Bermula 18 Mei 2022 kemasukan pengembara ke Indonesia tidak lagi memerlukan ujian PCR, dah ramai yang ambil peluang untuk bercuti ke negara ini setelah dua tahun sempadan ditutup kerana pendemik.
Selain menikmati keindahan pemandangan dan kecantikan muka bumi yang ada di sini, Indonesia juga cukup terkenal dengan variasi makanannya yang enak selain kos yang tidak terlalu mahal untuk bercuti di sana.
Berkesempatan melawat ke Jogja yang terkenal dengan julukan Kota Batik Dunia, Abdul Muhaimin Roslan berkongsi itinerari lengkap dengan kos ketika bercuti ke sana baru-baru ini di group Facebook Bacpackers Buddies Malaysia (BBM)
Dah tak perlu PCR untuk yang dah lengkap vaksin, hanya perlu travel insurans sahaja, siapa yang dah ada plan untuk bercuti ke Indonesia dah boleh usha tiket kapal terbang dan jadikan perkongsian ini rujukan untuk yang ingin melawat Jogja nanti.
Ikuti perkongsian Abdul Muhaimin Roslan ini:
Trip Ke Jogja
Salam sejahtera semua
Nak share dengan geng BBM itinerary di Jogja Kota Batik Dunia
3 hari 2 malam (20-22 Mei 2022)
KUL – JOGJA – KUL
Bermula 18 Mei 2022 nak masuk Indonesia tidak perlu lagi PCR bagi individu dah lengkap vaksin, individu yang tidak lengkap kena buat PCR
Travel insurance kena beli
Install Apps PeduliLindungi
Harga yang diletakkan di dalam itinerary adalah dalam mata wang rupiah
————————–
DAY 1 – 20 MEI (JUMAAT)
5.30 pm – Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta
Airport Baru mengambil masa satu jam setengah untuk ke Bandar Jogja
Airport lama 5 minit je ke Jogja
Airport lama dah tak beroperasi lepas siap airport baru
Checkin Hotel Malioboro
Dekat dengan pekan Malioboro
Jalan kaki kalau nak pergi pekan/beli barang
Dinner local food @Gudegsagan di pekan Malioboro
Boleh cuba masakan tempatan
Berjalan di sekitar pekan Malioboro
Boleh cuba kopi original padu @Kopi Joss
————————–
DAY 2 – 21 MEI (SABTU)
5.00 am- Jurang Tembelan 3k/pax
Kena gerak awal pagi supaya dapat bergambar dengan kabus
Jalan tak sesak
Hutan Pinus 10k/pax
Breakfast @Griya Dahar “Mbok Sum”
Masakan ayam kampung terbaik
Port makan Presiden Jokowi
Goa Jomblang 500k/pax
Digalakan memakai pakaian sukan untuk aktiviti lasak
Kasut dan safety helmet disediakan
Lunch box and air mineral diberikan selepas selesai aktiviti
Timang Beach
Wajib makan LOBSTER!
Kami order yang 650k/3pax – (6 Lobster, Sotong Goreng Tepung, Sayur, Tempe Pedas, Nasi dan Ice Lemon Tea)
Jeep to Timang Beach – 350k/3pax
Gondola WAJIB try okay! – 200k/pax. Best! Hanya di Jogja
Jambatan gantung 100k/pax
Malam – Bukit Bintang 20k/pax
View malam bandar Jogja
Live music
Terpaksa batal hujan lebat
————————–
DAY 3 – 22 MEI (AHAD)
4.30 am – Sunrise Mount Merapi
Naik Jeep – 450k/3pax
Bunga Merapi
Batu Alien
Mini Museum Merapi
Bunker Kaliadem
Breakfast @Kopi Bukan Luwak
Candi Ploasan 10k/pax
Candi yang tiket paling murah sebab under government
Candi lain entrance mahal sebab bawah private
Supir pandai nego
Kedai Batik
Batik asli jawa
Masjid Gedhe Kauman (free entrance)
Antara masjid paling lama di Jogja
Masjid kegunaan raja
Checkout hotel
Perlu gerak awal, jalan ke airport satu jam setengah dari Jogja dengan jalan sesak lagi
Going back to Malaysia
————————–
TRIP TO YOGYAKARTA
Kami ambil Supir Mas Agus untuk 3 hari.
Supir Tip Top! Service transport terbaik. Bilang aja mau ke mana, pasti akan dibawa Very recommended
Mas Agus so kind, friendly and punctual! Banyak cerita pasal bandar Jogja Kota Istimewa ni
Whatsapp Mas Agus +62 819 627065
PM Mas Agus buat group whatapps bincang plan lebih detail
Sepanjang tiga hari kami tak beli simcard, hanya menggunakan hotspot Mas Agus dan wifi hotel
Mas Agus bagus bangat sampai kasut dia pun boleh pinjam
For 3 days, dalam masa yang singkat kami dapat cover around 15 attraction places in Jogja
So guys, apa lagi! Start planning your holiday. Enjoy
For more photos:
Instagram: @abdul.muhaiminroslan @zaha_zn @fendiaristrio