Resmi manusia akan suka dengan pemandangan yang cantik dan pemandangan itu boleh anda saksikan sekiranya berpeluang berkunjung ke Pakistan seperti yang dialami oleh Syafiq Supaat baru-baru ini.
Perkongsian gambar-gambar di sekitar kawasan pergunungan di Pakistan oleh Syafiq di laman facebook beliau cukup mempersonakan setiap mata yang memandang dan membuatkan setiap hati ini ‘cemburu’ dan mahukan pemandangan yang serupa.
Oleh demikian, Syafiq dalam hantaran yang sama turut berkongsikan kepada semua itinerari sepanjang 10 hari perjalanan beliau ke bumi Pakistan itu dan di harap anda semua dapat memanfaatkan setiap informasi yang diberikan supaya dapat mengambil gambar yang ‘instaworthy’, sama seperti beliau!
Jom kita ‘bedah’, apa maklumat yang beliau sampaikan sepanjang perjalanan itu.
Sudah sampai masanye untuk ‘ Lelaki Ini ‘ share dekat korang tentang keindahan bumi Pakistan yang mungkin masih ramai lagi tak tahu. Bagi aku ni mcm trip epic lah.. Tempat yang sempat aku cover:
Lahore (City tour)
Naran (bole main water rafting dekat sini)
Fairy Meadows (Sumpah nice gilerrr)
Gilgit/Hunza (boleh nampak Old Silk Route)
Attabad Lake
Khunjerab Pass (Border Pakistan-China 4700m)
Karakarom Highway (view of Passu Cones)
If korang mmg peminat alam semulajadi, why not masukkan Pakistan dalam korang punye next destination.. Sumpah!!!!! korang xkan rase rugi wehhhhhhh dgn view yg korang dpt tgk nnt, dengan orangnye yang peramah plk mmg best lah..
Repeat jom!
Beli return tiket KL – Amritsar – KL sebab aku rase tu je option paling murah nak ke Pakistan compare kalau amik direct flght… Lagi pulak visa india sekarang dh murah… huhhh !!!!! geram je aku
Wagah-Attari Border
Keluar dari hotel Amritsar Jam 9 pagi ke Attari Border untuk cross ke Wagah Border Pakistan 9.45 pagi, dimana perjalan mengambil masa 45 minit dengan menggunakan Tuk Tuk berharga INR 120
Ads
Setibanya di Attari border lapor diri dekat Security post dan kemudian menuju terus ke pintu masuk dimana akan disemak segala dokumen perjalanan,visa dan scan body.. prosedur biase jika melalui imigresen.
Selepas selesai terus menuju ke Imigresen India untuk cop passport. time ni masing2 disoal beberapa soalan macam ‘ nak g pakistan buat ape??, buat ape lame2 dkt pakistan?? ‘ . Time ni korang pandai2 lah goreng.. mcm xbiasa plk kan.dh settle hal imigresen akan ade last stop dimana beg akan di selongkar.
Ikut nasib lah, kalau dyeorg selongkar ala kadar, xdelah ko hangin sgt nak kena kemas balik… jnji xde bwk brg terlarang insyallah semuanya selamat.
Then naik bas yang dh sedia menunggu dkt luar bangunan Imigresen untuk ke Imi sebelah Pakistan pula, yang ini FOC. Tapi sebelum tu check dokumen sikit kemudian selfie sebanyak mungkin selepas pagar India itu bermakna kita dah selesai satu azab dan selfie lah puas2 yer..
Ads
Sampai Imi Pakistan pulak org tak ramai, bole kire pakai jari lah senang cite.. submit dokumen dan senyum scan bag tanpa diselongkar. Tapi ada beg rakan diselonggar. Alhamdulillah beg aku tak kena sbb ttba blackout .
Selesai semua sepatutnya ada tram yang akan membawa ke parking di mana guide dari Pakistan datang jemput. Sebab tunggu lama sgt, kiteorg decide untuk menapak jek.. setakat 2km tu ape ade hal… masing2 tgh excited kan .
Kami selesai segalanya lebih kurang jam 1 pm waktu Pakistan ( 4 pm waktu MY )
Note:
Normal visa/evisa ( india dan Pakistan) valid untuk kedua2 imigresen.
Visa Pakistan, kalau korang malas sgt nk g walk-in then buat jela online mcm aku.. USD8.18 je.. make sure dh prepare segala bagai document dan paling penting ade LOI (Letter of Invitation).
Seeloknya rancang perjalanan anda sebab Pakistan ni besar. Lahore ke Naran je dkt 10jam.
Nak tye pape bole pm je …
Anyway Welcome to Pakistan !
kepada sesiapa yang membaca posting ini semoga dimurahkan rezeki untuk ke bumi Pakistan..Amin
Nampaknya aktiviti riadah dan rekreasi bukan saja gemar dilakukan waktu siang, tetapi malam juga turut jadi pilihan.
Antara aktiviti yang gemar dilakukan adalah berbasikal di mana-mana lokasi sekitar dalam bandar. Dan paling terbaru yang menarik perhatian adalah aktiviti sukan lasak Flying Fox.
Antara aktiviti Flying Fox yang makin mendapat tempat pengunjung warga kota sekarang adalah di Puncak Bukit Besi, Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya aktiviti Night Flying Fox ini berlatar belakang pusat bandar Kuala Lumpur dengan ketinggian 291 meter di Puncak Bukit Besi terutama waktu malam hujung minggu.
Diusahakan oleh kumpulan anak muda Raska Adventure itu menjadi aktiviti baru bagi pengemar sukan lasak dengan pengunjung perlu melakukan sekitar 25 minit masa pendakian pada waktu malam dari kaki bukit sebelum sampai di lokasi aktiviti tersebut.
