Kalau tempat tersebut sudah ada di dalam ‘bucket list’ anda, jangan tunggu orang lain untuk melakukannya. Biarkan tempat tersebut diterokai oleh anda sendiri dan jadikan ia sebagai momen yang paling indah di dalam hidup anda.
Jika anda minat untuk meneroka tempat baru di negara orang, pelbagai cara yang akan dilakukan terutama dalam misi mengumpul wang dan membeli barang keperluan yang perlu dibawa nanti.
Perkara tersebut sama dilakukan oleh Imann Azman yang baru sahaja balik daripada trip ke Surabaya-Yogyakarta (Jogja), di Indonesia dengan hanya bermodal RM655 sahaja! Nak tahu macam mana Imann punya trip kat sana?
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh beliau bersama Libur.
**Teks ini telah diubah mengikut kesesuaian pembaca Libur**
TRIP SURABAYA – JOGJA (6H 5M)
Bajet keseluruhan: RM655.50
Termasuk: Tiket penerbangan (return), kenderaan, penginapan, tiket masuk, supir, makan tengah hari/malam
Hari 1: KLIA2 – Surabaya
8:00PM: Sampai di Airport dan supir jemput terus ke Bromo
2.30AM: Sampai Bromo, ambil masa dalam 7 jam sebab kereta rosak, kalau tak rosak hanya makan masa selama 3 jam sahaja.
Total: Rp12,000 seorang (bersamaan RM3.60)
Ads
Hari 2: Bromo
3.00 AM: Terus naik gunung sebab tak nak berebut dengan orang dan nak sampai sebelum matahari terbit. Dekat sini korang boleh tengok permandangan gunung Bromo lawa sangat. Korang boleh photoshoot dan semua tempat ini sangatlah sejuk. Jangan lupa bawa winter coat!
9.00AM: Terus gerak turun gunung sebab nak kejar kereta api pergi ke Jogja pula.
11.30PM: Kami naik kereta api dari Probolingo ke Jogja mengambil masa dalam 8 jam. Memang penatlah, tak boleh tidur, sakit belakang semua ada. Tetapi itulah backpackers-kan dan jimat. Naik kereta api tak disarankan untuk yang berkeluarga. Huhu
8.00PM: Sampai Jogja terus check-in hotel dengan hanya jalan kaki dalam 500 meter, lepas itu terus rehat dan tidur kerana letih sangat.
Gunakan kod promo ni:
**Pakej Bromo = Rp700,000 seorang
Termasuk: Supir, tiket, jeep, entrace fee, makan, tiket kereta api, penginapan.
**Sky hotel Jogja = Rp555,000/5 Total: Rp811,000 seorang (bersamaan RM241)
Hari 3: Gunung Kidul
8.00AM: Supir datang ambil dekat hotel dan terus pergi ke Hutan Pinus dan Puncak Bencici. Tempat dia memang lawa untuk ambil gambar dan masuk adalah percuma. Jadi, tengoklah sendiri dalam gambar nanti lawa mana tempat dia. Huu… Kemudian, kami terus pergi ke Gunung Kidul, ambil masa dalam 2 jam untuk sampai. Dekat sini ada 27 pantai, tetapi kami hanya pergi 4 sahaja iaitu Pantai Krakal, Pantai Watukodok, Pantai Ngrumput dan Pantai Kukup. Kami sarankan pergi ke tempat ini kerana pantai dia banyak dan boleh dapat pelbagai jenis permandangan, memandangkan pantai timang ada 1 sahaja pantai dan nak naik gondola perlu bayar mahal. Jadi, satu hari ini memang habiskan masa dekat pantai jela. Ambil gambar pon sudah berjam-jam. Hehe
Ads
**Bajet
Supir – Rp900,000/5 (Rp180,000 seorang)
Makan – Rp10,000
Hotel di Pantai Kukup – Rp300,000/5 bersamaan Rp60,000 seorang.
Entrace fee untuk pantai – Rp15,000 seorang. Total = Rp265,000 (bersamaan78.90)
Hari 4: Goa Pindul dan Malioboro
8.00AM: Kami dah gerak pergi pantai Ngrumput untuk tangkap gambar lagi sebab semalam tak puas dan dekat sini kami panjat bukit Kasakora. Penat dia, fuhhh! Tak boleh bawa bincang. Hahaha
12.00PM: Kami gerak pergi ke Goa Pindul. Dekat Goa Pindul ini, anda boleh pilih nak main aktiviti apa seperti water rafting, cave tubing, jungle tracking dan macam-macam lagi. Saya sarankan pilih cave tubing kerana anda boleh tengok permandangan alam fauna dan dekat sini anda kena siap sedia baju basah sebab anda akan mandi sungai dia sekali. Hehe
6.00PM: Check-in hotel dekat area Malioboro Street dan malam itu kami keluar cari makanan tapi sini kena hati-hati sebab makanan semua mahal kalahkan hotel. Jadi kami ambil keputusan untuk makan KFC sahaja ketika itu kerana harga dia berpatutan.
10.00PM: Balik hotel dan tidur.
**Bajet**
Ads
Bukit Kasakora – Rp2,000
Makan tengah hari – Rp25,000
Cave Tubing – Rp50,000
Hotel Amanda Glory, Malioboro – Rp800,000/5 (Rp160,000 seorang) Total: Rp267,000 bersamaan RM79.50
Hari 5: Borobudur
8.30AM: Kami ke Borobudur naik bas sahaja sebab ia lagi murah dan jimat. Dekat sini korang boleh ambil bas transJogja. Tunggu sahaja dekat stesen bas tepi Malioboro Street, beli tiket ke Stesen Jombor. Dari Stesen Jombor nanti ramai yang akan tawarkan bas pergi ke Borobodur. Korang naik dan ambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Stesen Borobudur. Sampai dekat stesen bas Borobudur, jalan kaki dalam 200 meter, sampai dah dekat pintu utama. Tak perlu nak naik beca atau teksi, jangan terpedaya kerana semua akan cakap jauh tetapi ia dekat sebenarnya. Dekat Borobodur ini, kami terkandas agak lama sikit kerana hujan. Jadi, pukul 5 petang baru balik naik bas, ikut jalan yang sama dan pukul 8 malam sampai ke Malioboro. Disini kami jalan-jalan dan beli cenderamata sebelum terus balik dan tidur.
Hari 6: Taman Sari
8.00AM: Kami ke Taman Sari di Malioboro. Jalan kaki sahaja tetapi penat jugalah kerana ia agak jauh. Taman Sari ini korang boleh tengok tempat sultan dahulu kala mandi, tempat dia sangat cantik dengan bangunan yang unik dan penuh bersejarah. Balik dari situ kami sudah penat dan pilih untuk naik beca. Hahaha
12.00PM: Checkout hotel dan sambung beli cenderamata dekat Malioboro sebab malam semalam tak puas beli lagi (sesi menghabiskan duit sebelum balik).
2.00PM: Kami ambil teksi pergi ke airport ambil masa dalam 30 minit.
**Bajet
Taman Sari + Tour Guide tips = Rp19,000 seorang
Beca = Rp10,000 seorang
Supir ke airport = Rp20,000 seorang Total: Rp149,000 bersamaan RM44
No telefon Supir Jogja – +62 821 3808 8641 No telefon Supir Bromo – +62 812 4917 9089
P/s: Kalau takda tulis makan tengah hari atau malam itu bermaksudnya kami makan maggie yang di bawa dari rumah atau sudah termasuk dalam pakek. Cenderamata adalah bajet masing-masing, tidak termasuk di dalam total bajet. Sesetengah bajet di atas dibahagi untuk 5 orang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Alys Villa Cempaka ialah villa baharu yang unik di Kuantan, Pahang, yang menawarkan kolam renang peribadi, kawasan ruang tamu dan makan luar, serta dapur kecil.
Alys Villa Cempaka Pahang
Terletak berdekatan dengan Pantai Cempaka, pantai yang indah dengan air yang jernih dan pasir putih. Villa ini mempunyai dua bilik tidur dengan katil king dan bilik mandi en-suite, dan boleh menampung sehingga empat tetamu.
Banyak Kemudahan Dalam Villa
Okay, ini kemudahan lain yang anda boleh dapat bila masuk sini:
Kolam Renang Peribadi – pancuran luar
2 Bilik Tidur (1 katil king setiap bilik)
2 bilik mandi en-suite (pemanas air)
Kawasan Ruang Tamu dan Makan Luar Terbuka
Dapur Kecil – peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, pemanas air Coway
Ini merupakan tempat yang sempurna untuk pelarian santai dan mesra alam, kerana ditenagakan oleh tenaga solar dan mempunyai reka bentuk minimalis. Anda boleh membuat tempahan penginapan di Alys Villa Cempaka di Airbnb.
Lokasi:
Alys Villa Cempaka Kuantan Pahang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kedatangan bulan Ogos setiap tahun menggamit imbauan sejarah pahit getir pejuang Tanah Melayu dalam mempertahan ibu pertiwi. Bulan ini adalah saksi terbitnya semangat kemerdekaan yang sebenar!
Bukanlah sesuatu yang sukar untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap daripada kita. Tidak perlu air mata, keringat atau tumpahan darah seperti generasi sebelum merdeka, generasi masa kini boleh menyemai semangat kemerdekaan dengan hanya menyelusuri dan meneroka tempat tinggalan sejarah dan tempat-tempat yang sarat dengan cerita sejarah yang boleh dijadakan teladan untuk semua. Apa kata, sempena dengan cuti hujung minggu ini, anda luangkan masa melawati 5 tempat bersejarah di sekitar Negeri Selangor.
Bangunan Tan Boon Chia
Bangunan Tan Boon Chia.
