[VIDEO] LIBUR ke Melaka naik Luxe Motorhomes. Trend cuti yang popular di luar negara kini di Malaysia. Jalan jauh time malam paling best! Tidur,masak,sembang²,mandi,update FB/Insta semualah. Selesa & relaks!#libur #luxmotorhomes #jalanjalan #melaka #visitmalaysia #dekatje
Malaysia menyaksikan perkembangan drastik dalam citarasa pemilihan kenderaan. Dari kereta sedan, kereta berkuasa tinggi, kereta klasik, kereta koleksi bertaraf rare, SUV ,MPV,pacuan empat roda off road, campervan mahupun caravan. Tiada halangan dalam memiliki kenderaan pilihan yang dianggap simbol peribadi pemilik.
Kini, satu lagi kategori yang baru masuk pasaran Malaysia; MOTORHOME. Di luar negara, motorhome sudah lama popular. Industri pembuatan dan pemilikan motorhome amat besar khususnya Amerika, Eropah, Australia, Russia serta beberapa negara maju Asia seperti Jepun, Korea dan China.
Konsep motorhome Konsep motorhome adalah bercuti sambil memandu kenderaan bersama kabin yang dilengkapi ruang asas di rumah. Kabin dilengkapi dapur, sinki, sistem air untuk membasuh dan mandi, bilik tidur yang boleh diubah menjadi tempat duduk dan ruang simpanan barang, sumber kuasa elektrik, penghawa dingin, set barbeku, gelombang ketuhar, televisyen dan peti ais. Semuanya tersedia lengkap untuk kegunaan harian.
Perjalanan ke Melaka Saya berkesempatan menaiki motorhome. Melihat pada saiz, ia lebih kurang saiz lori ais. Besarlah sedikit dari kereta biasa saya. Saya agak, cara pemanduan lebih kurang van atau lori kecil, namun silap. Pemanduan seperti memandu kereta biasa walaupun berada di antara trafik yang agak sibuk. Transimisi automatik boleh diubah kepada manual 6 gear jika inginkan lebih kuasa dan rasa kawalan penuh. Dari Shah Alam, melalui jalan biasa untuk ke lebuhraya, motorhome tidak berhadapan isu saiz besar. Mitos pertama terhapus.
Sebelum mulakan perjalanan ke Melaka. Atas kepala driver tu katil untuk 2 orang. Tak percaya?
Perjalanan semakin santai ketika di lebuhraya. Keadaan jalan yang baik dan rata, di tambah pula suasana dalam kabin yang selesa dan redup, cepat sahaja saya mahu terlelap. Sambil itu saya dan rakan setugas membelek peralatan dan berbincang sedikit untuk mulakan tugas kami.
Sambil berjalan, sambil bekerja. Selesa.Saya panggil ofis bergerak
Berhenti seketika di RnR, motorhome diparkir di kawasan kenderaan berat. Banyak sahaja parkir kereta namun sengaja diparkir situ kerana hampir dengan kedai. Motorhome menjadi perhatian dan beberapa orang datang bertanya. Sepanjang perjalanan, ramai pemandu dan penumpang memperlahankan kenderaan mereka bersebelahan kami. Mereka kagum melihat motorhome. Ada yang merakam dan melambai kepada kami. Kami tersenyum. Terfikir, mungkin suatu hari ramai yang ingin memiliki motorhome.
Tiba di Melaka, motorhome melalui jalan kampung yang lebih kecil dan berliku. Awalnya, saya skeptikal dengan kemampuan Fiat Ducato ini melalui jalan kampung, namun sekali lagi saya silap. Ia tiada masalah mendaki jalan naik dan turun curam. Pengendalian juga cekap ketika melalui selekoh panjang dan agak sempit. Difahamkan, enjin bersesaran 2.3 liter turbo diesel menghambur keupayaan 150 hp dan memiliki tork yang tinggi, memacu berat kabin keseluruhan dengan mudah. Dilengkapi juga sistem brek cakera besar di kesemua tayar untuk prestasi berhenti yang padu.
Singgah sebentar solat di Masjid.
Model ini ialah Benimar Mileo 313. Panjang keseluruhan motorhome ini 5.99m, lebar 2.3m dan tinggi 3.2m menjadikan ia model popular di Britain. Kabin direka pasang oleh Benimar, syarikat dari Sepanyol manakala casis dan enjin oleh Fiat Ducato.
Ads
Berehat di pantai Lokasi pertama di Melaka, kami berhenti untuk makan tengahari di Nasi Kambing Kat Kubur. Pelik nama restoran ini tapi saya ikutkan saja. Perut pun dah lapar. Nasi kambing sini sangat sedap. Nasi kambing hinggalah ke cendol tapai. Semuanya sedap dan percuma, sebab orang belanja.
Nasi Kambing Kat Kubur. Seram bunyi, makan sedap.Encik Haffnee dan Dato’ Aliff versi berisi. Nasi tu sedap. Parkir motorhome tiada masalah.