Apabila sudah berada di awangan, inilah masanya mengabadikan momen bergambar yang menarik. Pelbagai props disediakan penganjur untuk pengunjung yang berani melakukan aktiviti lasak ini.
Dalam laman Instagram Raska Adventure memberitahu pakej yang ditawarkan bagi yang berminat untuk mencuba aktiviti lasak ini, iaitu RM65 (pax) bagi dewasa dan RM30 (pax) untuk kanak-kanak.
Pendakian bermula dengan landmark OCBC Bank Alam Damai sebelum mendaki ke puncak dan merasai pengalaman Flying Fox di awangan dengan di sinari cahaya malam yang mendamaikan.
Aktiviti ini adalah yang pertama dan satu-satunya Night Flying Fox yang boleh menarik perhatian pengunjung terutama golongan muda.
Bagi mereka yang berminat boleh terus hubungi person in charge, Din 013-3484674 untuk sebarang pertanyaan.
Dan biasanya antara lokasi yang selalu dikunjungi apabila pergi ke Pulau Pinang adalah Bukit Bendera, Batu Feringgi, bandar Georgetown dan beberapa lagi kawasan menarik.
Tetapi apa kata untuk percutian berikutnya anda pilih untuk menerokai keindahan Balik Pulau.
Paling menarik jika senja menyinsing, dapat menikmati pemandangan sunset yang indah dan sangat mendamaikan. Hanya yang melihat dapat merasai keindahan alam ciptaan PenciptaNya ini.
Keindahan sukar diungkap kata-kata.
Jangan risau tentang makan jika ke sini kerana Anjung Indah turut menyediakan kedai makan di kawasan sekitar.
Dan antara hidangan popular adalah ayam pasu. Merasai sendiri keenakan ayam pasu diilhamkan oleh pemiliknya yang juga berasal dari Balik Pulau.
Keenakan ayam pasu jadi tarikan.
Pemilik tempat ini yang sangat ramah dengan pelbagai info serta sejarah yang boleh ditanya sambil melayan secangkir kopi bersulaman teh ais madu.
Biarpun sekadar melihat sunset dari atas bukit, tetapi perasaan tenang yang sukar untuk digambarkan kala berada di sini.
Nikmat mana lagi kita mahu.Melihat keindahan jambatan kedua Penang.
Nikmat yang sangat nyaman dan tentunya inilah pilihan terbaik keluar dari kesesakan di Pulau Mutiara ini terutama di zon Georgetown.
Kata orang sambil malayan jiwa dan perasaan dan inilah percutian diidamkan setelah hampir beberapa bulan duduk di rumah disebabkan MCO.
Alam semulajadi yang masih terpelihara.Port baik untuk geng OOTD.Lepak sambil layan teh ais madu.
Memiliki anak dan zuriat sendiri menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Walau bagaimanapun ada ramai pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama namun belum dikurniakan rezeki anak. Pelbagai cara dan ikhtiar yang dilakukan oleh mereka antaranya mengunjungi beberapa lokasi ‘ajaib’ yang telah diberitahu dari mulut ke mulut kononya mampu membantu mendapatkan anak.
Seperti di negara kita sendiri, Tasik Dayang Bunting dan Gua Kelamin menjadi bualan ramai lokasi yang sering ‘makbulkan’ permintaan pasangan yang belum memiliki zuriat menjadi kenyataan.
Tasik Dayang Bunting
Percutian ke Pulau Langkawi dikatakan tidak lengkap jika tidak menikmati panorama Tasik Dayang Bunting yang indah dan mendamaikan dengan menaiki bot laju hampir 30 minit. Perjalanan menempuh ombak begitu berbaloi apabila disajikan pemandangan semula jadi yang begitu memukau dan cantik. Biarpun hampir dengan laut, air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan pelbagai aktiviti air. Tasik Dayang Bunting mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikategorikan sebagai salah satu geopark di Langkawi.
Semasa dalam perjalanan, anda dapat melihat bentuk muka bumi pulau seakan-akan seperti wanita yang sedang hamil sedang berbaring dan dari situlah pulau ini mendapat nama. Terdapat mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum air tasik di sini akan dikurniakan anak. Tetapi, pengunjung diberi peringatan agar menggunakan jaket keselamatan apabila berada dalam air kerana tasik ini mempunyai kedalaman 10 meter.
Gua Kelamin
Pulau Tioman diiktiraf antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun terletak di daerah Rompin, Pahang, namun Pulau Tioman tetap boleh dianggapkan sebagai naungan Johor kerana terletak tidak jauh dari daerah ini, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan bot ekspres dari Jeti Mersing. Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman antaranya Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Nipah dan Genting.
Terletak di Kampung Genting, ada sebuah gua yang terbentuk akibat hakisan ombak memiliki bentuk yang unik dikenali sebagai Gua Kelamin. Gua Kelamin turut dikatakan sebagai lokasi yang ‘ajaib’ kerana dapat makbulkan permintaan pasangan untuk memiliki zuriat. Tidak dapat dipastikan bagaimana caranya, namun pasangan yang mengunjungi Gua Kelamin dan belum memiliki zuriat dikatakan bakal menerima ‘rezeki’ itu.
Jika anda adalah individu yang berjaya memiliki anak selepas mengunjungi dua lokasi ini, tahniah diucapkan. Apa pun, ini semua mungkin hanya kebetulan dan mitos sahaja. Jangan terlampau taksub mempercayai sehingga membelakangkan agama. Pasti ada jawapan yang lebih sainstifik dan boleh diterima akal disebalik apa yang terjadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...