Perlis yang merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, menyimpan pelbagai khazanah hutan yang amat berharga. Taman Negeri Perlis merupakan hutan sekunder yang terdiri daripada Hutan Simpanan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.
Lokasinya yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand juga antara sebab utama taman negeri ini merupakan destinasi yang perlu dilawati kerana terletak berhampiran lokasi destinasi membeli-belah Padang Besar dan Wang Kelian.
Ia juga merupakan hutan simpan tertua di negara ini dengan sebahagian besar Banjaran Nakawan terdiri daripada formasi batu kapur berusia kira-kira 500 juta tahun. Puncak tertinggi yang terdapat di Taman Negeri Perlis ini merupakan Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter. Jika berada di Gunung Perlis, anda sebenarnya berada di titik paling hujung di utara Semenanjung Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuk meneroka Gua Kelam. Taman Negeri Perlis juga terkenal dengan pembentukan gua batu kapur yang mempunyai laluan air bawah tanah iaitu Gua Kelam.
Sejarah Gua Kelam
Ada yang kata Gua Kelam merupakan laluan orang bunian pada masa dahulu. Tetapi kebenarannya Gua Kelam pada satu ketika dahulu menjadi salah satu tapak aktiviti perlombongan. Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun dahulu dan kawasan itu merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan di negara ini. Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan.
Ads
Namun hari ini, rata-rata pengunjung yang datang ke Gua Kelam adalah untuk menghayati keindahan alam serta berkelah bersama keluarga, selain melakukan aktiviti mandi sungai yang begitu menyeronokan.
Pengunjung boleh memilih lokasi untuk mandi-mandi di bahagian luar atau disebalah dalam di sebalik Gua Kelam. Jika hari hujan, pengunjung disarankan tidak sesekali untuk mandi di kawasan ini kerana arus air yang mengalir sangat deras dan boleh mengacam keselamatan.
Ads
Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaan suasananya yang kelam menyelubungi gua ini dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap.
Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong bijih timah sempena kegelapan gua itu sendiri. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua. Gua Kelam menyediakan laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 km meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai.
Maka untuk memudahkan pengunjung merentasi ke dalam gua ini, kemudahan sebuah jambatan gantung dengan cahaya lampu malap berwarna-warni yang menarik telah disediakan.
Ads
Ada aliran air bawah tanah sepanjang lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Ia merupakan fenomena semulajadi yang terbentuk dengan sendirinya. Cukup mengkagumkan! Kalau bernasib baik anda berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan seperti ular, kelawar atau labah-labah.
Secret Garden
Melepasi jambatan gantung di mulut Gua Kelam, mata pengunjung bakal dihidangkan dengan panorama hijau yang cantik dan menarik. Kawasan tersebut diberi nama Secret Garden dilatari dengan persekitaran landskap yang begitu terancang. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti ‘hub’ untuk bersantai, tapak perkhemahan, laluan penjalan kaki, dan kerusi rehat. Luangkan masa mengambil gambar kenang-kenangan bersama yang tersayang disekitar taman ini sebelum keluar dari gua.
Port Dickson sering menjadi pilihan sebagai destinasi percutian kerana terletak tidak jauh dari Lembah Klang dan juga negeri-negeri lain di Selatan Semenanjung Malaysia. Kat sana juga banyak pilihan penginapan mengikut kesesuaian dan keselesaan serta bajet korang sendiri.
Eagle Ranch Resort yang terletak di Port Dickson antara resort yang boleh dijadikan pilihan penginapan kerana mempunyai banyak aktiviti dan juga kemudahan yang terbaik untuk para pengunjung.
7 Jenis Penginapan
Di resort ini terdapat 7 jenis penginapan untuk korang pilih. Mempunyai lebih kurang 123 bilik, ini jenis bilik yang ada di sini:
Teepee
Bandwagon
Log cabin
Kampung house
Eagle terrace
Paddock chalet
Dorm
Fasiliti terbaik
Bagi yang berkeluarga, fasiliti seperti kolam renang menjadi keutamaan. Di Eagle Ranch Resort, korang boleh dapat semua itu, malah mereka mempunyai kolam renang yang besar dan luas.
Kalau menginap kat sini juga korang tak perlu risau tentang makanan kerana terdapat restaurant dan café yang menyediakan pelbagai jenis hidangan dari makanan tempatan sehinggalah makanan barat.
Sesuai untuk Family Gathering & Team Building
Mempunyai keluasan 19 ekar, tempat ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi family gathering atau mengadakan team building. Kawasan yang luas membolehkan korang mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan di sini.
Antara aktiviti yang boleh korang buat kat sini adalah:
Paintball
Berakit
Memanah
Go kart
Flying fox
Paddock ride
Taman arnab
Berbasikal
Bola sepak bubble
VR game
Ping pong
Bola tampar
Bola keranjang
Futsal
Dirt buggy
Sukan air
Pendek kata kalau nak bonding dengan keluarga sambil buat aktiviti best, kat sinilah tempatnya!
Alamat: Lot 544, Batu 14, jalan Pantai, PD, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sudah diketahui ramai, Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan.
Malah ada menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk penggambaran drama atau gambar pra perkahwinan.
Untuk maklumat pengunjung, waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Red House ini pada asalnya dikatakan merupakan tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan itu yang sudah wujud sejak 1879. Jeti di lokasi terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.
Berkesempatan ke Georgetown jangan lupa singgah sebentar di lokasi baru tumpuan ramai ini ya. Elakkan datang ke kawasan ini ketika air laut sedang surut agar anda tidak pulang dengan hampa tanpa dapat membidik foto yang menarik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Denda larangan merokok di premis makanan telah berkuatkuasa awal tahun baru lalu. Ramai dalam kalangan perokok meminta agar sedikit kelonggaran diberikan dengan menyediakan kawasan khas untuk merokok di premis makanan.
Namun permintaan tersebut tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini. Premis makanan tidak dibenarkan menyediakan ruang khas untuk merokok buat pelanggan di dalam kawasan operasi perniagaan mereka.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peraturan itu termasuk dalam arahan yang menetapkan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka sebagai jarak kawasan larangan merokok.
Sekiranya kedai makan menyediakan ruang khas merokok di luar kawasan (lingkungan tiga meter), ia bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kami telah mengadakan perbincangan dengan PBT. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin akan mempertimbangkan premis makanan untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok (dan bukannya ruang khas untuk merokok),” katanya.
Setiap premis makanan perlu mengikut lesen beroperasi restoran yang dikeluarkan pihak PBT dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya peraturan tidak dipatuhi.
Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka, namun perokok masih dibenarkan merokok pada jarak tiga meter dari luar restoran terbabit.
Pada 1 Jan 2020, Kementerian Kesihatan melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan merokok di tempat makan dengan kompaun maksimum sehingga RM350.