Selepas makan tengahari, kami ke Pantai Klebang. Tiba sekitar jam 3 petang, matahari terik namun angin bertiup selesa. Waktu ini, saya sudah sedikit resah sebab cuaca terik. Rakan foto pula gembira kerana bagus untuk pencahayaan gambar. Motorhome dipandu terus dapatkan parkir di sedikit teduhan pokok ru. Suasana dalam kabin ketika motorhome dalam mod parkir; SELESA. Semua tingkap dan ruang udara di atas motorhome dibuka. Angin pantai meniup masuk dan kami enak bersantai dalam kabin. Televisyen dihidupkan dan kami menonton seketika. Santai dan terhibur.
OTW ke Pantai Klebang. Panas terik tapi tiada masalah.
Beberapa minit selepas itu Encik Haffnee; CEO Wta Ventures Sdn Bhd melakukan demo membuka kanopi di sisi motorhome. Sangat mudah dan ringkas. Cukup hanya seorang diperlukan. Kerusi dan meja dipasang yang tersimpan dalam ruang simpanan belakang dikeluarkan dan terus tersedia lengkap untuk bersantai minum,makan atau apa saja anda fikirkan bersama rakan atau keluarga. Yang paling utama, melihat pemandangan pantai dan ditiup angin. Ini terbaik! Lebih baik jika kenderaan ini memang milik sendiri.
Seorang sahaja untuk setup kanopi. Mudah dan cepat.
Di badan luar motorhome, ada beberapa lagi ruang petak yang berfungsi. Ruang gas masak, sumber kuasa untuk cas kabin, ruang buang kumbahan, ruang petak untuk air dan dua ruang pintu untuk meletak barang yang sangat luas di belakang. Lebih hebat, bertukar menjadi katil untuk tidur. Ruang itu sahaja boleh diletak bermacam-macam isian besar. Saya semakin kagum.
Ruang storan ini sangat luas mempunyai dua pintu buka. Boleh diubah menjadi katil.
Di ruang atas atap motorhome, dilengkapi panel solar sebesar meja makan kecil. Solar, seperti kita semua tahu, memberi kuasa tambahan untuk kegunaan dalam kabin. Kelengkapan solar ini sangat perlu, kerana Malaysia memiliki pancaran matahari yang kuat. Hal ini menjimatkan penggunaan elektrik tradisional. Sia-sia jika tidak mengaplikasikan sumber yang ada.
Ads
Motorhome dilengkapi beberapa bateri berprestasi tinggi. Ada dua bateri di bawah setiap kerusi pemandu dan penumpang. Sebuah lagi bateri di ruang enjin. Tidak pasti apa spesifikasinya, namun Encik Haffnee menerangkan ia bateri yang tahan lama.
Saya notis satu kelebihan kabin ini. Walau di bawah panas terik, kurang atau boleh dikata tiada rasa bahang panas di badan luar kabin. Saya yakin kerana material berbeza diguna pakai berbanding kereta biasa dari aluminium atau besi yang panas dan juga cat warna putih yang memantul panas bahang matahari.
Santai sambil sesi foto. Dalam cawan takda air pun.
Sekali lagi motorhome menarik perhatian pengunjung di pantai. Ramai datang bertanya dan bergambar kenangan. Saya tersenyum. Mereka tidak tahu saya cuma tumpang motorhome ini sahaja. Berkemas kembali, semudah memasang perkakas bersantai, mudah juga kami mengemas masuk barangan tadi. Kami terus ke Klebang Coconut Shake Antarabangsa. Sekali lagi jalan sempit, namun tiada masalah untuk akses masuk dan parkir. Semuanya OK. Coconut shake sedap.
Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka untuk berehat dan bermalam. Difahamkan, resort ini menyediakan kemudahan parkir motorhome, caravan dan campervan. Ada disediakan sumber kuasa bagi pengecasan elektrik kabin, pengisian air paip dan tandas awam bagi membersihkan sisa kumbahan.
Encik Haffnee berkata “Terdapat 5 caravan parks di Malaysia. Dua di Johor (KW Caravan Park di Pontian & Desaru Caravan Park) dan tiga lagi “motorhome-friendly resorts” seperti Tanjung Bidara Beach Melaka, Umang-umang Chalet Melaka & Natasya Riverside Resort yang menyediakan fasiliti parking, tandas untuk pembuangan sisa kumbahan.”
Bermalam dalam motorhome Pengalaman bermalam dalam motorhome memang dinantikan. Setelah senja menutup tirai siang, suasana dalam motorhome lebih selesa dan privasi. Di ruang pemandu, hanya kelihatan lampu-lampu meter dan panel elektronik berwarna oren menyala. Di dalam kabin pula lain suasananya. Lampu kekuningan redup dipasang, terus mengingatkan saya pada keadaan dalam bilik hotel, cuma sedikit kecil. Selesa dan rileks. Jika ditutup terus lampu kabin dan mulakan perjalanan jauh pasti lebih seronok sambil menonton televisyen, bermain kad, saidina atau berbual-bual dan gelak ketawa dengan keluarga dan rakan. Rakan saya berangan pasti sempurna jika ada Playstation 4. Mungkin. Saya yakin, ini antara potensi utama untuk memiliki motorhome. Segalanya tentang waktu dan pengalaman yang menyeronokkan.
