
Kala ini kita masih meraikan bulan Syawal. Ada yang sudah memulakan puasa enam di bulan Syawal, ada sudah memulakan kerja sementara pelajar sudah memulakan pembelajaran dari rumah.
Namun bila raya, istilah raya tidak terhenti sehari dua sebaliknya dirayakan sebulan lamanya.
Kali ini LIBUR kongsikan makanan istimewa dari Johor iaitu burasak. Tak lengkap raya tanpa makanan asal Bugis ini.
Burasak atau buras ialah sejenis makanan tradisi yang menjadi hidangan utama masyarakat Bugis setiap kali menjelang hari perayaan yang berasaskan beras dan santan. Sesuai dimakan dengan pelbagai juadah seperti serunding, rendang ayam, rendang daging, ungkep, asam pedas dan sebagainya.
Bagi masyarakat di Johor mungkin sudah biasa mendengar nama makanan tradisi ini terutama di daerah Pontian.
Walaubagaimana pun, jika berkunjung ke Daerah Pontian, anda boleh menikmati makanan tradisional bagi masyarakat Bugis di sini tanpa menunggu hari perayaan.
Selain daripada burasak, terdapat juga makanan lain seperti ketupat, lepat loi, rendang dan sebagainya boleh diperolehi di sini. Jangan lupa dibawa pulang sebagai 'ole-ole' dari Daerah Pontian untuk diberikan kepada sanak saudara.
Selera Tradisi Catering Burasak
Jalan Osman, Pontian
(Berhampiran dengan trafik light Simpang 3, Bandar Pontian)
Bermula jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam (Rabu tutup)
https://www.facebook.com/seleratradisicatering/
#majesticjohor
#tourismjohor
#visitjohor2020
#staysafe
Sumber : Tourism Johor
Buka Puasa Di Tepi Tasik Dengan 120 Hidangan Berkonsepkan Rasa Santapan Desa. Macam Makan Kat Rumah Sendiri!

Memang seronok kalau dapat berbuka dengan hidangan ala desa, walaupun makan di luar tapi terasa macam santapan di rumah sendiri. Lagi best bila dapat berbuka di tepian tasik dengan sajian pelbagai jenis juadah yang enak sambil mengimbau kenangan lama. Tenang je rasa.
Bertemakan Santapan Rasa Desa, bufet Ramadan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) membawakan 120 jenis hidangan termasuk pembuka selera, hidangan utama, sepuluh gerai sampingan, aneka pencuci mulut dan minuman yang pasti dapat memuaskan hati pengunjung ke sini.
Menu Wajib Kambing Bakar
Antara menu wajib di BMLR tentunya kambing bakar yang diperap dengan lebih 18 jenis herba dan rempah ratus yang kemudiannya dibakar dengan api yang perlahan untuk menghasilkan daging kambing yang lembut dan berjus.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis lagi hidangan yang pasti menambat selera pengunjung seperti rendang ayam, daging hitam manis, gulai ikan nyok nyok, gulai kawah dan tauhu bakar.
Bahagian pencuci mulut turut menampilkan kelainan dengan sajian aneka kuih tradisi masyarakat Banjar yang popular di Daerah Kerian seperti Wadi Kepeng, Balungan Hayam, Kalkatar dan Gegatas.
Menariknya kat sini, sepuluh gerai sampingan dengan pelbagai juadah memeriahkan lagi suasana di LakePark Komer dan ini dsulami dengan dendangan lagu oleh penyanyi jemputan yang pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.
Menu Bersilih Ganti Setiap Hari
Menurut Chef Eksekutif BMLR, Chef Mohd Huzaimi, sebanyak tiga set menu yang bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini akan disediakan oleh barisan 20 orang chef berpengalaman.
Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui laman sesawang bukitmerahresort.com.my serta media sosial resort seperti Facebook dan Instagram.
Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan, serendah RM55 untuk dewasa serta RM35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati.
Lagi menarik mereka juga ada menawarkan promosi satu orang makan percuma untuk setiap 9 tempahan berbayar.
Selain itu, sambil menunggu waktu berbuka puasa, pengunjung boleh melayari Tasik Bukit Merah, iaitu tasik buatan yang tertua di Malaysia dengan menaiki Ramadan Cruise pada pukul 6.00 petang atau 6.30 petang pada harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanakkanak.
Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirkan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi boleh layari http://www.bukitmerahresort.com.my
Layan BBQ, Dim Sum & Stimbot di Pak John Restoran, Kini Buka Cawangan ke-5, Port Baru Orang Shah Alam Makan-makan!

