
Bila sebut percutian di pulau, destinasi yang bermain di kepala dah tentu Pangkor, Redang dan Tioman.
Namun ramai juga yang berkira-kira nak ke sini kerana faktor jarak dan perjalanan yang memakan masa.
Tapi lepas ini tiada masalah lagi kalau teringin nak ke tiga pulau ini walau pun pada hujung minggu kerana sudah ada penerbangan terus ke sini dengan pelancaran SKS Airways semalam.
Syarikat penerbangan terbaru di Malaysia ini memperkenalkan laluan jarak dekat ke tiga destinasi pulau popular di Malaysia, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman.
Semalam SKS Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor dalam satu majlis ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor.
Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato’ Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.
Info SKS Airways
- SKS Airways menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Januari; Subang ke Pulau Redang mulai 31 Januari; ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.
- Dengan pembukaan ketiga-tiga laluan ini, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapisiti harian penuh seramai 228 penumpang, SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala.
- SKS Airways akan memulakan operasi dengan pesawat Twin Otter, yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik. Ia turut membolehkannya ia mendarat dengan selesa di landasan udara pendek.
- Pesawat Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang ini sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Airport Staycation 2H1M Di Sama-Sama Hotel KLIA. Rare Tau Bercuti Konsep Macam Ni!

Airport Staycation adalah salah satu usaha Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menarik minat rakyat Malaysia untuk menjadikan KLIA sebagai sebuah destinasi percutian, selain daripada merancakkan semula aktiviti pelancongan dalam negara selepas terkesan daripada pandemik COVID-19.
Airport Staycation ini tidak dilakukan setiap masa. Hanya promosi untuk waktu-waktu tertentu sahaja dan dalam jumlah yang dihadkan. Jadi kalau nampak ada tawaran percutian sebegini kena cepat-cepat buat tempahan. Airport Staycation ini menawarkan percutian 2 hari 1 malam kepada ibu bapa dengan dua orang anak di bawah umur 11 tahun untuk menikmati penginapan di Sama-Sama Hotel bersama sarapan pagi dan pelbagai keistimewaan yang lain.
Airport Staycation yang pertama dianjurkan sempena Hari Kemerdekaan pada Ogos 2020 lepas mendapat sambutan yang baik sehingga ia habis ditempah dalam tempoh dua hari sahaja. Atas sambutan yang baik ini, MAHB meneruskan lagi program pada September lalu.
Ini perkongsian daripada saudari Amirah Razali yang berpeluang bercuti dengan konsep sebegini September 2020 lalu.
Hi guys! Nak share haritu kami sekeluarga berpeluang untuk cuti-cuti di Airport KLIA. Best sangat!
Haaa jangan terkejut! Airport KLIA juga boleh dijadikan destinasi percutian tau! Hehehe seronok betul dapat peluang untuk ke program Airport Staycation di KLIA baru-baru ini. Sebenarnya Airport Staycation sebelum ini mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi atas permintaan ramai, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad dengan kerjasama Sama-Sama Hotel KLIA meneruskan lagi program ini buat kali ke-2. Jadi mestilah kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman Airport Staycation di Sama-Sama Hotel yang julung-julung kali ditawarkan ini.
Program Airport Staycation ini untuk keluarga bersama 2 anak bawah 11 tahun. 2 hari 1 malam di Sama-Sama Hotel.
Antara aktiviti dalam pakej Airport Staycation ini adalah
1. Tour ke Airport Fire Station yang terletak di airside.
2. Dapat jadi Fire Fighter!
3. Menjadi Chef Cilik. Boleh deco kek sendiri siap dapat bawa balik kek, chef hat & apron!
4. Dapat akses khas untuk shopping di KLIA Crazy Sale! dan banyak lagi!
Yang bestnya untuk program Airport Staycation ini adalah kami berpeluang membuat lawatan eksklusif ke Airport Fire & Rescue (AFRS) yang terletak di airside. Apalagi tanpa berfikir panjang, terus kami membuat tempahan di talian yang diberikan dan alhamdulillah rezeki Ayra & Afya ada lagi 2 kekosongan ketika itu.
