Setiap kali keluar travel, pasti ada di antara kita yang akan jadi ‘doktor’ sebab dalam backpack dia mesti ada first aid kit. Itu satu perkara yang bagus sebab kita tak tahu bila masa penyakit yang akan singgah dan merebahkan kita atas katil hotel.
Jadi, setidaknya ada sprang ‘doktor’ ni, boleh la kita menumpang first aid kit dia. Tapi sampai bila nak tumpang? Kena la ada satu first aid sendiri sebagai persediaan kita nak travel.
Libur nak kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel. Senarai ni untuk ubat-ubatan basic je. Kalau rasa senarai ni tak lengkap dan ada beberapa perkara yang perlu anda tambah, tuliskan di ruangan komen Facebook Libur ya. Boleh kita kongsikan bresama rakan-rakan traveller yang lain.
Ads
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
Ubat selsema dan demam.
Ubat batuk.
Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine.
Ubat sakit tekak.
Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan.
Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka.
Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh.
Micropore tape.
Alat untuk memcuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara.
Pin keselamatan, gunting dan penyepit.
Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide).
Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate).
Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide).
Ubat julab untuk sembelit.
Antacid untuk penghadaman.
Krim antifungal atau antibakteria.
Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone.
Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone.
Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
Penitis mata.
Ear plugs.
Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
Kad insurans perlindungan kesihatan.
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Ads
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.
Keunikan sesebuah gua mempunyai keasyikan tersendiri yang pasti digemari pencinta alam dan peminat aktiviti lasak untuk diterokai.
Namun, dalam keterujaan itu, pengembara perlu utamakan keselamatan, berkemahiran dan maklumat mengenai sesuatu gua untuk mengelak tragedi tidak ingini. Antaranya seperti insiden beberapa tahun lalu di Thailand, 12 remaja hilang bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai menggemparkan dunia.
Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku ketika meneroka gua, beberapa perkara berikut penting untuk dilakukan.
Sebelum memulakan ekspedisi, anda disaran mengenal pasti terlebih dahulu gua yang ingin diterokai dengan mendapatkan maklumat dalam pelbagai segi termasuk langkah diambil sekiranya berlaku musibah.
Jangan lupa dengan leka melihat keindahan stalagtait dan stalagmait serta hidupan seni di dalam gua, tanpa disedari air naik mendadak.
Kebanyakan gua di Malaysia, memiliki anak sungai. Justeru, dinasihatkan anda lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca sebelum masuk meneroka gua.
Ada yang berpendapat gua dihuni makhluk halus, jangan sesekali cakap sebarangan atau takbur kerana ia boleh ‘mengganggu’ pengunjung yang lemah semangat.
Pakai pakaian yang bersesuaian.
Bawa keperluan peribadi yang bersesuaian seperti topi keledar, lampu suluh dan kasut adalah peralatan keselamatan yang utama.
Setiap aktiviti lasak khususnya ada ratio untuk setiap kumpulan bagi seorang jurupandu dan bergantung juga pada tempat dan masa.
Sebelum menerokai gua sila rujuk keadaan cuaca dengan Jabatan Meteorologi negeri dan kawasan berhampiran,
Sila melapor diri kepada renjer atau pegawai Jabatan Perhutanan
Maklumkan jumlah anggota kumpulan menyertainya
Sekiranya ingin berkhemah beritahu berapa lama.
Semoga bermanfaat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu, kecantikan dan keindahan persekitaran Lata Kolam Air Deru Ecopark ini bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan, tetapi menjadi persinggahan penduduk luar yang mahukan kelainan dalam percutian mereka.
Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan. Menariknya, di Lata Kolam Air Deru ini turut menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Di sini ada menyediakan kemudahan penginapan dari jenis cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga perkhemahan.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sini? Ini perkongsian daripada Mohd Nizam Zambari.
Saya berkesempatan untuk bawa anak-anak berkhemah di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jertih Terengganu sebelum MCO dikuatkuasa pada 18 Mac 2020. Tempat ini sungguh dekat dengan kampung Kerajaan Langit ‘Ayah Pin’ yg femes suatu ketika dulu. Kira korang akan lalu juga Kampung Batu 13 Ayah Pin ni. Dan sekiranya korang teringin nak ke ‘langit’ boleh la singgah disana.
Yang menarik disini, air sungai color hijau yang tak boleh langsung dibawa bincang. Jatuh cinta. Bangun tidur terus terjun jer dalam sungai. Terdapat 3 Pengkalan yang anda boleh datang lawat. Hanya Pengkalan Dua dan Pengkalan Suri dibenarkan untuk mandi manda. Pengkalan Raja tidak dibenarkan mandi kerana arus air yang merbahaya. Disini pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain dari mandi manda.
Tarikh: 15 Mac 2020 – 17 Mac 2020 (Sehari sebelum MCO dikuatkuasa)
Tempoh: 3hari 2malam
Aktiviti lain ada: Rujuk gambar disediakan
Tent type: Kami sewa jer disana, memandangkan perjalanan yang sangat jauh dan hanya berat kereta jer nak bawa..hehehe
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa situasi semasa kluster penyakit Koronavirus di Malaysia adalah terkawal, di mana KKM berkerjasama rapat dengan World Health Organisation (WHO) dan Kementerian Kesihatan negara-negara jiran berhubung kluster penyakit ini.
Setakat (26 Januari 2020) ini seramai 4 kes disahkan positif, 23 kes disahkan negatif dan masih terdapat 4 kes yang masih menunggu keputusan makmal. Pihak KKM turut membentang langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon Kementerian bagi mengelak penularan kluster penyakit ini, termasuk melakukan saringan kesihatan terperinci di pintu masuk antarabangsa negara, dan pemantauan rapi di semua peringkat koodinasi menerusi pengaktifan bilik gerakan di peringkat Daerah, Negeri dan Pusat.
Wisma Putra terus memantau rapat keadaan 49 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional. Pihak Kedutaan Malaysia di Beijing juga telah mengeluarkan dua (2) nasihat perjalanan kepada semua rakyat Malaysia di China dan menangguhkan sebarang perjalanan ke 13 wilayah yang dianggap berisiko di China.
Mesyuarat telah membuat beberapa cadangan iaitu;
Kawalan kemasukan di pintu masuk Negara diperketatkan, termasuk semua penumpang penerbangan dari Negara China termasuk warganegara Malaysia WAJIB melalui saringan kesihatan perinci.
Semua rakyat Malaysia yang telah melawat atau pulang bercuti dari Wuhan khususnya yang mengalami simptom, diminta untuk melaporkan diri segera ke hospital terdekat bagi pemeriksaan kesihatan. Mereka yang tidak mempunyai simptom dikehendaki memantau status kesihatan masing-masing dalam tempoh 14
hari;
Difahamkan bahawa pihak China telah menyekat penerbangan antarabangsa komersil keluar/masuk di Wuhan, dan telah tidak membenarkan pakej pelancongan secara berkumpulan bagi warganegaranya ke luar negara bermula 23 Januari, 2020.
Semua rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan ke Wuhan;
Orang ramai turut diingatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer); serta segera mendapatkan kepada pihak hospital sekiranya mengalami simptom;
Pihak hospital swasta dipohon melaporkan segera kepada KKM bagi mana-mana kes penyakit berjangkit;
Semua pihak dinasihatkan agar tidak mengambil peluang untuk menimbulkan ketidaktenteraman dengan menyebarkan fitnah atau maklumat yang tidak pasti. Dapatkan maklumat yang tepat daripada pihak KKM dan Agensi Kerajaan yang berkaitan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
26 Januari 2020
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...