Tahniah untuk para pemenang!

Tahniah untuk pemenang pertandingan LiburKatManaXBerjaya !!!! Seramai empat orang follower Majalah Libur telah dipilih sebagai pemenang bertuah untuk memenangi tiket percutian ke Berjaya Langkawi Resort, Berjaya Tioman Resort, Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru dan Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur!

Pemenang-pemenangnya adalah:

Faidhul Irfan

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

Fareen Nabilla

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

Jaja Aimin

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

Hamrie Sharif

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Ada banyak lagi pertandingan-pertandingan lain yang akan dianjurkan untuk anda menang tiket percutian dan sebagainya. Teruskan like, comment dan share di laman-laman media sosial Majalah Libur dan jangan lupa subscribe YouTube channel Majalah Libur untuk dapatkan cerita-cerita dan pertandingan-pertandingan terkini!

Kepada para pemenang, sila hubungi admin Majalah Libur untuk urusan pengambilan tiket anda! Selamat bercuti!


Anda suka melancong dan banyak gambar percutian menarik? Jangan simpan sahaja gambar tersebut di dalam kamera atau telefon bimbit. Muat naik foto anda ketika bercuti di destinasi dalam negara atau luar negara dan nyatakan kenapa anda menyukai percutian itu.

IKLAN

Peraduan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Anda boleh menghantar SATU (1) penyertaan foto percutian sahaja. Gambar perlu jelas tanpa sebarang efek suntingan yang keterlaluan.

Tempoh peraduan bermula dari 8 Julai 2019 sehingga 7 Ogos 2019.

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya


CARA PENYERTAAN

  1. Like & Follow Facebook : Majalah Libur | Facebook: Berjaya Hotels & Resorts
  2. Muat naik penyertaan atau foto percutian anda berserta kapsyen diminta pada ruangan KOMEN ‘Pinned Post’ di Facebook Majalah Libur
  3. Share artikel ‘Pinned Post’ tersebut ke akaun Facebook anda berserta tanda pagar #LiburkatmanaXBerjaya (Pastikan status perkongsian artikel itu dibuka kepada public/umum dan dapat dilihat oleh Team Libur).

HADIAH

Menangi Hadiah Penginapan Tajaan Berjaya Hotels & Resorts. Penyertaan foto menarik dengan kapsyen kreatif bakal melayakkan anda untuk memenangi salah 1 daripada 4 set hadiah pakej percutian 3 Hari 2 Malam untuk dua orang.

1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Berjaya Langkawi Resort berserta sarapan.

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

IKLAN

Berjaya Langkawi Resort terletak di Teluk Burau, di gugusan Kepulauan Langkawi. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah seperti pelayaran kapal layar, lawatan ke pulau, sukan laut dan sebagainya. Selain itu, resort 5 bintang dengan 412 bilik ini juga menawarkan pilihan suite, chalet atas air dan chalet dalam rimba. Lokasinya di sebuah pulau yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Geopark pada tahun 2007 dan merupakan salah satu faktor penarik kepada pelancong yang datang ke Pulau Langkawi. Berjaya Langkawi Resort menjanjikan pengalaman percutian yang menyeluruh dengan kemudahan-kemudahan seperti Taaras Spa yang berunsurkan elemen tradisional, pilihan makanan yang menarik dan juga kemudahan mesyuarat yang lengkap.

1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Tioman Resort berserta sarapan.

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

Berjaya Tioman Resort terletak di Pulau Tioman, Pahang. Dengan lokasi di luar kesibukan bandar, Berjaya Tioman Resort menarik perhatian ramai dengan keindahan chaletnya yang berunsurkan traditional Melayu, pantai dengan pokok-pokok kelapa, air laut yang jernih serta pemandangan gunung-ganang yang memukau mata. Di sepanjang 210 ekar hutan hujan tropika, resort ini menawarkan penginapan chalet yang eksklusif dan sebuah padang golf 18 lubang dengan pemandangan laut. Dengan perairannya yang kaya dengan kehidupan marin, peminat selam skuba pastinya boleh menantikan pengembaraan dasar laut yang menakjubkan. Selain daripada aktiviti darat dan laut yang menyeronokkan, Berjaya Tioman Resort juga mempunyai sebuah spa yang menawarkan pelbagai rawatan spa untuk mencergaskan tubuh badan dan minda.

1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru berserta sarapan.

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

IKLAN

Berjaya Waterfront Hotel terletak di Johor Bahru, 4 kilometer daripada Causeway Link utama ke Singapura. Hotel ini mempunyai 400 bilik serta salah satu kemudahan Meetings, Incentives, Conferences, and Exhibitions atau MICE terbesar di dalam negara. Lokasinya juga berdekatan dengan Iskandar Malaysia, sebuah koridor pembangunan di bahagian selatan yang terkenal dengan tempat tarikan pelancong seperti Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park. Hotel ini juga terletak bersebelahan dengan zon bebas cukai dengan pilihan membeli-belah, riadah dan hiburan.

1x Penginapan 3H2M untuk 2 Orang di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur berserta sarapan.

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur merupakan sebuah mercu tanda yang terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah dan pusat komersial di dalam bandar. Hotel 5 bintang ini mempunyai 650 bilik yang dilengkapi dengan kit ameniti bertaraf antarabangsa, pilihan makanan dan minuman yang ekstensif, kemudahan rekreasi yang eksklusif seperti taman permainan kanak-kanak, kolam renang, bilik wap dan sauna, bilik gim dan gelanggang skuasy. Bilik mesyuarat, bilik persidangan dan dewan serbaguna juga boleh didapati di Berjaya Times Square Hotel.

Sertai Sekarang! Photo Contest: #LiburKatManaXBerjaya

 


TERMA & SYARAT

  • Peraduan ini akan berlangsung dari 8 JULAI 2019 hingga 7 OGOS 2019, (“Tempoh Penyertaan Peraduan Dihantar”). Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  • Penganjur mempunyai hak automatik, untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap, terdapat unsur penipuan, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang undang-undang, hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).
  • Semua pemenang Peraduan ini akan diumumkan di laman web Libur dan Facebook Majalah Libur  dalam tempoh tidak lebih satu (1) minggu selepas tarikh akhir penyertaan.
  • Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang Peraduan ini.
  • Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur.
  • Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atau ditebus dengan wang tunai atas sebarang sebab.
  • Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Peraduan ini.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama, foto peserta atau pemenang (termasuk nama, foto pihak ketiga yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam Peraduan ini) serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur.
  • Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman web Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur.

Untuk maklumat lanjut:

Email: liburmagz@gmail.com | Website: www.libur.com.my

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI