Perkongsian oleh Zanariah Salam, Joseph Cheung, Shamsul dan, Maizurah Ariff
Perjalanan udara yang memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit dengan menaiki pesawat AirAsia sebelum tiba ke Surabaya. Setibanya di sini,perjalanan diteruskan dengan menaiki van selama lebih kurang 4 jam ke pergunungan Bromo, Surabaya yang merupakan gunung berapi yang masih lagi aktif di Indonesia dan mempunyai ketinggian 2392 meter dari paras laut.
Bromo sememangnya terkenal dengan landskapnya yang menarik terutama sekali ketika matahari terbit, namun yang uniknya bagi kami ketika kembara kali ini ialah adanya festival yang sedang berlangsung disini iaitu Festival Kasada.
Festival penuh keunikan
Festival yang dijalankan setiap tahun pada malam bulan penuh hari ke-14 dalam bulan Kasada (bulan ke Sembilan) dalam pengiraan kalendar Jawa Tengger merupakan upacara adat bagi suku kaum Tengger yang beragama Hindu di sini.
Ads
Upacara ini dijalankan sebagai simbolik bagi memperingati pengorbanan anak bongsu nenek moyang mereka iaitu pasangan penguasa wilayah, Roro Anteng dan Joko Seger yang dikorbankan kekawah Gunung Bromo setelah mereka dikurniakan 25 orang anak. Kerelaan anak bongsu pasangan ini untuk dikorbankan bagi memenuhi permintaan sang dewa diabadikan dengan upacara penyembahan sesaji ke kawah Gunung Bromo yang dijalankan hingga ke hari ini. Ketika upacara ini dilakukan, kaum Tengger akan melemparkan sesaji ke kawah Gunung Bromo sebagai upacara sembah ke atas Tuhan mereka (Sang Dewa Api, Brahma) dan juga sebagai penghargaan mereka atas hasil tani dan kehidupan yang diberikan. Sesaji yang dimaksudkan di sini merupakan hasil pertanian mereka seperti sayuran, buah-buahan, malahan ada juga haiwan ternakan seperti ayam atau kambing. Malah, Ada juga yang melemparkan wang ke kawah gunung tersebut.
Bukan sekadar gunung berapi
Selain penyembahan sesaji di Kawah Gunung Bromo, masyarakat Tengger juga akan melakukan sesaji dan upacara keliling tugu pemujaan di kuil di kaki Gunung Bromo. Dukun merupakan pengantara kepada Sang Hyang Widi yang mana masyarakat Tengger akan memohon doa untuk kehidupan yang lebih baik. Masyarakat Tengger akan makan bersama keluarga di sekitar Lautan Pasir sebagai simbolik kepada perayaan Kasada. Pelbagai ragam menarik boleh dirakam sepanjang festival ini berlangsung. Penduduk di sini tidak kira tua, muda malahan kanak-kanak mengambil peluang ini mengunjungi kawah Gunung Bromo yang boleh didaki menerusi lebih kurang 250 anak tangga untuk menyaksikan festival ini.
Manakala di sepanjang kaki lima di sekitar hadapan hotel tempat kami menginap, terdapat khemah jualan yang seakan pasar malam atau “fun fair” di Malaysia. Ianya dibuka sebagai salah satu cara mereka meraikan festival kasada.Pelbagai barang keperluan harian seperti baju, topi, perkakasan dapur malahan permainan kanak-kanak dijual.
Ads
Masyarakat Tengger sememangnya mengambil kesempatan ini untuk bersuka ria tanpa risau memikirkan permasalahan mereka yang mana pada ketika ini sudah hampir dua bulan kemarau melanda di sini. Seharian mengambil gambar berkonsep human interest diupacara Festival Kasada tidak menghalang kami untuk terus mengambil landskap pemandangan di sekitar Bromo. Sememangnya Bromo memang tidak pernah mengecewakan setiap pengunjungnya.
Pasir berbisik vs padang savana
Jika hari sebelumnya di awal pagi lensa kami merakam matahari terbit, antara pukul 9:00 pagi hingga ke lewat 2:00 petang pula, lensa kami pula merakam akan keindahan Lautan Pasir Bromo yang menjadi kemestian perjalanan di Gunung Bromo.
Ads
“Whispering Sands” atau lebih dikenali sebagai Pasir Berbisik di sini disebabkan oleh tekstur pasirnya yang sentiasa berubah tekstur setiap kali angin bertiup kencang seolah-olah bisikan yang menyeru akan keindahan alam Bromo. Pasirnya sungguh halus, dan AWAS, jangan sesekali menukar lensa disini kerana keberangkalian debudebu kecil memasuki sensor amatlah tinggi.
Tidak dilupakan deretan bukit yang menyerupai Bukit Teletubbies dalam rancangan kanak-kanak di TV suatu masa dahulu, disamping hamparan padang rumput yang dipenuhi pelbagai jenis bunga indah di Padang Savana Bromo menjanjikan lanskap seperti berada di New Zealand.
