Kalau anda mempunyai ahli keluarga yang masih di bawah umur atau kanak-kanak, apa kata ubah selera percutian kali ini dengan membawa keluarga bercuti di Melaka.
Bagi anda yang ingin menikmati percutian bertemakan air, jangan lepaskan peluang mengunjungi Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandaraya Hilir Melaka, Bayou Lagoon Park Resort menawarkan pakej percutian keluarga yang pastinya tidak akan mengecewakan.
Ads
Dikelilingi taman air yang menyeronokan,di sini menawarkan percutian dan hiburan untuk keluarga yang tiada tandingannya. Selain menjanjikan suasana yang mendamaikan, pelbagai aktiviti sedia untuk diterokai selain pelbagai kemudahan yang disediakan.
Mula beroperasi sejak tahun 2013, Bayou Lagoon Park Resort turut menyediakan penginapan berupa dua blok pangsapuri mewah taraf empat bintang, selain taman airnya yang pasti memberikan pengalaman sukar dilupakan untuk bersantai bersama keluarga atau yang tersayang.
Ads
Dikelilingi panorama yang tenang, dari balkoni bilik anda dapat menyaksikan panorama taman air dari aras atas. Bayou Lagoon Park Resort turut menyediakan kemudahan seperti kolam renang, wifi di setiap bilik, restoran, gymnasium, surau, ruang permainan, khidmat tukaran matawang asing, bilik mesyuarat dan seminar.
Menawarkan taman permainan air di Melaka, taman air di Bayou Lagoon Park Resort dibina khas buat pengunjung merasai sendiri keunikannya setiap satu jenis permainan mempunyai kelainan tersendiri. Si kecil pasti teruja bermain air di kolam yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk kanak-kanak. Bagi orang dewasa pula, tidak sah sekiranya tidak mencuba segala permainan yang disediakan seperti gelongsor air. Buat pengunjung luar yang tidak menginap di sini, ada bayaran tiket masuk akan dikenakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Isla de Las Munecas atau lebih dikenali sebagai Pulau Anak Patung yang penuh dengan anak patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan.
Walau pun nampak ngeri dan seram dengan ribuan anak patung ‘cacat’ tergantung, lokasi ini menjadi tarikan pelancong yang berpusu-pusu melawat destinasi tersebut pada setiap tahun. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa dua jam melalui sebuah terusan dari Bandar Raya Mexico.
Pada awalnya, lokasi menakutkan ini bukan untuk dijadikan destinasi tarikan pelancong. Bagaimanapun, ia dikunjungi oleh ribuan pengunjung yang mungkin mencabar diri menjadi berani untuk melihat sendiri lokasi menyeramkan yang diceritakan dari mulut ke mulut sejak berpuluh tahun lalu.
Kejadian berlaku kira-kira 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Anak patung digantungkan sebagai simbolik untuk gembirakan si mati selain tidak mengganggu atau menghantui penduduk di kawasan penempatan itu.
Kisah disebalik wujudnya lokasi ini, pada awalnya sebuah patung digantung oleh seorang lelaki penduduk tempatan Don Julian Santana Barrera. Dia menggantungkan anak patung tersebut dengan niat untuk menghalau roh seorang kanak-kanak perempuan yang lemas di terusan berhampiran lokasi tersebut daripada mengganggunya. Namun Don Julian Santana Barrera sendiri turut mati lemas di perairan sama 14 tahun lalu.
Sehingga hari ini, roh mangsa dikatakan masih menghantui kawasan sekitar itu. Beberapa pelawat juga mengaku pernah mendengar bunyi yang menyeramkan di lokasi itu.
Tengok gambar pun dah seram. Ini kan berada di lokasi ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Desaru, Johor sememangnya amat terkenal antara destinasi pelancongan utama di negara ini. Dengan kemudahan resort, hotel dan chalet berdekatan, ia terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Bagi yang ada plan nak berjalan-jalan selepas PKP berakhir, boleh masukkan Desaru Fruit Farm antara destinasi pilihan. Berkeluasan 180 ekar dengan pokok-pokok buahan hampir 20 jenis, berada di sini Desaru Fruit Farm seumpama duduk di dusun (bagi yang tidak mempunyai dusun pasti teruja dengan pengalaman begini).
Masuk ke pintu utama, berbagai jenis pokok sedia. Ada jenis bermusim dan ada sepanjang tahun dan sentiasa berbuah lebat. Jika buahan bermusim, ia terdiri dari durian dan sebagainya tapi bagi yang bukan bermusim, ada jambu dan sebagainya. Tidak itu saja banyak lagi pokok buahan seperti jambu air, jambu batu, rambutan, mangga, belimbing, nenas, pisang, tembikai, durian belanda, makisar, ciku dan banyak lagi yang boleh dinikmati terus dari ladang.
Ada beberapa jenis pakej boleh dipilih termasuk tour menggunakan ATV, Jeep selain lori yang boleh dijadikan pilihan mengikut kemampuan. Bagi yang naik lori, pakejnya RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Pemandu pelancong akan memberikan penerangan mengenai ladang ini sambil memperkenalkan jenis-jenis pokok dan ia info yang baik bagi kanak-kanak. Bagi yang mahu makan tengahari, pakej ini juga disediakan termasuk bermain paint ball bagi yang gemar aktiviti lasak.
Bagi menggembirakan kanak-kanak, bukan hanya tour ladang, tapi petting zoo yang boleh diberi makan dengan lebih dekat turut disediakan selain masuk ke ladang herba. Untuk info lanjut, korang boleh klik di Desaru Fruit Farm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terkenal dengan julukan syurga dunia, bentuk muka bumi negara Pakistan yang bergunung-ganang mempunyai pemandangan yang super cantik. Memang jenuh bergambar kalau bercuti ke negara keenam mempunyai jumlah penduduk teramai ini.