Harga pakej Airport Staycation ini adalah RM440 untuk keluarga bersama 2 anak bawah 11 tahun. Manakala Aafy pula percuma sebab umur bawah 1 tahun. Tapi bayi tidak dibenarkan ke AFRS atas sebab-sebab keselamatan. Jadi Zyzool yang temankan Aafy sementara Mira, Ayra & Afya nak jadi akak bomba airport jap. Hehehe
Ada 4 stesen aktiviti yang disediakan iaitu:
1. Donning Fire Suit – Untuk stesen yang pertama ini kami berpeluang menggayakan uniform & peralatan yang digunakan abang bomba. Hihi jadi izinkan akak jadi hakak bomba sekejap ya!
2. Fire Truck Joy Ride – Di stesen ke-2 pula kami dapat menaiki trak bomba dan di bawa berpusing di sekitar stesen. Wow canggih betul Ultra Large Foam Tender Fire Truck ini !
3.Fire Extinguisher Training -Seterusnya kami ke stesen ke-3. Di sini kami diajar cara-cara untuk menggunakan alatan pemadam kebakaran. Details kami kongsikan di blog https://zyzoolmiratravel.com
Bila orang tanya. “Ko cuti gi mana haritu?” “Kiteorang cuti-cuti kat airport!!”
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Apa Istimewanya Beting Patinggi Ali? Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China

Semenjak akhir-akhir ini, kita dapat melihat keberanian China menceroboh perairan Malaysia termasuk 16 buah pesawatnya dilihat sengaja memasuki ruang udara sebelum dipintas oleh Tentera Udara Malaysia (TUDM). Namun apa dikesalkan, walau Malaysia meminta penjelasan mengapa pencerobohan itu dilakukan sebaliknya China memandang sepi persoalan itu, seolah-olah dilihat besar kepala.
Bukan saja berani menceroboh ruang udara malah mereka semakin berani untuk menguasai perairan termasuk menganggap Beting Petinggi Ali sebagai "hak yang ingin dituntut" dari Malaysia. Apa sebenarnya di Beting Patinggi Ali ini? Dan kenapa ia menjadi rebutan banyak pihak?
Beting Patinggi Ali terletak berdekatan dengan pantai Miri, Sarawak
Apa Istimewanya Beting Patinggi Ali? Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China. Sejak akhir-akhir ini, timbul isu berkenaan pencerobohan kapal dan pesawat pertahanan China ke kawasan zon maritim Malaysia di Sarawak iaitu kawasan Beting Patinggi Ali. Jika kawasan ini tidak mempunyai kepentingan dan keistimewaan, mengapa pula mereka mahu menghantar pesawat dan kapal untuk berlegar di ‘halaman’ negara orang, bukan? Sudah tentu, ini menjadi satu persoalan besar memandangkan isu pencerobohan ini berkait dengan maruah dan kedaulatan negara Malaysia.
**media[372428]**
**media[372429]**
Apa itu Beting Patinggi Ali?
Untuk anda yang tidak mengetahui tentang kewujudan beting ini, Beting Patinggi Ali ini merupakan kawasan perairan kompleks batu karang yang paling kurang dikenali dan diterokai di Laut China Selatan. Beting ini turut dikenali dengan nama Luconia Shoals, Beting Raja Jarum, Běikāng ànshā atau Nánkāng ànshā dalam bahasa Cina.
Nama beting ini pula diberikan sempena nama seorang pemimpin masyarakat Melayu di Sarawak pada awal abad ke-19, Datu Patinggi Ali. Beliau menentang pemerintahan kerajaan Brunei yang pada ketika itu diterajui oleh Pengiran Mahkota dan Raja Muda Hashim iaitu sekitar tahun 1837-1840. Datu Patinggi Ali dilantik oleh James Brooke sebagai ketua masyarakat Melayu di Sarawak untuk bersama-sama memimpin Sarawak di bawah pemerintahan Rajah Putih.
