Bagi yang tidak suka akan percutian outdoor selalunya mereka mengelak untuk bercuti dikelilingi alam semulajadi lagi-lagi perlu tidur di dalam khemah. Namun sekarang bukan menjadi alasan buat anda tidak turut serta dalam percutian sebegini ya.
Bukan setakat dikelilingi alam semulajadi yang mendamaikan, malah banyak tempat penginapan juga sudah dinaik taraf menjadi penginapan ala lima bintang. Begitu juga dengan penginapan untuk ‘camping’ sudah ditransform menjadi lebih selesa iaitu dikenali sebagai glamping. Sekilas pandang, khemah yang disediakan itu tampak biasa sahaja seperti aktiviti-aktiviti berkhemah yang lain namun tanggapan itu pasti hilang sebaik sahaja masuk ke dalamnya. Kemudahan semua lengkap, nak bercuti dengan orang berusia dan kanak-kanak juga selesa.
Ikuti perkongsiaan percutian ringkas keluarga ini di Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Selangor.
Since ramaiii yang tanya.. Zaza share kat sini terus la semua info sekaligus. Dipersilakan share, Zaza izinkan?
Birthday Anggun bulan May. Tapi masa tu bulan puasa. Oh ya, memang ritual kami sekeluarga akan pegi trip untuk setiap birthday each of us. So Zaza & Afif decide untuk awalkan birthday trip Anggun ni. Pastu tanda terima kasih tak terhingga untuk Umie Abah yang sentiasa doakan kami, Zaza & Afif plan untuk surprise Umie & Abah sekali.
Alhamdulillah semuaaaa happy. Dusun Bonda ni bestttt sangat sangatttt. Dah la dekat je. Kat Batang Kali je. Kalau dari rumah kami dalam 1 jam setengah. Waze je DUSUN BONDA terus sampai! Sebelum sampai tu memang tak kan sangka ada tempat secantek ni kat dalamnya tau! Memang terkejut habis la Umie & Abah. Hikhik
Actually, Zaza booked untuk stay kat Glamping tu. Untuk Glamping harga bermula dengan RM350 untuk weekdays. Nak merasa suasana tido kat dalam khemah. Nervous jugak tapi saja la nak try kan.
Ads
Sesampainya kami kat Dusun Bonda, kami disambut oleh Wak. Wak angkat semua bag kami sampai kat depan Studio Villa. Terkejut la sebab kan Zaza booked Glamping type. Tak lama tu owner kepada Dusun Bonda, Puan Zura datang & bagitau dia upgrade kami sekeluarga ke studio villa. Studio Villa ni harganya RM700 semalam untuk weekdays.
Memandangkan Studio Villa tu paling dekat dengan sungai & tak perlu naik tangga kami pon setuju. Studio Villa ni pon besttt sangat. Ada katil double decker queen size with xtra bed single kat bawah. Ada aircond, ada tv, ada toilet kat dalam & paling best ada fully equipped kitchen.
Ads
Untuk dinner kami buat BBQ. Tak payah susah-susah nak bawak pisau ke barang BBQ ke sebab kat sini semua dah complete. Ada semua pinggan mangkuk, pisau, lesung batu, microwave, BBQ pit & macam-macam la. Semua bole guna for FREE kecuali BBQ pit tu sewa hanya RM15 sekali arang. Zaza dah siap marinated lamb slices & chicken wing dari rumah & sampai je terus masukkan dalam fridge.
Malam kami jalan-jalan menikmati suasana kat Dusun Bonda yang indah ni. Bole tengok kat gambar ya.
Esok pagi kami disajikan dengan sarapan nasi lemak, roti bole bakar sendiri, buah & kuih. Semua ni included. Syok betul la breakfast by the river. Tenang jeeee.
Ads
Lepas tu kami mandi sungai betul-betul depan Studio Villa kami tu. Turun je tangga sikit. Air sungai tu cetek je. Memang best la untuk kids. Siap ada buayan gantung lagi. Weeeeee!
Dah puas mandi sungai, kami pon bersiap. Rehat kejap sambil amek gambar & check out pukul 12 tengahari.
Zaza & family memang happpyyy sangat la stay kat sini. Semua orang kat sini sangat baik. Thank you so much Puan Zura, Pakcik, Wak, Amirul & the rest!! You guys memang awesome! Nanti kami datang lagi bawak the whole family pulak, Insyaallah.
Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.
Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang. Perkongsian daripada saudara Hafez Iftiqar Termizi ini sangat berlainan daripada trip ‘family camping’ yang lain. Mana tidaknya, selain bersantai bersama keluarga dalam suasan alam sekitar yang damai, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga. Nampak menarik sangat.
Ikuti perkongsiannya.
Untuk aktiviti ‘family camping’ kalian yang akan datang, boleh pertimbangkan untuk ke Denai Kabus di Gerik, Perak untuk dipacak khemah. Di sini tenang dengan suasana kampung, refleksi salah satu motto Denai Kabus, ‘Kampong Atmosphere with a Twist.’
Ada banyak aktiviti ‘ngam’ dengan budak-budak seperti memancing, bermain dengan haiwan-haiwan jinak dan mandi air bukit. Kalau memancing tak dapat ikan besar, 90% (kira dapat A kalau exam) akan dapat ikan kecil terutama anak ikan tilapia. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti ATV dan berkayak pun ada untuk kanak-kanak yang besar sikit. Jadi boleh dikatakan, budak-budak tak boring lah di Denai Kabus.
