Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu.
Hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di kedua-dua resort ini memang menjadi idaman setiap pelancong kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Menariknya, Rawa Island Resort ada menyediakan gelongsor khas kepada tetamunya yang mahu berseronok dengan aktiviti air sambil mandi laut di tepi pantai.
Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.
Jom layang foto-foto kenangan dan tip percutian ke Rawa, sumber daripada saudara Rais Ramli
Perjalanan 4 jam dari KL ke Jeti Mersing melalui exit tol Ayer Hitam, Felda Nitar dan terus ke Mersing. Waktu balik nanti boleh lah singgah beli pasu ke anak patung ke..hihi
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Boulder Valley Glamping di Teluk Bahang, Penang, menawarkan gabungan unik antara glamor dan berkemah. Bayangkan dikelilingi hutan hujan yang subur sambil menikmati kemewahan moden.
Berikut adalah beberapa butiran penting tentang tempat tersembunyi ini:
Boulder Valley Glamping terletak di tengah hutan hujan di Teluk Bahang, Penang. Lokasinya yang strategik memastikan setiap bilik mendapat cahaya matahari dan udara segar secara langsung.
Tapak glamping ini mempunyai khemah yang telah dipasang, membolehkan anda merasai keindahan alam tanpa mengorbankan keselesaan.
Anda akan menemui vila khemah berhampiran kolam renang, dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan. Penyaman udara memastikan keselesaan anda, dan ada juga teres untuk menikmati pemandangan sekitar.
Nikmati tempat letak kereta percuma, internet berkelajuan tinggi, dan kolam renang. Restoran di tapak menyajikan hidangan lazat, dan keluarga boleh menerokai aktiviti untuk kanak-kanak. Tempat ini adalah pelarian sempurna dari kesibukan bandar.
Sementara anda menginap di Boulder Valley Glamping, pertimbangkan untuk melawat tarikan seperti Escape Penang (taman tema), The Habitat Penang Hill (untuk pencinta alam), dan Kuil Kek Lok Si (keajaiban seni bina).
Sama ada anda mencari ketenangan atau pengembaraan, Boulder Valley Glamping menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di tengah-tengah alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut Pulau Perhentian, pasti ramai di kalangan kita dah sampai ke pulau ini. Ia terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
Disebabkan ada dua pulau besar dan kecil, mana satu lebih syok bercuti? Dikongikan oleh oleh pengguna fb, Ahmad Syakir di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM), korang boleh buat pilihan nak ke mana selepas baca penerangan dikongsikannya ini.
Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi hentam sajalah labu. Asalkan saya dapat share info dengan semua.
Pertamanya yang wajib adik kakak semua tahu. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada DUA pulau yang utama.
1. PERHENTIAN KECIL 2. PERHENTIAN BESAR
Setiap pulau ni ada banyak pantai. Jadi korang kena study, tempat mana yang korang nak tuju. Untuk mudahkan pemilihan tempat, korang kena baca sampai habis tulisan ni..
PULAU PERHENTIAN KECIL
Kat sini ada macam-macam nama pantai. Paling femes Pasir Panjang / LONG BEACH. Apa pun Long Beach ni tak sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas sebab kebanyakkan penginapannya jauh daripada Jeti dan suhu panas dia berbeza dengan lain-lain tempat di Perhentian ni. Kalau rasa nak menginap di Long Beach juga tu boleh, tapi fulusnya mestilah lebih.
Bagi yang nak percutian lasak, padat aktiviti boleh pilih menginap di Perhentian Kecil sebab banyak tempat boleh terokai. Korang hanya perlu rajin berjalan sebab kat Perhentian memang tak ada kereta.
Salah satu tempat hiking ialah Hiking Windmill. Kalau korang menginap di LONG BEACH / CORAL BAY / D’LAGOON boleh terus ke windmill tanpa perlu bayar apa-apa caj tambahan dah.
Keduanya beromantik dengan yang tersayang sambil layan sunset. Bagi yang menginap di Long Beach, boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Coral Bay untuk layan sunset ni. 5.30 petang pergi la. Boleh lepak ‘kupi-kupi’ dulu sementara tunggu matahari terbenam.
Sebelah malam pula ada night fireshow di Long Beach. Kalau menginap di Coral Bay, korang boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Long Beach. Paling penting sediakan Torch Light la. Sebab laluan pejalan kaki tu takda lampu jalan.