**media[372431]**
Potret Datu Patinggi Ali hasil lukisan pemain sape’ Sarawak, Alena Murang. Sumber : The Brooke Trust
Nama Luconia pula adalah sempena nama lama sebuah pulau di Filipina iaitu Pulau Luzon, tetapi ditulis dalam ejaan Latin lama seperti mana yang ditemui dalam peta Latin lama, Itali dan Portugal.
**media[372432]**
Lubuk gas asli dan minyak yang masih tak tersentuh
Dari sudut geografi, Beting Patinggi Ali juga berkedudukan sejauh 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak dan terletak dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia. Beting ini dikatakan berada di kedudukan paling selatan dalam gugusan Kepulauan Spratly. Difahamkan, beberapa ribu kilometer persegi di bahagian utara dan selatan beting ini sebenarnya mempunyai pentas dasar dengan kedalaman 5 hingga 40 meter di bawah paras laut.
Malah, dasar laut di kawasan beting ini juga mempunyai sumber gas asli dan minyak yang masih banyak dan belum diterokai oleh mana-mana pihak.
Difahamkan, terdapat 4 platform minyak dan gas PETRONAS yang terletak kurang daripada 25 km dari sempadan kawasan ini iaitu F230-A (16.5 km), F6Q-S (22 km), MI-Q (14.6 km) dan BIIP-A (17.6 km). Sebuah lagi platform yang tidak diselenggara oleh manusia F14DR-A pula berada dalam kawasan beting ini.
Taman Negara Marin Luconia, taman negara marin terbesar di Malaysia
Sarawak telah mewartakan gugusan Beting Patinggi Ali sebagai taman negara marin pada tahun 2018 dan dinamakan sebagai Taman Negara Marin Luconia. Ia merupakan taman negara marin yang terbesar di Malaysia setakat ini.
Di sebelah selatan beting (163 hingga 180 km dari pantai Sarawak) ini, terdapat beberapa terumbu seperti Hempasan Bentin, Terumbu Balingian, Beting Merpati, Terumbu Sahap, Sierra Blanca dan Terumbu Saji. Terumbu ini boleh dilihat semasa air surut. Sebelah utara beting (187 hingga 254 km dari pantai Sarawak) ini pula terdiri daripada ciri-ciri seperti Beting Rentap, Hempasan Dang Ajar, Terumbu Permaisuri, Terumbu Lang Ngindang, Terumbu Asun, Terumbu Datuk Landih, Terumbu Linggir dan Terumbu Litong yang sesetengahnya boleh dilihat semasa air surut.
**media[372435]**
Beting Patinggi Ali berkemungkinan menyimpan bukti tamadun Pentas Sunda yang hilang
Disebabkan kawasan ini masih belum diterokai sepenuhnya, ia masih menyimpan khazanah alam yang sangat berharga termasuk bukti-bukti arkeologi yang mengaitkannya dengan kewujudan Pentas Sunda yang tenggelam di Laut China Selatan. Menurut ahli arkeologi marin, Kapten Han Berekoven, kawasan beting ini berkemungkinan menyimpan bukti penting berkaitan kewujudan peradaban manusia yang hilang di Pentas Sunda.
**media[372434]**
Peta daratan Pentas Sunda yang kini menjadi sebahagian Laut China Selatan
Peradaban tersebut dianggarkan berusia lebih daripada 12,000 tahun dan berpotensi mengubah sejarah ketamadunan manusia jika dapat dikaji dengan lengkap. Bahkan, ketamadunan di Pentas Sunda boleh dikatakan yang tertua di dunia dan berpotensi merombak kembali garis masa tamadun Mesir Purba, Mesopotamia, Indus, Rom Purba, yang setakat ini tertua dicatatkan adalah berusia lebih kurang 6,000 tahun yang lalu.
Beting ini juga pernah menjadi saksi karamnya kapal layar British, Viscount Melbourne, pada 5 Januari 1842. Oleh yang demikian, kawasan ini juga telah diisytiharkan sebagai tapak arkeologi maritim dalam perairan Malaysia oleh Jabatan Muzium Sarawak. Sebelum tahun 2013, kawasan ini adalah kawasan tangkapan popular nelayan laut Miri, malahan juga nelayan asing seperti Vietnam dan Thailand.
