Nasib golongan gelandangan di Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan terbela apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menempatkan golongan itu di beberapa buah pusat transit sementara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Salah sebuah pusat transit gelandangan di Pusat Komuniti Sentul Perdana boleh menempatkan lebih 180 penghuni. Mereka disediakan dengan kubikel seperti bilik khas selain tilam dan selimut diberikan sepanjang berada di pusat tersebut.
Ads
Foto: Malay MailFoto: Sinar Harian
Kebajikan golongan ini sentiasa dijaga pihak DBKL dengan memastikan segala kemudahan disediakan serta dijamu dengan makanan sebanyak enam kali sehari. Setiap daripada mereka turut menjalankan sistem data biometrik bagi setiap gelandangan yang ditempatkan bagi memudahkan pelbagai agensi menyalurkan bantuan atau sumbangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ads
Sebelum ditempatkan di penempatan sementara itu, warga gelandangan akan menjalani saringan kesihatan untuk memastikan mereka bebas dari COVID-19. Tiada kes positif dalam kalangan gelandangan dilaporkan setakad ini.
Ads
Penempatan sementara warga gelandangan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu golongan sihat warganegara, gelandangan bermasalah sakit berjangkit, mental dan penagihan dadah serta bukan warganegara:
Golongan sihat warganegara akan ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir masing-masing seramai 181 dan 62 orang.
Pusat Komuniti Setiawangsa menempatkan 95 gelandangan bermasalah.
Manakala di Dewan Serbaguna Alam Damai Cheras pula untuk 30 orang bukan warganegara.
99 gelandangan lelaki ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang manakala 43 gelandangan lelaki.
Dan wanita termasuk tiga kanak-kanak di Anjung Singgah, kendalian Yayasan Kebajikan Negara.
Gua Tempurung merupakan gua kapur terletak di Gopeng, Perak mengambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.
Lokasi ini menjanjikan keunikan dan cabaran yang tersendiri berikutan struktur dalamannya yang berbeza membolehkan ekspedisi meneroka gua semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat aktiviti lasak mahupun pencinta alam semula jadi.
Bermula daripada laluan sempit hanya memuatkan seorang individu dalam satu masa kemudian beralih kepada ruang gua lebih besar membuatkan rasa gelisah mula berganti teruja. Setiap detik pengalaman di gua ini amat bermakna. Daripada mendaki hinggalah meranduk serta merangkak dalam anak sungai membuat pengunjung berasa saat itu begitu menyeronokkan. Paling menarik, pengunjung juga perlu menggelungsur daripada ketinggian lebih empat meter.
Gua Tempurung mempunyai lima kubah besar pada siling yang menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Di pertengahan gua ini terdapat stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Anda yang berminat ke sini dinasihatkan memasuki gua dengan jurupandu berpengalaman yang menerangkan peraturan dan ciri keselamatan ketika menjelajah gua. Khidmat jurupandu gua adalah perkara terpenting dalam meneroka gua bagi menjamin semua aktiviti yang dilakukan berjalan lancar dan selamat. Maka tidak salah kalau membelanjakan sedikit duit untuk memastikan aktiviti rekreasi diikuti lebih selamat.
Info Menarik!
Paparan objek mirip manusia dan haiwan di dinding gua berusia jutaan tahun ini mempunyai tarikan tersendiri. Sebagai contoh, potret wajah Monalisa pada dinding Gua Tempurung antara bakal memberi kejutan kepada pengunjung yang memasuki gua ini. Sama ada mahu percaya atau tidak, anda perlu menjejakkan kaki ke gua ini kerana lukisan yang terbentuk daripada hakisan batu kapur itu dianggap cukup terkenal sehingga diberi jolokan Potret Monalisa Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mendengar nama Sungai Amazon sahaja ramai yang mengetahui bahaya dan rahsia alam ngeri yang menanti di sepanjang sungai yang melintasi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, Brazil, Bolivia, Venezuela, Ecuador,dan Guyana.
Jika diabadikan di dalam filem-filem atau dokumentari, Sungai Amazon seringkali dimomokkan serta dikhabarkan sebagai sungai yang sangat bahaya di dunia dan perlu dielakkan untuk dikunjungi. Mana tidaknya, kawasan disekitar Sungai Amazon didiami oleh komuniti peribumi yang masih tidak mengecapi arus permodenan. Mereka masih mengamalkan cara hidup kuno seperti memakan daging manusia dan sama sekali tidak menerima dan mengalukan kedatangan orang luar.
