Bandar Kajang memang terkenal dengan sate, tapi selain itu Kajang juga sebenarnya destinasi yang kaya dengan warisan sejarah.
Telah wujud sejak lebih 150 tahun yang lalu, 4 lokasi yang ada di Kajang ini korang kena singgah. Bukan sahaja menceritakan tentang sejarah keberadaan tempat yang diberi nama Kajang ini, malah ia juga dapat mengembalikan nostalgia anda tentang warisan dan juga susur galur tempat ini.
Selain mendapatkan maklumat tentang sejarah Kajang, korang juga boleh berkunjung ke sini dan mengabadikan gambar kenang-kenangan, letak di Instagram atau Tiktok, mesti ramai yang teruja nak tahu di mana.
Ini empat tempat kat Kajang korang patut singgah, tempatnya menarik, kaya dengan warisan dan juga Onz untuk korang OOTD!
Kajang Heritage Centre
Terletak bersebelahan Tokong Shen Sze She Yar, masuk sahaja ke sini seakan berada di zaman silam. Beberapa artifak dan barangan di Heritage Centre mempunyai penceritaan yang tersendiri.
Barang yang ada di sini kebanyakkan disumbangkan oleh orang ramai dan juga melalui simpanan peribadi pihak pengurusan Heritage Centre itu sendiri. Kalau sampai ke sini hujung minggu memang sesuai kerana ia dibuka pada hari Sabtu sahaja.
Sambil lihat barangan dan artifak yang dipaparkan, boleh korang bergambar kat sana. Memang syok!
Ads
Tokong Shen Sze She Yar
Tokong yang telah dibina sejak tahun 1898 ini terletak di tengah-tengah Bandar Kajang dan menghadap Sungai Langat. Senibina asal masih dikekalkan di tokong ini yang pada asalnya terletak di Jalan Reko.
Tokong ini turut menyimpan beberapa khazanah lama dan artifak bersejarah yang berharga untuk tatapan umum. terletak tak jauh dari Kajang Heritage Centre, dah sampai sana jangan lupa untuk singgah di Tokong Shen Sze She Yar.
Loke Yew dan Kapitan Kwan Seng antara orang kenamaan yang menjadi penyumbang dalam pembinaan tokong ini.
Ads
Satay Putera Kajang
Sebut nama Kajang mesti orang teringat Satay. Satay Putera Kajang merupakan salah satu kedai yang menawarkan pelanggan dengan satay yang berkualiti tinggi dimana daging-daging yang digunakan adalah daripada India dan Australia. Rempah yang digunakan sebagai bumbu juga dibuat sendiri dengan mengekalkan resepi warisan lama dan sedikit olahan tersendiri.
Bukan hanya menghidangkan satay, kedai ini juga turut menyediakan makanan tiga etnik iaitu, Melayu, Cina dan India. Lagi menarik, konsep yang ada dikedai ini sangat instagrammable. Lepas makan boleh bergambar banyak-banyak.
Ads
Kedai Biskut Timbang
Terletak bersebelahan perhentian bas bandar Kajang, korang dulu selalu beli biskut mesti teruja nak masuk. Aneka pilihan biskut boleh korang beli kat sini. kalau nak tahu kedai di sini ada yang telah berusia 120 tahun dan diwarisi daripada nenek moyang pemilik yang terdahulu.
Tak perlu dekorasi yang fancy dan cantik, mengekalkan susun atur seperti kedai zaman dahulu, selain singgah untuk membeli, jangan lupa juga untuk abadikan kenangan dengan bergambar di sini. sangat menarik!
Selain empat lokasi ini, sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang kaya dengan warisan dan sejarah yang korang boleh jejak. Antaranya adalah Pejabat Pos Kajang, Masjid Jamek Kajang dan banyak lagi.
Alang-alang dah ke Kajang nak makan satay, jangan lupa singgah ke tempat-tempat tadi ya, memang best dan menarik!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pengguna jalan raya di sekitar Negeri Sembilan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, sempena Sambutan Tahun Baru Cina nanti.
