Kalau nak pergi Koh Lipe, tidak semestinya kena check in hotel yang mahal baru boleh layan pemandangan cantik.
Cari hotel bajet pun boleh tetapi kena rajin. Jangan dah sampai Koh Lipe terperap di bilik. Explore puas-puas macam Puan Eja Zakaria, banyak gambar cantik yang dia kongsikan waktu sampai di sana.
Selamat Datang Ke Koh Lipe
Koh Lipe ada 4 kawasan yang boleh kita lawati iaitu walking street, sunrise beach, sunset beach dan pattaya beach.
Ads
Haaa… bila sudah habis ronda Koh Lipe, boleh naik boat pergi pulau sebelah iaitu Koh Adang. Boleh hiking dan tengok Koh Lipe dari atas Koh Adang.
Dan jika anda salah seorang peminat pulau, ini salah satu tempat yang wajib sampai. Antara point penting yang perlu tahu tentang Koh Lipe adalah :-
1. Ada 3 season iaitu low season, high season dan peak season. Harga hotel pun ikut season ini. Kalau nak stay hotel mahal tapi harga murah, boleh pergi time low season.
Ads
2. Ada ferry from Langkawi ke Lipe tapi semasa high season and peak season sahaja. Low season ferry out of services.
3. Bawa cash money yang mencukupi. Tukar duit siap siap. Mostly kat lipe prefer cash. ATM ada money changer pun ada tapi rate rendah.
4. Boleh masuk dengan kenderaan sendiri juga tapi hanya sampai jety pakbara. Pastu parking then kena naik speedboat ke lipe. Perjalanan speedboat lebih kurang 1 jam.
Masuk ikut border wang kelian. Jangan masuk ikut Danok dengan Padang Besar sebab perjalanan akan jadi jauh berganda.
Ads
5. Tolong pergi island hopping and snorkeling. Taman laut dia another level laaa orang kata. Coral dia masih hidup dan warna warni. Kalau ada lesen diving lagi cun. Wajib join diving kat lipe.
Dapat sesuatu dalam perkongsian kali ini? Kalau sudah ada plan ke sana, nanti boleh ikut tip ini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Negara Bukit Lambir antara destinasi ekosistem semulajadi yang lengkap di Malaysia, mengambil masa lebih sejam setengah pemanduan dari bandaraya Miri. Kawasan hutan tropikanya seluas 6,952 hektar telah menghasilkan tahap tumbesaran tumbuhan tertinggi di dunia.
Di sini menjadi habitat kepada lebih 200 spesis burung, tupai, babi hutan, monyet, dan beberapa spesis serangga unik. Taman Negara Bukit Lambir juga mempunyai beberapa trek perjalanan yang boleh membawa pengunjung ke kawasan air terjun yang dingin.
Kebanyakan trek di Taman Negara Bukit Lambir bersambung antara satu sama seperti trek ke Bukit Pantu, Trek Air Terjun Nibong dan Trek Air Terjun Latak. Namun, Trek Air Terjun Latak merupakan yang paling mudah dan popular untuk dikunjungi.
Pada hujung minggu, kawasan ini pasti menjadi tumpuan pengunjung terutamanya penduduk tempatan untuk berkelah. Untuk sampai ke Air Terjun Latak, pengunjung akan melalui kawasan laluan air jernih yang bakal menemukan sebuah kolam mandi hutan yang besar dikelilingi dinding batu curam. Tidak jauh dari situ, kelihatan lambaian Air terjun Latak setinggi 25 meter mengalukan kedatangan pengunjung.
Untuk keselesaan pengunjung, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah. Demi keselamatan, satu petanda aras diletakan di kawasan air terjun sebagai peringatan lokasi tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai bermandi manda khusus bagi kanak-kanak dan individu yang tidak pandai berenang.
