Simpan Resit Hotel & Percutiaan Korang. Pelepasan Cukai Pendapatan Pelancongan RM1000 Dikecualikan Sehingga Jun 2021

Share

Pengecualian cukai pelancongan bagi tempoh bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 adalah antara langkah diputuskan kerajaan untuk mengaktifkan semula industri pelancongan di negara kita.




Selain itu kerajaan juga memberi penangguhan bayaran ansuran anggaran cukai ke atas industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan sehingga hujung tahun ini. Pengecualian cukai ke atas perkhidmatan penginapan turut diberi mulai 1 September hingga 30 Jun tahun depan. Paling menarik untuk orang awam adalah pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara, yang telah diberikan (sebelum ini) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.











image via google

IKLAN