
Seorang lelaki meninggal dunia pada 15 Jun 2020 lalu manakala empat individu masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dipercayai akibat terkena jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.
Mereka dipercayai berkunjung ke sebuah kawasan hutan lipur pada minggu lepas sebelum dimasukkan ke hospital sehari sebelum salah seorang mangsa maut.
Empat lagi mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kesemua pesakit yang berusia antara 30 dan 32 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. Semua pesakit menunjukkan gejala menyerupai penyakit leptospirosis seperti demam, sakit sendi, sakit otot, cirit-birit dan muntah.

Mereka dipercayai jatuh sakit selepas pulang daripada mengunjungi kawasan air terjun (hutan lipur) berkenaan. Hasil siasatan mendapati, semua pesakit dipercayai mempunyai sejarah melakukan aktiviti rekreasi di Lubuk Sungai Kerawat, Jerantut, pada 1 hingga 4 Jun 2020 lalu bersama sembilan individu lain.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan kunjungan ke kawasan sungai di hutan lipur atau hutan buat masa ini. sentiasa mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan leptospirosis.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di Jepun Kes Kecurian Paling Tinggi Berlaku Adalah Hilang Basikal & Payung

Negara Jepun seringkali menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong. Selain diiktiraf sebagai negara yang moden dan memiliki pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi, Jepun juga dikatakan merupaka negara yang selamat. Jarang berlaku kes ragut atau kes pecah rumah di negara ini. Namun kecurian paling tinggi direkodkan adalah kecurian basikal.

Umum mengetahui, rakyat Jepun suka menggunakan basikal sebagai pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Basikal merupakan pengangkutan yang penting. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai lebih daripada sebuah basikal.

Mereka memilih berbasikal kerana beberapa faktor:
- Parking kereta yang terhad dan mahal
- Harga petrol yang mahal
- Demi menjaga kesihatan
- Demi menjaga alam sekitar
- Terdapat jalan-jalan yang sempit yang sukar dilalui oleh kereta -sesetengah tempat sahaja
Kalau ingin tahu di Jepun jika ingin membeli basikal, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan basikal tersebut. Itu menunjukkan basikal juga sama penting dengan motorsikal dan juga kereta.

Berdasarkan sejarah, basikal digunakan sebagai alat pengangkutan paling mudah, jimat dan praktikal dalam operasi ketenteraan. Sewaktu Perang Dunia Kedua, basikal antara pengangkutan penting digunakan oleh tentera Jepun ketika penaklukan Tanah Melayu.
Ikuti perkongsian menarik dari sosial media ini.
Sumber: FB 1001 Kisah Jepung
Mungkin ramai igt Jepung selamat 99.9%
Lebih selamat rumah yg tak berkunci dari basikal yg tak berkunci..(sepanjang saya duduk jepung rumah saya tak berkunci..di kejiranan saya tak pernah berlaku kejadian pecah rumah tapi kecurian basikal selalu)
Masa saya dok jepung 2 kali basikal saya kena cilok..memanglah jumpa balik tapi ..
1 tu ok..1 tu rosak..tak tahulah dirosakkang ke..
Basikal org umah saya kena cilok depang kedai teh ..
Org umah saya masuk lepas tu kuar ilang..
Jumpa 10 km dari tempat kejadian..

Bayangkang kalau kita sewa basikal lepas tu hilang..
Memang akan dijumpa tapi bygkang kita bertravel dan akan balik ke Malaysia contoh..mungkin kena gantirugi basikal sewa tu..
Jika kita menetap lain..sbb kita mungkin dpt balik kata seminggu lepas tu..
So gais hati2 sewa basikal di Jepung..
Kunci kang basikal tu
Ada satu kes basikal hilang kat tengah Honshu mana ntah Gunma kut..
Jumpa kat Hiroshima kakaka..
Ni statistik polis jepung basikal hilang tahun 2013..
Osaka ichibang horrreeyyyy 55555


Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tun M Lancar Logo Baharu Visit Malaysia 2020, Gantikan Logo Setem Orang Utan ‘Swag’

Hari ini mencatatkan hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) yang baharu menggantikan logo lama yang sebelumnya dikritik hebat wargamaya di laman-laman media sosial.

Logo baharu yang dilancarkan dalam Majlis Pelancaran Logo Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu dipilih melalui satu pertandingan mencipta logo kempen TMM2020 dan logo ciptaan pereka grafik kelahiran Melaka, Alfred Phua Hong Fook itu berjaya menyingkirkan ratusan rekaan logo yang diterima dari seluruh negara sepanjang tempoh pertandingan itu berlangsung sejak awal tahun ini.

Logo yang akan menjadi imej TMM2020 terkini itu menampilkan corak rekaan yang lebih menyerlah dengan pelbagai ciri-ciri ikonik yang sinonim di Malaysia ditampilkan dalam rekaan tersebut seperti burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna-warni Jalur Gemilang, secara langsung menggambarkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna yang terdapat di negara ini.

