Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa pasangan yang dilamun cinta atau juga buat pasangan yang telah dijodohkan oleh ahli keluarga mereka untuk hidup semati bersama. Seringkali majlis perkahwinan ‘normal’ akan meraikan pasangan pengantin dengan acara dan majlis yang penuh harmoni dan gembira.
Namun, tidak bagi di sesetengah negara dan kaum kerana terdapat lima adat perkahwinan pelik dikenakan kepada bakal pengantin sebelum pasangan terbabit bergelar suami isteri.
30 Hari Sebelum Berkahwin Pengantin Perempuan Wajib Menangis Sejam Sehari
Di wilayah Sichuan, China pengantin perempuan disuruh menangis setiap hari selama satu jam sepanjang 30 hari sebelum hari perkahwinan. 10 hari kemudian, si ibu pula turut menangis dan selang tujuh hari, si nenek pula menangis. Masyarakat di sana percaya ritual menangis sebagai cara menunjukkan rasa kasih dan sayang yang mendalam.
Pengantin Perlu Minum Sup Sampah
Ritual La Soupe yang diamalkan rakyat Perancis ini boleh dianggap tidak masuk akal dan jijik. Ahli keluarga atau tetamu akan ditugaskan untuk mengumpul sisa makanan dan minuman untuk dijadikan sup. Setelah sup sampah terhasil, kedua-dua pengantin terbabit dipaksa meminum sup berkenaan yang dihidangkan dalam pot kencing yang digunakan masyarakat lampau sebelum ini. Namun, ritual itu sudah tidak diamalkan oleh sesetengah keluarga. Biasanya ia digantikan dengan cecair coklat sahaja.
Tetamu & Pengantin Dilarang Senyum
Ads
Jika ke majlis perkahwinan, gelak ketawa dan senyum meleret para tetamu, sanak saudara dan pengantin akan terserlah menandakan hari bahagia sedang diaraikan. Namun tidak bagi kaum di Congo. Tetamu, keluarga termasuk pengantin dilarang sama sekali untuk senyum. Masyarakat di sana percaya perkahwinan ialah perkara yang serius. Justeru, pengantin tidak dibenarkan tersenyum walaupun ketika gambar mereka diambil.
Disuruh Bersihkan Sisa Pinggan Porselin Yang Dipecahkan Setiap Tetamu
Di Jerman, dalam majlis perkhawinan tetamu akan memecahkan pinggan porselin atau seramik dalam ritual dikenali sebagai polterabend. Tetapi, tetamu dilarang memecahkan gelas kaca kerana kaca adalah tanda kebahagian. Jika pecah, ia bermaksud ada perkara buruk akan berlaku. Selepas ritual Polterabend selesai, pasangan pengantin diminta membersihkan sisa pinggan yang pecah, bertujuan mengajar mereka kehidupan berumah tangga bukanlah mudah.
Ludah Pengantin Perempuan
Ads
Suku Maasai di Kenya mengamalkan ritual perkahwinan pelik iaitu bapa kepada pengantin perempuan akan meludah kepala anaknya. Masyarakat di sana percaya dengan meludah, pengantin terbabit akan dijauhkan daripada musibah.
Hitamkan Pengantin Dengan Bancuhan Tar
Menghitamkan pengantin ialah tradisi yang sudah lama diamalkan di Scotland. Sebelum perkahwinan berlangsung, pengantin akan dihitamkan segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar. Ia kononnya bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin. Namun kini dikatakan kerap dilakukan sekadar suka-suka untuk memenuhi adat lama.
Ads
Panah Bakal Pengantin Perempuan
Bagi masyarakat minoriti Yugur di China, pengantin lelaki diberikan sebuah busur dan tiga anak panah. Dengan peralatan yang diberi, dia perlu memanah bakal isterinya sendiri sebanyak 3 kali. Namun anak panah yang digunakan tidak mempunyai mata yang tajam. Pengantin lelaki kemudian akan mematahkan anak panah dan busurnya supaya pasangan itu akan hidup bahagia selamanya.
