Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi. Banyak resort-resort dibina berdekatan dengan alam semulajadi yang memberikan pemandangan indah dan cukup mendamaikan.
Antara resort yang boleh dilawati tentunya Seri Ternas Resort yang terletak di Tasik Beris, Sik , Kedah.
Perkongsian dari Qamarina Azizan mengenai suasana damai di sini cukup mengasyikan berlatar belakangkan matahari terbenam yang sangat indah. Lepas habis PKP ni bolehlah singgah di sini.
Baca perkongsiannya :
Subhanallah! Allahuakhbar! Dua hari satu malam terkesima juga dengan ciptaan Allah di sini. Last view dari chalet kami.
Ads
Ni camping ala kami la. Lepak dalam khemah sembang, makan dan tidur dalam chalet. Cuaca pun hujan. Bukan renyai-renyai tapi hujan jenis lebat. Betul-betul lebat.
Ini pengalaman, bukan untuk kami sahaja tapi untuk soleh. Next time nak ajak Sofia, Aaisyah, Ayyash & Yusuf pengalaman macam ni.
Ads
Alhamdulillah Soleh lepas pengalaman ni. Pengalaman jumpa katak, pengalaman rasa serangga kecik hurung lampu. Pasang khemah dalam hujan renyai. Untuk kid experience ni tempat terbaik.
Nak juga try memancing tapi macam seriau ja sebab tak berani nak buka mata kail.Tapi tengok orang memancing pun best dah.
Ads
Nak cari ketenangan ciptaan Allah. Nie antara tempat dia.
Info resort : Seri Ternas Resort Tasik Beris Sik Contact person : En Din 0173021730 .. memang friendly Location : Google Map ada Family friendly Jangan risau gangguan binatang buas + makhluk pelik alhamdulillah takde Ada Campsite ada chalet Tempat agak privacy Ada pool untuk kanak² dan dewasa Tempat makan : kena keluar sikit dari resort, mostly yang datang sini bawa barang basah kering masak² sebab ada chalet yang siap sedia dapur, bbq dan ada bahagian yang boleh masak Nak pacak khemah ada sewa khas + plug point ada (kena deal dengan owner resort) Nak memancing boleh bila² masa and free of charge Aktiviti lain : kayak ada, tour boat pusing tasik, kalau nak bawa jet ski sendiri boleh deal dengan owner juga rasanya takde masalah For us.. tempat ni boleh repeat
Sumber : Qamarina Azizan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain menawarkan hidangan yang lazat dan khidmat yang baik, hiasan dalaman juga memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian pelanggan. Kafe yang menawarkan suasana yang selesa dan pengalaman yang menarik akan memberi kepuasan kepada para pelanggan, di samping mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat sambutan di laman media sosial.
Sebuah kafe yang terletak di Bandar Bukit Raja, Klang, Bukku merupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud buku. Suasana kafe ini sangat menenangkan dengan hiasan dalaman yang minimalis.
Kafe Bukku ini amat sesuai kepada mereka yang gemar membaca buku sambil menikmati secawan kopi. Selain itu, antara hidangan yang harus anda cuba adalah “Salted Egg Yolk Croissant” ataupun “Lemongrass Chicken Rice”. Jom ajak kenalan anda bersantai di sini!
Sekiranya anda seseorang yang suka pada warna merah jambu, pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk pergi ke kafe ini! Kafe ini bernama La Fleur x Uniqorn yang terletak di Sunway Geo Avenue, dan ianya menawarkan kepada anda kafe yang berkonsepkan “unicorn” dan berlatarkan warna merah jambu.
Hiasan dalaman yang menarik juga membuatkan ramai orang menjadikannya sebagai tempat untuk mengambil gambar “OOTD”. Menariknya lagi, anda berpeluang untuk membuat “coffee art” pada kopi anda sendiri di sini!
Kafe lukisan 2D yang sangat unik ini akan membuat anda terpegun! 2D Bubble Tea Cafe ini terletak di SS15, Subang Jaya. Kafe ini menawarkan lukisan yang mengetengahkan konsep Mesir Purba, dan ianya sesuai dikunjungi untuk semua peringkat umur.
Menu utama yang menjadi kegilaan orang ramai adalah air “bubble tea” yang mempunyai pelbagai perisa – pastikan ada cuba salah satu daripada perisa yang ditawarkan! Apa yang penting jika anda ke sini adalah untuk tidak lupa mengambil gambar kerana hiasan kafe ini sangat cantik dan unik!
Inginkan suasana yang tenang dan mempunyai pemandangan yang indah sambil menikmati hidangan anda? Little Salty Cafe, terletak di Bukit Ampang adalah tempat yang sesuai untuk anda! Nikmati secawan kopi sambil menikmati keindahan pemandangan bersama rakan-rakan mahupun pasangan anda.
Selain dapat melihat keindahan ibu kota yang amat mempesonakan, Little Salty Cafe juga menyajikan seleksi menu yang sangat menyelerakan! Menu yang harus anda pesan adalah menu popular mereka iaitu “Dark Heaven Waffle”. Jadi, jangan lupa untuk rasai pengalaman ini!
