Chef selebriti dari Turki, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Chef Salt Bae menjadi trending di Internet selepas caranya menabur garam ke atas daging stik menjadi viral.
Chef Salt Bae yang kini berusia 36 tahun membuka restoran pertamanya pada tahun 2010 dan kini memiliki lima buah restoran hidangan stik di Turki dan Dubai, juga dua buah restoran burger. Kini Nusret bakal membuka satu lagi cawangan restorannya di London dan Midtown bernama Nusr-et.
Terbaru, sebuah restorannya di Dubai telah menawarkan satu hidangan baru iaitu stik yang disadur daun emas 24 karat pada harga 1,250 dirham (RM1,430). Namun, pelanggan masih boleh memilih pilihan menu stik yang biasa tanpa saduran emas dengan harga paling rendah 340 dirham (RM390).
Ads
Seorang pelanggan yang telah memesan stik emas tersebut menyatakan ia adalah stik terbaik yang pernah dirasainya, namun tidak pasti sama ada saduran emas itu memberi kesan terhadap rasa hidangan berkenaan.
Sebuah video yang tular ada menunjukkan aksi Chef Salt Bae sedang menghidangkan daging stik bersadur emas kepada pelanggannya. Daging dipotong dan dimasak di meja pelanggan dan dia seakan-akan melakukan pertunjukan pantomim secara langsung. Ia bermula dengan satu ketulan emas dibawa ke meja dan pertunjukan itu tamat apabila cef menabur garam daripada tangannya sebelum dia menikam pisau di atas meja.
Ads
Menurut Chef Salt Bae, Emas 24 karat boleh dimakan manusia kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia dan material berharga yang dimakan itu akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.
Ramai beranggapan Chef Salt Bae sangat genius dan mempunyai ‘kimia’ yang baik dengan kerjayanya sebagai seorang yang sangat sukakan menu daging.
Ads
Chef Salt Bae membesar di pinggir kota di Darica, Istanbul. Bapanya adalah penggali terowong dan dia bekerja sebagai pemotong daging dan tukang masak di sektor buruh dan pembinaan sejak berumur 14 tahun. Dilahirkan dalam keluarga susah, Chef Salt Bae tidak berpeluang ke sekolah namun dia berazam untuk mengangkat dirinya menjadi seorang yang berjaya. Dia telah mengembara ke Argentina dan New York sambil belajar kraf termasuk ukiran peralatan muzik sehingga menjadi terkenal dan kaya-raya.
Terdapat banyak muzium bersejarah yang dapat dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan negara Eropah. Lawatan bersejarah ke Malaysia tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan kenangan bermakna serta signifikan. Dengan adanya muzium sejarah, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat.
Oleh itu, di bawah merupakan senarai muzium yang boleh dilawati di Negeri Selangor:
MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT
Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor. Kini IA berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan. Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu hingga Khamis) dan 9.30 pagi – 12 tengah hari dan bersambung pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 (Jumaat).
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@heritage.gov.my
GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG
Terletak di Klang, Selangor, Galeri Diraja ini dibina sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakan bangunan tersebut sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin sehingga kini. Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.00 petang, Isnin dan cuti umum ditutup. Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ke: 03-3373 6500
MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR
Muzium Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766. Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris. Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi. Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa. Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini. Sekarang, muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: www.padat.gov.my
PUSAT WARISAN KAJANG, KAJANG
Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Pada tahun 1850-an, Daerah Hulu Langat merupakan tempat pertama untuk perlombongan bijih timah yang berada di Rekoh. Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868. Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor dalam membuka kawasan hutan di sekitar Kajang. Pengunjung boleh melawat ke Pusat Warisan Kajang ini pada hari minggu sahaja pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang menawarkan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: leekimsin@gmail.com
MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PETALING
Muzium ini merupakan lambang utama warisan budaya dan pembangunan di Negeri Selangor dan reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan seni bina Minangkabau. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan dinamakan sempena nama Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang ke-7. Muzium ini memaparkan artifak prasejarah penempatan manusia awal dan serpihan gendang dari zaman Gangsa (Dong Son) sejak tahun 600 SM. Malah, museum ini juga menceritakan sejarah Selangor dari zaman kerajaan Portugis, Bugis, Belanda, Melaka dan Kesultanan Johor sehingga Hari Kemerdekaan. Kini, muzium ini boleh dilawati secara percuma dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad sahaja bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@padat.gov.my
Jom tavel domestik, mula dengan Pusing Selangor Dulu!
Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.
Seakan ‘trend’ ketika pandemik, di negara kita ramai sedang berjinak-jinak untuk turut serta dalam aktiviti perkhemahan dan bercuti dengan konsep sebegini.
Bukan itu sahaja, malah aktiviti ini turut disertai oleh seluruh masyarakat tidak kira peringkat umur dan latar belakang. Tahniah diucapkan! Di Malaysia, hakikatnya mempunyai alam semula jadi yang begitu indah. Lihat saja rakan di media sosial memuat naik gambar sesi perkhemahan mereka di lokasi yang mereka terokai. Seronok bukan?
Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga dan rakan-rakan tersayang. Jika anda teringin untuk mencuba aktiviti sebegini di lokasi tapak perkhemahan yang selesa, ini ada perkongsiaan info menarik daripada saudari Izza Al’yahya. Jom baca!
Hammocks by the River Rare & cool camp site di Hulu Langat, Selangor
Plan asal minggu ni sepatutnya kami berkhemah di camp site yang berviewkan gunung Kinabalu, Polumpung Melangkap View, Kota Belud Sabah. Dah book camp site dari 2 bulan lepas, tapi sebab keadaan kat sana yang tak mengizinkan, kami redha je tangguhkan plan kami.
If the plan doesn’t work, change the plan, not the goal. So last minute kami cari camp site yang available area kL/selangor. Then jumpa tempat yang cool & macam tak pernah dengar lagi sebelum ni. Rupanya borak dengan owner, dia baru start operasi bulan Ogos 2020 lepas.
Jarak dari Shah Alam ke sini dalam sejam perjalanan. Boleh search kat maps Hammocks By The River. Sampai kat sana lebih kurang jam 11 pagi, terus disambut mesra oleh owner, bro Eddie Putera. Friendly orangnya & always lend his hands bila kita memerlukan.
Campsite ni bersih, luas dan besar, dikelilingi rimbunan pokok yang menghijau & sungai untuk mandi-manda. Kalau book awal, boleh request tapak yang berdekatan dengan sungai, atau kalau nak yang privacy boleh duduk sebelah atas macam tapak khemah kami.
Sewa tapak:
2 pax RM25/pax.
Single camper RM30/pax
RM25 for additional pax **So far tiada service sewa khemah disediakan
Apa yang rarenye campsite ni?
Bagi yang minat photo hunting, campsite ni ada ciri-ciri yang unik & spot untuk shoot angle-angle yg best. Instagramble la orang cakap.
Kami notice campers yang datang sini mostly chinese, so tanya sendiri dengan owner, memang 80% campers yang datang adalah chinese. Yang lain belum ramai yang tahu. So sebab puas hati dengan campsite ni, saya promote tempat ini untuk kawan-kawan yang ada plan nak camping untuk cuba kat sini.
Santai-santai masak depan khemah, lepak-lepa borak sambil layan kopi o, terjun sungai mandi manda. Bila malam dah macam ada pertandingan khemah paling cun, kreatif-kreatif semua campers.
Memang penat juga nak pasang & kemas khemah. Orang cakap camping is not really a vacation, but it sure makes for good memories. Selamat mencuba.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Betul, tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
⭐ TRIVIA Pengguna aplikasi akan mengimbas QR-code yang ada di mural berkenaan dan informasi mengenai mural dan sejarah di kawasan tersebut akan dipaparkan
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
⭐ TRIVIA Penggunaan teknologi itu akan membantu meningkatkan nilai hartanah di kawasan Warisan Lama termasuk di Lebuh India di sini
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...