Butler 24 Jam, Bilik Mewah & Turn Down Service, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Staycation RM1,200++ di The St. Regis Kuala Lumpur

Share

Bayar lebih RM1200 untuk satu malam di hotel mungkin kedengaran mahal, tetapi bagi seorang pengguna Threads, pengalaman staycation di The St. Regis Kuala Lumpur ternyata cukup memuaskan sehingga dia tidak keberatan untuk mengulanginya lagi.

Muhammad Iqmal, merupakan pemuda yang berkongsi pengalamannya menginap di sana menerusi Thread. 

Dia turut berkongsi beberapa perkara kecil lain sepanjangpenginapannya yang membuatkan pengalaman tersebut terasa lebih eksklusif daripada staycation biasa walaupun hanya di Kuala Lumpur. 

BACA JUGA: Percutian Ke Phuket Bertiga Kini Lebih Selesa, Four Points by Sheraton Perkenal Bilik Superior Triple

First Impression : Dilayan Istimewa di The St. Regis Kuala Lumpur

Sebaik tiba di bilik yang diberi, Muhammad Iqmal menerima kek coklat percuma yang merupaka kek kegemarannya. Nampak kecil, tetapi layanan sebegini yang membuatkan staycation itu terasa lebih bermakna. 

Kemewahan Bilik The St. Regis Kuala Lumpur

Dia juga terpesona dengan kemewahan bilik yang didiaminya itu kerana memiliki siling tinggi dan tingkap kaca penuh yang mencuri perhatian. Malah, ruang bilik air di bilik itu adalah lebih besar daripada biliknya di rumah sendiri. 

27/7 Butler Service

Yang menjadikan staycation ini lebih menarik, lebih-lebih lagi buat Muhammad Iqmal yang merasai pengalaman begini untuk pertama kali adalh perkhidmatan butler 24 jam sehari. Ini yang membezakan keinstimewaan antara hotel mewah dan penginapan biasa.

Jika anda perlukan apa-apa minuman atau bantuan, hubungi sahaja butler untuk dapatkan perkhidmatan berkenaan. 

Turn Down Service

Turn Down Service pula merupakan salah satu perkhidamatan yang tidak pernah dirasainya. Ini merupakan perkhidmatan yang membolehkan penginap bersedia sebelum tidur yang mana pihak hotel akan mempersiapkan katil dan memperlahankan kecerahan lampu. Supaya penginap dapat tidur yang lebih selesa dan nyaman.

Lebih mencuri perhatian, Muhammad Iqmal turut menerima eye-patched sebelum tidur. Katanya, layanan kecil seperti ini benar-benar membuatkan dirinya terasa dimanjakan. 

Pun begitu, tidak semuanya di hotel mewah ini sempurna. Bukan semuanya mendapat pujian penuh. Baginya, pilihan sarapan di St Regis sekadar biasa-biasa sahaja. Tetapi, aspek lain yang mendapat markah tinggi daripadanya adalah keselesaan katil di sini.

Jadi, setelah anda membaca pengalaman Muhammad Iqmal, adakah anda rasa RM1200++ semalam berbaloi?

Bagi Muhammad Iqmal, jawapannya ya. Bukan semata-mata kerana bilik yang besar atau hotel yang mewah tetapi pengalamannya yang dilayan dari saat tiba sehingga sebelum tidur yang membuatkan pengalaman staycation ini berbeza. 

Sumber: Thread

Oleh
Balqis Qadisah