Rebut Kasut Pengantin
Di sesetengah kawasan di India, pengantin lelaki harus membuka kasutnya sebelum naik ke atas pelamin dan seterusnya akan menimbulkan kekecohan. Pihak keluarga pengantin wanita akan berusaha mencuri kasut itu manakala keluarga lelaki pula akan berusaha untuk melindunginya. Jika kasut berjaya dicuri, pihak pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang tebusan.
Bersedia ke yang masih bujang dan solo tu nak jadi calon pengantin lelaki atau pengantin perempuan dari negara-negara tersebut? Kalau di Malaysia paling berpeluh ketiak pun ada adat ‘tol’ iaitu ‘permintaan’ bayaran tertentu oleh kaum keluarga wanita kepada pihak lelaki sebelum pengantin lelaki diberi kebenaran untuk bertemu pengantin perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 27 Mac ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran. Perintah berkurung yang baharu akan bermula esok pada 6 petang yang berkuat kuasa selama 24 jam. Perintah berkurung ini akan dilanjutkan selama 14 hari mulai 13 Mac 2019 hingga 27 Mac 2019 pukul 6 petang.
“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan,” katanya.
Omar berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.
Beliau berkata perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.
Perintah berkurung tersebut akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan, katanya.
Omar berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – Bernama
Kalau ke Cameran Highland, memang tidak sah kalau tidak membeli buat strawberi untuk di bawa pulang untuk dijadikan buah tangan atau kudapan selepas balik bercuti.
Ke mana sahaja lokasi tumpuan pengunjung di Cameron Highland, memang ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menjual buah strawberi ini di situ. Rasanya sangat manis, buah juga bersaiz besar selain harga yang ditawarkan memang murah berbanding di pasaraya.
Tapi itu la, kadangkala buah strawberi yang dibeli untuk di bawa pulang tidak tahan lama. Ini ada tip dari penduduk tempatan Cameron Highland sendiri, bagaimana cara sebenar memilih buah strawberi untuk di bawa pulang.
“Alamak lembik dah laaaa”
“Euuu masam!”
“Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ni!!”
Tula selalu jadi kan korang kan? Buah strawbery rosak, tak sempat nak makan! Belinya berkotak-kotak! Stresssss
Buah strawbery ni antara buah yang agak rumit untuk dijaga tau! Tak nak susah, korang makan je puas-puas kat Cameron sudaa..senang hati. Haha. Tak payah pening-pening fikir cara nk jaga bagi tahan lama.
Tapi, mungkin ada nak bawa balik untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang, untuk buat kek, untuk buat jus smooties dan sebagainya kan? Kat sini ada beberapa tips korang boleh guna supaya buah strawberi tahan lebih lama.
Perkara pertama, paling utama ada cara bagaimana untuk memilih strawberi:
Pilih buah yang tidak lembik, lebam dan tanpa cacat.
Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam, gelap dan tidak berkilat.
Keduanya, adalah cara membersihkan strawberi bila dah sampai di rumah. Ada dua cara tau.
Cara pertama:
1. Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.
2. Rendam dalam air yang diletak dua sudu garam selama 3 minit lalu tapis sampai kering.
3. Lapkan dengan tisu sampai kering.
4. Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara yang dilapik dengan tisu. (ini untuk menyerap lembapan)
5. Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama lebih dari 7 hari.
6. Bagi yang ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa korang nak.
Cara kedua:
1. Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.
2. Rendam selama 4-5 minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering.
3. Letak dalam tupperware yang dilapik tisu dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa. Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.
Tip Penting Beli Strawberi
Biasanya strawberi dijual dengan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan lebih sedap serta manis.
Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup berlapik tisu. Jangan biarkan di luar peti ais sebab baunya akan cepat hilang dan cepat kering.
Nak dapat buah manis? Tak nak masam? Pastikan membeli buah yang sederhana besar dan berwarna merah terang. Kalau ambil buah yang masih ada putih atas tu, maksudnya buah masih muda dan akan berasa sedikit masam.
Buah lebam? Pastikan memilih buah yang berwarna merah terang, bukan bewarna gelap. Warna gelap tu dah terlalu masak dan mudah lembik.
Disarankan anda beli buah untuk dibawa pulang, pada hari anda nak bergerak pulang ke rumah.