Campsite dipasang lampu pada waktu malam, kalau jumlah campers kecil, walkie talkie dibekalkan jika perlu. Krew Denai Kabus sentiasa ‘available on site’ untuk bantu pengunjung. Kalau nak buat ‘campfire’ pun boleh, krew siap sediakan kayu bakar tanpa caj tambahan. Kalau malas masak, boleh pula pakejkan makan sampai 6 kali sehari kalau grup besar atau makan malam/sarapan kalau grup kecil.
Ketika ini industri perhotelan negara sedang bergelut dan berdepan dengan kemerosotan jumlah pelanggan ekoran Perintah Kawal Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.
Semua pasti sedar akan perkara tersebut.
Namun ia tidak menghalang sebuah hotel di Persiaran Kemajuan, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi untuk ‘tetap bersemangat’ dan kreatif dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang ramai.
Inisiatif Hotel Tenera menyalakan lampu bilik-bilik penginapan untuk membentuk paparan tulisan gergasi berkaitan penularan Covid-19 dipuji netizen. Mesej-mesej positif ini boleh dilihat beberapa kilometer di sekitar kawasan hotel pada malam hari. Ada kalanya mesej yang dipaparkan begitu menghiburkan dan terasa dekat dengan orang ramai.
Tahniah Hotel Tenera kerana bersama-sama membantu dalam memberi kesedaran dan menyahut arahan kerajaan dan pihak berkuasa untuk masyarakat kekal di rumah ketika PKP. We love you too Hotel Tenera!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Langkawi yang terdiri daripada 99 buah pulau tropika merupakan permata negeri Kedah yang sangat berharga. Pulau Langkawi sarat dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda diangkat sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di Malaysia.
Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui kewujudan sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Tuba yang tidak kurang menariknya yang mesti dikunjungi jika berada di Langkawi.
Berlandskap indah, berpasir putih dan pulau disimbah cahaya mentari, Pulau Tuba sememangnya menjanjikan ketenangan sebagai destinasi percutian idaman. Di samping terkenal dengan pulau yang masih dara, di sini bermulanya kedamaian buat pengunjung yang sukakan percutian privasi jauh dari gangguan. Pulau Tuba merupakan pulau kedua paling ramai didiami oleh penduduk yang majoriti berbangsa Melayu selepas tanah besar Pulau Langkawi dan diikuti Pulau Dayang Bunting.
Pulau Tuba hanya boleh diakses menerusi jalan laut terletak kira-kira 5km dari Jeti Kuah, pengunjung yang ingin ke Pulau Tuba perlu menaiki bot yang mengambil masa perjalan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada cuaca. Biarpun sedikit terpencil, Pulau Tuba mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti bekalan elektrik, telefon, mesin ATM, air dari sumber semula jadi, kedai runcit, dewan orang ramai, masjid, sekolah, balai polis dan resort penginapan. Kedamaian sudah pasti menjadi satu kelebihan di sini.
Aktiviti Di Pulau Tuba, Langkawi
Keistimewaan Pulau Tuba juga dikenali sebagai lubuk ikan dengan sumber laut yang kaya dengan spesies bernilai komersil seperti jenahak, kerapu, siakap, ketam, dan sotong. Maka, tidak mustahil aktiviti yang wajib dilakukan di sini adalah memancing. Anda pasti tidak akan dikecewakan dan mampu memperoleh pelbagai hasil laut segar.
Pulau Tuba barangkali antara pulau semula jadi unik di Malaysia. Kaya dengan flora dan fauna, pulau ini dipisahkan dengan beberapa pulau berdekatan seperti Pulau Dayang Bunting dan Pulau Lima. Pengunjung yang mengunjungi Pulau Tuba turut akan dibawa ke beberapa destinasi menarik disekitarnya seperti Gua Kelawar yang terletak berhampiran Pulau Lima.
Selain itu pengunjung boleh berkelah dan mandi-manda di sebuah pulau yang terpencil daripada penempatan manusia. Pantai putih bersih dengan air laut begitu jernih sehingga kelihatan batu karang.
Satu lagi aktiviti yang paling menarik boleh dilakukan di Pulau Tuba adalah berbasikal mengelilingi keseluruhan pulau ini. Bukan sahaja dapat menikmati permandangan indah ketika menunggang, anda juga boleh berhenti singgah di perkampungan ini untuk melihat sendiri penduduk pulau melakukan aktiviti harian. Paling istimewa, layanan penduduk di sini begitu baik dan ramah mesra.
Istimewa Pulau Tuba!
Jika berada di Pulau Tuba, jangan lupa untuk mencuba merasai kelazatan Kerabu Brunok iaitu makanan tradisi penduduk di sini. Brunok merupakan sejenis spesies keluarga timun laut seakan gamat.
Antara bulan November hingga Januari adalah masa yang paling sesuai untuk melihat burung Wak-wak. Pada waktu ini, pengunjung pasti dapat melihat deretan jaring yang dipasang dipesisiran pantai oleh penduduk tempatan untuk menangkap burung ini.
Jika tiba pada waktu bulan gelap, pengunjung berkesempatan melihat koloni kelip-kelip yang cuma berada kira-kira 100 meter dari pekan Tuba.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...