Kemudahan asas, terutama jalan menjadi keutamaan pembinaan di negara yang membangun.
Seperti di Malaysia kemudahan jalan raya dinaik taraf sehingga terbinanya sistem lebuh raya untuk memendekan jarak dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya di sini juga diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Asia, selepas Jepun dan China.
Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur adalah lebuh raya yang pertama dibina di negara ini. Ada banyak lagi lebuh raya yang terbina di Malaysia terutama di Lembah Klang dengan nama singkatan tertentu.
Pengetahuan tentang jenis-jenis dan lokasi lebuh raya yang ada perlu anda tahu agar memudahkan perjalanan selain tidak sesat jauh.
AKLEH – Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway
Dikenali sebagai Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, juga merupakan sebuah lebuh raya bertingkat yang pertama di Malaysia. Dibina bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di sepanjang Jalan Ampang untuk memudahkan para pengguna memasuki pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Ads
ELITE – Ekspress Lingkaran Tengah
Dikenali sebagai Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah / North-South Expressway Central Link. Dibina untuk memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari Persimpangan Nilai sehingga ke persimpangan Shah Alam di NKVE.
LKSA – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam
Dikenali sebagai Persimpangan Bulatan Darul Ehsan (berhampiran bangunan MBSA) yang menghubungkan antara Persimpangan Kemuning di Lebuhraya Shah Alam dengan Persimpangan Persekutuan 2.
Ads
NKVE – New Klang Valley Expressway
Dikenali sebagai Lebuhraya Baru Lembah Klang yang berukuran sepanjang 35km bermula dari Jalan Duta hingga ke bandar Bukit Raja.
LEKAS – Lebuhraya Kajang-Seremban
Merupakan lebuh raya bertol yang berukuran sepanjang 48.5km yang menghubungkan Kajang ke Seremban. Ia dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya PLUS dan mempunyai sambungan dengan lebuhraya Kajang SILK dan Lebuhraya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur.
Ads
SKVE – South Klang Valley Expressway
Dikenali sebagai Lebuhraya Lembah Klang Selatan yang berukuran sepanjang 51.7km yang menghubungkan bandar-bandar pesat di kawasan selatan Lembah Klang termasuk Putrajaya.
DUKE – Duta-Ulu Klang Expressway
Sebuah laluan yang menghubungkan Duta yang berada di barat ke Ampang di timur dan juga ke Karak di utara. Ia juga dikenali sebagai penghubung lebuh raya NKVE, SPRINT (di Penchala Link) dan juga simpang Ulu Klang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II).
Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.
Terbaru pasangan ini memilih untuk mengundurkan diri dan ‘pertukaran’ kehidupan mereka selaku bukan ahli keluarga diraja secara rasmi biarpun dunia kini berdepan dengan pandemik COVID-19
Berita berkenaan bukan sahaja menjadi topik bualan warga Britain, malah seluruh dunia tergamam dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk tidak menggalas tugas diraja dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kehidupan peribadi mereka.
Persoalan juga mula timbul dalam kalangan masyarakat mengenai kenapa pasangan itu membuat keputusan sedemikian?
Foto: anglaispourlebac.comFoto: cheatsheet.com
Menurut sumber, Harry dan Meghan telah mula bekerja untuk menjana pendapatan sendiri. Harry dikhabarkan telah bekerjasama dengan bank Wall Street, dimana dia menjadi jurucakap mengenai isu kesihatan mental. Meghan juga dikatakan telah menerima tawaran melakukan alih suara bagi sebuah filem terbitan Disney mengenai program perlindungan gajah di Botswana. Kedua-dua mereka dikatakan akan banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan isu sedemikian.
Berikut merupakan antara beberapa perkara lain yang dijelaskan berkaitan pertukaran status mereka sebagai pasangan diraja.
