Sukan Olimpik Tokyo 2020 & Paralimpik, Sah Postponed!

Share

Temasya sukan terbesar peringkat antarabangsa, sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach telah bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan empat tahun sekali itu.

Walau bagaimanapun acara sukan terbesar ini akan diadakan kembali untuk setahun akan datang. Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.

“Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan. Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton,” beritahu Shinzo Abe.

Foto: abc news

Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkenaan.

Untuk info, ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan. Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

IKLAN