Dapat jejakkan kaki ke Switzerland adalah impian ramai traveler. Negara yang terletak di Eropah Barat ini kaya dengan pemandangan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang dan cantik.
Bagaikan berada di dalam lukisan bila sampai ke Switzerland, semuanya sangat mengagumkan dan mengujakan. Bagi yang ada plan nak ke sana, 10 tip yang dikongsikan oleh Detektif Kembara ini mungkin bermanfaat untuk korang.
Kredit Photo: canva.com
10 Tip Travel ke Switzerland
Ads
Pergilah sekurang-kurangnya 6 malam.Duduk di bandar yang strategik dan tumpuan utama untuk maksimakan masa seperti Interlaken, Lauterbrunnen, Grindelwald, Zermatt, St. Moritz. Duduk di tempat lain boleh untuk jimat kos tapi akan rugi masa.
Maksimakan penggunaan pengangkutan awam. Pengalaman di Switzerland itu sendiri adalah menggunakan pengangkutan mereka iaitu antara yang terbaik di dunia. Tiada keperluan menggunakan kereta melainkan ada masalah mobiliti. Tanyalah bagaimana mereka yang gunakan kereta sampai ke Zermatt, Jungfraujoch atau Murren. Pasti gunakan pengangkutan awam. Untuk bergerak ke mana-mana, app yang terbaik adalah google maps.
Gunakan pas travel. Ada banyak jenis tetapi yang utama adalah Swiss Travel Pass (STP) atau Flexi Pass. Bagi yang sudah tetapkan jadual perjalanan boleh cuba Half Fare Card (HFC). Penggunaan HFC mungkin lebih jimat tapi kurang fleksibiliti. Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun percuma apabila guardian ada Swiss Pass.
Kalau nak lebih jimat bawa makanan atau masak sendiri. Kos makan di luar amat tinggi iaitu antara RM40-60 untuk setiap hidangan.
Restoran makanan halal ada hampir di semua bandar utama tarikan pelancong seperti Zurich, Lucerne, Lauterbrunnen,Interlaken,Zermatt, Geneva dan Bern.
Bawalah botol kosong untuk isi air minuman. Di Switzerland ada banyak water fountain yang percuma. Air tap juga boleh diminum tanpa dimasak terlebih dahulu.
Download app “Too Good too Go” untuk dapatkan diskaun beli beli groceries.
Sekiranya travel bersama rakan-rakan atau ramai dalam kumpulan berusia lebih 16 tahun, sewa kenderaan lebih menjimatkan. Perlu diingat bahawa tiada diskaun boleh diperoleh untuk aktiviti excursions. Kalau merancang untuk buat aktiviti boleh gabungkan sewa kereta bersama Half Fare Card (HFC).
Elakkan travel semasa musim panas terutama bulan Julai- pertengahan September kerana ini musim peak. Harga penginapan sangat tinggi melainkan ditempah 3-5 bulan lebih awal.
Bagi yang nak melakukan aktiviti ke gunung, periksa webcam dan suhu dahulu setiap hari sebelum keluar untuk melihat keadaan cuaca dan awan. Rugi bayar mahal tapi cuaca kurang baik atau pakaian tidak lengkap. Perbezaan suhu di base dan gunung amat ketara.
Tips Bonus
Ads
Jangan risau kalau sesat sebab di sini ada ramai pengunjung daripada Malaysia . Kalau lapar boleh tumpang makan sekali. Kalau sesat boleh ikut mereka dan sama-sama sesat.
Pelancong yang ingin bercuti ke Thailand tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi sebelum dibenarkan masuk ke negera tersebut. Prasyarat COVID-19 yang mewajibkan pelancong asing mempamerkan bukti vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu dan berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata pelancong yang tidak menerima vaksinasi dan tidak lengkap dua dos vaksin juga akan dibenarkan masuk ke negara itu.
Gambar: BERNAMA
“Pengembara antarabangsa yang tiba di Thailand tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi.
“Memandangkan ramai pelancong telah menerima vaksin, keperluan untuk mempamerkan bukti vaksinasi akan menyusahkan. Oleh itu, panel kesihatan bersetuju bahawa bukti vaksinasi tidak lagi perlu,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Beliau berkata bahawa pelancong antarabangsa tidak perlu menjalani ujian pra-berlepas COVID-19.
Pada Sabtu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan mulai Isnin, semua pengembara antarabangsa perlu membuktikan bahawa mereka telah lengkap divaksinasi atau mengemukakan surat yang mengesahkan mereka telah pulih daripada COVID dalam tempoh enam bulan manakala pengembara yang tidak divaksin mesti mengemukakan sijil perubatan.
Anutin menghadiri majlis mengalu-alukan penerbangan pertama pelancong China sejak wabak COVID-19 melanda di lapangan terbang Suvarnabhumi semalam.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob dan Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn.
Thailand dijangka mengalu-alukan 3,465 penumpang China yang tiba dari China dan Hong Kong, kumpulan pertama pelancong China sejak wabak itu melanda dunia.