**media[372433]**
Serpihan sauh kapal, botol champagne dan jeruk ceri yang ditemui di dasar Beting Patinggi Ali milik Viscount Melbourne. Sumber : maritimemysteries.org
Berada dalam Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia
Kawasan Beting Patinggi Ali ini berada di perairan Sarawak dan juga Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (EEZ). Berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982), negara berpantai (dalam kes ini, pantai di Miri, Sarawak, Malaysia) berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.
Ini bermakna, Beting Patinggi Ali sememangnya adalah hak milik mutlak negara Malaysia. Ia berada di perairan Sarawak, berada dalam kawasan EEZ Malaysia, dan berkedudukan sejauh 84 batu nautika dari pantai Miri.
Mengapa China begitu berminat dengan Beting Patinggi Ali?
Walau bagaimanapun, kawasan sudah dihendap oleh China sejak dari tahun 2013 lagi dan menuntut bahawa mereka mempunyai ‘hak bersejarah’ di kawasan Laut China Selatan termasuklah di kawasan Beting Patinggi Ali. Tuntutan ini sama sekali tidak berasas kerana kawasan Beting Patinggi Ali ini berada pada kedudukan 2,000 kilometer dari Tanah Besar China, kedudukan yang sangat jauh jika dibandingkan dengan jarak beting ke pantai Malaysia di Miri yang hanya 155 km.
Walau bagaimanapun, tuntutan China ini tidak diperakui di peringkat antarabangsa.
**media[372434]**
Peta wilayah sembilan garis putus-putus tuntutan China
Beting Patinggi Ali berada dalam wilayah sembilan garis putus-putus tuntutan China
Ini bukan perebutan pertama China di kawasan Laut China Selatan. Untuk pengetahuan anda, China sebenarnya menuntut kira-kira 80% kawasan di Laut China Selatan. Wilayah yang mahu dituntut ini dinamakan sebagai wilayah sembilan garis putus-putus. Wilayah ini terdiri daripada kawasan EEZ beberapa negara termasuklah Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam dan Taiwan.
Walaupun kelihatan tidak begitu agresif dengan tuntutan tersebut, namun China sebenarnya menuntut dalam diam dan perlahan dengan menghantar kapal pengawal pantai (CCG) nya di kawasan beting ini sejak dari tahun 2013.
Menurut laporan media tempatan, pencerobohan kapal CCG China pada 4 Jun lalu bukanlah kali pertama dilaporkan. Berdasarkan perkhidmatan pengesan MarrineTraffic menggunakan data pemantauan satelit siaran Sistem Pengenalan Automatik (AIS) dari kapal, CCG telah melakukan rondaan di Beting Patinggi Ali bukan sehari dua, tetapi sebenarnya selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan!
Data terkini menunjukkan kapal CCG 5203 dikesan dari 23 Disember 2019 sehingga 13 Januari 2020; kemudian 16 Januari 2020 sehingga 1 Februari 2020; 6 Februari 2020 sehingga 17 Februari 2020; dan 2 April hingga 23 Mei 2020.
Kapal CCG 5202 pula berada di sana sejak 7 Julai tahun lalu. Manakala, CCG 5204 dikesan dari 17 Februari 2020 sehingga 2 April 2020 dan dari 22 Mei 2020 sehingga 7 Julai 2020.
Jabatan Audit Negara turut mengesahkan bahawa kapal CCG dan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara tahun 2016 sehingga tahun 2019 dan kebanyakannya berlaku di Beting Patinggi Ali.