Lebih membanggakan apabila beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi dalam negara dan syarikat swasta seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Malaysia Airport Holdings Berhad, dan Sharp (M) Electronic Sdn. Bhd., menandatangani memorandum persefahaman bersama bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Syarikat-syarikat penerbangan tersebut juga bersama-sama melancarkan ‘livery’ khas pesawat yang tertera logo Visit Malaysia 2020 di badan pesawat.
Sedikit info untuk anda, Tahun 2020 hadapan telah ditetapkan sebagai tahun kempen Melawat Malaysia 2020 dan memfokuskan kelestarian pelancongan, seni dan kebudayaan dengan sasaran ketibaan pelancong antarabangsa seramai 30 juta dengan pendapatan sektor pelancongan sebanyak RM100 billion.

Menurut Tun Dr. Mahathir, TMM 2020 adalah kempen kelima Melawat Malaysia dengan empat kempen sebelum ini mencatatkan peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong dan beliau turut berkata bahawa kejayaan kempen tahun Melawat Malaysia 2020 bergantung kepada keberkesanan promosi dan transformasi sektor pelancongan dalam memanfaatkan platform digital dan media sosial.

“Untuk menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2020 menjadi satu kejayaan, kita perlu menjadikan ianya satu misi kebangsaan buat semua. Jadi, saya menyeru kepada semua, rakyat dan rakan-rakan kita untuk sama-sama membantu menjayakan kempen ini dengan memberitahu dan menyampaikan kepada semua bertapa indah, tenang dan menyeronokkan untuk berada di Malaysia”, ujar beliau.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir juga menambah bahawa melalui kempen seumpama ini, kita mengalu-alukan semua pelancong dari serata dunia untuk merasai keunikkan dan keindahan eko-pelancongan yang terdapat di Malaysia seperti hutan hujan, gunung-ganang, pulau-pulau dan pantai-pantainya.
Pada tahun 2018, Malaysia menerima 25.8 juta pelancong antarabangsa dengan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus bagi tempoh 5 bulan pertama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak

Korea Selatan memang merupakan negara yang kini menjadi idaman rakyat Malaysia untuk berkunjung. Lebih-lebih lagi setelah drama, filem dan artis berkumpulan Korea sangat terkenal dan dekat di hati rakyat Malaysia.
Namun, tidak semuanya indah seperti yang diperkatakan. Ada banyak kisah mengenai penduduk tempatan yang dikatakan sangat bersifat perkauman dan tidak menyukai pelancong atau orang asing datang ke negara mereka.
Baru-baru ini seorang wanita dari Stockholm, Sweden yang menetap di Seoul, Korea ada kongsikan satu insiden tragis yang melanda dirinya melalui laman sosial. Wanita yang dikenali sebagai Sarah berkata dia diserang oleh warga tempatan ketika berada di dalam tandas awam.
Paling menyedihkan, tiada sesiapa yang tampil untuk membantu dan menyokongnya mungkin kerana bukan merupakan warganegara di situ. Malam pencuci toilet dan polis juga seolah-olah seperti menyalahkannya, sedangkan dua orang gadis warga tempatan itu yang memulakan serangan secara tiba-tiba.
Detik menakutkan Sarah itu bermula ketika di dalam sebuah tandas awam di Itaewon. Rakan Sarah yang ketika itu berada dalam tandas meminta bantuan Sarah untuk mencari tisu. Sarah terus bertanya kepada seorang gadis Korea berada berhampirannya samada dia mempunyai sedikit tisu untuk diminta.
Tidak semena-mena kepala Sarah diketuk, dan rambut ditarik. Lebih menyeksakan apabila seorang lagi rakan kepada gadis Korea tersebut turut sama memijak badan dan kepala Sarah sambil menggigit, mencekik dan cuba merosakkan mukanya.
Rakan Sarah yang berada di dalam bilik air keluar dan cuba untuk menyelamatkannya tetapi turut menerima nasib yang sama di belasah tanpa belas kasihan. Ada orang luar yang datang untuk meleraikan pergaduhan tersebut, namun dua orang gadis Korea tersebut terus berlakon, kononnya yang mereka adalah mangsa. Paling menyedihkan mereka yang meleraikan pergaduhan itu mempercayainya.
Sarah dan rakannya dianggap sebagai warga asing yang memulakan pergaduhan sehinggakan pihak berkuasa di sana juga seperti menyalahkan mereka dan tidak melayan mereka dengan baik.
Ketika di Balai Polis, gadis-gadis Korea itu sempat menjerit ke arah mereka dan menyuruh mereka balik ke negara asal!
Sarah kini masih trauma dengan kejadian tu, dia dah mula rasa terancam sebab menurutnya dia tidak pernah seumur hidupnya diserang sebegitu sekali.
I was brutally attacked by two korean girls inside the bathroom Thursday night in Itaewon , my friend was inside the…
Posted by 사라리팍 on Saturday, July 13, 2019
Sumber: FB 사라리팍
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!