Info Bukit Pantu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tujuan asal hanya untuk camping di salah sebuah campsite di Utara Malaysia bertukar arah ke sebuah resort di Satun, Thailand. Ternyata pilihan yang dibuat tepat sekali kerana kemudahan yang disediakan di resort yang dipilih memang terbaik.
Baru sahaja berkecimpung dalam aktiviti perkhemahan, Ku Norsiah Ku Saidin pada mulanya ingin menyambut harijadi suami di campsite yang telah ditempah, berubah kerana khemah yang dipesan tidak memuaskan hati wanita ini, lalu memilih Engthan Resort yang terletak di Satun, Thailand sebagai destinasi percutian keluarganya.
Mempunyai kemudahan bilik dan juga glamping, masih kekal dengan tujuan asalnya iaitu berkhemah, wanita ini memilih glamping sebagai penginapan mereka sepanjang tiga hari dua malam di Satun.
Membaca penceritaan Ku Norsiah tentang tempat tersebut, ternyata ia sangat berbaloi. Walaupun di cas mengikut per seorangan, aktiviti yang ditawarkan buat tetamu yang menginap memang terbaik.
Disediakan makan dari pagi hingga ke malam, antara aktiviti yang disertai oleh Ku Norsiah dan keluarganya adalah berkayak di sepanjang 7km sungai dan juga menjelajah ke gua terbesar di Thailand.
Suasana dan persekitaran resort juga cukup terjaga dan bersih meskipun tandas tidak disediakan di khemah glamping yang diinapi. Memang seronok membaca pengalaman wanita ini tentang pengalaman bercuti di sana, nak tahu apa lagi yang menarik, ikuti perkongsiannya:
Asai kak Nor nak pi camping kat tempat sendiri saja, 2/1/23 order khemah baru konon-konon nak bagi surprise sempena birthday En.Heri, 4/1/23…sekali 5/1 baru khemah sampai. Bila buka tengok kaler khemah dok rasa macam tak betoi dengan yang kak order, dok nampak macam kaler olive dan tak sama macam dalam gambaq… merata tanya supplier dan kawan-kawan… depa bagitau memang macam tu la kaler khaki untuk Village L 2.0…tapi kak tetap ghisau nak guna…kot satgi dah guna tak boleh return balik kan ka naya, so 6/1/23 cancell camping dan tukaq trip mengejut pi Satun pasai dok tengok review ada glamping best kat Engthan @ Satun .
Ok ni review ikhlas kak, memang bessst ampa, kak bg 9/10 sesuai sangat kalau kita nak healing, jauh dari kesibukan bandar, suasana yang sangat tenang, damai, udara nyaman dengan alam semula jadi yang tak tercemar…resort yang cantik dan bersih serta menarik
Kat Engthan ni terdapat tent dan bilik untuk disewa..tent ditempatkan di sepanjang sungai, rasanya ada lebih daripada 10 tent kat situ…macam biasa kalau tent untuk glamping ni kita tak boleh masak kat situ. Makanan dari sarapan pagi sampai ke malam disediakan oleh pihak resort, cukup time kita pi makan saja…menu depa toksah cakap la memang terbaikkkkk ampa, dah la sedappp…macam-macam jenis pulak tu kira memang tersandaq la lepas makan, balik Malaysia kompom timbang naik kilo hoho
Lagi satu dekat tent tak dak toilet na, kena pi naik ataih kat deretan bilik-bilik tu ada disediakan toilet dan bilik mandi…yang tak bestnya fasiliti tu kena kongsi lelaki dan perempuan….tu yang kak tak bagi markah penuh tu.. senak perut tengah malam jenuh naik ataih cari toilet
Kat Engthan ni ada aktiviti menarik yang boleh kita buat… Kita boleh mandi sungai sampai kecut jari-jari tangan..ayaq sungai dia memang jernih dan sejuk gedi macam ayaq ais tu paih tu kita boleh berkayak sepanjang 7 km…view sepanjang kayuhan sangat la cantikkk. masa kak p arus sungai deras tapi still boleh kayak sebab sungai tak dalam.