Mulai Ahad, China melonggarkan pelbagai sekatan COVID yang ketat termasuk langkah kuarantin.
Sementara itu, Anutin berkata Thailand menyemak semula unjuran ketibaan pelancong 2023.
“Thailand menjangkakan tujuh hingga 10 juta pengunjung China ke negara itu tahun ini berbanding lima juta sebelum ini.
“Ini adalah petanda baik untuk sektor pelancongan Thailand. Ia akan membantu ke arah usaha pemulihan ekonomi Thailand,” katanya.
Thailand mengunjurkan ketibaan sekurang-kurangnya 25 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak 2.38 trilion baht (RM$284 bilion) tahun ini – termasuk lima juta pelancong China – pasaran pelancongan keluar terbesar dunia pada 2019.
Bagi 2022, Thailand mengalu-alukan lebih 11.5 juta pelancong.
Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan negara itu menawarkan tempoh penginapan yang lebih lama untuk pelancong.
Gambar: canva.com
Dalam satu kenyataan, pihaknya memaklumkan tempoh penginapan dilanjutkan kepada 45 hari (dari 30 hari) bagi pelancong dari negara atau wilayah yang layak mendapat pengecualian visa, dan kepada 30 hari (dari 15 hari) bagi mereka yang mendapat Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) berkuat kuasa sehingga 31 Mac tahun ini.
“Thailand menyasarkan untuk mematuhi peraturan dari negara-negara ini dan memerlukan insurans COVID-19 untuk pelawat dari negara-negara tertentu, sekiranya mereka disahkan positif semasa berada di Thailand. Antara negara terbabit ialah China dan India,” katanya.
Pada masa ini, beliau berkata terdapat 15 penerbangan seminggu dari China berbanding 400 penerbangan sebelum wabak melanda.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand berkata 338 penerbangan dari China dijangka mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi, termasuk 98 pada Januari, 144 pada Februari dan 96 pada Mac.
Selain itu, kekerapan penerbangan di wilayah lain termasuk Phuket dan Chiang Mai akan meningkat secara beransur-ansur dari Januari hingga Mac tahun ini.
Kredit: BERNAMA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerajaan Negeri Sembilan melarang sebarang penganjuran majlis berbuka puasa atau bersahur pada bulan Ramadan bagi melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat dalam memastikan pandemik COVID-19 tidak membentuk kluster baharu.
Kerajaan negeri juga tidak membenarkan masyarakat untuk berbuka puasa atau bersahur di premis perniagaan makanan, restoran atau gerai sebaliknya perlu berbuka puasa dan bersahur di kediaman masing-masing.
Premis makan seperti restoran dan gerai pula hanya boleh beroperasi secara bungkus dan/atau penghantaran. Restoran makanan segera pula seperti KFC, McDonalds dan seumpamanya hanya boleh beroperasi secara bungkus, penghantaran atau pandu lalu.
Sebarang sumbangan atau bantuan kepada agensi barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia tidak dibenarkan diserah terus kepada anggota yang sedang bertugas sebaliknya akan diambil oleh agensi penerima di tempat penyumbang.
Aktiviti mantai puasa (tradisi menyediakan daging sembelihan sehari sebelum Ramadan) hanya dibenarkan secara tempahan awal sahaja manakala sebarang aktiviti gotong-royong menyediakan bubur lambuk atau juadah berbuka puasa lain tidak dibenarkan kecuali disediakan katerer dan diedar terus kepada penerima dengan mematuhi panduan keselamatan dan kesihatan.
Untuk pelaksanaan E-Bazar, peniaga tidak dibenarkan beroperasi di luar kediaman, premis perniagaan atau di tepi jalan selain makanan perlu dimasak di dalam premis. Penghantaran pula hanya dalam lingkungan 10 kilometer dan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam. Tidak dibenarkan menyediakan makanan untuk waktu bersahur iaitu di luar waktu 8 pagi hingga 8 malam.
Indonesia akan menutup sebuah pulau yang menjadi habitat spesis terancam biawak komodo selepas ada pihak yang tidak bertanggunjawab menyeludup haiwan tersebut keluar dari pulau itu.
Pulau Komodo di Manggarai Barat di wilayah Nusa Tenggara Timur akan ditutup kepada pelancong bermula Januari 2020.
Menurut jurucapan pentadbiran wilayah, Marius Jelamu, keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.
Penutupan itu adalah respons terhadap penyeludupan 41 biawak komodo dari pulau itu dan dijual di luar negara dengan harga sekitar 500 juta rupiah atau RM142,347 seekor.
Difahamkan, hanya Pulau Komodo yang menjadi tarikan pelancong itu akan ditutup namun kawasan sekitar pusat pemulihaaran masih beroperasi seperti biasa.
Penutupan sementara itu membolehkan pemuliharaan alam semula jadi lebih baik selain meningkatkan populasi haiwan terbabit.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...