Kafe yang terletak di Petaling Jaya, The Teddy Cafe merupakan sebuah tempat untuk bersantai yang membawakan tema beruang yang comel! Anda masuk sahaja kafe ini, anda akan lihat pelbagai jenis beruang di setiap sudut kedai.
Menariknya lagi, hiasan beruang tersebut turut dihias pada makanan dan minuman — ianya sangat comel dan menonjol! Anda pasti akan berpuas hati dengan pengalaman di The Teddy Cafe ini.
Seleksi kafe ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk mengambil gambar untuk dikongsikan di laman media sosial anda. Singgah sahaja tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti dan pastinya apabila tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak! – #ImagineNowExperienceSoon!
Di samping itu, adalah diingatkan, ianya adalah tanggungjawab kita semua untuk sentiasa berdisiplin dalam mematuhui prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka setiap masa, menggunakan pembasmi kuman secara kerap dan mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Port Dickson menjadi destinasi pelancongan paling popular bagi yang mahu menghabiskan percutian di tepi pantai.
Selain pantainya yang jadi tarikan, ada beberapa lagi tempat menarik di kawasan sekitar boleh kira lawati seperti Kota Lukut, Ostrich Farm dan juga Rumah Api Tanjung Tuan.
Jadi bagi mereka yang merancang bercuti ke sana, disenaraikan beberapa penginapan yang best sekitar Port Dickson.
Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Boleh memuatkan sekitar 13 ke 20 orang termasuk kanak-kanak! Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor – mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor – pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.
Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.
Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson
Di Homestay Pool Kontena Port Dickson, anda boleh rasai pengalaman menginap di dalam kontena yang diubahsuai menjadi bilik tidur. Harga penginapan di sini juga sangat berpatutan.
Bagi yang suka bercuti style backpacker, di sini terdapat penginapan kabin dengan katil double decker yang jauh lebih murah harganya. Ada juga homestay kontena yang dilengkapi dengan katil king bagi yang datang bercuti dengan keluarga. Bagi yang suka berenang, tempat ini cukup sesuai buat anda kerana swimming poolnya yang sangat luas.
Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direkabentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah senibinanya amat memukau!
Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.
Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan; di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson
Banglo yang terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini juga tak kurang menariknya. Terdapat sebuah banglo dan sebuah chalet yang boleh anda pilih bergantung kepada keselesaan bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.
Dengan laman yang luas dan fasiliti yang lengkap, anda boleh berkaraoke, BBQ, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar dan selesa. Indoor games pun banyak disediakan seperti snooker, dart board, dan foosball. Mesti takkan bosan punya bila luangkan masa di sini!
Lokasi: 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson
Homestay ini pasti mengingatkan anda dengan suasana di overseas. Senibina homestay di sini cukup unik berkonsepkan cottage berwarna pastel. Ada juga pengunjung yang menyamakan pemandangan di sini dengan Amsterdam! Swimming poolnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak berenang. Di sini terdapat dua jenis penginapan iaitu banglo untuk penginapan 5 ke 6 orang dan studio unit untuk penginapan 2 orang. Kalau dah sampai sini, memang rugi kalau tak bergambar banyak-banyak!
Lokasi : NO1A & 1B Lot 3731, Kg.Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan
Untuk anda yang inginkan sebuah rumah percutian yang betul-betul berhadapan dengan pantai, Widad Villa pasti akan membuat anda tersenyum. Bayangkan, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah saja untuk bermandi-manda di pantai dan menyertai sukan pantai.
Bukan sahaja dekat dengan pantai, lokasinya juga cukup strategik dan berhampiran dengan pelbagai tarikan menarik seperti Hibiscus Walk, Extreme park (aktiviti paintball, ATV), Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Blue Lagoon.
Dengan laman yang luas, bayu laut, dan pemandangan pantai yang mengagumkan, anda tetap memiliki ruang privasi yang selamat dan selesa. Villa yang boleh menempatkan sehingga 50 0rang dalam satu masa ini cukup sesuai untuk dijadikan lokasi buat yang merancang untuk adakan Family Day dengan keluarga besar!
Lokasi: Lot 2672 Jalan Pantai Batu 12, Pasir Panjang
Senibina ala kolonial dengan beranda yang luas, siling yang tinggi, serta ruang bilik yang cerah dan berangin pasti akan memberikan anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jauh dari bandar, lokasinya yang dikelilingi kehijauan menyajikan ketenangan dan kedamaian daripada hiruk-pikuk kota.
Dengan laluan yang melalui hutan kecil dan terus ke pantai, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan bermain pasir di pantai. Selebihnya, biar gambar berbicara!
Lokasi: Bt 12 1/2, Jalan Pantai, Kg Teluk Pelanduk, Port Dickson
Taman Tasik Titiwangsa sudah dibuka dengan wajah baru kepada orang awam dan ramai yang sudah menjejakkan kaki ke sini untuk melihat bentuk perubahan yang telah dilakukan.
Selain penambahbaikan fasiliti, ada tarikan lain yang ada di sini. Antaranya:
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...