Scoot telah melancarkan penerbangan sulungnya dari Singapura ke Kuching baru-baru ini. Kuching merupakan destinasi Malaysia Timur pertama bagi syarikat penerbangan tambang rendah yang telah memenangi pelbagai anugerah ini. Laluan baharu Singapura-Kuching merupakan penerbangan terus setiap hari dan destinasi kelima Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.  

Penerbangan sulung tersebut telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) kira-kira jam 9.55 malam pada 29 Oktober 2017.Para penumpang yang menaiki pesawat A320 Scoot diberi sambutan mesra dengan diiringi tarian tradisional anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak.

Vinod Kannan, Ketua Pegawai Komersial Scoot berkata, “Malaysia ialah pasaran yang sangat penting bagi kami memandangkan permintaan yang semakin bertambah daripada rakyat Singapura untuk mengunjungi tempat menarik di negara jiran dan begitu juga sebaliknya. Kami sememangnya teruja untuk melancarkan perkhidmatan kami ke Kuching yang membawa kami selangkah lebih dekat kepada matlamat kami untuk mengukuhkan rangkaian kami secara beransur-ansur di rantau ini. Menerusi laluan ini, kami juga berharap untuk menambah baik pengalaman pengembaraan pelanggan kami di Malaysia dengan memberikan layanan Scootitude yang ceria lagi unik sepanjang penerbangan.”

IKLAN

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, “Kami amat berbangga kerana Scoot telah memilih Kuching sebagai destinasi terbaharu dan yang pertamanya di Malaysia Timur. Penerbangan ini bakal menyediakan saluran baharu bagi penduduk di Sarawak dan Borneo untuk terbang ke destinasi popular dunia. Kami juga amat sukacita untuk mengalu-alukan Scoot dan penumpangnya ke Kuching dan kawasan sekitarnya untuk melancong ke negeri kami yang sangat indah, yang merupakan destinasi utama bagi pelancongan kebudayaan, alam sekitar dan pengembaraan. Kami yakin bahawa pelancaran penerbangan terus Scoot antara Kuching dan Singapura akan membantukami mempromosi Sarawak dan Kuching sebagai destinasi pilihan utama bagi pecinta alam.”

Pelancaran penerbangan ke Kuching menjadikan rangkaian Scoot kini merangkumi 60 destinasi di 16 negara. Sempena dengan selesainya penggabungan Scoot-Tigerair di bawah satu jenama Scoot, syarikat ini pada 25 Julai 2017 lalu mengumumkan rancangannya untuk memulakan perkhidmatan ke empat lagi destinasi – Kuantan di Malaysia, Honolulu di Amerika Syarikat, Harbin di Timur Laut China dan Palembang di Indonesia.

Memandangkan cuti panjang pada hujung tahun akan tiba tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk merancang percutian anda yang seterusnya. Nikmati yang luar biasa dan tempah tiket anda sekarang. Scoot telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Asia/Pasifik bagi 2017 di Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan oleh Airline Ratings.com, buat tahun ketiga berturut-turut.

Klook.com