Tourism Selangor melabuhkan tirai kolaborasi pada Selasa dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik melibatkan beberapa siri Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” secara atas talian bagi mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor kepada wakil penggiat industri setempat.
Bermula bulan Jun lalu, sesi Webinar tersebut telah diadakan bersama Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik, serta Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Wilayah Tengah, Wilayah Utara, dan Wilayah Timur, sebelum melabuhkan tirai “pusing” seluruh Negara dengan sesi Webinar terakhir bersama pihak Tourism Malaysia Wilayah Sabah dan Sarawak pada 26 Oktober.
Sesi Webinar tersebut merupakan salah sebuah usaha promosi pelancongan domestik Negeri Selangor seiring dengan pembudayaan norma baharu, namun tetap meriah dengan penglibatan seramai 45 orang peserta yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Sabah dan Sarawak.
Penganjuran sesi Webinar bersiri ini juga diadakan pada masa bertepatan susulan pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara serta kebenaran pergerakan rentas-negeri yang merupakan satu perkembangan positif yang dinanti-nantikan oleh penggiat industri pelancongan seluruh Negara.
Ads
Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Pihak Tourism Selangor menyambut baik perkembangan positif berkaitan pembukaan semula sektor pelancongan domestik, dan pergerakan rentas-negeri yang telah juga dibenarkan.
Ads
“Hal ini membantu sektor pelancongan domestik Negara untuk beransur pulih dengan kadar yang lebih pantas. Saya juga percaya, inilah masa yang tepat untuk saya mengajak hadirin sekalian terbang ke Negeri Selangor, terutamanya untuk percutian hujung tahun bersama seisi keluarga. Tentunya banyak yang boleh diterokai di Negeri ini, dengan segmentasi pelancongan yang pelbagai untuk anda alami sendiri”.
Ads
Sesi webinar tersebut telah dijalankan dalam format pembentangan dan taklimat produk pelancongan oleh wakil dari 11 operator produk pelancongan Negeri Selangor, serta turut dimeriahkan dengan slot tayangan video promosi pelancongan, sebagai Program penutup bagi mengakhiri siri kolaborasi atas talian yang julung kali diadakan tahun ini.
Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” sedang giat digerakkan di kesemua landasan digital Tourism Selangor termasuk di laman sesawang www.selangor.travel. Ikuti juga kemas-kini pihak Tourism Selangor di laman sosial media rasmi Facebook, Instagram, Twitter, saluran YouTube, dan yang terbaharu; aplikasi sosial nombor satu di dunia; TikTok.
Orang awam juga boleh berkongsi pengalaman menarik mereka menerokai tempat-tempat pelancongan Negeri Selangor dengan memuat-naik gambar dan video di laman media sosial beserta tandapagar #PusingSelangorDulu untuk turut serta dalam komuniti media sosial Tourism Selangor!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semalam dunia digemparkan dengan kejadian di Jepun apabila Taufan Hagibis melanda negara matahari terbit itu. Ribut taufan yang dikategorikan sebagai ‘besar dan amat kuat’ itu yang pertama melanda Jepun sejak dari tahun 1991.
Beberapa jam sebelum ribut taufan itu melanda Jepun, telah tular di media sosial langit Jepun yang bertukar menjadi ungu, seolah-olah memberikan alamat bahawa satu bencana yang amat besar akan terjadi.
Video ni menunjukkan langit Jepun bertukar ungu beberapa jam sebelum Taufan Hagibis melanda.
Dikategorikan sebagai ribut taufan yang sangat dahsyat, Taufan Hagibis menjejaskan ratusan ribu penduduk di Jepun dan memusnahkan banyak harta benda seperti rumah, kenderaan, kapal, kereta api laju, lapangan terbang dan sebagainya.
Gambar 1Gambar 2
Melalui laporan berita antarabangsa, dianggarkan lebih 600,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat dan terkini, angka korban akibat ribut taufan itu telah mencecah seramai 35 orang.
Selain daripada mangsa yang terkorban, dianggarkan hampir 20 orang masih hilang sehingga kini.
Untuk pengetahuan anda, Taufan Hagibis yang melanda Jepun itu bergerak pada kelajuan 216 kilometer per jam. Anda bayangkan angin dicampur dengan hujan yang berpusar menghempas tingkap, pintu dan dinding rumah anda selaju itu. Pasti ianya satu pengalaman yang paling ngeri pernah kita rasakan.
Di sini, Libur kongsikan kepada anda kompilasi gambar-gambar yang berjaya dirakamkan di Jepun selepas ribut Taufan Hagibis itu melanda beberapa kawasan sekitar Jepun.
Jika kita lihat, kemusnahan yang berlaku bukan biasa-biasa. Sama-sama kita doakan semoga rakyat Jepun kembali pulih seperti sediakala.
Semalam, DBKL memaklumkan waktu operasi premis perniagaan (kedai makan dan kedai serbaneka) di Kuala Lumpur masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawasan Pergerakan Pemulihan (PKPP) walaupun telah diumumkan oleh kerajaan untuk dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.
Orang ramai dan peniaga yang berada di sekitar Kuala Lumpur terpaksa akur dengan keputusan itu, walaupun sangat berharap tempoh masa operasi dapat dilanjutkan.
Tidak sampai 24jam, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan premis-premis makan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai 15 September 2020.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
"Saya berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham A Dahlan sebentar tadi kerana MKN sudah memberi kelonggaran itu. Peniaga telah kerugian banyak, kalau perniagaan tidak mengancam keselamatan sebagaimana yang dinilai oleh MKN, saya bersetuju supaya pihak DBKL membenarkan, buka sampai pukul 2.00 pagi. Tetapi SOP mesti dipatuhi sepenuhnya," katanya.
Jangan terlampau gembira ya dengan pertukaran waktu operasi premis perniagaan, paling penting kita jaga kita!
image via goole | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) yang sepatutnya berakhir 20 Februari 2020 akan dilanjutkan sehingga 6 Mac 2020 ini.
Perintah berkurung ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di daratan ESSzone.
Perintah berkurung dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Dengan berkuat kuasa perintah berkurung itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytiharkan antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi pada tarikh dinyatakan.
Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan.
Perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Semua Ketua Polis Daerah di ESSzone juga diberi kuasa bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...