Sumber Bernama, laluan yang dijangka sesak melibatkan lapan daerah seperti Seremban, Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Port Dickson, Jelebu, Rembau dan Nilai.
**media[126085]**
Laluan yang dijangka sesak itu adalah Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jalan Seremban–Tampin, Jalan Rasah, Jalan Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Plus Utara Selatan, Jalan Port Dickson-Seremban/ Melaka, Jalan Pantai Port Dickson, lampu Isyarat Pekan Gemencheh/Jalan Gemencheh Lama, Persimpangan Lampu Isyarat Kilometer 1 Pekan Tampin, Jalan Kuala Pilah–Seremban, Jalan Tampin-Kuala Pilah dan Jalan Bahau-Kuala Pilah.
Selain itu Jalan Kuala Pilah–Simpang Pertang dari arah Simpang Pertang (Karak) menghala ke Kuala Pilah, Pekan Kuala Klawang, Tol Pedas–Linggi, Jalan Kota–Rembau, Lebuhraya Plus Arah Utara Selatan, Jalan Batang Benar–Pajam dan Lebuh Raya Arah Selatan Utara.
Sila guna jalan alternatif seperti:
Dari arah Kuala Pilah menggunakan Jalan Simpang Pertang–Kuala Klawang ke Seremban/Lebuhraya Lekas, Jalan Kuala Pilah–Tampin-Rembau ke Seremban/Lebuhraya Plus, Jalan Persiaran Senawang 1 terus ke Lebuhraya Plus atau melalui Lingkaran Tengah ke Lebuhraya Plus.
Dari arah Jelebu melalui Jalan Jelebu ke Lekas, dari Arah Tampin/Rembau melalui Tol Pedas atau Tol Senawang, dari arah Labu melalui Tol Ainsdale/Tol Labu/Tol Nilai, Lebuhraya Plus ke arah Selatan melalui Tol Ainsdale–Jalan Seremban–Tampin-Tol Simpang Ampat ke arah Selatan, manakala Lebuhraya Plus ke Utara melalui Tol Simpang Ampat/Pedas ke Jalan Seremban–Tampin–Lebuhraya Plus/Lekas.
Pengguna dari Port Dickson menghala ke Kuala Lumpur/ Melaka dan Johor dicadangkan guna Jalan Bypass Pasir Panjang seterusnya memasuki Pekan Pasir Panjang dan terus ke daerah Alor Gajah, Melaka mankala pengguna dari Port Dickson menghala Ke Kuala Lumpur/Utara laluan alternatif Lukut–Sepang bagi mengelakkan kesesakan bandar Seremban dan kesesakan Lebuhraya Plus Kawasan Seremban dan Nilai serta pengguna dari Seremban, menggunakan Lebuhraya SPDH ke Persimpangan lampu isyarat Betong, Jalan Pintasan atau ke bulatan Jururawat.
Jalan Simpang Sg Dua–Air Kuning di Km 37 Jalan Tampin–Gemas (Sebelum MRSM Gemencheh), Jalan Keru–Batu Belang di Km 8 Jalan Tampin–Gemas, Jalan Seremban-Tampin-Bukit Miku ke Kuala Pilah/ Jempol/ Pantai Timu, Jalan Jelebu–Kuala Klawang –Spg Pertang ke Karak/ Kuala Pilah/ Pantai Timur, melalui Seri Menanti–Senaling–Tampin dan laluan ke Melaka/ Seremban boleh melalui Jalan Kuala Pilah ke Tampin.
Selain itu laluan dari arah Simpang Pertang (Karak) ambil Simpang kiri di Spg Serting Ulu/ Air Hitam Sampai Jalan Kemayan Bahau–belok kanan ke Pekan Bahau ikut Jalan Juaseh terus ke Kuala Pilah, laluan Ke Seremban/ Kuala Lumpur melalui Jalan Ulu Kanchung–Rantau.
