Sekurang-kurangnya 25 juta pekerjaan di peringkat antarabangsa termasuk 11.2 juta di rantau Asia Pasifik berisiko hilang kerja susulan kemerosotan permintaan mendadak bagi perjalanan udara akibat krisis penularan COVID-19.
Dalam keadaan sekatan perjalanan serius selama tiga bulan, penyelidikan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menunjukkan bahawa kira-kira 25 juta pekerjaan bidang penerbangan dan sektor berkaitannya di seluruh dunia kini berisiko selain Asia Pasifik manakala 5.6 juta pekerjaan di Eropah, Amerika Selatan (2.9 juta), masing-masing 2 juta di Amerika Utara dan Afrika serta 0.9 juta di Timur Tengah.
Malah, dalah senario sama, syarikat-syarikat penerbangan dijangka menyaksikan hasil penumpang bagi tahun penuh merosot sebanyak US$252 bilion (US$1 = RM4.34) (- 44 peratus) pada 2020 berbanding 2019.
Ads
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa lagi, tempoh suku kedua 2020 adalah yang paling kritikal apabila permintaan merosot 70 peratus yang merupakan paras terburuknya selain kerugian tunai sebanyak US$61 bilion.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa yang mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan merangkumi 82 peratus aliran udara global, turut menumpukan aspek pendekatan komprehensif bagi pemulihan industri itu selepas dibenarkan untuk berbuat demikian oleh pihak kerajaan serta pihak kesihatan umum.
Ads
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata syarikat-syarikat penerbangan turut meminta kerajaan masing-masing menyalurkan bantuan kewangan segera untuk membolehkan perniagaan kekal bertahan dan mampu pulih selepas wabak COVID-19 dapat dibendung.
Ads
“Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa meruncingnya impak COVID-19 terhadap industri penerbangan. Malah, kesukaran ekonomi itu akan dikongsi oleh 25 juta pekerja yang bergantung hidup dengan syarikat penerbangan. Ia sepatutnya menjadi perniagaan yang berdaya maju agar dapat kembali pulih selepas COVID-19 dapat dibendung. Bantuan terhadap syarikat penerbangan adalah sesuatu yang kritikal pada masa ini. Kita tidak pernah menjangkakan industri ini akan mengalami impak sedemikian besar. Kita juga tiada pengalaman untuk membantunya bangkit semula. Keadaan akan menjadi sukar. Dari segi praktikalnya, kita memerlukan pelan luar jangka untuk tujuan lesen dan pensijlan yang mungkin telah tamat,” kata Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menggesa supaya bantuan dalam bentuk sokongan secara langsung disalurkan selain pinjaman, jaminan pembiayaan dan sokongan terhadap pasaran bon korporat serta pengecualian cukai.
Selain bantuan kewangan utama, industri itu juga perlu melakukan perancangan dan penyelarasan secara terperinci bagi memastikan syarikat-syarikat penerbangan benar-benar bersedia untuk beroperasi apabila COVID-19 itu dapat dikekang.
Industri juga perlu melaksanakan operasi dan proses bagi mengelak kemungkinan jangkitan semula virus itu menerusi kes yang diimport.
Industri perlu mengenal pasti pendekatan yang berkesan untuk menguruskan sekatan perjalanan yang perlu ditarik balik sebelum dapat menyambung semula kerja-kerja. Ini adalah antara beberapa cabaran utama yang menanti sektor penerbangan. Bagi memastikan kejayaannya, pihak industri dan kerajaan perlukan pelarasan dan saling bekerjsama.
Di peringkat global misalnya, kehidupan 65.5 juta orang bergantung dengan industri penerbangan, termasuk sektor seperti pengembaraan dan pelancongan dan daripada jumlah itu turut membabitkan 2.7 juta pekerjaan dalam syarikat penerbangan.
