Nampaknya”idea brilliant” Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes yang melancarkan Air Asia Ride, sebuah perkhidmatan e-hailing udara semalam cukup mengujakan.
Dalam satu hantaran di instagramnya semalam, @tonyfernandez menulis:-
Launched today. AirAsia Ride is now on the SKY .The countdown starts. KLIA to Sentral 11 MINUTES.
Ads
Ini bermakna bagi mereka yang mementingkan masa dan perlukan kecepatan perjalanan, boleh mencuba Air Asia Ride yang menawarkan perkhidmatan e-hailing udara ini menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL).
Sekaligus bayangan “kereta terbang” di Malaysia menjadi kenyataan tapi diganti dengan kapal terbang lebih kecil.
Ads
Perkhidmatan ini ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang namun apa yang jelas, tambangnya belum dinyatakan secara jelas. Difahamkan ianya akan mula beroperasi pada tahun 2025.
Ads
Terdahulu, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.
Persefahaman itu sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih yang ditawarkan buat pelbagai segmen serta sasaran pengguna.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa pasangan yang dilamun cinta atau juga buat pasangan yang telah dijodohkan oleh ahli keluarga mereka untuk hidup semati bersama. Seringkali majlis perkahwinan ‘normal’ akan meraikan pasangan pengantin dengan acara dan majlis yang penuh harmoni dan gembira.
Namun, tidak bagi di sesetengah negara dan kaum kerana terdapat lima adat perkahwinan pelik dikenakan kepada bakal pengantin sebelum pasangan terbabit bergelar suami isteri.
30 Hari Sebelum Berkahwin Pengantin Perempuan Wajib Menangis Sejam Sehari
Di wilayah Sichuan, China pengantin perempuan disuruh menangis setiap hari selama satu jam sepanjang 30 hari sebelum hari perkahwinan. 10 hari kemudian, si ibu pula turut menangis dan selang tujuh hari, si nenek pula menangis. Masyarakat di sana percaya ritual menangis sebagai cara menunjukkan rasa kasih dan sayang yang mendalam.
Pengantin Perlu Minum Sup Sampah
Ritual La Soupe yang diamalkan rakyat Perancis ini boleh dianggap tidak masuk akal dan jijik. Ahli keluarga atau tetamu akan ditugaskan untuk mengumpul sisa makanan dan minuman untuk dijadikan sup. Setelah sup sampah terhasil, kedua-dua pengantin terbabit dipaksa meminum sup berkenaan yang dihidangkan dalam pot kencing yang digunakan masyarakat lampau sebelum ini. Namun, ritual itu sudah tidak diamalkan oleh sesetengah keluarga. Biasanya ia digantikan dengan cecair coklat sahaja.
Tetamu & Pengantin Dilarang Senyum
Jika ke majlis perkahwinan, gelak ketawa dan senyum meleret para tetamu, sanak saudara dan pengantin akan terserlah menandakan hari bahagia sedang diaraikan. Namun tidak bagi kaum di Congo. Tetamu, keluarga termasuk pengantin dilarang sama sekali untuk senyum. Masyarakat di sana percaya perkahwinan ialah perkara yang serius. Justeru, pengantin tidak dibenarkan tersenyum walaupun ketika gambar mereka diambil.
Disuruh Bersihkan Sisa Pinggan Porselin Yang Dipecahkan Setiap Tetamu
Di Jerman, dalam majlis perkhawinan tetamu akan memecahkan pinggan porselin atau seramik dalam ritual dikenali sebagai polterabend. Tetapi, tetamu dilarang memecahkan gelas kaca kerana kaca adalah tanda kebahagian. Jika pecah, ia bermaksud ada perkara buruk akan berlaku. Selepas ritual Polterabend selesai, pasangan pengantin diminta membersihkan sisa pinggan yang pecah, bertujuan mengajar mereka kehidupan berumah tangga bukanlah mudah.
Ludah Pengantin Perempuan
Suku Maasai di Kenya mengamalkan ritual perkahwinan pelik iaitu bapa kepada pengantin perempuan akan meludah kepala anaknya. Masyarakat di sana percaya dengan meludah, pengantin terbabit akan dijauhkan daripada musibah.
Hitamkan Pengantin Dengan Bancuhan Tar
Menghitamkan pengantin ialah tradisi yang sudah lama diamalkan di Scotland. Sebelum perkahwinan berlangsung, pengantin akan dihitamkan segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar. Ia kononnya bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin. Namun kini dikatakan kerap dilakukan sekadar suka-suka untuk memenuhi adat lama.
Panah Bakal Pengantin Perempuan
Bagi masyarakat minoriti Yugur di China, pengantin lelaki diberikan sebuah busur dan tiga anak panah. Dengan peralatan yang diberi, dia perlu memanah bakal isterinya sendiri sebanyak 3 kali. Namun anak panah yang digunakan tidak mempunyai mata yang tajam. Pengantin lelaki kemudian akan mematahkan anak panah dan busurnya supaya pasangan itu akan hidup bahagia selamanya.
Rebut Kasut Pengantin
Di sesetengah kawasan di India, pengantin lelaki harus membuka kasutnya sebelum naik ke atas pelamin dan seterusnya akan menimbulkan kekecohan. Pihak keluarga pengantin wanita akan berusaha mencuri kasut itu manakala keluarga lelaki pula akan berusaha untuk melindunginya. Jika kasut berjaya dicuri, pihak pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang tebusan.
Bersedia ke yang masih bujang dan solo tu nak jadi calon pengantin lelaki atau pengantin perempuan dari negara-negara tersebut? Kalau di Malaysia paling berpeluh ketiak pun ada adat ‘tol’ iaitu ‘permintaan’ bayaran tertentu oleh kaum keluarga wanita kepada pihak lelaki sebelum pengantin lelaki diberi kebenaran untuk bertemu pengantin perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sambutan Aidiladha bakal disambut oleh umat Islam pada Ahad ini. Ramai yang mengatakan sambutan perayaan ini sangat meriah disambut di negeri Pantai Timur terutama negeri Kelantan.
Ini mendorong ramai penduduk luar Kelantan bersesak-sesak kembali ke Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadikan Kelantan padat sehinggakan perjalanan jarak dua kilometer mengambil masa sejam di beberapa kawasan perbandaran. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pula boleh mencapai 18 jam menjelang perayaan ini.
Oleh itu sempena perayaan Aidiladha Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara selama seminggu bermula hari ini.
Laluan berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang hari ini (Jumaat) sehingga 10 pagi 15 Ogos ini. Pembukaan sementara laluan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan sempena musim perayaan (Aidiladha).
Bagaimanapun ia akan ditutup semula pada hari Khamis ini bagi urusan selanjutnya. Diharap pengguna dapat mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya
Hujan lebat lebih dua jam petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Ini kejadian kedua berlaku dalam tempoh dua bulan. Pada bulan September lalu limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
Semalam (17 November 2020) walaupun tidak seteruk banjir kilat pada September, namun turut mengakibatkan beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang.
Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan situasi lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut. Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul halim, Jalan Maharajalela dan Jalan Parlimen. Di Lebuhraya DUKE, seorang pengguna media sosial memuat naik video yang menunjukkan lebuh raya tersebut dinaiki air.
Berikutan keadaan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika musim tengkujuh ini.
Bila sebut bercuti ke Indonesia, ramai rakyat Malaysia terus terbayang Jakarta atau Bali. Memang tidak dinafikan kedua-dua lokasi itu lengkap dan mudah untuk pelancong....