Shangrila Leisure Farm Spot Berbulan Madu Mesra Muslim Di Taiwan

Share

Kunjungan ke Taiwan pastinya tidak mengecewakan kerana ia memiliki banyak destinasi menarik untuk dikunjungi antaranya Shangrila Leisure Farm.

Terletak berhampiran gunung Doyuan berkedudukan pada ketinggian 250 meter dari paras laut, suhu di lokasi ini agak sejuk dan nyaman. Pelancong luar yang datang ke Taiwan pasti dicadangkan untuk singgah ke sini untuk lawatan satu hari atau tidur beberapa malam.


Di Shangrila Leisure Farm pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis buah segar ditanam, seperti buah naga, buah kundur, limau dan banyak lagi. Shangrila Leisure Farm turut mempunyai resort penginapan yang berkonsep ala kawasan pergunungan Eropah, dan paling penting ia mesra muslim.

Suasana di sini cukup ‘berangin’ dan sesuai untuk percutian keluarga atau berbulan madu. Spot lokasi yang menjadi tarikan pengunjung untuk merakan gambar kenang-kenangan di sini ialah di sebuah kawasan buaian kayu gergasi yang menghadap pemandangan indah.


Makan malam yang disajikan buat tetamu juga dijamin halal berupa menu sayur, taufu, udang dan ikan. Menu makanan semuanya segar hasil ladang-ladang ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di sini. Paling menarik, pada malam hari pengunjung diberi kesempatan menerbangkan tanglung kertas yang dibakar. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah bermain gasing, atau membuat manisan tradisional.

IKLAN