Sempena cuti panjang pada hujung minggu ini. Bagi yang ada plan nak pulang ke Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Padang Besar atau juga yang nak ke Hatyai, bolehlah usha train Khas My Sawasdee.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi kembali dengan train khas untuk anda bercuti sehingga ke Hatyai. Namun kali ini train khas tersebut akan berhenti di beberapa stesen untuk menurunkan penumpang.
Penumpang boleh memilih untuk mendapatkan tiket sehala atau juga pergi balik. Tiket perjalanan akan bermula pada 3hb Februari dari KL Sentral dan akan kembali pada 6hb Februari dari Hatyai.
Jualan tiket telah dibuka bermula 30 Januari 2023 bermula jam 8:00 malam. Ada masa lagi untuk anda tempah dan dapatkan tiket ke destinasi seperti Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Padang Besar atau juga yang nak ke Hatyai. Tiket yang bermula dari harga RM75 untuk sehala.
Dapatkan tiket anda segera dengan pembelian Go Cashless melalui aplikasi KTMB Mobile atau secara dalam talian di http://bitly.ws/qpJ4
Penumpang AirAsia yang mempunyai tempahan penerbangan pada tarikh antara 23 Mac 2020 dan 31 Julai 2020 boleh memilih antara Akaun Kredit dengan tempoh sah selama dua tahun atau pertukaran penerbangan tanpa had untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2020.
Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan Kumpulan AirAsia, Adam Geneave berkata, semua Akaun Kredit yang dikeluarkan sebelum ini untuk gangguan berkaitan Covid-19 akan turut diberi lanjutan tempoh sah secara automatik sehingga dua tahun untuk perjalanan akan datang.
“Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar tarikh penerbangan tanpa had di mana tarikh penerbangan boleh ditukar sebelum 31 Oktober 2020 untuk laluan sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.
Pelanggan juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (dua tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut jadual penerbangan yang dikeluarkan di airasia.com
Penumpang yang layak boleh merujuk kepada Panduan Covid-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.
Dalam minggu akan datang, tempoh sah untuk semua Akaun Kredit yang belum digunakan yang dikeluarkan oleh penumpang terjejas akibat gangguan perjalanan Covid-19 terdahulu akan turut dilanjutkan secara automatik kepada dua tahun. Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen untuk bantuan seterusnya.
Sama seperti perayaan-perayaan besar lain di negara kita yang lalu ketika pandemik, sambutan Deepavali yang bakal disambut minggu hadapan juga perlu secara bersederhana sahaja tahun ini.
Prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 14 November 2020 akan datang telah pun diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Foto: pexels.com
Berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, beberapa penambahbaikan dilakukan dan semua penganut Hindu yang bakal menyambut sambutan Deepavali perlu mematuhi beberapa SOP yang dikeluarkan. Antaranya:
MKN setuju benarkan penganut Hindu di kawasan PKPP dan PKPB ikuti upacara sembahyang pada hari pertama sahaja dengan SOP ketat
Tiada pergerakan rentas mukim,daerah atau negeri dari kawasan PKPB dan PKPD
Sambutan rumah kediaman (atas tanah) dibenarkan daripada kalangan keluarga terdekat dan tidak dibenarkan melebihi 20 orang satu-satu masa
Kehadiran ke rumah ibadah maksimum 30 orang, guna aplikasi mySejahtera
Sesi sembahyang dari 7 pagi hingga 12 tengah hari
Penganut berisiko, kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir ke rumah ibadat
Sambutan di rumah kediaman strata dengan keluasan kurang 1,500 kaki persegi maksimum 10 orang, dan bagi yang lebih luas maksimum 15 orang pada satu-satu masa
Upacara sembahyang di kuil tidak dibenarkan sama sekali di kawasan PKPD
Sambutan di rumah kediaman (landed) dibenarkan keluarga terdekat, tidak lebih 20 orang satu-satu masa.
Foto: pexels.com
Pesan LIBUR Jaga SOP ya. Stay Safe!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...