Rangkaian restauran Pak John yang terkenal dengan hidangan steamboat, BBQ dan Dim Sum kini membuka cawangan terbaharunya di Aeon Mall, Shah Alam.
Mempunyai lebih kurang 160 pilihan makanan dan minuman, memang rambang mata bila berkunjung ke restoran ini.
Pilihan makanan untuk stimbot dan BBQ
Sebagai permulaan, korang akan ditanya untuk sup pilihan. Terdapat 6 pilihan sup untuk mengikut citarasa pelanggan dan korang boleh pilih dua untuk setiap pelanggan yang datang. Antara sup yang ada kat sini adalah tomyam, sup ayam, sup kimchi, sup ikan, kari dan sup udang.
Bagi yang suka menu stimbot dan BBQ, variasi makanan untuk korang pilih. Ada ayam, udang, sotong, makanan laut dan juga banyak lagi. Tak cukup dengan itu sahaja, korang juga boleh memilih pelbagai sayur, noodles dan bahan perapan untuk stimbot dan juga BBQ.
Lebih istimewa jika korang datang makan di sini untuk dinner kerana mereka turut menghidangkan hidangan daging lembu, ayam, kambing dan itik yang premium.
16 Jenis Sos
Selain variasi pilihan makanan, apa yang istimewanya di sini adalah sosnya. Mempunyai lebih kurang 16 jenis sos untuk korang makan bersama stimbot atau grill, enam diantaranya adalah signature restaurant ini.
Meriah dan semuanya enak bila dicicah dengan makan yang direbus dan dibakar. Jangan lupa juga untuk mencuba makanan lain seperti goreng-gorengan. Tak lengkap kalau tak makan desert kan? kat sini turut disediakan waffle dan juga aiskrim selain buah-buahan dan juga aneka kek.
Ruang yang selesa & luas
Cawangan kelima yang terletak di tingkat satu Aeon Mall, Shah Alam ini mempunyai ruang yang selasa dan cukup luas, sesuai kalau ingin meraikan sambutan istimewa bersama keluarga dan teman tersayang.
Boleh memuatkan sehingga 180 orang, korang boleh menikmati hidangan stimbot, BBQ dan juga makanan lain dengan selesa sehingga kenyang. Memang berbaloi.
Promosi pembukaan cawangan kelima
Harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan sesuai dengan pilihan makanan yang ada. Lebih menarik sempena pembukaan cawangan kelima ini, restaurant ini membuat promosi iaitu percuma seorang makan untuk bayaran penuh 3 orang dewasa. Tawaran ini sah sehingga 30 September ini, jadi jangan lepaskan peluang ya!
Berikut adalah harga untuk buffet di sini:
Weekday Buffet
Lunch (Isnin – Jumaat)
11am-5pm
Dewasa RM53.90
Pelajar/Warga Emak/OKU RM 44.90
Kanak-kanak RM31.90
Dinner (Isnin – Khamis)
5pm – 10pm
Dewasa RM65.90
Pelajar/Warga Emak/OKU RM 49.90
Kanak-kanak RM33.90
Weekend Buffet
All Day Long (Weekends/Public Holiday/Friday Nights/Eve of Public Holidays)
Dewasa RM73.90
Pelajar/Warga Emak/OKU RM 63.90
Kanak-kanak RM38.90
Bagi peminat grill dan stimbot Pak John Steamboat, BBQ & Dimsum memang tempatnya. Harga yang berpatutan dengan variasi pilihan makanan pasti buat korang puas makan kat sini!
Selalu Iftar Di Hotel, Kali Ni Iftar Di Ladang Lembu. Makanan Sedap, Port Nak Bergambar Pun Banyak!

Asyik berbuka di hotel je, apa kata ubah angin berbuka pula di Ladang Lembu Farm Fresh yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Menarik kan?
Selain juadah makanan yang banyak dan sedap, kat sini juga banyak tempat untuk korang boleh OOTD. Sangat sesuai untuk datang dengan keluarga ataupun rakan-rakan.
Melalui perkongsian daripada seorang blogger, Lan Careno, ladang lembu tersebut mempunyai sebuah restoran dan tahun ini merupakan pertama kali mereka memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan konsep yang santai dan menenangkan.
Ikuti perkongsian Lan Careno yang sempat berbuka puasa di sini beberapa hari yang lalu:
Konsep Berbuka Santai & Tenang
Korang kenal kan jenama susu Farm Fresh… Aku baru tahu Farm Fresh ada ladang lembu dalam UPM. Dia punya view kat ladang lembu tu cantik giler…
Semalam aku pergi berbuka puasa kat restoran The Acre by Farm Fresh yang terletak dalam ladang lembu ni. 1st time sampai sini, terpesona kejap dengan view yang ada. Kalau korang student UPM, mesti dah tau kan bila tengok view macam ni.
Kalau korang nak tahu, kat ladang lembu ni ada restoran dan tahun ni untuk pertama kalinya diorang perkenalkan pakej berbuka puasa dengan konsep yang sangat menarik. Santai dan menenangkan. Sumpah best dapat buka puasa kat sini dengan keluarga atau kawan-kawan.
Nice giler kan… Open concept.. Sambil makan sambil menikmati panorama hijau.
Aku syorkan korang kalau nak berbuka puasa kat sini, please datang awal untuk bergambar dan meronda dalam kawasan ladang ni. Banyak port OOTD cantik-cantik kat sini.
Pelbagai Pilihan Juadah Berbuka
Dari segi menu pulak, diorang mengetengahkan aneka sajian tempatan. Walaupun tak banyak pilihan macam kat hotel tapi memadai. Memang tak termakan jugak pun. Korang wajib cuba sup ekor dengan kambing bakar. Sumpah sedap! Satay pun ada, diorang bakar kat situ.
Peminat desert macam aku mungkin kecewa sikit sebab tak banyak pilihan yg ada. Kalau kat hotel, section ni mmg rambang mata tp kat sini tak sangat. Tapi kalau korang peminat kuih muih tradisional, haaa kuih muih sini sedap. Cendol pun ada tapi biasa-biasa jer. Soft ice cream ada tapi aku tak try pun.
Pakej iftar kat sini berharga RM98+/pax untuk dewasa. Kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun diskaun 50%. Untuk 5 tahun dan ke bawah, FREE. Kalau warga emas pulak, diskaun 25%.
Kredit: lancareno