Uniknya, rumput di sini akan berubah warna mengikut musim, iaitu berwarna hijau tika musim hujan manakala warna kekuningan ketika musim kemarau.Tika ini, adalah musim kemarau, maka rumputnya sudah kekuningan. Fotografi lanskap beserta penduduk kampung dan kudanya amat menarik disini.
Bromo sememangnya bukan sekadar merakam gambar matahari terbit, tetapi ia menjanjikan lanskap fotogenik dan kebudayaan yang terbaik di dunia. Hanya letakkan kamera anda pada tripod dan pusinglah pada 360 darjah, dan anda mampu merakam gambar-gambar yang indah. Ia sememangnya syurga fotografi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau kaki travel memang tak senang duduk kalau tak dapat ke mana-mana. Lagi best bila dapat travel ke tempat yang memang menjadi pilihan hati dan punya tarikan yang tersendiri.
Berkesempatan bercuti ke Hanoi dan Sapa di Vietnam dua tahun yang lalu ketika musim sejuk di sana meninggalkan kenangan manis buat Mohd Shahril Iqbal Othman.
Lengkap dengan itinerari sepanjang 4H3M di sana, lelaki ini juga turut berkongsi beberapa tip dan bayaran untuk setiap perbelanjaan dia dan rakannya di sana.
Jom ikuti perkongsiannya, mana tahu boleh diguna pakai untuk plan ke sini tak lama lagi!
HANOI dan SAPA (Winter Season)
*5 feb 2020 – 8 feb 2020*
DAY 1 (5/2/2020)
Flight jam 6am
Total : RM 352 return
Sampai Hanoi around 9am. Terus naik bas je ( kluar dari airport corner kiri )
Bas No 86 mmg terus ke bandar Old Quarter
Total : RM 6 / 36k dong
Sampai bandar terus pegi ke Golden Moon Hotel ( highly recommended ) servis trbaik dan paling penting semua dekat! Hotel ni mmg dalam Old Quarter. Dekat lah.
Kami request utk check in awal dalam jam 10 am ( tambah rm 20 )
Hotel : RM 80 + Rm 20 / 2
(book online)
(Ini ikut masing2. Memandangkan malam tu kami gerak ke Sapa so dah kene check out. Jadi, korang xperlu book hotel pun x pa. Boleh letak beg dkt Office Sapa Express)
Lepas check in. Apa lagi mencuba utk explore bandar Hanoi. Sempat pegi a few places je. Mood potong sikit sebab musim sejok + hujan . Menggigil so budget lari sebab terpaksa beli jacket tebal. ( tapi murah jgak )
Tempat kami pegi :
Giang Cafe – Egg Coffee (wajib try!)
Hoan Kiem Lake
St. Joseph’s Cathedral
Lunch dekat Al Noor Mosque
Ho Chi Minh Mausoleum
Malam Jam 930 bas pegi jemput di hotel utk gerak ke Sapa (6 jam)
booking online at Sapa Express website
Total : tiket bas (12 usd / one way) or RM 90 (scr kasar)
Others:
Egg Coffee – RM5 or 30k dong/ per person
Lunch – RM 27 or 200k dong/per person
Shopping – Depends
Day 2 – Sa Pa
Sampai Sa Pa dalam jam 5 am. Mmg sejuk gila suhu around 5dgree C! Terus jalan kaki je ke Phuong Nam Hotel letak beg sebab check in at 12 pm. Jalan dalam 15mins jugak la dalam kabus tebal tu
Total Hotel : RM 112/2
( banyak hotel murah tapi yang ni mmg nice view dkt rooftop mmg nice! Dan dekat dengan Sapa Station dan kedai Makanan halal. Memang literally like sebelah menyebelah je )
Lepas drop beg (kemas2 diri) terus ke Sapa Station ( walking distance ) untuk ke Fansipan Mountain by Train then Cable Car
Buy ticket in the Sun Plaza Sapa Station.
Total: Harga tiket 750k dong / RM125 sorg
(Masa dekat atas tu mmg sejuk gilak dengan angin n kabus tebal gila mmg literally tak nampak pape. So mmg tak smpai ke puncak. Kecewa sikit. So elak pegi waktu musim sejok hahah! Tapi kalau ada luck boleh nampak view dia)
around 12 pm balik check in hotel dan terus pegi lunch dekat Restoran depan Hotel.
Total : 120k dong or RM 20
Lepas makan macam nak rehat tapi rugi pulak masa terus sewa moto straight to Cat Cat Village
Total: sewa moto 200k dong or RM33/2
Entrance: 70k dong or RM10 sorg
( jiwa kene kental. Dekat Cat cat village ya ampun. Terasa macam hiking. Banyak tangga and jaoh nk berpusing. Entrance lain exit lain dan jaoh. Jaoh tu satu. Yang naik turun bukit tu yang menguji keimanan. Ade la sekali dua stop kejap ambik nafas)
Malam pulak jalan kejap pusing pekan Sapa nice tp sejuk namatey. Balik singgah ke pharmacy beli panadol HAHA! And beli coffee 3in1 dkt market sedap gilak!)