Bangunan ini merupakan hak-milik kepada seorang pengasas industri perlombongan berbangsa Cina bernama Tan Boon Chia dan terletak di Rasa, Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor. Tempat bersejarah ini mempunyai kira-kira 51 buah bilik dan telah siap dibina pada tahun 1918. Ketika Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dirampas oleh tentera Jepun dan menjadi tempat penderaan terhadap kaum Cina, yang mana merupakan satu tempoh getir yang sangat pahit untuk dikenang. Tentunya tempat ini merintis semangat kemerdekaan yang jitu kerana setelah Jepun menyerah kalah, aktiviti penderaan yang kejam telah dapat dihentikan dan pemilikan bangunan tersebut telah dikembalikan kepada Tan Boon Chia. Namun setelah episod hitam tersebut, mereka tidak berpindah masuk semula ke dalam bangunan itu, dan ia tersergam megah sebagai bangunan simbolik jerih-perih semasa zaman pra-kemerdekaan dahulu.
Kota Raja Mahadi
Kota Raja Mahadi.
Kota ini gah dibina di puncak Bukit Kota oleh Raja Mahadi pada tahun 1866. Bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini telah menjadi saksi kepada perang saudara pada pertengahan kurun ke-19 antara Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman dan Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar bagi merebut hak pemilikan Sungai Klang dan tebing-tebingnya. Bagi memudahkan pemantauan pergerakan musuh di Sungai Klang sebagai laluan utama, tempat bersejarah ini telah ditempatkan pada ketinggian yang strategik. Kini, Kota ini telah diselenggara dengan baik di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Klang dan beberapa kemudahan telah disediakan untuk kegunaan para pengunjung seperti kawasan parkir kereta yang luas dan tandas awam juga turut disediakan.
Bukit Malawati
Untitled design.
Kota Malawati tersergam megah di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan meliputi hampir keseluruhan Kuala Selangor terutamanya pada waktu matahari terbenam. Semasa Belanda menakhluki daerah Kuala Selangor, Kota ini telah ditukar nama kepada ‘Fort Altingburg’ kerana kedudukannya yang strategik. Pada hujung minggu dan cuti am, terdapat kemudahan trem disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat menarik lain yang terdapat di sekitar Kota warisan ini.
Bukit Belanda
Bukit Belanda.
Bukit Belanda yang terletak di utara Bukit Selangor ini merupakan kubu pertahanan Belanda yang pertama. Tempat bersejarah ini digelar Bukit Belanda kerana pada suatu ketika dahulu, kerajaan Belanda yang diketuai oleh Van Brac telah menjadikan bukit ini sebagai kubu pertahanan dalam usaha untuk menewaskan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Pada asalnya, bukit ini diberi nama Utrecht bersempena dengan nama bahtera yang dikemudi oleh Van Brac namun ia kemudiannya ditukar kepada nama Bukit Belanda kerana rekaan kotanya yang merupakan ilham dari Sultan Ibrahim menerapkan unsur-unsur kebaratan (Belanda).
Muzium Kuala Selangor
Muzium Kuala Selangor.
Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor terletak 40 km dari Bandar Diraja, Klang. Terdapat banyak jenis maklumat menarik boleh diperoleh yang berkaitan dengan kronologi sejarah di Kuala Selangor. Muzium ini pada asalnya merupakan kediaman rasmi bagi Pegawai Daerah Kuala Selangor, namun telah diubah menjadi galeri bagi peminat sejarah yang ingin mengkaji tentang daerah Kuala Selangor. Menyedari pentingnya sejarah Kuala Selangor untuk dikongsi bersama, Lembaga Muzium Selangor mengambil inisiatif bersama Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor di Bukit Malawati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terokai hutan lipur di Perlis yang ada emerald pool, jom! Walaupun negeri kecil di Malaysian tetapi sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati terutama melibatkan tarikan alam semula jadi.
Kalau nak tahu, Hutan Lipur Bukit Ayer ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang dengan kawasan meliputi seluas 3.72 hektar.
Emerald Pool Di Perlis
Kolam disini airnya sangat cantik berwarna biru kehijauan bila terkena sinaran cahaya matahari (Emerald Pool). Terdapat air terjun yang boleh dipanjat untuk sampai kebeberapa kolam. Air Kolam di atas sangat sejuk dan tidak dalam, setakat pinggang orang dewasa.
Taman Eko Rimba Bukit Ayer
Dewasa (RM5.00) Kanak-kanak (RM2.00)
7.00 am-6.00 pm
WGS 84 : N6.5462° , E 100.1668°
Hutan lipur ini merupakan tempat popular untuk aktiviti mandi-manda dan riadah utama penduduk Perlis selain Taman Eko Rimba Gua Kelam dan Pusat Rekreasi Bukit Jernih.
Terletak 14km daripada Kangar, Keunikan hutan lipur ini ini terletak pada keindahan kawasan persekitaran menghijau dan sungai yang nyaman yang mana sangat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk beriadah bersama ahli keluarga dan juga teman-teman sekiranya berkunjung ke Negeri Perlis.
Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tempat menjamu selera, tandas awam, parking kereta, kolam mandi & tapak untuk camping / berkhemah dimana bayaran tambahan dikenakan untuk bermalam.
Jadi kalau nak berdamai dengan alam, boleh lah ke sini ya. Memang syok layan main air yang bersih macam ini.
Owh ya, nanti jaga kebersihan kalau sampai sini, bawa plastik nak letak sampah sesiap, siapa lagi nak jaga nature kita kalau bukan kita sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...