Pasport-pasport dikaitkan dengan hak perlindungan undang-undang di luar negeri, dan hak untuk kembali ke negara kewarganegaraan sendiri. Pasport-pasport biasanya mengandungi gambar foto, tandatangan, tarikh kelahiran, kewarganegaraan, dan kekadangnya cara-cara yang lain untuk mengecam identiti seseorang. Banyak negara adalah dalam proses untuk mengembangkan ciri-ciri biometri dalam pasport mereka supaya dapat mengesahkan dengan lebih pasti bahawa orang yang menyerahkan pasport adalah pemegang yang sah.
Sumber dari wikipedia, pasport menentukan kewarganegaraan, tetapi tidak semestinya kewarganegaraan atau tempat kediaman pemegang pasport. Pemegang pasport biasanya berhak untuk memasuki negara yang mengeluarkan pasport, walaupun sesetengah orang yang berhak mendapat pasport mungkin tidak menjadi warganegara penuh dengan hak tempat tinggal. Pasport adalah dokumen yang mengesahkan identiti dan kewarganegaraan; mempunyai dokumen itu tidak dengan sendirinya memberikan apa-apa hak, seperti perlindungan oleh konsulat negara yang mengeluarkan pasport, walaupun ia mungkin menunjukkan bahawa individu itu mempunyai hak-hak tersebut. Sesetengah pasport membuktikan status sebagai diplomat atau pegawai lain, berhak mendapat hak-hak dan keistimewaan sebagaimana kekebalan daripada penangkapan atau pendakwaan,yang timbul daripada perjanjian antarabangsa.
Banyak negara biasanya membenarkan kemasukan kepada pemegang pasport negara lain, kadang-kadang memerlukan visa, tetapi ini bukanlah hak automatik. Banyak keadaan tambahan lain, seperti tidak dikenakan pertuduhan atas sebab kewangan atau lain-lain, dan pemegang itu tidak pernah menjadi disabitkan dengan jenayah, mungkin boleh diterima pakai.Bagi negara yang tidak mengiktiraf negara lain, atau ada perselisihan dengan negara itu, ia boleh melarang penggunaan pasport mereka untuk perjalanan ke negara tersebut, atau boleh melarang kemasukan kepada pemegang pasport negara tersebut, dan kadang-kadang kepada orang lain yang pernah, sebagai contoh, melawat negara tersebut.
Beberapa negara dan organisasi antarabangsa mengeluarkan dokumen perjalanan yang bukan pasport standard, tetapi membolehkan pemegang untuk melakukan perjalanan antarabangsa ke negara-negara yang mengiktiraf dokumen itu. Sebagai contoh, orang yang tanpa kewarganegaraan biasanya tidak dikeluarkan pasport kebangsaan, tetapi mungkin boleh mendapatkan dokumen perjalanan pelarian atau “pasport Nansen” yang membolehkan mereka untuk melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengiktiraf mereka, dan kadang-kadang untuk kembali ke negara yang mengeluarkan dokumen itu.
Sesebuah negara boleh mengeluarkan pasport untuk mana-mana orang, termasuk bukan warganegara. Pasport sering diterima, di negara tempat ia dikeluarkan dan di tempat lain, sebagai bukti pengenalan yang boleh dipercayai, yang tidak berkaitan dengan perjalanan.
Anda tahu negara mana yang mempunyai pasport paling berkuasa di dunia? Jawapannya adalah Jepun. Ya, Jepun adalah negara rantau asia yang mempunyai pasport paling berkuasa di dunia.
Selain daripada Jepun yang menduduki tempat pertama, senarai negara yang mempunyai pasport paling berkuasa itu turut mencatatkan Singapura dan Korea Selatan menduduki tempat kedua dan ketiga.
Indeks Pasport Henley menunjukkan bahawa ketiga-tiga negara itu boleh melawat 189 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.
Ketiga-tiga negara dari rantau asia itu menduduki tempat pertama, langsung membuktikan berlakunya peningkatan terhadap pengaruh kuasa dari negara-negara asia di peringkat dunia.
Selain daripada Jepun, Singapura dan Korea Selatan menduduki tempat pertama, Jerman menduduki tempat kedua di mana penduduknya boleh melawat ke 188 buah negara tanpa permohonan visa.
Menyusuli di tempat ketiga adalah Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Sweden di mana rakyat negara itu boleh melawat ke 187 buah negara.
Selain daripada negara-negara yang disebut di atas, di sini adalah senarai lengkap negara yang mempunyai pasport paling berpengaruh di dunia dari tempat pertama hingga kesepuluh.
Negara sudahpun beralih ke fasa Andemik pada 1 April yang lalu, justeru sudah banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat, tambah pula umat Islam seluruh dunia yang baru sahaja menyambut bulan Ramadan.
Antara yang ditunggu-tunggu termasuklah solat terawih dan juga majlis berbuka puasa beramai-ramai. Inginkan suasana yang cukup meriah berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, Madinah? Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf memberi peluang kepada semua untuk merasai suasana tersebut hanya dengan mendaftarkan diri dan datang ke Karangkraf yang terletak di Shah Alam untuk berbuka puasa beramai-ramai.
