan terkenal dengan kolam air panas yang terhasil daripada mata air bumi berhampiran kolam air panas Hakuho.
Untuk menginap di hotel yang mempunyai 37 bilik ini, korang perlu ke daerah Chubu, Jepun dan terus ke pekan bernama Hayakawa. Hotel Nishiyama Onsen Keiunkan ini mempunyai pemandangan yang indah kerana terletak berhampiran kawasan pergunungan.
Jadi korang boleh bayangkan sebuah hotel yang terletak di kawasan tanah tinggi dan di kelilingi pergunungan, memang menyajikan satu pemandangan yang super awesome!
Selayang pandang mengenai sejarah hotel tertua di dunia ini – ia mula didirikan oleh Fujiwara Mahito pada tahun 705 sebagai rumah inap. Dek kerana latar masa ianya didirikan pada era Keiun, maka hotel ini dinamakan sebagai Keiunkan.
Satu lagi perkara yang membuatkan hotel ini lebih menarik adalah pemandangan Gunung Fuji turut kelihatan kerana Hotel Keiunkan ini terletak di Yamanashi, kawasan yang sama dengan Gunung Fuji.
Kalau korang boleh sampai dan bermalam di sini, memang best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim durian di Malaysia bukan lagi sekadar dinanti-nantikan oleh rakyat tempatan. Kini, semakin ramai pelancong luar datang ke negara ini semata-mata mahu merasai sendiri...