Seronok Layan Kopi Panas Di Lojing Highland Campsite. Campsite Paling Sejuk, Sentiasa Berkabus Siang & Malam!!

Share

Bagi sesiapa yang mahu melakukan aktiviti camping sebelum masuknya bulan puasa ini, bolehlah mengambil peluang bermalam di Lojing Highland yang terletak di dareah Gua Musang.

Campsite ini dikatakan campsite paling sejuk tidak kira cuaca siang atau malam. Ini kerana keadaanya yang sentiasa berkabus di situ.

Menurut owner campsite ini, memang musim hujung tahun sampai awal tahun ini akan sentiasa berkeadaan cuaca begini.

Kabus tebal sampai masjid kat dpn pon nampak samar2 je.

Bagi Nur Shafini, dia dan keluarga pada mulanya merancang untuk satu malam, tetapi kemudiannya sambung untuk satu malam lagi kerana seronok melayan kopi dengan milo panas kala cuaca sejuk.

Malah anak-anak juga teruja dapat berjumpa kawan-kawan di sana. Mereka bermain sakan tetapi tidak berpeluh. Aktiviti yang memang menyeronokkan.

Anak bujang jumpa kawan kat sini.
View gunung yong belar

Tambahnya lokasi yang plaing best terletak di belakang masjid Lojing, jadi sambil bercamping boleh dengar azan dan orang mengaji dari masjid berdekatan.

Ekstra Info:
Campsite: Lojing Highland
Harga: RM25/ night
Plug point: Ada satu plug dekat dalam bilik kaunter dekat toilet.
Toilet dan shower room: Ada kat bawah kena jalan turun sikit. Toilet bersih. Air panas tak ada ye. Memang gigil mandi air sejuk.

Laluan turun untuk ke toilet dan masjid
Suasana malam syok layan kopi
Masjid kat depan tak nampak.
Masjid Lojing

Kredit: Twolittlecampers

Artikel Lain:

Berbaloi Menunggu Lama, Akhirnya Teruja Dapat Saksikan Keindahan Aurora Fenomena Alam Menakjubkan Di Finland

Lelaki Ini Kongsi Itinerary Lengkap Travel Solo Ke Semporna Sabah. Puas Hati Layan Pulau Cantik Di Sana!

Puas Mandi Pool Dari Pagi Sampai Malam Di Zen Retreat Taiping. Bajet RM550, 2H1M Untuk Villa 4 Bilik!

IKLAN