Day 3 : Sa Pa – Hanoi
pagi tu breakfast sndiri je (mnum coffee dan makan roti) and lepak atas rooftop hotel. Then Check out hotel pastu tinggal bag kat hotel.
naik moto pusing-pusing Sapa tapi lebih ke area perkampungan diaorang. Memang naik bukit etc. Jalan kampung die mmg kecik je so hati-hati kalau bawak moto. Pastu view pun superb. Memang a few times stop nak tangkap gambar
lunch pulak dekat Hotel Cosiana.
Order nasi goreng ayam + teh tarik. Sedap. Situ terjumpa la pelancong Malaysia yg lunch sekali haha. Ramai pulak tu.
Total lunch: 200k dong ( Rm27 aggaran)
before hantar moto terus g satu kedai ni mmg aku borong jugak wind breaker smpai 5 aku beli, siyes murah giler. Duit msia dlm belasan ringgit. N jacket skali.
anta moto terus naik teksi ke Sapa Express.
Total: tiket bas 12 usd / around rm 90
jam 330 pm gerak ke Hanoi.
Arrived at Hanoi – 900 pm. Terus check in hotel and kuar g jenjalan.
dinner makan maggie + roti + coklat je haha! (Beli dekat Circle K . Mcm 7e la kalau di sini)
Day 4 – Hanoi
memandangkan hari pertama tak sempat explore semua so pagi ni all out lagi kejap.
Kami sempat ke:
Hanoi train street
Hoam Kiem Lake (red bridge)
Giang Coffee again! Before balik haha.
(Sekitar lake tu mmg ada jual souvenirs. Sempat la borong cikit utk bawak balik)
Check out hotel then terus ke airport.l naik grab.
Total: Grab car to airport – 277k dong
Flight back to KLIA2 – 250 pm
Overall, Hanoi dan Sapa memang best! Serious aku akan kembali ke sana pada musim lain pulak. Tak tahan sangat musim sejuk ni. Sesiapa nak pegi kena beringat sentiasa. Hanoi traffic die hati-hati sikit nak lintas jalan tu. Haha.
Hanoi city boleh jalan kaki. Gigih ckit ya. Kalau tak larat naik je grab pun okeh.
AirAsia dijangka akan terbang semula ke Eropah menjelang akhir tahun ini atau awal tahun 2020. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan memulakan penerbangan ke Eropah dan laluan itu akan dikendalikan oleh AirAsia Thailand.
Thai AirAsia X akan melancarkan penerbangan ke Eropah sama ada pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
AirAsia sedang memohon kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, dan laluan ke Eropah itu akan berlepas dari Bangkok, Thailand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang. Dilaporkan bahawa AirAsia X merancang untuk menggunakan pesawat Airbus A330-900neo bagi penerbangan ke Eropah, bermula dengan laluan Kuala Lumpur-London.
Tan Sri Tony Fernandes berkata Thai AirAsia dijangka menerima pesawat itu minggu depan. A330-900 AirAsia X Thailand mempunyai 377 tempat duduk dalam konfigurasi dua kelas, terdiri 12 Premium Flatbed dan 365 tempat duduk kelas ekonomi.
Pecinta hidupan laut Malaysia teruja setelah menonton video Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu. Aksi dan kehadiran paus ini berenang dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh.
Kemunculan paus itu disedari beberapa kakitangan syarikat itu dan video berdurasi 30 saat dan detik bersejarah itu berjaya dirakam kakitangan pelantar itu.
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, telah mengesahkan bahawa mamalia itu adalah Paus Orca atau nama saintifiknya Orcinus Orca. Mengikut rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Paus Orca tidak pernah muncul di Terengganu dan tarikh 16 Julai 2019 adalah rekod pertama paus itu muncul di perairan ini. Mereka percaya kedua-dua mamalia marin itu adalah sepasang paus jantan dan betina yang menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi.
Saiz paus itu dianggarkan antara enam hingga lapan meter dengan anggaran berat 5,000 hingga 6,000 kilogram setiap satu. Paus Orca itu sangat digeruni kerana ia adalah pemangsa teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung serta mamalia marin lain termasuk anjing laut dan ikan lumba-lumba.
Ada kalanya paus ini juga menyerang manusia seperti kejadian yang sering berlaku di luar negara. Paus ini mula menjadi perhatian umum dan dibela dalam kurungan bermula tahun 1960-an sehingga hari ini. Sesetengah negara yang mempunyai taman tema akuarium laut seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun, mereka melatih paus ini supaya lebih mesra dengan masyarakat dengan tujuan konservasi, pendidikan dan pertunjukan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...