Ruang kokpit selesa ketika malam hari. Hanya lampu paparan warna oren yang jelas.
Di atas kepala pemandu, ada satu ruang tidur muat untuk dua dewasa. Luas. Ruang kerusi makan dan kerja diubah menjadi katil cukup untuk dua dewasa. Di bahagian belakang atas dan bawah pula, muat bagi seorang dewasa setiap katil. Kesemuanya cukup enam orang dewasa dalam suatu masa. Boleh juga menjadi lapan orang termasuk dua kerusi pemandu dan penumpang. Ini pendapat sayalah.
Ads
Dah sedia nak tidur. Semua cermin boleh ditutup tirai. Macam rumahlah senang cerita.Sesi foto malam hari dahulu. Cermin dari luar memang macam di rumah.
Menariknya dalam kabin ini, saya berasa selesa dan privasi walau ruang minimal. Saya tentukan samada memasang penghawa dingin kabin atau kipas biasa. Saya fikir, jika di Cameron atau Genting Highlands, pasti tidak perlu penghawa dingin. Ruang udara di bahagian atas memastikan udara masuk dan keluar. Setiap tingkap ada tirai privasi dan menghalang kemasukan nyamuk atau seranggana jika anda ingin membuka sedikit cermin tingkap pada malam atau siang hari.
Tirai tutup tingkap waktu malam beri privasi pada pengguna motorhome. Tidur di kerusi pemandu pun dah selesa.
Rumah dalam kereta Saya sempat mandi dan masak dalam kabin. Masak ringkas sahaja. Kari kambing paket dan mee Maggi. Sekadar merasai pengalaman sebenar. Ringkasnya, memang macam dirumah. Dapur ada tiga ruang masak. Bukan guna tong gas kecil, tapi tong gas seperti di rumah! Dibawah dapur pula ruang untuk barbeku, sebelahnya sinki basuhan, ruang atas dan bawah kabinet dapur. Sebelah sinki, ada peti ais besar lengkap dengan ruang pembeku. Atas peti ais pula ada mesin ketuhar. OK. Semua lengkap. Saya tiada rungutan pada kabin setakat ini. Bilik mandi,saya rasa seperti dalam bilik mandi hotel! Selesa, mewah dan privasi. Pakaian saya digantung dalam almari di belakang kerusi penumpang. Saya anggar boleh muat 15-20 baju jika digantung. Luas bukan?
Kami ke Bandar Melaka pula. Sekali lagi melalui jalan kampung dan kemudian masuk kawasan padat trafik. Di tengah bandar bersejarah Melaka, jalan sempit dengan kenderaan parkir dikiri kanan jalan. Sekali lagi, motorhome tiada masalah melaluinya. Sekali lagi juga kami jadi perhatian di kawasan popular pengunjung.
Encik polis juga berminat dengan motorhome.Tiada masalah di laluan sempit Melaka.
Selesai sesi foto ringkas di bandr Melaka, kami bergegas untuk makan tengahari asam pedas Melaka Hajjah Rahmah di Bukit Katil. Sangat sedap sekali lagi sebab orang belanja. Dah kenyang, kami terus bergerak pulang ke Shah Alam.
Sedap sangat bila orang belanja asam pedas
Perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat. Berada dalam motorhome pada waktu ini memang mengujakan. Saya di ruang kabin bersama rakan foto, berbincang projek video, foto dan penulisan bakal kami hasilkan. Ruang meja penuh dengan kamera, laptop, handphone, GoPro dan alatan foto/video lain. Kami seperti dalam pejabat bergerak. Sambil melayari internet, dan mengemaskini beberapa kerja. Ada soket dan USB untuk mengecas barangan elektronik kami. Kami menggunakan Wi-Fi bergerak, namun saya yakin boleh dimuatkan Wi-Fi didalam kabin ini.
Inilah kelebihan utama motorhome. Ruang luas beserta kelengkapan seperti di rumah.
Menariknya, penggunaan bahan api motorhome ini pada kadar menjimatkan. Mungkin kerana menggunakan diesel. Dari hari pertama perjalanan, minyak pada paras penuh, dan pada waktu sampai semula ke Shah Alam, minyak pada bawah sedikit separuh tangki. Satu faktor kelebihan yang boleh diambil kira.
Ringkasnya, ini satu pengalaman baru. Saya andaikan mereka yang gemar aktiviti luar, pengembaraan, dan percutian dengan motorhome pasti ingin milik kenderaan ini. Alasan utama memiliki motorhome adalah pada nilai momen dan pengalaman bercuti bersama rakan mahupun keluarga. Selain itu, kemampuan motorhome menyediakan kemudahan seperti berada di rumah. Saya beruntung dapat merasai pengalaman menaiki motorhome secara percuma. Jika saya kaya, saya pasti beli satu!
