
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan sememangnya menyeronokkan, namun mencari bilik hotel yang selesa untuk tiga orang kadangkala boleh menjadi satu cabaran. Menyedari keperluan tersebut, Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort kini memperkenalkan kategori Bilik Superior Triple yang direka khas untuk keluarga, kumpulan sahabat dan pengembara dalam kumpulan kecil.
Terletak hanya beberapa langkah dari Pantai Patong, resort tepi pantai ini menjadi antara lokasi strategik untuk pelancong yang mahu menikmati suasana Phuket. Dari resort, pengunjung boleh menerokai kawasan membeli-belah, restoran, hiburan malam serta tarikan budaya di sekitar Patong dengan lebih mudah.
Satu Bilik Untuk Tiga Tetamu
Bilik Superior Triple direka untuk menempatkan sehingga tiga orang tetamu dengan susunan tempat tidur yang fleksibel. Ini membolehkan keluarga atau kumpulan sahabat menginap bersama dalam satu ruang tanpa perlu menempah dua bilik berasingan.
Selain menawarkan ruang yang lebih praktikal, setiap bilik turut dilengkapi kemudahan asas seperti akses internet percuma, kemudahan membuat kopi dan teh serta ruang rehat yang selesa. Sesuai untuk melepas penat selepas seharian menikmati aktiviti pantai, lawatan ke pulau berdekatan atau menerokai suasana malam di Patong.
Pilihan ini juga lebih menjimatkan kerana tetamu tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk bilik kedua atau meminta katil tambahan. Pada masa sama, pengalaman menginap bersama dalam satu bilik menjadikan percutian terasa lebih rapat dan menyeronokkan.
Sesuai Untuk Percutian Keluarga Dan ‘Friendcation’
Percutian bersama keluarga besar dan konsep friendcation, iaitu percutian bersama kumpulan sahabat, semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengembara moden. Ramai kini memilih pengalaman perjalanan yang membolehkan mereka meluangkan masa bersama tanpa mengorbankan keselesaan dan ruang peribadi.
Menurut pihak resort, pengenalan kategori bilik baharu ini merupakan tindak balas terhadap permintaan pelancong yang mahukan penginapan lebih fleksibel, selesa dan berbaloi ketika melancong dalam kumpulan kecil.
“Pelancong pada hari ini sering mencari penginapan yang membolehkan mereka sentiasa dekat dan bersama keluarga, rakan karib atau kumpulan. Bilik Superior Triple yang baharu dicipta untuk menawarkan fleksibiliti dan nilai, selain membolehkan tetamu menikmati pengalaman resort tepi pantai yang santai,” kata Daryn Hudson daripada Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort.
Lengkap Dengan Kemudahan Resort
Selain lokasi yang berhampiran Pantai Patong, tetamu turut boleh menikmati pelbagai kemudahan di resort termasuk beberapa kolam renang terbuka, pusat kecergasan, kemudahan mesra keluarga serta pilihan tempat makan yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa.
BACA JUGA: 7 Tip Travel DIY, Belajar Melancong Sendiri Lebih Puas dan Jimat!
Antara restoran dan ruang makan yang terdapat di resort ini ialah Chao Leh Kitchen, Sears & Co. Bar and Grill serta The Deck Beach Club Patong. Resort berkenaan mempunyai 600 bilik dan suite moden yang direka untuk memenuhi keperluan pelancong santai mahupun tetamu perniagaan.
Dengan lokasi strategik, kemudahan lengkap dan pilihan bilik yang lebih fleksibel, Bilik Superior Triple boleh menjadi pilihan menarik buat mereka yang merancang percutian ke Phuket bersama dua lagi ahli keluarga atau sahabat. Kini, semua orang boleh tinggal dalam satu bilik, berkongsi pengalaman dan mencipta lebih banyak memori sepanjang percutian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!