**media[372438]**
Bukan itu sahaja, pada tahun 2009, editor dan jurugambar majalah Chinese National Geography, Shan Zhiqiang, Wu Lixin and Ma Hongjie, telah menjelajah dan mengambil gambar di kawasan Beting Patinggi Ali. Mereka bukan sahaja menulis dan mengambil gambar kekayaan alam semulajadi beting tetapi juga memacakkan tanda kedaulatan di terumbu karang beting pada 1 Mei 2009. Kemasukan mereka ke kawasan beting juga tidak beretika dengan menyamar sebagai nelayan kasual dan menaiki bot Malaysia. Laporan terperinci beting yang terpencil itu berjaya disiap dan diterbitkan menerusi beberapa laporan dalam keluaran khas majalah 600 halaman pada Oktober 2010.
**media[372437]**
**media[372439]**
Tindakan Malaysia menangani pencerobohan China
Malaysia juga tidak berdiam diri. Sepanjang tempoh ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bertindak balas dengan mengusir penceroboh. 7 nota protes diplomatik telah dihantar ke Beijing termasuk yang terbaharu pada 31 Mei 2021 yang lalu. Namun, difahamkan pemerintah China berulang kali mengabaikan protes Malaysia. Agensi Penguatkuasaan Maritim juga sentiasa mengekalkan keberadaan jangka masa panjang di kawasan tersebut akibat tindakan licik China ini.
Para pengkaji sejarah juga tidak terkecuali dalam perjuangan menjaga kedaulatan Beting Patinggi Ali ini. Pada 31 Ogos 2015, sepasukan ahli pengkaji, ahli arkeologi marin amatur, dan kurator Muzium Sarawak yang diketuai oleh Kapten Hans Berekoven bersama isterinya telah menjalankan misi memacakkan bendera Jalur Gemilang di Beting Patinggi Ali. Ini adalah bertujuan untuk memberi amaran kepada China agar berundur dari kawasan yang sememangnya hak milik mutlak Malaysia itu.
**media[372436]**
Terdapat beberapa faktor yang berkemungkinan menarik minat China terhadap kawasan Beting Patinggi Ali. Antaranya ialah kecantikan dan keindahan kawasan tersebut yang belum diteroka. Selain itu, kawasan tersebut juga masih mempunyai sumber gas asli, minyak dan hidupan laut yang banyak dan belum digali disebabkan Akta Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia 2006 yang melarang sebarang aktiviti cari gali dilakukan di kawasan tersebut. Kehadiran China di kawasan ini juga dilihat sebagai satu tindakan provokatif dan ingin menguji Malaysia dalam mempertahankan wilayah. Sumber : I Love Borneo (Nur Afifah)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Stay Save Orang Mersing! Bandar Mersing Terputus Hubungan Akibat Banjir

Bandar Mersing lokasi popular dikalangan pelancong dan penduduk tempatan untuk ke pulau-pulau terkenal berhampiran. Namun, disebabkan hujan yang turun tanpa henti sejak semalam, daerah ini dinaiki air. Stay safe orang Mersing!
Menurut laporan Bernama , bandar Mersing telah terputus hubungan dengan daerah lain berikutan bencana banjir teruk yang melanda. Kawasan riadah Taman Laut Sultan Iskandar dan pusat perniagaan Mersing Harbour Centre di Mersing lengang tanpa pengunjung, malah kebanyakan premis perniagaan juga ditutup.
Keadaan ini sekali gus meresahkan beberapa orang peniaga jika banjir berterusan kerana ramai daripadanya bergantung sepenuhnya kepada kehadiran pelancong untuk melariskan jualan. Di beberapa jalan pula, tidak banyak kereta mahupun motosikal kelihatan lalu-lalang seperti kebiasaan. Apa-apa pun awasi keselamatan diri dan keluarga selain dengar arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Banjir sejak semalam menjejaskan seramai 1,282 mangsa daripada 363 keluarga di Mersing setakat ini. Untuk pengguna jalan raya, tangguhkan sementara atau rancang kembali perjalanan anda jika perlu ke Mersing. Bencana ini turut mengakibatkan beberapa jalan yang menghubungkan daerah berkenaan dengan kawasan seperti Kota Tinggi, Johor Bahru dan Rompin ditutup untuk semua jenis kenderaan kerana dinaiki air. Banjir juga dilaporkan berlaku di lapan daerah lain iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!