Paparan navigasi memudahkan pengembaraan anda
Ruang kokpit luas dan selesa
Ruang makan, bersantai, dan bekerja
Bilik mandi taraf hotel
Ruang meja diubah menjadi katil untuk dua orang
Katil untuk dua orang dewasa di bahagian atas kokpit memandu
Ruang dapur kemas
Ruang kabin
Katil ini boleh dilipat dan menjadi ruang stor yang luas
Katil untuk dua orang dewasa
Waktu malam dalam kabin memang cozy
Kelas pertama?
Cantik betul bilik mandi
Katil bahagian atas belakang. Pilihan penulis
Sunset dengan motorhome
Pemandangan laut cantik
Dua rumah berbeza
Santai santai petang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh. Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna 'pulau yang cantik'.
Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Destinasi ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.Pulau Pangkor, lokasi ideal jika anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti. Walaupun singkat, percutian anda akan penuh dengan aktiviti menarik.
Dah nama pun ke pulau, mestilah aktiviti air yang akan kita buat. Tetapi sebenarnya di Pulau Pangkor ada lebih daripada itu. Cuba aktiviti lain seperti yang dikongsikan oleh saudara Fariz Ali ini jika ke Pangkor.
INILAH AKTIVITI NO.1 DI PULAU PANGKOR!
Terus terang saya katakan aktiviti no. 1 yang harus anda lakukan apabila berada di Pulau Pangkor adalah BERI BURUNG ENGGANG MAKAN!! Yaaa, anda tidak silap dengar. Burung Enggang. Burung yang biasanya sinonim dengan Negeri Sarawak. Namun, di Pulau Pangkor, burung ini hidup bebas di hutan belantaranya. Anak-anak saya yang baru pertama kali melihat spesies burung ini, persoalan pertama mereka adalah. ‘’Kenapa burung ini pakai kotak kat mulut dia??’’ Manakan tidak, burung ini amat unik kerana bentuk paruhnya. Lokasi untuk melakukan aktiviti ini adalah di Sunset View Chalet, Teluk Nipah. Boleh dilakukan setiap hari pada pukul 630pm.
Menurut Pak Din, seorang penjinak burung Enggang di sini, merangkap pemilik Sunset View Chalet, aktiviti ini telah dimulakan oleh bapa beliau lagi & ianya menjadi rutin seharian keluarga mereka. Makanan burungnya mudah sahaja, pisang! Sebelum bermula aktiviti ini, anda sudah boleh melihat burung-burung ini mula memenuhi ruang legar udara & bertenggek di tiang-tinag elektrik menunggu masa untuk makan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, anda masih belum sampai Pulau Pangkor jika tidak bertemu dengan burung Enggang ini.
Hornbill Feeding, Sunset View Chalet, Lot 4461, Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Waktu aktiviti : Setiap hari, 6.30 petang
MEREDAH BELANTARA PANGKOR DENGAN ATV
Bertempat di Teluk Nipah, anda boleh menaiki ATV untuk menyelusuri belantara di Pulau Pangkor. Yang lebih menarik lagi, budak2 juga dibenarkan untuk naik bersama! Jika anda ingin menaiki ATV berdua, pilihlah saiz ATV yang lebih besar. Dengan harga pakej RM150 untuk setiap ATV, anda akan dibawa menyelusuri hutan belantara bermula di Teluk Nipah dan berakhir di Teluk Dalam sebelum menamatkan aktiviti.
Trek laluannya mempunyai 3 perhentian. Laluan pertama lebih kepada membiasakan diri dengan jentera ATV di laluan denai hutan. Laluan kedua pula diakui sebagai laluan yang paling sukar di antara semua laluan. Di sini, pemanduan anda akan diuji dengan laluan berbukit yang agak curam dan jalan yang berlubang dan berbecak. Jangan risau, akan ada penunjuk ajar…ikut sahaja teknik pemanduan yang diajar. Laluan ketiga, lebih kepada laluan santai. Anda akan dibawa melalui jalan tar berlatarbelakangkan pemandangan di tepian pantai Teluk Dalam. Sungguh indah. Seperti biasa, anak-anak memang teruja dapat naik ATV. Berangin lebih katanya.
ATV Adventure Pangkor, 6610, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Sabah sudah membuka semula kemasukan ke negeri itu berkuat kuasa 2 Jun 2020 lalu. Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Jika anda individu yang perlu kembali ke Sabah ketika ini untuk bertugas dan mempunyai lain-lain kebenaran yang telah mendapat kelulusan, ini perkongsian berguna buat kalian. Sumber daripada saudara Ibrahim Ismail yang merupakan seorang guru dan diarahkan kembali pulang ke Sabah dari Semenanjung atas urusan kerja.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, pada tanggal 4 Jun (Khamis) bersamaan 12 Syawal. Di sini suka saya berkongsi beberapa maklumat mengenai normal baharu prosedur perjalanan udara agar cikgu cikgi terutamanya yang ada anak kecil dapat buat persediaan rapi. Sebelum tu, comel je pramugari nampak sopan pakai apron PPE & goggle. Tak apa untuk keselamatan bersama kan? Ada bakat jadi scientists juga tu.
