
Kalau anda lahir pada bulan September & Oktober, ini mungkin antara ‘birthday treat’ paling menarik untuk direbut bulan ini.
Sempena kempen Hidden Wonders of Malaysia, Aquaria KLCC menawarkan kemasukan percuma kepada pengunjung yang menyambut hari lahir pada bulan September dan Oktober 2026.
Menariknya, anda tak perlu tunggu hari lahir sebenar untuk menikmati tawaran ini. Asalkan berkunjung dalam bulan kelahiran sendiri, birthday celebrant boleh masuk secara percuma dengan syarat ditemani seorang dewasa yang membeli tiket walk-in pada harga penuh.
Jadi, kalau anda September baby dan masih mencari idea untuk sambut birthday bersama pasangan, keluarga atau kawan-kawan, bolehlah masukkan Aquaria KLCC dalam itinerary.
Caranya tidak terlalu rumit.
Birthday celebrant perlu datang terus ke Aquaria KLCC pada hari bekerja dan membuat penebusan secara walk-in.
Seorang pengiring pula perlu membeli sekurang-kurangnya satu tiket dewasa walk-in pada harga penuh di kaunter.
Selepas itu, birthday celebrant boleh menikmati kemasukan percuma dan kedua-duanya perlu masuk bersama. Tiket pengiring yang dibeli secara online tidak layak digunakan untuk promosi ini.
Untuk penebusan, pengunjung juga perlu membuat pendaftaran melalui kod QR yang disediakan di lokasi sebelum menunjukkan dokumen pengenalan asal di kaunter.
Ini bahagian yang ramai mungkin terlepas pandang.
Walaupun keseluruhan promosi berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, birthday celebrant hanya boleh menebus kemasukan percuma dalam bulan kelahiran masing-masing.
Maksudnya, mereka yang lahir pada September perlu membuat penebusan sebelum September berakhir. Mereka yang lahir pada Oktober pula hanya boleh menggunakannya sepanjang Oktober.
Jadi jangan simpan plan sampai bulan depan kalau birthday anda bulan September!
Satu lagi syarat penting, promosi ini hanya sah pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat.
Ia tidak boleh digunakan pada Sabtu, Ahad atau cuti umum walaupun cuti umum tersebut jatuh pada hari bekerja.
Sebagai contoh, Hari Malaysia pada 16 September 2026 tidak termasuk dalam promosi ini
kerana ia merupakan cuti umum.Kalau mahu datang, pilih hari biasa supaya perjalanan lebih lancar dan penebusan tidak tersangkut kerana tersalah tarikh.
Birthday celebrant juga wajib membawa dokumen pengenalan asal untuk tujuan pengesahan.
Antara dokumen yang diterima ialah MyKad, MyKid, kad pengenalan merah untuk penduduk tetap serta dokumen tertentu seperti Spouse Visa dan Employment Pass yang sah.
Salinan fotostat, gambar IC dalam telefon atau screenshot tidak diterima untuk tujuan penebusan.
Jadi sebelum keluar rumah, pastikan IC memang ada dalam dompet.
Promosi ini juga menarik untuk keluarga yang mempunyai anak lahir pada September atau Oktober.
Jika anak layak menikmati kemasukan percuma, ibu atau bapa boleh membeli tiket dewasa walk-in dan masuk bersama birthday child.
Jadi daripada sambutan biasa di restoran atau pusat beli-belah, ibu bapa boleh jadikan lawatan ke Aquaria KLCC sebagai sebahagian daripada aktiviti birthday anak.
Selain melihat pelbagai hidupan marin, ia juga boleh menjadi pengalaman pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan.
Tawaran ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kempen Hidden Wonders of Malaysia, kerjasama Aquaria KLCC bersama Natural History Museum Malaysia.
Kempen tersebut turut mengetengahkan khazanah semula jadi negara serta usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan.
Jadi selain datang kerana tiket percuma, pengunjung juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat dunia marin serta kepelbagaian khazanah semula jadi Malaysia.
Promosi berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, namun penebusan mesti dibuat dalam bulan kelahiran sendiri.
Birthday celebrant layak mendapat satu kemasukan percuma dengan pembelian sekurang-kurangnya satu tiket dewasa walk-in pada harga penuh.
Promosi hanya sah Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum, dan penebusan dibuat secara walk-in sahaja.
Paling penting, jangan lupa bawa dokumen pengenalan asal untuk pengesahan.
Kalau lahir bulan September, masih sempat nak ajak geng atau keluarga jalan-jalan ke Aquaria KLCC. Sekali-sekala sambut birthday ditemani jerung, ikan pari dan hidupan laut pun menarik juga!