Anda disarankan membeli buah strawberi atas pada pukul 10 pagi, supaya anda dapat buah yang terbaru. Bukan buah yang semalam.
Seeloknya, beli buah yang 2 layer ke bawah kalau nak dibawa pulang . Lagi elok 1 layer sahaja. Ini untuk elak buah di bawah tu terpenyek dan jadi lebam.
Dan paling akhir, pastikan anda meletakkan buah strawberi di bahagian dalam kereta yang beraircond tu, bukan di bonet kereta ye!
Tempat menarik di Hatyai kembali viral, memang mudah nak bergerak jika tahu makanan apa yang sedap dan lokasi mana yang patut disinggah bila sampai sana.
Jadi kalau anda berhasrat ingin meluangkan masa di Hatyai, ikuti perkongsian lengkap daripada pengguna Facebook bernama Nor Quratul Sahira ini.
Ini Tempat Menarik Di Hatyai
Kami pergi sendiri selama 3 hari 2 malam dan tak ambil tour guide. Masuk ikut Bukit kayu Hitam. Lebih kurang 1 jam 30 minit nak masuk Hatyai.
Untuk yang nak masuk naik kereta, dokumen ini perlu dibawa:
– Passport.
– Geran kereta (kalau kereta bukan atas nama anda, boleh bawa masuk tapi ada beberape dokumen yang lain nak kena bawa)
– Insurans kereta ke Thailand.
– Travel insurans.
Sehari sebelum gerak, saya siapkan insurans untuk ke Thailand. Pastikan sebelum masuk Thailand, isi minyak kereta penuh-penuh ya.
Kami tukar duit 3ribu dapat 22ribu bath macam tu tak silap.
Dah settle urusan kedua-dua imigresen boleh terus makan. Hari terakhir saya pergi floating market sebab hanya buka hari minggu sahaja. Rugi kalau tak datang dekat sini.
Menginap di SIAM MANSION
3h2m rm270 ( bagi 3 orang, RM90 saja)
Untuk 3h2m kitaorang duduk hotel ini, dekat nak ke semua tempat. Bilik besar bersih dan yang penting murah dan puas hati.
Senarai di bawah antara tempat yang saya singgah. Ada mahal, ada murah.
Floating market
Lee garden plaza
Kim yong marketAsean night market
Greenway street market
Dimsum cabura
Kai tod decha
Bingsu nom6
Cafe amazon
Rusde boat noodle
Central festival mall
Hsa (tempat menembak)
Zoo songkla
Chang puak camp
Kai Tod Decha. Lepas je dari boder terus ke sini untuk lunch. Bagi aku biasa-biasa je kedai ni 7/10.
Central Festival Mall. Di foodcourt ini banyak je makanan sedap, anda wajib cuba.
Ini pula makanan di Lee Garden Plaza.
Ini di Cafe Amazon.
Ini dimsum cabura.
Bingsu nom6m, macam-macam jenis bingsu ada tapi kitaorang ambil Thai milk bingsu sebab ramai cakap ini sedap. Maggie tomyam pun sedap. 10/10
Rusde boat noodle. Pekat kuahnya, sedap! Lepas itu buburnya pun sedap.
Asean night market. Oyster fresh, tak ada bau langsung. Lepas tu sedap yak amat ye 3 kali repeat kitaorang makan. Harga murah berbaloi sangat. 10biji 100bath (duit kita dalam rm13 lebih saja) 1000/10.
Merasa Air Dalam Buluh
Total kos saya untuk dua orang adalah RM1600 termasuk hotel, insurans kereta, minyak kereta, makan dan barangan lain.
Singgah Zoo Juga
Songkla Zoo ini besar sangat. Memang kena naik kereta drive thru. Kalau jalan kaki risau tak larat. Tiket masuk 150bath seorang. Tapi waktu kitaorang datang ini tak ada show sebab hari biasa dan banyak tempat diaorang sedang reno lagi.
Kalau nak beli ole-ole untuk orang tersayang boleh bawa duit lebih. Seronoknya!
Jom melancong ke Hatyai.
Sumber: Facebook Nor Quratul Sahira
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...