Satu langkah baik apabila kerajaan Selangor mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape serta minum arak di semua taman permainan dan rekreasi di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Larangan itu dibuat selepas kerajaan negeri meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (UKK Taman 2005). Kerajaan Selangor meluluskan untuk menambah aktiviti meminum arak dan merokok termasuk vape ke dalam senarai kesalahan UKK Taman 2005. Sebelum ini, senarai kesalahan di UKK Taman tidak menyatakan aktiviti meminum arak dan menghisap rokok sebagai aktiviti yang dilarang.
Berikutan penguatkuasaan larangan itu, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang melarang meminum arak, menghisap rokok dan vape di taman permainan dan rekreasi.
Ads
Ads
Jangan degil ya, kerana pihak berkuasa tempatan telah diarah melakukan pemantauan dan mana-mana pihak yang dikesan melanggar peraturan itu boleh didenda sebanyak RM1,000 bagi setiap kesalahan.
Ads
Demi keselesaan dan kesihatan para pengunjung terutamanya kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah, bersukan dan melakukan aktiviti kekeluargaan lebih-lebih lagi semasa pasca-COVID-19, tiba masanya untuk Selangor melarang perbuatan meminum arak dan merokok di taman permainan dan rekreasi. Orang awam yang melihat perbuatan ini juga boleh menyalurkan aduan mereka kepada PBT di kawasan masing-masing supaya tindakan susulan ke atas pihak berkenaan dapat dibuat.
Kejadian kepala air dan tanah runtuh yang berlaku di Yan, Kedah dua hari lalu sangat mengejutkan kita rakyat Malaysia.
Peristiwa bencana alam ini menyebabkan keindahan kawasan terbabit seperti Pusat Rekreasi Titi Hayun musnah dalam sekelip mata.
Sebelum kejadian yang dahsyat ini, Pusat Rekreasi Titi Hayun yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar Kedah sering menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung ialah chalet, gerai makanan, tempat letak kenderaan, wakaf, surau, dewan terbuka, chalet, asrama dan tandas.
Paling menarik apabila pengunjung yang datang ke sini dan sebelum balik akan mengabadikan kenangan bergambar di Jambatan Gantung dikenali dengan nama Titi Hayun sebagai tanda kenang-kenangan.
Tetapi kini tiada lagi Titi Hayun yang menjadi tarikan utama di Pusat Rekreasi Terjun Titi Hayun ini.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial facebook, Akhmal Haffies Ahmad yang acap kali datang ke sini setiap kali balik ke kampung.
Menurutnya sebelum ini walau sibuk sekalipun dia akan cuba luangkan masa untuk balik sambil membawa anak-anak menikmati keindahan alam semulajadi.
Setiap bulan, walau sesibuk mana pun. Aku akan ambil masa untuk pulang ke kampung. Dan setiap kali pulang, wajib untuk bawa anak-anak melihat keindahan. Supaya mereka kenal asal usul. Ayah mereka asalnya di sini.
Warga Yan beruntung, dikelilingi keindahan alam. Ada laut dan pantai. Ada juga hutan, gunung dan sungai.
Hari ini, warga Yan diuji. Kuasa alam menunjukkan kuasa. Air bah keruh bersama selut datang merenggut segala.
Betapa kerdilnya kita di mata Allah. Dalam keadaan pandemik ini, musibah sebegini sangat menekan jiwa. Ada yang kehilangan nyawa.
Tiada lagi Titi Hayun yang menggamit memori. Tapi aku pasti, warga Yan akan bangkit kembali.
Mereka yang ada bukan calang-calang manusia. Orang Yan ni Urat Dawai Tulang Besi. Aminnn
Salah satu sebab orang nak travel ni adalah kerana makan. Makan dan minum. Terbukti dalam kajian yang orang – lagi-lagi rakyat Malaysia ni memang travel untuk makan.
Kalau satu-satu tempat tu ada makanan yang sedap, confirm! Confirm beratur nak pergi makan.
Tapi dalam sedar tak sedar, hasil makanan atau minuman di negara kita ni pun pernah dinobatkan antara yang terbaik di dunia. Betul, tak kan lah Libur nak membongak pula kan?
Kalau tak percaya, anda boleh teruskan bacaan ni. Tak payah Google, Libur sendiri ceritakan kepada anda apakah minuman yang pernah diiktiraf sebagai minuman terbaik dunia tu.
Menurut CNN Travel, terdapat 50 minuman yang tersenarai antara minuman paling sedap di dunia, dan salah satu daripadanya ialah minuman daripada Malaysia.
Berada dikedudukan ke-6 daripada 50 minuman paling sedap, air mata kucing menjadi pilihan dunia sebagai minuman paling sedap untuk diminum.
Buah mata kucing, atau nama saintifiknya Euphoria malaiense, mempunyai nama sedemikian kerana buahnya seakan-akan mata kucing. Buah mata kucing mempunyai saiz sedikit dan ada juga memanggil ia sebagai buah longan.
Pokok mata kucing dikatakan mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah.
Disebabkan kandungan antioksidan buah ini sangat tinggi, ia dikatakan sesuai bagi wanita hamil dan bijinya juga dikatakan boleh mengubati gigitan ular.
Daripada 50 senarai minuman tersedap di dunia ini, tempat pertama adalah milik air kosong. Ya, air kosong berada ditempat #1 dalam 50 senarai minuman paling sedap di dunia.
JAKARTA – Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup mulai hari ini.
Penutupan kesemua 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern International dalam satu kenyatannya kepada Bursa Efek Indonesia baru-baru ini.
PT Modern International sebelum ini dilaporkan telah bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Eleven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.
Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas lebih 20 kedai itu telah ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan kedai 7-Eleven telahpun menutup operasi mereka sejak minggu lepas lagi dengan meletakkan notis mengenai pemberhentian operasi.
Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada 2008 dan dikelolakan oleh PT Modern Sevel Indonesia, anak syarikat PT Modern International.
Menurut laporan kewangan suku pertama 2017 PT Modern Internasional, hasil penjualan daripada 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta (Rp1 juta lebih kurang RM300) kepada Rp138,62 juta.
Sementara itu Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita menyangkal dakwaan bahawa penutupan 7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa.
Katanya penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian yang dialami syarikat tersebut.
Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk bertemu dengan pengurusan syarikat berkenaan bagimendapat maklumat lanjut mengenai penutupan kedai francais itu. – Bernama
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...