Anda pernah datang tak floating market di Kompleks JPS Perlis denai Pengkalan Asam Perlis? Haaa… jangan terkejut, pasar terapung ni terletak di JPS Perlis, Kangar. Boleh lah sesekali nak merasa ala-ala masuk Hatyai.
Di sini ada lebih kurang 10 bot yang menjual pelbagai jenis makanan. Jadi kalau rasa susah sangat nak masuk Thailand, datang sahaja ke Pasar Terapung dekat Perlis ini.
Ads
Syok juga datang sini makanan sedap-sedap tempat lawa nak ootd. Owh ya, anda boleh join aktiviti yang ada di sini juga.
Ads
Ads
Katanya kat sini buka pada hari Sabtu Ahad sahaja, jangan lupa singgah floating market di Perlis ini, ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak kira, sama ada hotel yang dimahukan itu berada dalam skala mewah ataupun murah, perincian perlu dilakukan sebelum tempahan dibuat. Ini beberapa tip mudah atau simple guideline untuk anda memilih tempat penginapan.
Nilai
Boleh ditafsirkan sebagai faedah yang diperoleh hasil daripada menetap di hotel yang dipilih. Ia melibatkan banyak faktor seperti servis yang efisien, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan dan jaminan keselamatan.
Kemudahan
Cari hotel yang menawarkan kemudahan yang menguntungkan seisi keluarga ketika bercuti seperti Wifi, sarapan pagi, perkhidmatan teksi, ruang parkir, dobi, perubatan, kolam renang dan gimnasium.
Dapatkan hotel mengikut keselesaan dan keperluan bajet anda menggunakan OYO Rooms. OYO Rooms merupakan platform yang membantu mencari penginapan yang bersih dan berpatutan. Klik siniuntuk muat turun sekarang.
Kedudukan
Hotel yang dipilih mestilah berada dekat dengan produk-produk pelancongan seperti pantai, air terjun, taman tema, restoran atau pusat membeli-belah. Ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi membantu mengurangkan kos pengangkutan.
Mesra keluarga
Pilih hotel yang mesra keluarga seperti adanya kemudahan kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak. Cara ini membantu memanjangkan lagi keseronokan anak-anak ketika berada di hotel.
Aktiviti
Penyediaan aktiviti yang ditawarkan pihak hotel turut memainkan peranan dalam proses pemilihan hotel. Banyak hotel kini menyediakan pelbagi jenis aktiviti dengan bayaran yang ditetapkan. Seperti hotel yang berdekatan dengan pulau, aktiviti seperti island hopping dan snorkeling ada ditawarkan kepada pelanggan.
Komen
Pandangan dan komen pelanggan yang menginap di sesebuah hotel itu amat penting. Ia membantu anda membuat penilaian dari pelbagai sudut terutamanya melibatkan harga, kedudukan, keselamatan dan kemudahan. Semua pandangan dan komen boleh dilihat menerusi laman web hotel atau sistem tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan Booking.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah masuk Bukit Merah Laketown Resort yang terletak di Perak? Sesekali bawa anak-anak ke taman tema macam ini, menarik juga. Luang masa dengan keluarga tersayang dengan cara jimat tetapi semua boleh buat.
Kalau ikutkan banyak taman tema di Malaysia, cuma bila anak ramai, mak ayah kena fikir dua tiga kali sebelum beli tiket. Kena cari yang betul-betul ‘ngam’ dengan bajet.
Itulah punca ramai memilih Bukit Merah Laketown Resort, cukup mesra poket. Jangan tak percaya, RM30 dah boleh main air. Dikongsi oleh Noor Alia Azlia Iqbal, jom baca pengalamannya sepanjang pergi ke sana.
Masuk sahaja ke sini, anda boleh mandi kat taman tema, jalan-jalan sekitar Tasik Bukit Merah, naik bot tengok Orang Utan, kemudian dapat bagi makanan pada haiwan-haiwan jinak di petting Zoo dengan bajet kurang dari RM30, kira berbaloilah!