Penat dah main ayaq kita boleh ikut trip pi masuk gua pulak…Aktiviti caving ni jauh sikit daripada resort, transport depa sediakan….perjalanan dari resort ambik masa lebih dari 30 minit untuk sampai kat Phu Pha Phet Cave..Gua ni gua no 1 terbesaq di Thailand dan no 4 terbesaq di dunia….jadi rugi la kalau dah sampai Satun tak mau mai sini kan kat sana nanti depa ada tourist guide untuk bawa kita masuk teroka gua, sebelum tu untuk sampai kat pintu gua kita kena daki dalam 300 ank tangga na…hat ni la yang kak lemah sangat ni, semput napaihhh…kira 4-5 Kali jugak la berhenti ambik nyawa …kalau tau awai nak kena panjat Bukit dulu tobat kak tak mau ikut caving hahah En. Heri & ank-anak selamba ja naik tak dak masalah pun, maknanya kak ampa la yang tak dak stamina tapi bila dah masuk dalam gua memang berbaloi la..sangat-sangat teruja! Nak tau lebih ampa kena pi sendiri la na hehe
Lagi satu aktiviti yang boleh kita buat kat sana pi melawat waterfall Namtok Wang Sai Thong….cantik dan bertingkat-bertingkat ayaq terjun tu. kat sini kami just mai bergambaq buat kenang-kenangan. Masa dalam perjalanan ada la jumpa jugak beberapa orang Asli Thailand yang keluaq berjalan kot situ .
Takat tu ja la kak nak cerita…ni pun panjang berjela tak sangga dah…tahniah untuk ampa yang berjaya baca sampai habiss Untuk yg nak tanya bab harga ampa boleh messej pages Engthan@Satun sebab harga tak sama ikut pakej…lagi satu depa bgtau total kos masa kita nak check out.
Nota: lupa nak habaq, hari nak check out baru kak approved penerimaan village L 2.0 kat shoppe…punya la Lama dok pikiaq
Kalau anda mempunyai ahli keluarga yang masih di bawah umur atau kanak-kanak, apa kata ubah selera percutian kali ini dengan membawa keluarga bercuti di Melaka.
Bagi anda yang ingin menikmati percutian bertemakan air, jangan lepaskan peluang mengunjungi Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandaraya Hilir Melaka, Bayou Lagoon Park Resort menawarkan pakej percutian keluarga yang pastinya tidak akan mengecewakan.
Dikelilingi taman air yang menyeronokan,di sini menawarkan percutian dan hiburan untuk keluarga yang tiada tandingannya. Selain menjanjikan suasana yang mendamaikan, pelbagai aktiviti sedia untuk diterokai selain pelbagai kemudahan yang disediakan.
Mula beroperasi sejak tahun 2013, Bayou Lagoon Park Resort turut menyediakan penginapan berupa dua blok pangsapuri mewah taraf empat bintang, selain taman airnya yang pasti memberikan pengalaman sukar dilupakan untuk bersantai bersama keluarga atau yang tersayang.
Dikelilingi panorama yang tenang, dari balkoni bilik anda dapat menyaksikan panorama taman air dari aras atas. Bayou Lagoon Park Resort turut menyediakan kemudahan seperti kolam renang, wifi di setiap bilik, restoran, gymnasium, surau, ruang permainan, khidmat tukaran matawang asing, bilik mesyuarat dan seminar.
Menawarkan taman permainan air di Melaka, taman air di Bayou Lagoon Park Resort dibina khas buat pengunjung merasai sendiri keunikannya setiap satu jenis permainan mempunyai kelainan tersendiri. Si kecil pasti teruja bermain air di kolam yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk kanak-kanak. Bagi orang dewasa pula, tidak sah sekiranya tidak mencuba segala permainan yang disediakan seperti gelongsor air. Buat pengunjung luar yang tidak menginap di sini, ada bayaran tiket masuk akan dikenakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...