(SEBELUM)
1) Jika beli tiket AirAsia pastikan check-in dalam masa kurang dari 12 jam. Ada kemungkinan besar penerbangan anda dibatalkan. Kalau dah checked-in, maka tak dapat tukar tarikh. Walau bagaimanapun tetap boleh minta Akaun Kredit (cuma itulah berkurun nak tunggu Uncle Tony refund). Oh ya, pastikan nombor telefon yang anda letakkan semasa menempah tiket adalah tepat dan aktif sepanjang masa sebab AirAsia akan SMS kalau penerbangan dibatalkan. Ini saya berkongsi dari pengalaman penerbangan saya dibatalkan dalam tempoh 48 jam ya. Lepas tu tak dapat tukar tarikh sebab dah checked-in. Ketar tangan kikis sisa baki duit simpanan untuk beli tiket baharu. Lagi satu bayar lah untuk dapatkan seat depan agar boleh keluar awal – cabin crew akan lepaskan barisan demi barisan. (ambil combo MAKAN + 20KG LUGGAGE + SEAT RM 50 tu berbaloi – ha siap promosi AirAsia lagi).
2) SURAT POLIS (2 keping salinan). Walaupun kerajaan dah benarkan perjalanan rentas negeri buat pasangan duka lara, dan urusan kerja, anda tetap WAJIB bawa borang/permit rentas negeri. Jika penerbangan dibatalkan dan anda perlu tukar tarikh pada borang, tidak perlu isi borang baharu. Bawa borang yang sama ke balai polis dan maklumkan tukar tarikh. Download borang / permit: https://www.rmp.gov.my/docs/
3) SURAT PANGGILAN KERJA. Cetak surat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan. Kalau ada surat dari JPN / PPD / SEKOLAH sendiri pastikan tarikh yang dikemukakan adalah sebelum atau pada tarikh penerbangan. Contoh kalau kena datang bekerja pada 9 Jun, maka letaklah tarikh penerbangan atau sebelum penerbangan lagi. Contoh surat https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK
4) PASSPORT BIRU / DOKUMEN PERJALANAN TERHAD. Jangan sesekali tertinggal kunci emas ini cikgu.
(SEMASA)
1) Pakai dan bawa mask tambahan. Anda tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang tanpa mask. Bawa juga hand sanitiser kerana airport tempat yang paling mudah virus tersebar.
2) Kiosk untuk cetak boarding pass / luggage tag di lapangan terbang sekarang HANYA boleh guna QR code. Tak boleh nak pi tekan2 dah dekat skrin tu untuk elak tersebar virus dari sentuhan. Maka download sedia app QR Code dan subscribe data internet untuk telefon pintar anda. Pengguna iPhone & Xiaomi boleh guna kamera telefon untuk scan QR Code. Kalau tak ada smartphone ataupun data internet, pastikan check-in, dan cetak boarding pass siap-siap dari rumah.
3) Bungkus makanan dari rumah. Lemang, ketupat kacang hitam, rendang tok, serunding ayah, kuih raya mak, kerepek makcik antara juadah wajib di udara. Jangan berangan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun anda telah pre-book AirAsia Meals yang sedap secara online. Anda hanya akan diberikan makanan ringan dalam penerbangan (rujuk gambar). Tambahan lagi hampir keseluruhan restoran dan fastfood outlets tak buka di airport. Lainlah kalau memang berniat untuk berpuasa enam.
4) Bawa pen untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dalam kapal terbang. Sebaiknya bawa lebih agar anda dapat beramal bagi pinjam penumpang lain. Lagipun barulah nampak kredibiliti seorang guru bila bawa banyak pen kan? Haha. Pada borang Bahagian 11 (Soalan: pernahkah anda keluar dari Negeri Sabah – letak no pesawat, no tempat duduk dan nama airport semasa).
5) Perjalanan udara mengikut norma baharu adalah membosankan dan stressful. Apatah lagi bagi memenuhi penjarakan sosial, tempat duduk anda dan anak-anak dipisahkan. Tambah berjam lagi tunggu untuk swab test. Kalau anda bosan, apatah lagi anak-anak anda bukan? Maka bawalah bantal travel, toys, earphone, buku mewarna, komik, snacks, air mineral, pampers, gajet, PowerBank, laptop, rotan bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah ya.
6) Bawa sejadah mini jika tak berkesempatan untuk jamak.
(SELEPAS)
1) Photocopy Mykad & Mykid. Masa keluar dari kapal terbang sebelum ambil luggage, anda akan menunggu untuk Swab Test. Kalau ada salinan mykad & mykid serahkan terus pada pegawai terlibat. Bawa gula-gula boleh pengsan tunggu lama. Jangan risau masa tunggu ni je yang lama, lepas tu dah laju.