Selain itu, hutan dan sungai Amazon juga terkenal dengan haiwan pembunuh seperti ikan pirana, annaconda, buaya, serangga beracun dan binatang-binatang buas yang lain. Ada sebab atau tidak untuk anda menghabiskan masa selama hampir tiga tahun semata-mata untuk bersiar-siar di sepanjang sungai hutan Amazon? Semestinya ia kerja gila jika anda mempunyai impian untuk bercuti di sini!
Namun, seorang warga Britain, Ed Stafford membuktikan itu bukan perkara mustahil. Pada tahun 2010, dia yang berumur 34 tahun ketika itu mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 860 hari.
Setelah meninggalkan dunia ketenteraan dan berpangkat seorang kapten, dia berasa sangat bosan dengan rutin pekerjaannya di pejabat. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memberitahunya bahawa belum ada lagi manusia yang pernah dan ingin untuk berjalan disepanjang Sungai Amazon. Ed Stafford menganggap kenyataan rakannya itu sebagai satu cabaran pada dirinya.
Akhirnya dia tekad untuk melepaskan jawatan dan melakukan misi gila saranan rakannya. Ed Stafford bersama seorang rakan baiknya, Luke Collyer telah memulakan perjalanan pada 2 April 2008, meninggalkan Samudera Pasifik di bahagian selatan Peru. Pada awalnya, Ed Stafford merasakan bahawa perjalanan menjelajahi hutan sungai Amazon itu akan memakan waktu sekitar satu tahun, namun anggapannya itu ternyata silap.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan komuniti orang asli telah menangkap dan memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh haiwan sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Luke Collyer pulang ke rumahnya setelah hanya mampu bertahan tiga bulan menjelajah bersama Ed Stafford. Mungkin rakannya beranggapan misi ini mustahil dan tidak patut diteruskan demi keselamatan diri
Namun, Ed Stafford tetap ingin meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui seorang pekerja renjer hutan Peru, Sanchez Rivera. Setelah dipujuk Sanchez Rivera yang berumur 31 tahun sedia untuk membantunya sebagai penunjuk arah dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Sepanjang perjalanan, Ed Stafford dan Sanchez Rivera terpaksa berhadapan dengan pirana, ular anaconda, pusaran air, arus banjir, hujan tanpa henti, digigit ribuan nyamuk, dan penyakit berjangkit. Mereka juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada buaya Caiman yang panjangnya hingga 18 kaki.
Mereka berdua hidup dengan memakan pirana dan bahagian dalam pohon palm, serta berhenti seketika diperkampungan orang asli yang dikenali Sanchez Rivera di sepanjang sungai. Tetapi ancaman terbesar adalah masyarakat pribumi disitu yang telah dianiaya selama puluhan tahun oleh penguatkuasa wilayah, sehingga kaum ini sering curiga dan sering melakukan kekerasan kepada pengunjung asing.
Namun demikian, selama dua setengah tahun Ed Stafford tidak menyerah. Mungkin kerjaya sebagai seorang tentera pada masa lalu banyak membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sukar. Dia bersusah payah berenang, naik semula ke batas disepanjang tepian sungai dan melangkah secara perlahan sambil menebas hutan dengan parang.
Kira-kira 85 kilometer lagi berjalanan sebelum tiba di lokasi penamat, Ed Stafford pengsan akibat kepenatan melampau. Walau bagaimanapun dia tetap menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Ketika hampir tiba di lokasi penamat, Ed Stafford dan Sanchez Rivera kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim Brazil, yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Segala pengalaman indah dan detik sukar untuk menjadi manusia pertama berjalan menyusuri Sungai Amazon ini telah dibukukan dalam sebuah jilid berjudul Ed Stafford Walking The Amzon.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang misi bahaya ini dia mendapati bahawa banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca.
“Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya,” katanya.
Mimaland mula dibina dalam tahun 1971 dan beroperasi pada 1975. Lokasi Mimaland atau Malaysia In Miniature Land terletak di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak. Tahun 1994 taman tema ini telah ditutup sepenuhnya.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga.
Mimaland dulunya taman tema air dan rekreasi yang hebat kini terbengkalai atas faktor:
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan telah menyeret Mimaland ke mahkamah atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan, pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi. Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Bagi pencinta buku dan seni bina klasik, Livraria Lello antara lokasi yang wajib dimasukkan dalam senarai kunjungan ketika bercuti ke Porto, Portugal.Bukan sekadar tempat...