Ramai yang pernah bertanyakan kepada saya, dimanakah tempat yang terbaik untuk mereka buat lesen skuba? Dah ada beberapa tempat yang mereka survey tapi masih belum jumpa yang berkenan di hati untuk melanjutkan niat mengambil lesen skuba.
Ada beberapa sebab yang menjadikan niat seseorang itu terbantut untuk mendapatkan lesen skuba dan diantara adalah disebabkan oleh kekangan kewangan. Anda perlu tahu, bahawa sukan selam skuba ini adalah sukan yang memerlukan modal duit yang agak besar.
Lesen di peringkat Open Water sahaja menelan belanja hampir RM1400 ke atas. Banyak tempat yang menawarkan harga RM1400 hanya kos untuk mengambil lesen sahaja. Pengangkutan, penginapan, makanan dan lain-lain memerlukan anda mengeluarkan kos yang baharu.
Itu baru lesen di peringkat Open Water, belum termasuk kos sekiranya anda ingin melanjutkan lesen ke peringkat yang lebih tinggi seperti Advance Open Water dan seterusnya.
Antara peralatan selam skuba yang ada. Agak-agak berapa anggaran harga keseluruhan peralatan yang anda lihat sekarang?
Setelah lesen diperoleh dengan jayanya, mesti akan terdetik di hati untuk mendapatkan kelengkapan dan peralatan menyelam sendiri. Itu akan menelan lagi belanja ribuan ringgit untuk mendapatkan barang-barang yang berkualiti.
Disebabkan pertimbangan kos untuk menceburkan diri dalam aktiviti selam skuba agak tinggi, menjadikan seseorang itu berfikir tiga, empat kali untuk mendapatkan lesennya yang pertama.
Ads
Membuatkan mereka berkira-kira untuk mendapatkan tempat yang benar-benar terbaik dengan wang ringgit untuk mendapatkan lesen yang pertama.
Bagi menjawab persoalan anda yang bertanyakan dimanakan tempat yang terbaik untuk mula mendapatkan lesen skuba, jawapan yang terbaik saya boleh berikan adalah dengan mengikuti program Start In Tioman atau SIT yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang (MOTAC Negeri Pahang).
SIT ‘gerbang’ pertama ceburi dunia selam skuba
Sebahagian daripada peserta dan penganjur yang datang dari pelbagai latar belakang seperti MOTAC Negeri Pahang, Damai Tioman Resort, rakan-rakan media, orang perseorangan dan juga kumpulan yang menyertai program Start In Tioman 2019.
Selayang pandang mengenai program SIT, program ini diadakan setahun sekali di Kampung Genting, Pulai Tioman dan bertujuan untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia malah pelancong luar negara datang ke negara ini sambil melancong dan menyelam skuba dengan harga yang paling berpatutan.
Ads
Kenapa saya katakan SIT adalah ‘gerbang’ pertama terbaik untuk anda mula menjadi penyelam skuba? Ia adalah kerana tawaran harganya lebih kompetitif berbanding tawaran-tawaran yang mungkin anda dapatkan di tempat lain.
Antara peserta SIT 2019 yang baru pertama kali mengambil lesen skuba sedang mendengar taklimat daripada jurulatih atau dive instructor.
Tidak berniat untuk merendah-rendahkan pakej daripada tempat lain tetapi inisiatif kerjasama antara MOTAC Negeri Pahang bersama beberapa organisasi berkaitan selam skuba seperti Damai Tioman Resort mempu menjadikan harga yang anda bayar lebih berbaloi dengan pulangan dan perkhidmatan yang akan anda terima.
Bukan bermaksud untuk mempromosikan program SIT tersebut tetapi daripada pengalaman saya yang pernah hadir membuat liputan semasa program SIT 2019 baru-baru ini, kos untuk menyertai SIT adalah lebih rendah berbanding dan termasuk dengan kos pengangkutan anda daripada Jeti Tanjung Gemuk ke Kampung Genting, Pulai Tioman, kos penginapan selama empat hari 3 malam dan makan sebanyak 3 kali sehari.
Ads
Ini semua adalah peserta dan penganjur yang datang dari pelbagai latar belakang, tetapi sepanjang masa program SIT berlangsung, mereka menjadikan program ini seperti family reunion dan membuatkan anda yang baru pertama kali hadir berasa selesa bergaul bersama-sama mereka.
Selain daripada itu, antara nilai lain yang saya suka mengenai program SIT ini dan mengapa saya mengesyorkan kepada anda untuk menyertai program ini adalah kerana persekitaran orang-orang yang berada di situ membuatkan anda selesa dan melayani anda seperti saudara. Akan saya huraikan perkara ini di entri yang akan datang, kenapa saya berkata demikian.
Dalam masa sama, sepanjang masa program dijalankan, ada banyak aktiviti telah direncanakan oleh pihak penganjur menjadikan pengalaman anda menyertai dan mengambil lesen di SIT ini tak sendu dan membosankan. Anda bayangkan anda mengambil lesen seorang diri ditempat lain dan tidak ada aktiviti lain selain daripada kelas teori dan praktikal skuba semata-mata, adakah itu tak membosankan? Bosan beb.
