Sisi Unik Muzium Peranakan Pulau Pinang, Lokasi Ideal Buat Si Pecinta Warisan

Share

Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan.

Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.

Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
  • Bayaran Masuk:
  • Dewasa : RM 20
  • Kanak – Kanak ( 6 – 12 tahun ) : RM 10
  • Kanak – Kanak ( bawah 6 tahun ) : PERCUMA

Lokasi : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang

  Foto: Google Image

IKLAN