Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.
Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara. Dalam kenyataan rasmi kemarin, MasterCard dan CrescentRating berkata, Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.
Ads
Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).
Ads
Pada 2018, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah. Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.
Ads
Indeks itu selari dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik iaitu akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.
Dengan 27 pawagam di seluruh negara, MBO Cinemas meraikan pelancaran cawangan utama mereka – MBO Starling, bersama rakan artis tempatan mereka. Pada malam itu, pawagam MBO bersedia untuk mencipta semula industri perfileman Malaysia.
Acara “MBO Stellar Night” mengalu-alukan beratus ahli industri hiburan Malaysia yang dijemput secara eksklusif ke The Starling Mall @ Uptown untuk tayangan perdana filem “War for the Planet of the Apes” dan pesta yang memaparkan DJ Tiana, Pat K dan Joey G.
Ketua Pegawai Eksekutif MBO, Encik Lim Eng Hee, berkongsi inspirasinya di sebalik MBO baru, berkata, “Kami membina MBO Starling dengan tujuan untuk mengubah penyampaian industri perfileman kepada penonton; Kami ingin mencipta sebuah panggung wayang yang memberikan pengalaman yang lebih mendalam serta pengalaman yang menyeluruh berbanding apa yang telah ditawarkan kepada penonton dengan cara yang sama untuk sedekad yang lalu.”
Apa yang telah dibentangkan oleh MBO pasti mengubah industri. Ia adalah inovatif dan baru; mengambil kira setiap bahagian sosioekonomi; banyak perbincangan idea dan usaha telah dimasukkan ke dalam perancangan panggung MBO untuk memastikan mereka dapat memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.
Selain daripada dewan pawagam Big Screen dan Premiere, MBO juga telah mencipta MBO Kecil, sebuah dewan pawagam yang didedikasikan untuk kanak-kanak. Selain daripada itu, mereka juga telah reka dewan pawagam MX4D, sebuah lobi skrin perak yang mengasyikkan, di mana para pawagam tidak hanya mendapat peluang untuk menonton filem, tetapi juga dapat menjadi sebahagian daripada filem oleh kerana pergerakan dan impak yang dipadankan dengan aktiviti skrin.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia sememangnya sangat unik. Bukan saja masyarakatnya berbilang kaum tapi banyak makanan enak ada di seluruh negara. Itu belum lagi adat budayanya, flora dan fauna yang memikat hati serta lain-lain khazanah alam yang masih kekal dipelihara hingga kini. Betapa beruntungnya kita di Malaysia nan indah ini.
Jika ramai memilih kembara menggunakan kereta sendiri, menaiki kapal terbang dan lain-lain pengangkutan tapi dari satu perkongsian oleh Mohd Radzi Jamaludin di fbnya mungkin membuka minda kita memilih menggunakan perkhidmatan keretapi untuk melancong. Bukan keretapi laju yang hanya berhenti di beberapa buah stesen tapi menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur yang akan berhenti di semua stesen. Perjalanan ini hanya dari stesen Kuala Lipis ke Tumpat, Kelantan.
Berikut adalah perkongsian darinya.
Saya pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Perjalanan dipecahkan kepada 5 hari sebab hendak mereka bermalam di beberapa lokasi, nak bagi mereka rasa makanan dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi terlewat, walaupun tidak mewah, tapi mereka suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, "you know Radzi, this trip is an absolute gem, thank you for showing us your country this way."
Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia.
Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang kita tahu hanyalah Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen, sedangkan Keretapi Shuttle ini berhenti di semua pondok dan stesyen. Keretapi ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak macam kawan yang dah lama tak berjumpa.
Saya berharap, sesiapa yang bertanggungjawab di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong di luar negara, inilah masanya untuk turut mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Semoga dengan perkongsian gambar gambar ini ia dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kuala Lipis dan Tumpat. Saya nasihatkan jangan ambil satu trip. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin.Sumber : Fb Mohd Radzi Jamaludin
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) bakal melancarkan kempen #SaferCommunityTogether di seluruh pusat beli-belahnya untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat buat para pembeli-belah.
Mulai 15 September, Sunway Malls di Lembah Klang akan mengambil bahagian dalam kempen ini dan ia akan melibatkan semua individu yang memasuki pusat beli-belah berkenaan, termasuk pembeli-belah dan peruncit.