Kebetulan sewaktu program SIT 2019 ni diadakan kenduri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Memang tiap-tiap tahun sewaktu program SIT, pelbagai tema acara berlainan akan diadakan untuk memberikan kelainan dalam setiap siri penganjuran. Syed Rizalman (baju putih) adalah tuan empunya Damai Tioman Resort sama-sama memasak lauk kenduri untuk peserta SIT 2019.
Secara jujur saya katakan, pengalaman saya selama berada di program SIT baru-baru ini amat menyeronokkan dan saya mahu anda juga merasai pengalaman yang sama. Tak kan saya nak syorkan kepada anda sesuatu yang tak menarik, betul tak?
Saya akan kongsikan pengalaman saya semasa berada di program SIT didalam entri yang akan menyusul selepas ini, dan akan saya ceritakan kepada anda mengapa saya katakan SIT adalah salah satu gerbang terbaik untuk anda menceburkan diri dalam dunia selam skuba.
Teruskan membaca bersama Libur..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Umum mengetahui, Malaysia antara negara yang masih menyekat masuk pengunjung dan pelancong luar negara.
Namun kerajaan Malaysia digesa membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara Jalur dan Laluan dengan syarat keselamatan tertentu sejajar dengan usahanya untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.
Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia Datuk Seri Chuah Poh Khiang berkata, membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia penting untuk menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.
“Memandangkan situasi pandemik COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara seperti China, Thailand dan Vietnam telah stabil, serta lebih banyak langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan, tiba masanya untuk mempertimbangkan bagi memulihkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.
Walaupun warga asing masih dilarang untuk memasuki banyak negara, bagaimanapun menurut beliau berkata, terdapat negara dengan kawalan pandemik yang lebih baik telah mula melonggarkan peraturan mereka seperti Thailand membenarkan warga asing dengan permit kerja atau kebenaran untuk memasuki negara tersebut.
Katanya, dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) dan syarat keselamatan tertentu, kerajaan juga boleh membuka semula sempadannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada pelancong perniagaan dari negara dan rantau yang diklasifikasikan sebagai zon hijau.
Berita yang gembira untuk semua penumpang kapal terbang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila satu ruang solat di bahagian rooftopnya telah diubahsuai dan akan digunakan untuk kegunaan solat jumaat.
Selepas ini, penumpang yang sedang menunggu waktu penerbangan atau kakitangan yang berkerja di sana boleh menggunakan ruang solat itu bagi tujuan tersebut dan difahamkan inisiatif kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada akhir bulan Mei.
Baru-baru ini tular di rangkaian Whatsapp menunjukkan beberapa keping gambar kerja-kerja pembersihan dan persiapan akhir sedang dijalankan di ruang solat rooftop KLIA itu bersama mesej yang mendakwa ruang solat ini akan digunakan untuk solat jumaat pada 5 April 2019.
Walau bagaimanapun, pihak Malaysia Airport menafikan dakwaan tersebut kerana masih ada beberapa perkara akhir yang belum mendapat kelulusan.
Ruang solat itu dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada akhir bulan Mei selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah Sepang dan pihak Malaysia Airport akan membuat pengumuman segera berkenaan hal tersebut setelah kelulusan diterima.
Dalam pada itu, sejak Disember 2018, Malaysia Airport telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua dari KLIA dan dua lagi dari KLIA2 untuk kegunaan pengguna dari kedua-dua terminal penerbangan tersebut untuk menunaikan solat jumaah di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perkhidmatan bas ini bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga pukul 1 tengahari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi 'kaki wayang' dan penggemar filem tempatan, mahupun antarabangsa, pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai 2020, sudah tentu merupakan satu perkhabaran gembira.
Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton 'layar kecil' di rumah, kelonggaran yang diberikan ini amat ditunggu-tunggu. Antara filem yang dijadual untuk ditayangkan di pawagam adalah filem perisikan British terkenal, 'James Bond: No Time To Die', yang sepatutnya ditayangkan pada April lepas, namun terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19. Turut 'beratur' menunggu giliran untuk ditayangkan termasuk filem francais Marvel 'Black Widow'; filem keluaran Walt Disney Pictures 'Mulan', serta filem seram 'Antlers' dan 'Antebellum'.
Bukan sahaja dapat menonton wayang, kerajaan turut memutuskan untuk riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang persendirian. Ini la waktu yang sesuai untuk membawa anak-anak keluar bercuti setelah lama berkurung ketika perintah kawalan pergerakan dan menginap di hotel atau resort yang ada menyediakan kemudahan kolam renang.
Kebenaran yang sama juga diberikan terhadap penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan serta membenarkan aktiviti teater dan 'live event'. Namun dalam keghairahan terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan, aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus diutamakan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...