Dari arah utara melalui Tol Bukit Mahkota, dari arah Selatan melalui Tol Bandar Ainsdale atau melalui Tol Nilai, dari arah Batang Benar ke Seremban melalui Jalan Labu–Bandar Ainsdale atau Jalan Labu–Gadong– Sendayan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semporna antara destinasi percutian yang cukup popular bagi mereka yang pertama kali ke Sabah.
Pelbaga aktiviti di darat dan air yang boleh dilakukan sepanjang berada di sini. Anda pastinya tidak akan rasa jemu atau mahu cepat pulang dek penangan angin bayu laut Semporna.
Ayuh kita kongsi itinerary sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Romi Zunaidi yang katanya sudah dua kali ke sini. Bila sudah dua kali ke Semporna membawa maksud memang best bagi dirinya.
Itinerari Semporna, Sabah 2021
Day 1 – KLIA2 – Tawau Airport – Airport transfer Tawau to Semporna – Jetty to Egang-Egang Resort water chalet – Check in Egang-Egang
Day 2 – Island Hoping Package B Timba-Timba, Mataking, Pom-pom
Mabul Water Bungalow ResortEgang-Egang ResortBukit Parapat
Day 3 – Check out.Bawa beg siap2 lepas island hoping terus balik jetty semporna – Island Hoping Package C Mabul & Kapalai – Return to jetty semporna – Check in Kuree Hut, Pekan Semporna
Day 4 – Grab to Bukit Parapat – Hiking Bukit Parapat – Tanjung Parapat – Pasar Malam Semporna (Depan MCD) Lokasi dulu dekat jetty.Lokasi baru lebih meriah dan happening
Mabul Water Bungalow ResortEgang-Egang ResortEgang-Egang Resor
Day 5 – Check Out Kuree Hut – Airport transfer Semporna – Tawau – Tawau – KLIA2
Ekstra Info:
1. Pakej RM700 per pax (termasuk 2 malam di Egang-Egang Resort, breakfast, lunch, dinner, airport transfer tawau-semporna-tawau, jetty transfer semporna-egang2-semporna, island hoping 2 pakej ( B & C). Pakej A (Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan) aku tak ambik sebab dah pernah pergi masa tahun 2020.
2. Makcik yang juga tukang masak dan juga pemilik Egang-Egang sangat friendly. Dinner ada sotong goreng tepung (sedap).Korang juga boleh beli makanan laut kt pasar semporna mcm lobster dan mintak dia masakkan kalau rasa nak makan extra lagi time malam.
3. Sebelum ini ke Semporna tak pernah duduk tengah laut. Kali ini dapat rasa duduk dua malam kat Egang-Egang.
Mabul Water Bungalow ResortMabul Water Bungalow ResortIsland hopingIsland Hoping
4. Nak ke Bukit Parapat dari Pekan Semporna lebih dari 10km..pergi naik grab tapi balik tu susah dapat grab nasib baik ada orang sana baik hati tumpangkan balik ke pekan. Terima Kasih
5. Boleh PM saya jika nak tau lebih lanjut berkenaan pakej semporna. Kali ke-2 datang maksudnya Semporna memang best bagi aku
Mabul Water Bungalow ResortAnjung D Samudra Semporna
Oppo Reno/GoProHero8/Mavic Air 2 #Semporna #Travel
Kerajaan negeri menutup sementara Kampung Budaya Terengganu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Lokasi tarikan baharu pelancong yang berkonsepkan muzium hidup itu, menjadi pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh daerah di Terengganu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, penutupan tersebut dilakukan serta merta sehingga 31 Oktober 2020 selaras dengan pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Arahan penutupan melibatkan keseluruhan operasi serta pengisian program dan aktiviti di Kampung Budaya Terengganu kecuali kakitangan dalam perkhidmatan perlu seperti keselamatan dan penyelenggaraan yang tertakluk kepada kelulusan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu
Kampung Budaya Terengganu yang diadakan sekitar Kompleks Muzium Negeri itu telah bermula pada 3 September 2020 lepas dan menurut jabatan berkenaan sepanjang beroperasi, pihak pengurusan sentiasa memastikan kakitangan dan pengunjung mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...