Kalau berkesempatan untuk bercuti ke sini pada Julai nanti, jangan lepaskan peluang tengok sendiri polo festival yang diberi nama Perayaan Polo Shandur yang disambut oleh Suku Gilgit dan Chitral di Utara Pakistan.
Diadakan di Padang Polo Shandur yang merupakan padang polo tertinggi di dunia, korang akan merasai pengalaman budaya yang unik dan menakjubkan di banjaran Gunung Hindukush.
Melalui perkongsian oleh Z Hilmi Karim di Facebook, menceritakan apa yang bakal anda nikmati bila berpeluang melihat sendiri perayaan Polo Shandur yang biasanya akan diadakan pada Julai nanti.
Lelaki ini turut menyenaraikan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi ketika berada di Pakistan yang rata-ratanya mempunyai pemandangan yang paling cantik.
Ikuti perkongsiannya:
SUKAN BERKUDA DI BUMBUNG DUNIA .
SAVE YR DATE 7- 9 July 2022
LOKASI TERLETAK DI BUMBUNG DUNIA UTARA PAKISTAN , POLO FESTIVAL AKAN BERLANGSUNG PADA 7 SEHINGGA 9 July 2022 DI ADAKAN
SETIAP TAHUN DAN TARIKH YG SAMA .
Perayaan polo Shandur ialah perayaan yang menakjubkan yang disambut oleh suku Gilgit dan Chitral di kawasan utara Pakistan. Puak dari wilayah Gilgit-Baltistan dan Chitral bertemu di pas Shandur pada setiap musim panas.
Pas shandur mempunyai padang polo yang sangat indah di mana polo gaya bebas dan liar lagi unik dipertandingkan antara pasukan yang berbeza di rantau itu. Padang polo Shandur adalah padang polo tertinggi di dunia pada ketinggian 3,700 meter. Tanah polo bersebelahan dengan tasik Shandu, Perayaan ini memberikan pengalaman budaya yang menakjubkan di banjaran gunung Hindukush.
Sementara itu korang boleh melawat beberapa tempat seperti Khlas Valley , Garam Chasma, Bumburat Valley, Shandur Lake dan lain lain lagi, yang semestinya Aku mengelar Pakistan adalah Pintu Syurga Dunia. Ok Next!
Rahsia Kerajaan England Kantoi bercuti di Negara Merbahaya!
Putera Raja England and Queen menjadikan Chitral Sebagai tempat mereka dan Para Kerabat raja bercuti bersiar bergolek2 di karpet Hijau di musim bunga dengan Sungai Putih Kumrat dan Kailash juga mereka kerap datang untuk beristirehat
Ok Next, Di chitral kerajaan tempatan sedang membina Cable Car yang
pertama tertinggi di dunia, yang menghubungkan Kumrat ke Chitral .
Kumrat pula digelar sebagai “KINGDOM OF NATURE” Untouchable serius so Unbelievable, Kumrat adalah salah satu Lembah Syurga yg paling terindah berbanding dengan lain lain.
sape yang ingin ke kumrat harus memastikan tempat penginapan dahulu disebabkan terhad , kumrat satu kawasan yg untouch, so x banyak kemudahan untuk korang but still got another ways out. Bring Camp Equiment !
Ok next! Untuk Pergi ke Chitral korang boleh ikut Motorway Dari islamabad ke Exit Swat KhyberPhatunkhwa juga boleh exit ke termogara , low dir, upper dir dan terus menyusur ke Kumrat dalam perjalanan itu jalan raya yang baru siap dibina sehingga ke lembah Kalam , Kalam dikelilingi gunung ganang batu dan jutaan pokok krismas serta aliran anak sungai yg sgt jernih jelas kelihatan warna warni batu.
3 tahun lepas aku ke kalam mengambil masa lebih pada 12 jam disebabkan masih dlm pembinaan. bertambah pula aku pulak asik berhenti je memanjang , mengalir air mata weh ! that time disebabkan keindahan yang tidak terusik, So perjalanan diteruskan sampai btry gajet aku segala abis, dari Kalam ke ushu forest next menghala ke mohadan pula jalan nya teruk (offroad) menghala terus kedalam, more more deep kedalam seperti masuk zone Syurga bertingkat 1 sehingga 3 4 dan seterusnya, time tu korang rase Taman Syurga korang yg punye, almost zero x de orang, paling korang leh nampak kambing2 gurun duk bertenggek tepi lereng Gunung batu siap ada yg bergurau.
Ok next! Bodgai Pass is pass connect to upper dir, Upper Dir ni betul2 Sempadan dengan Afghanistan ( Upper Dir) ni forigners tak boleh masuk due faktor keselamatan, kalau pegi sorg2 pandai cite lepas la masuk ,
lepas je gate tentera , kaki ko kat afghan sebelah lagi sebelah kat pakistan Padu weh! ok nanti cite lagi.
So sape yang nk pegi This Summer lepak di bumbung dunia boleh amik mood from gambar rajah dibawah. Let’s Explore the Dangerous in offroad Chitral and Kyber !
WAIT !! THIS IS KYBERPAKTHUNKHWA NAMA RINGKASNYA KPK TERLETAK SEBELAH UTARA DAN TERLALU BANYAK KAWASAN UNEXPLORED IA MENJADIKAN ALAM SEMULA DI KAWASAN2 TERSEBUT SUBHANALLAH… “ I Was There “ WILL SHOW YOU NEXT ! and KPK THE BEST WORLD CLASS HOSPITALITY .
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Deretan tebing menghijau berdiri megah di sisi lautan biru, sementara air terjun mengalir dari celah gunung menuju pantai-pantai kecil yang tersembunyi. Pemandangan luar biasa...