Tempoh 14 hari yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia mengikut perintah kawalan pergerakan bukan bermaksud anda bebas untuk buat apa sahaja. Ini juga bukan bermaksud peluang keemasan untuk anda ‘cuti’ di kampung halaman.
Ini pesan ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac.
Ads
“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam sebuah rancangan bual bicara terbitan Astro.
Ads
Dr Adeeba memberi respon kepada kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan COVID-19.
Ada berita baik buat anda yang sering tersangkut dalam ‘Q’ yang panjang di Plaza Tol seluruh Malaysia, kini anda boleh gunakan kemudahan laluan RFID bagi mereka yang telah mendaftar dengar Touch ‘n Go.
Bagi yang belum berkesempatan, sepanjang bulan April 2019 ini, Touch ‘n Go sedang mengedarkan pelekat RFID secara percuma, untuk jenis kenderaan terpilih yang berada di seluruh Lembah Klang.
Untuk anda yang masih mengetahui tentang RFID Touch ‘n Go, ia adalah pelekat khas yang dilekatkan di bahagian depan kereta. Dengannya, anda boleh melalui plaza tol terpilih seperti anda gunakan SmartTag. Bezanya dengan SmartTag adalah, baki akan ditolak daripada akaun eWallet anda ataupun kad fizikal Touch ‘n Go anda.
Ketika musim cuti persekolah, hari perayaan atau waktu puncak, dengan menggunakan laluan RFID akan melancarkan perjalanan anda ke mana sahaja lokasi percutian yang anda tuju.
Ini adalah lokasi yang boeh anda pergi untuk mendapatkan pelekat RFID percuma di lokasi terpilih antara jam 10 pagi hingga 10 malam:
Anda hanya perlu sediakan dokumen seperti berikut:
2017 merupakan tahun yang sibuk buat Genting Highlands. Genting Highlands Premium Outlets dibuka kepada orang ramai bermula 15hb Jun, 2017 dan Taman Tema 20th Century Fox Genting Highlands dijangka dibuka pada hujung tahun ini.
Ini menjadikan Genting Highlands Premium Outlets sebagai Premium Outlet Center kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets. GHPO adalah Premium Outlet Center atas bukit yang pertama di Asia Tenggara. Jadi dapatlah rasa macam bershopping di negara dingin.
Foto:Businesssimon.com
GHPO menyediakan lebih 150 stor berjenama ; Adidas, Aigner, Coach, Furla, Hugo Boss, Kate Spade New York, Michael Kors, Moschino, Polo Ralph Lauren, Superdry, Tumi dan banyak lagi yang menawarkan penjimatan hebat sehingga 65% setiap hari kepada pengunjung.
Dari 15hb – 18hb Jun, Baskin-Robbins dan Starbucks Coffee masing-masing akan menawarkan aiskrim dan kopi ice-blended percuma kepada 250 pelanggan pertama. Untuk 100 pelanggan pertama yang membelanjakan RM200 atau lebih di pusat beli-belah ini, tiket percuma untuk naik Awana Skyway akan diberi dari 15hb Jun – 24hb Jun.
Disebabkan kes pandemik COVID-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah telah diarahkan berkuatkuasa kembali pada tengah malam 3 Oktober 2020 (Sabtu).
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, untuk industri pelancongan Sabah antara negeri yang menerima kunjungan ramai pelancong domestik terutama ke destinasi pulau-pulau cantiknya. Namun, keseronokkan untuk bercuti ke Sabah terhenti sekali lagi buat seketika demi membendung penularan wabak COVID-19 yang kembali tinggi.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.
Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa. PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk di empat daerah itu dijadualkan berakhir pada 12 Oktober ini. Pelaksanaan PKPDB di kawasan itu adalah bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan kelak akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...