Sunway Malls menyedari kepentingan untuk memastikan pusat beli-belahnya selamat untuk dikunjungi dan ingin menjadikannya sebuah keutamaan buat semua. Pusat-pusat beli-belah di Pulau Pinang dan Johor akan memulakan kempen ini tidak lama lagi seiring dengan perkembangan status imuniti kelompok di negeri-negeri berkenaan.
Setakat 12 September, 101.3% populasi dewasa di Lembah Klang telah lengkap divaksin menurut data yang dikeluarkan oleh CITF.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Susulan pembukaan lebih banyak perniagaan demi warga komuniti, maka kita perlu memastikan faktor keselamatan terus diberi perhatian tertinggi untuk membekalkan keyakinan kepada orang ramai. Inisiatif #SaferCommunityTogether bermatlamat untuk meningkatkan taraf keselamatan ini secara kolektif.
“Ia termasuk pengenalan pintu masuk bagi individu yang lengkap divaksin hanya di Sunway Malls Lembah Klang, berserta dengan pengerahan protokol keselamatan yang lain. Bagi kategori yang tidak berkelayakan untuk mengambil vaksin, pengecualian akan dibenarkan.”
Setelah memasuki pusat beli-belah, pembeli-belah akan melalui pemeriksaan suhu dan MySejahtera untuk memastikan mereka telah lengkap divaksin dan dikategorikan sebagai berisiko rendah. Mereka yang dikecualikan daripada pengambilan vaksin ialah golongan yang berumur antara 12-17 tahun, atau golongan yang tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin kerana masalah kesihatan.
Dari segi populasi pekerja, kesemua kakitangan Sunway Malls dan staf runcit menyasarkan 100% imuniti kelompok dan bersedia untuk berkhidmat buat para pembeli-belah. Ia merupakan sebahagian daripada usaha Sunway untuk memastikan kakitangan mereka dilindungi dengan sewajarnya, sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang sekeliling.
Status vaksinasi setiap kakitangan dan staf runcit pusat beli-belah Sunway akan disemak dan mereka akan mengenakan lencana “I’m Vaccinated” berserta dengan nama dan nombor siri mereka untuk menambah keyakinan orang ramai ketika membeli-belah. Kakitangan juga akan melalui protokol pemeriksaan yang ketat setiap hari agar mereka tidak berpotensi untuk membahayakan pembeli-belah dan kakitangan yang lain.
Sunway Malls juga menawarkan ganjaran kepada pembeli-belah yang telah lengkap divaksin dengan pelbagai tawaran dan promosi sebagai tanda penghargaan. Pembeli-belah boleh menebus tawaran #CucukDeals daripada peruncit yang mengambil bahagian di pelbagai platform, termasuk platform media sosial pusat-pusat beli-belah Sunway. Ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melaksanakan kewajipan mereka demi kebaikan negara.
Pembeli-belah yang tidak berpeluang untuk berada di pusat beli-belah Sunway untuk jangka waktu yang lama, Sunway Malls juga telah memperkenalkan Personal Shopper Service untuk memberi bantuan kepada pembeli-belah sebelum mereka perlu menjejakkan kaki di pusat beli-belah pilihan mereka. Pelanggan hanya perlu melayari laman web atau saluran media sosial pusat beli-belah tersebut dan berkomunikasi dengan kakitangan khas melalui “chatbot” atau aplikasi FB Messenger.
Pelanggan boleh menyenaraikan barangan yang mereka perlukan, lalu kakitangan pusat beli-belah berkenaan akan peroleh barangan tersebut bagi pihak pelanggan. Setelah barangan yang disenaraikan ditemui, kakitangan khas ini akan memaklumkan pembeli-belah dan mereka boleh datang untuk membelinya.
Beroperasi dari 11 pagi hingga 9 malam setiap hari, pembeli-belah perlu menghubungi kakitangan khas tersebut sekurang-kurangnya 1 hari sebelum kunjungan mereka untuk memberi masa yang secukupnya bagi pemerolehan barangan tersebut. Dengan kemudahan ini, pembeli-belah boleh berlapang dada serta menjimatkan masa.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #SaferCommunityTogether oleh Sunway Malls atau untuk menebus tawaran #Cucukdeals, sila layari platform media sosial yang disediakan bagi setiap pusat beli-belah Sunway.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...