2) Isi borang dan ada interview sikit untuk dapatkan maklumat kuarantin di rumah (hantar borang yang kita isi atas kapal terbang tadi berserta salinan Mykad). Bersambung dengan imigresen (tunjuk borang rentas negeri / polis). Ambil luggage. Park sekejap. Swab test percuma ditanggung kerajaan 100% terima kasih kerajaan berjiwa rakyat (keluar air mata jantan jugalah haha mujur sekejap je. Tips bila cotton bud dimasukkan dalam hidung, jangan melawan.. relaks je. Rasanya macam kita korek telinga dalam-dalam dengan cotton bud, tak sakit pun cuma rasa nyilu je). Kanak2 pun diwajibkan swab test yang saya nampak betul depan saya tadi. Bayi saya kurang pasti. Lepas tu dah boleh ambil luggage dan balik tetapi sebelum sampai rumah, laporkan dulu di pusat kuarantin (ya, lapor sahaja sampai di tempat bertugas, anda dibenarkan kuarantin di rumah).
Kebetulan beberapa hari selepas MKN Negeri Sabah telah keluarkan notis mengenai kebenaran masuk ke Sabah dengan syarat mendapatkan surat pengesahan doktor dalam masa 3 hari ATAU wajib kuarantin selama 14 hari. Terpaksa memilih untuk buat Swab Test di KKIA & kuarantin sebab tak sempat nak dapatkan pemeriksaan Covid-19 di Klinik Kesihatan (KK) ataupun Hospital di Semenanjung.
Kalau menginap di hotel sebelum bergerak balik ke tempat bertugas, pastikan buat tempahan sedia dan maklumkan pada pegawai masa interview tu nama hotel anda. Tarikh kuarantin hanya bermula bila anda sampai di tempat bertugas.
Jangan terkejut Airport dah tak nampak macam Airport dah.. Nampak macam pusat rawatan /make-shift hospital untuk zon perang. Sesungguhnya kita tengah berperang melawan Covid-19!
Terima kasih pengurusan Penang International Airport (TERUTAMANYA receptionist AirAsia bernama En Fareedil Athras Bin Sohilli yang SANGAT BAIK HATI yang bukan sahaja untuk tolong semak dokumen & bahkan tolong cetak segala dokumen bagi memastikan perjalanan lancar -TIP TOP HOSPITALITY! – semoga Allah limpahkan dan berkati rezeki tuan), KKIA, Immigration (betullah orang kata imigresen Malaysia memang paling friendly lembut tutur kata tetapi tegas *nora bagi 5 bintang*) & KKM Sabah dan semua agensi yang terlibat. Walaupun ramai orang TATAP layanan sopan santun, ramah, sistematik diberikan. Boleh nampak senyuman ikhlas frontliners, backliners, sideliners dari lirikan mata mereka. Memang first class! Onsoii!
Saya faham kita semua dalam keadaan cemas, tertekan, gundah gulana sekarang. Maka apa boleh kita buat adalah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan / pengalaman yang ada agar dapat membantu sesama kita.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bukan susah dan tidak juga mudah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Sememangnya ia memerlukan persefahaman daripada kedua-dua belah pihak sebelum kebahagiaan itu dapat dilihat dengan jelas. Antara cara ‘biasa’ untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara pasangan suami isteri tidak kira yang sudah lama berumahtangga atau masih dalam mood berbulan madu adalah keluar melancong bersama.
Melancong bersama tidak semestinya perlu mengeluarkan bajet yang besar. Cukup sekadar anda mempunyai ilmu dan pengetahuan yang diperlukan samada memilih untuk ‘travel’ di dalam negara atau luar negara sekalipun.
Nah! Ini ada perkongsian travel menarik daripada pasangan suami isteri ini yang berpeluang melancong bersama ke dua buah negara jiran terdekat kita sekaligus. Paling menarik, pasangan ini memilih untuk bercuti ala ‘backpack’ dan berpeluang menggunakan pelbagai jenis pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, kapal terbang, dan motorsikal.