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 29 April ini. Bagi yang pernah berbuka puasa di Kota Suci Mekah dan Madinah, pasti dapat mengubat rindu dengan suasana Iftar yang cukup meriah namun masih menjaga SOP yang telah ditetapkan.
Tak perlu bawa makanan dari rumah atau beli dari luar, seperti yang pernah diadakan sebelum ini, juadah Iftar disediakan secara percuma selari dengan tujuan utama program ini diwujudkan iaitu untuk memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Selain berbuka puasa, program kali ini turut disajikan dengan pengisian tazkirah yang akan berlangsung sebelum majlis buka puasa. Selepas berbuka turut diadakan solat Maghrib dan solat terawih secara berjemaah sepanjang program berlangsung.
Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian 019- 213 3315.
Sabah terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, sungai yang tidak tercemar, pantai yang memutih, gugusan pulau indah serta hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan yang hanya boleh ditemui di Borneo dan Sumatera.
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merancang untuk membina sebuah kompleks pelancongan bagi membolehkan pelancong melihat dan mengalami sendiri habitat hidupan liar dan alam sekitar di kawasan Kinabatangan, di negeri Sabah.
Kini terdapat pakej pelayaran bot persiapan untuk pelancong mengikuti aktiviti bagi memerhati hidupan liar dengan menelusuri Sungai Kinabatangan. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi. Hidupan liar di Sabah, terutama di Kinabatangan, dianggap antara spesies yang terbaik di dunia dan telah menarik ramai kedatangan pelancong asing.
Oleh itu, kementerian akan menyerahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) untuk mengenal pasti tapak yang sesuai untuk kompleks tersebut, terutama di Sukau dan ini termasuk aspek daya maju cadangan, anggaran kos, saiz dan kemudahan pembinaannya. Sungai Kinabatangan juga bakal diwartakan sebagai kawasan habitat tempat perlindungan hidupan liar sehingga kerajaan dapat melaksanakan usaha pemuliharaan hidupan liar di Sabah dengan lebih baik. Buat masa ini hanya kawasan daratan Kinabatangan yang diwartakan sebagai tempat perlindungan hidupan liar seluas 26,000 hektar pada tahun 2005.
Imgae via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Makanan halal dalam pesawat? Bukan semua halal ke? Ha, anda jangan keliru sebab tak semua makanan dalam pesawat adalah halal sebab tak semua syarikat penerbangan datang daripada negara-negara Islam yang menitikberatkan soal halal dalam permakanan.
Kalau anda menaiki pesawat daripada negara bukan Islam seperti Singapura, Vietnam, Hong Kong, China, mereka tidak menyediakan menu makan yang halal sebagai hidangan kepada penumpang muslim mereka.
Tahukan anda, sebenarnya anda boleh membuat tempahan makanan halal sekiranya berasa was-was dengan makanan yang disediakan di dalam pesawat? Selain daripada membuat tempahan makanan halal, anda juga boleh membuat tempahan makanan yang khas sama ada disebabkan oleh masalah kesihatan ataupun kepercayaan agama.
Makanan yang ditempah khas ini akan dihidangkan terlebih dahulu daripada makanan biasa dan bagaimana caranya untuk membuat tempahan tersebut? Caranya ada tiga:
Secara online
Kebanyakkan syarikat penerbangan membenarkan anda membuat tempahan secara online. Caranya mudah, sebagai contoh Singapore Airline, anda hanya perlu klik ‘manage booking’ dan, selepas itu anda dikehendaki memasukkan nombor booking dan email atau nama keluarga atau nama pertama.
Kemudian, pergi ke ‘special request/special meal’ dan pilihlah makanan yang diperlukan. Jika sudah membuat tempahan secara online, kebiasanya anda tidak perlu lagi menghantar email atau membuat panggilan telefon.
Menghantar email
Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang tidak menerima pesanan makanan khas secara online. Contohnya adalah China Southern Airlines, Ukraine International Airlines dan banyak lagi.
Untuk mengetahui alamat email syarikat penerbangan tertentu, anda boleh taip ‘customer service Vietnam Airlines’ atau anda boleh dapatkan di website syarikat penerbangan tersebut di bahagian ‘contact’.
Semasa anda menghantar email pastikan dibahagian tajuk anda menulis seperti Re: Muslim Meal (nombor booking). Antara ayat yang boleh anda gunakan adalah:
“I would like to request a muslim meal for my flight to XXXX on XXXX. The booking number is XXX and the passenger name is…”
Biasanya email akan dibalas dalam masa 24 jam (bergantung kepada syarikat penerbangan).
Membuat panggilan telefon
Cara yang terakhir adalah dengan membuat pangilan telefon. Cara untuk mendapatkan nombor telefon adalah sama dengan cara mendapatkan email. Pastikan anda bersedia dengan nombor booking penerbangan.
Mudahkan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...