Bagi yang menginap di FISHERMAN VILLAGE pula, boleh ambil water taxi ke Long Beach kalau nak tengok fireshow ni. Tambang sekitar RM30 seorang pergi dan balik.
Kalau yang berkeluarga, nak menginap di Perhentian Kecil, saya suggest sangat-sangat korang menginap Fisherman Village ni. Makanan pun murah, anak-anak boleh mandi pantai juga.
PULAU PERHENTIAN BESAR
Pulau Perhentian Besar pula sesuai untuk yang nak buat aktiviti ringan-ringan. Lebih kepada nak relax, berkasih sayang sambil kayuh transparent kayak.
Perhentian Besar lebih mesra kanak-kanak dan warga emas sebab kebanyakkan biliknya dekat dengan pantai dan hampir kesemua resort ada jeti mereka sendiri. Suasana lebih tenang dan ada banyak pokok untuk berteduh sambil layan anak mandi pantai.
Apa yang menarik di Perhentian Besar ni, hampir semua tempat snorkeling ada di sini. Shark Point (Area Flora, Fauna), Turtle Point area Coral View Island Resort, Coral Garden dan paling unik Lata Air Berani pun di Perhentian Besar juga ye.
Kalau rasa pening nak pilih menginap kat mana, cuba rojer saya. Saya akan bagi lebih info untuk anda.
1.Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu.
2. Lagi satu airport Kuala Terengganu taka ada bas murah lalu, nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.
3.Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.
4. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.
5. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup. Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti. Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rase?
6. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?
TIPS PILIH PAKEJ MESTI TENGOK
PENGINAPAN:-
Long Beach :- Tempat cantik untuk mandi pantai lebih mahal tapi bising sebab setiap malam ada beach parti dengan pertujukan api.
Coral bay :- tempat cantik tapi pantai dia tak berapa cantik untuk mandi tapi bolehlah sebab banyak coral sakit kaki pijak. Tapi tenang banyak tempat cantik untuk bergambar. Tempat makan ada kat restoran kecik depan tu. Nak makan malam ada kat ombak dive resort tapi makanan dia harga standart pulau.
– Kampung nelayan senang nak dapat makanan-makanan pun murah berbanding tempat lain tapi jauh dengan Long Beach. Yang budget boleh la duk sini.
Perhentian besar sunyi sikit tapi sesuai pergi dengan family.
– Snorkeling point berapa point.
– Sekali dengan makan or tak kalau duduk tempat yg jauh dari restaurant ambik la pakej makan siap-siap.
– Elektrik ada yang 7 sampai 7 elektrik ada 24 jam so kalo jenis tak duduk bilik ok. Kalau jenis duk bilik tengahari memang panas lagi-lagi peak season.
– Peak season selalu harga peak mahal pada harga biasa.
– Bot pergi dan balik
Bot ni tak sampai tepat masa ikut keadaan ada lambat sangat, jadi sesiapa yang flight awal 2 tu or bas awal ambik awal sikit. Bot last pukul 5.
CHALET DAN RESORT
PULAU PERHENTIAN KECIL CORAL BAY Shari -La Island Resort Ombak Resort Ewan’s Palace Fatimah Chalet Aur Bay Chalet Amelia Chalet Maya Chalet Senja Bay Resort Butterfly Chalet
LONG BEACH D Rock Garden Chalet Lemon Grass Chalet Chempaka Chalet Mohsin Chalet Bubu Villa Trivoli Guest House Bintang View Chalet Matahari Chalet Panorama Chalet Symphony Chalet Sunrise Inn Bubu Resort Moonlights Chalet Cocohut Chalet Tropicana Inn Tivoli Inn Mimpi Resort Harrera Chalet
AKTIVITI Masa free time boleh :- – Mandi pantai – Kayak – Atau pun hiking ke windmill
Yang duduk kg nelayan kalau nak pergi windmill baik ambik bot tambang sebab memang jauh sangat-sangat. Windmill tu bahaya sikit, kalau kat tangga tu berhati-hati ye. Sapa-sapa yang pergi pulau perhentian tak ambik gambar kat sini bagi saya tak complete.
– Ambik gambar kat Shangrila Chalet Carol Bay matahari terbenam memang superb. – Ambik gambar matahari terbit dekat Long Beach – Waktu malam tempat paling hidup dekat Long Beach tengok pertunjukan api sampai dia main dekat tepi pantai. Memang cantik sangat rugi tak tengok part last tu lepas. Pada yang yang muslim baik baliklah sebab dah start beach party joget-joget.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...