FULL ITINERARY TRIP BACKPACKERS COUPLE THAILAND & CAMBODIA (11 Days)
HAT YAI – HUA HIN – BANGKOK – SIEM REAP
DAY 1 {12/6/19; Wed}
• Naik bas dari paka ke TBS (11 pagi); sampai dalam pukul 4 petang
• Pergi Midvalley Mall by KTM – untuk tukar currency BAHT & USD(disarankan tukar di MY MONEY MASTER)
• Pergi ke KLIA2 by KLIA Transit – transit ke Putrajaya Sentral dulu utk murah drpd direct ke KLIA2
DAY 2 {13/6/19; Thu}
• Check in flight KUL-HDY pd 10.50am (MYR 242/2 org)
• Beli simkad di airport (THB 299/RM 40, unlimited data)
• Ambil bas airport untuk ke Hatyai Central (THB 60/RM 8)
• Check in di LaemThong Hotel (walk in; THB 1,240/RM 167 – 2 nights)
• Lunch di Kai Tod Decha Halal Restaurant (walking distance 550m)
• Pergi ke Hatyai Railway Station untuk beli tiket ke Hua Hin (THB 612/RM 82 – utk 2org – 3rd class seat; walking distance)
• Pergi jalan2 ke Lee Garden Plaza (walking distance)
• Jalan2 masuk 7 Eleven area situ
*untuk tiket train : better pilih 2nd class seat or above sbb 3rd class seat mmg murah dan jimat tapi sangat tak selesa ( sbb perjalanan dari Hatyai ke Hua Hin adalah selama 14jam)
DAY 3 {14/6/19; Fri}
• Breakfast kat Dimsum Chabura (naik grabCar THB 20/RM 3 – pakai promocode, jimat sgt)
• Ambik grabCar ke Hat Yai Central Mosque (THB 50/RM 7 – solat jumaat situ)
• Pergi jalan2 ke Kim Yong Market by grabCar (THB 45/RM 6)
• Pergi ke Khlong Hae Floating Market by grabCar (THB 220/RM 30)
*sebaiknya pergi ke Khlong Hae floating market pukul 5 ke atas sebab semua gerai dah buka
DAY 4 {15/6/19; Sat}
• Breakfast kat restoran halal berdekatan hotel (not recommended since makanan taksedap dan mahal)
• Pergi ke Hatyai Municipal Park by grabCar (THB 190/RM 26)
• Check out hotel
• Bergerak ke Hatyai Railway station untuk tunggu train pukul 6 petang
DAY 5 {16/6/19; Sun}
• Sampai Hua Hin station dalam pukul 8 pagi
• Check in di Hua Hin Euro City Hotel (walk in; THB 1,200/RM 162 -2 nights; walking distance from station)
• Beli breakfast kat gerai halal berdekatan station
• Sewa motor di seaside restaurant belakang hotel hilton Hua Hin. (THB 200/RM 27 – 1 day) ; pergi semua tempat di Hua Hin dengan motor
• Jalan2 sekejap tengok view di Hua Hin Beach
• Makan petang di Mooz Halal Restaurant (mahal sikit harga makanan kat sini tapi worth it)
• Pergi ke Cicada Market (makan pakai coupon tapi mostly xhalal n skdr utk jalan2 n beli kraftangan oklah)
• Pergi station untuk beli tiket train ke Bangkok (THB 234/RM 32 ; 2 org – 3rd class seat)
*tiket train better beli awal2 sebab cepat habis; perjalanan dari Hua Hin ke Bangkok ialah 5jam
DAY 6 {17/6/19; Mon}
• Pergi ke Santorini Park Cha-Am (fee entrance utk seorang THB 150/RM 20 ; 33km dari Bandar hua hin )
• Lunch di Kedai Makan A Bang Mana (bersebelahan dengan Swiss Sheap Farm)
• Pergi ke Swiss Sheap Farm (fee entrance utk seorang THB 150/RM 20 ; 2.8km dari Bandar hua hin )
• Pergi ke Plearnwan Vintage Village (masuk free; )
• Makan petang di Halal Muslim Food Restaurant (dekat area station)
• Hantar balik motor sewa
• Berjalan jalan di Hua Hin Night Market (walking distance)
DAY 7 {18/6/19; Tue}
• Check out hotel pada 5 pagi
• Tunggu kat station untuk train pukul 6 tapi delayed satu jam
• Bergambar di Hua Hin Railway Station (tempat tourist attraction – station Hua Hin adalah station tertua dan tercantik di Thailand)
• Sampai di Bangkok station pd awal petang
• Check in di Station Hotel (THB 480/RM 65 – 1 night; walking distance from station)
• lunch di kedai makan halal berdekatan hotel
• Waktu malam jalan2 di MBK Center utk shopping sikit by bus (THB 30/RM 4 ; souvenirs kat sini murah)
DAY 8 {19/6/19; Wed}
• Check out hotel pada awal pagi (beli makanan kat 7E utk bwk bekal ke Cambodia)
• Ambil grabTaxi ke Don Mueang Airport (THB 361/RM 49)
• Check in flight DMK-REP pd 10:10am (THB 2,330/RM 314 – 2 org ; tiket beli awal2 kt Malaysia)
• Sampai di Siem Reap pd pukul 12tghri (tempah tuk tuk selama 3hari setengah USD 45/RM 187 dr Malaysia dgn local siem reap Haty Ly – semua tempat pergi dengan tuk tuk)
(recommended dan kalau bpuas hati dgn servis dia pandai2lh bagi tips ye ?)
• Terus lunch di restoran halal Siem Reap Backpackers Restaurant
• Check in hotel (USD 50/RM 208 – 3 nights)
• Pergi ke Cambodian Cultural Village (fee entrance utk seorang USD 13/RM 54)
• Pergi ke Artisan Angkor Workshop (free entrance)
DAY 9 {20/6/19; Thu}
• Pergi ke Angkor Wat (fee entrance utk seorang USD 37/RM 154) (menikmati pmandangan matahari terbit)
• lunch di restoran halal lain yg berdekatan area hotel
• pergi ke Lotus Farm pd petangnya (fee entrance utk seorang USD 0.5/RM 2)
• pergi ke Tasik Tonle Sap (fee entrance utk seorang USD 15/RM 62 – kena tipu perlu bayar USD 20 pula utk pusing2 area floating village, so overall kt sini habis dlm USD 50/RM 208)(dpt juga menikmati pmandangan matahari terbenam ?)