Taman Tema Air di Bukit Merah Laketown Resort boleh dikatakan antara yang termurah di Malaysia. Mana taknya, harga tiket cuma RM26 untuk dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, sepanjang cuti sekolah ni, Pakej Murah Dah Ni menawarkan tiket taman tema air dengan harga RM90 untuk empat orang, tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.
Taman Tema Air di Bukit Merah Laketown Resort merupakan taman tema air yang pertama di utara Semenanjung Malaydia dan telah dibuka kepada umum pada Januari 1997.
Ada banyak tarikan di sini termasuklah tarikan yang terbaru seperti Crazee Cone, Family Splash Adventure (sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa) dan Racer Slide.
Paling rekemen untuk anda cuba bersama anak-anak ialah Sandy Beachfront Wave Pool, Lazy River, Kids Adventure River, Body Slide, Water Pillar dan Jumbo Shower.
Masih berada di dalam Kawasan resort, Pulau Orang Utan beroperasi di bawah Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah.
Untuk ke Pulau Orang Utan, anda harus menaiki bot yang disediakan dan harga tiket yang ditawarkan hanya RM28 untuk dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak. Harga ini dah pun termasuk tiket masuk dan perjalanan dua hala menaiki bot.
Kalau nak tahu, Pulau Orang Utan Bukit Merah merupakan satu-satunya pulau seumpamanya di Malaysia. Kalau bertuah, dapatlah anda bertemu dengan Jidin dan Adam yang merupakan penghuni tertua di Pulau Orang Utan.
Apalah maknanya taman tema tanpa taman haiwan bukan? Berkonsepkan taman haiwan terbuka, anda boleh berjalan kaki sambil memberi makanan kepada haiwan-haiwan comel di sini.
Harga tiket cuma RM10 dan anda juga boleh membeli makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini yang dijual dengan harga RM5 sebakul.
Haiwan-haiwan di sini cukup jinak. Kiranya, sambil memberi makanan, dapatlah bergambar sakan dengan haiwan-haiwan comel ni.
Dah kalau bajet kurang dari yang diperuntukkan, apa salahnya mencuba aktiviti rekreasi yang ada di Bukit Merah Laketown Resort betul tak?
Antara yang wajib cuba ialah Lake Cruise atau Pelayaran Tasik yang berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Sambil memenuhkan memori handphone dengan pemandangan kiri kanan yang cantik, anda juga berpeluang menikmati tasik buatan yang tertua di Malaysia. 20 minit di atas bot, memang seronok habis!
Jangan terlepas aktiviti kayak. Ada dua pakej yang ditawarkan antaranya Kayak Experience dengan harga RM20 untuk satu kayak yang boleh dinaiki seorang atau berdua dan Kayak Exploration bagi yang nak cuba untuk berkayak dalam jarak yang jauh sedikit.
Anda juga boleh meneroka hutan dengan Pakej Nature Trekking berharga RM20 seorang atau memancing di tepian tasik dengan menyewa rod tradisional atau membawa rod sendiri pada harga RM15 untuk sehari.
Owh ya, aktiviti berbasikal juga disediakan dengan harga RM15 untuk basikal dewasa dan RM8 untuk basikal kanak-kanak!
Satu perkara yang dikira sangat-sangat bagus di Bukit Merah Laketown Resort berbanding taman tema lain di Malaysia ni ialah tempat makan. Mana nak jumpa dalam kawasan taman air ada makanan yang dijual dengan harga RM4?
Di Bukit Merah Laketown Resort juga ada tiga lokasi untuk menjamu selera antaranya LakePark Komer yang berkonsepkan kopitiam, Restoran Bubbles yang menjual aneka makanan segera dan Ripples Hawker Centre yang berkonsepkan jualan gerai-gerai. Sekeluarga makan pun masih kurang dari RM30 tau!
Nampak tak, dengan bajet bawah RM30, anda boleh berseronok dengan semua tarikan yang ada di Bukit Merah Laketown Resort. Pakej berbaloi-baloi memang buat poket tak koyak, duit pun tak nipis. Apa orang kata, Bukit Merah dah lama offer, kita je yang lalai!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...