Foto: shutterstock
Mereka masih sebahagian daripada keluarga diraja British, namun tidak boleh menggunakan gelaran diraja. Pasangan itu tidak boleh menggunakan gelaran “diraja Sussex” dalam mana-mana badan amal, laman web dan akaun Instagram mereka.
Ratu Elizabeth juga melucutkan jawatan Harry selaku pemimpin khas ketenteraan kehormatannya.Harry dan Meghan juga tidak boleh mewakili mana-mana majlis atau acara selaku ahli keluarga diraja British.
Walaupun mereka telah berundur dari keluarga diraja British secara rasmi. Prince of Wales, Putera Charles dikhabarkan bersetuju untuk terus menyokong pasangan itu dari segi kewangan menerusi aset persendiriannya, Duchy of Cornwal, yang tidak jauh dari Burkingham Palace.
Malah, mereka dibenarkan menyimpan rumah mereka di estet Windsor di England dengan syarat mereka perlu membayar balik dana sebanyak £ 2.4 juta (sekitar RM 11.4 juta) yang digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Biarpun, pasangan itu telah menjelaskan bahawa mereka berhasrat untuk tinggal di Amerika Utara.
Bukan setiap hari kita dapat dengar berita-berita yang membanggakan dan pengiktirafan yang diterima oleh Taiping sebagai bendar ketiga terbaik di dunia boleh membuatkan hidung kita ‘kembang-kempis’ berbangga dengan pencapaiaan tersebut.
Taiping menerima anugerah itu bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 di Berlin, Jerman baru-baru ni.
Apa yang buat Taiping layak menerima anugerah sehebat itu?
Jawapannya, sudah tentu usaha penduduk dan komuniti bandar Taiping itu sendiri yang membuatkan Taiping berjaya merangkul anugerah bandar ketiga terbaik dunia.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Abd Rahim Md Ariff turut menyeru supaya seluruh penduduk dan komuniti Taiping terus berusaha memastikan bandar Taiping ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar dari kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar.
Selain daripada Taiping di tempat ketiga, Ljubijana di Slovenia dinobatkan sebagai pemenang pertama manakala Vancouver di Kanada memenangi tempat kedua.
Semoga dengan anugerah dan pengiktirafan ini, bandar Taiping akan terus maju jaya dan berjaya dalam merancakkan industri pelancongan di sana.
TAHNIAH TAIPING!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buat kaki hiking yang mempunyai perancangan untuk mendaki di kawasan sekitar Pahang dalam masa terdekat ini, lupakan sebentar. Anda dilarang sama sekali untuk meneruskan aktiviti tersebut.
Kerajaan negeri mengeluarkan peraturan larangan bagi aktiviti mendaki bukit, gunung dan riadah di pusat rekreasi di negeri ini sepanjang musim Monsun Timur Laut ketika ini. Peraturan larangan itu berkuatkuasa minggu lalu sehingga 20 Januari 2020 atau satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.
.
Tindakan itu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini. Pelbagai kemungkinan dan kesan buruk boleh berlaku sekiranya aktiviti ini diteruskan pada musim monsun timur laut. Aktiviti riadah termasuk perkhemahan, mandi-manda, menyelam dan memancing sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai juga tidak dibenarkan. Ia berikutan kebimbangan berlakunya fenomena kepala air di kawasan air terjun terutama sekali ketika cuaca hujan berlarutan.
.
.
Larangan aktiviti pendakian bukit atau gunung sama ada secara persendirian atau berkumpulan dalam kawasan yang dikawal oleh pihak kerajaan negeri juga tidak dibenarkan.
PBT (pihak berkuasa tempatan) dan jabatan berkaitan diminta meningkatkan aspek keselamatan dan pemantauan terutama pada musim cuti persekolahan. Ia termasuklah langkah meletakkan papan tanda amaran, peringatan dan larangan di lokasi-lokasi terlibat. Sebagai langkah bersiap sedia, cuti pegawai dan kakitangan di negeri ini dibekukan sehingga 20 Januari 2020.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...