• Makan malam di Muslim Famliy Kitchen
DAY 10 {21/6/19; Fri}
• Pergi ke Angkor Silk Farm (free entrance)
• Pergi ke Mini Killing Field Siem Reap (free entrance)
• Santai2 rehat di kolam hotel
• Makan malam di Siem Reap Backpackers Restaurant
DAY 11 {22/6/19; Sat}
• Check out hotel jam 6 setengah pagi
• Check in flight REP-KUL pd 8.35am (USD 126/RM 523 – 2 org)
• Sampai KLIA2 pd pukul 12 tghri
JUMLAH KOS TERLIBAT (TAK TERMASUK MAKAN & SOUVENIRS & MEDICINE)
KOS UTK 2 ORG
JUMLAH KOS KESELURUHAN = HATYAI + HUA HIN + BANGKOK + SIEM REAP
= RM 2,890
Pesanan ikhlas:
Tipulah kalau xde mslh time travel. So juz pesan awal2 time travel pastikan duit di simpan elok2 kemas Sntiasa dgn kita dan letak kn duit emergency di mana2 sbb ada byk kes pnyeluk saku di mana2 tapi alhamdulillah kat kami xde mslh ini.sekadar mngingati.
Sewa motor di hua hin Sgt mjimatkan kos kami.. Sewa utk shari baru 200 baht(Rm27)dan isi minyak dlm 80 baht (Rm11)
Kos kami spatutnya boleh murah lagi kalau beli tiket awal means beli tiket awal 2 atau 3 bulan atau time promosi.. Tapi projek kami ni beli tiket on the spot minggu tu jugak lepas raya. Mahal sikitlh.
Kalau di Cambodia, smua bayar pakai usd.. Elakkan mbeli di kedai runcit biasa sbb nnti dia akan ketuk skit bila costumer itu pelancong.. Dh terkena ?. Better beli di kedai Mart(mcm ala2 seven eleven gtu.
Kalau di tasik tonle sap, siem reap(Cambodia) better minta pmandu tuk tuk atau org local belikan tiket sbb dpt harga murah atau spatutnya dlm 15 dollar usd seorang. Kalau pergi sndri kena ketuk around 25 ke 30 dollar usd srg.Pastikan masuk dlm group yg besar masa nk bjalan coz kami dh terkena smpai di sana.. Kena bayar 40 dollar(20 usd seorang) lagi utk pusing2 kampung atas air… Spatutnya xperlu bayar dh.. Tapi sbb kami berdua so sy bkeras minta kurang smpai 20 dollar utk 2 org n lastly baru diorng accept(even kte dh tahu diorng nk tipu kita (pelancong) tapi kte kena layan kn coz kte kat tgh2 tasik time tu).Byk lagi trick diorng di sana suruh buat charity utk anak2 Yatim belikan beras utk anak2 Yatim apa smua tapi sbenrnya itu cara diorng perah pelancong.. So berhati2 OK.. Mujur org local driver tuk tuk n adiknya byk mbantu dan mberi nasihat.
Kos Makan Di Thailand
Bergantung pada selera dan modal Masing2, biasanya sy dgn wife mkn sedap2 pun paling mahal 600 bath(rm80).
Kos Makan Di Cambodia
Average harga smua dlm usd tapi paling murah kami mkan berdua dlm 6 dollar (rm25) lebih dan paling mahal pun dlm 12 dollar(rm50) utk 2 org.
LIST OF TOURIST ATTRACTION
Since dalam itinerary tu tak banyak tempat menarik pergi (kekangan waktu dan duit), saya senaraikan tempat2 yang tak rugi kalau nak pergi sana.
1. Hatyai
• Lee Garden Plaza
• Kim Yong Market
• Dimsum Chabura
• Samila Beach
• Masjid Taj Mahal
• Champ Puak Camp
• Khlong Hae Floating Market
• Asean Night Bazaar
2. Hua Hin
• Hin Lek Fai View Point (FREE)
• Santorini Park (150 baht)
• Swiss Sheep Farm (150 baht)
• Camel Republic (150 baht)
• 1000 Sook & Food Farm (50 baht)
• The Venezia (300 baht)
• Plearnwan Vintage Village (FREE)
• Hua Hin Railway Station
• Hua Hin Beach
• Cicada Night Market
• Chatsila Market
• Mrigadayavan Palace (30 baht)
• Oasis x Seenspace
• Rajabhakti Park (FREE)
3. Siem Reap
• War Museum (5 usd – RM 20)
• Cambodian Cultural Village (13 usd – RM52)
• Angkor Artisan Workshop (FREE)
• Silk Farm (FREE)
• Mini Killing Field (FREE)
• Royal Residence (FREE)
• Lotus Farm (0.5 usd – RM2)
• Tonle Sap Lake (15 usd – RM60)
• Angkor Wat (37 usd – RM100++)
Boleh share ye untuk rujukan bagi sesiapa yang ingin pergi.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...