Taman Tasik Titiwangsa Ditutup Hari Ini Untuk Operasi Tembak Gagak Yang ‘Menjelikkan’ Pengunjung

Share

Pembukaan semula Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara akhir tahun lalu dengan wajah baru sentiasa dinanti-nanti orang ramai untuk beriadah di Taman Tasik Titiwangsa.






Keterujaan setiap pengunjung dapat dirasai dengan melihat kepada kawasan taman berkenaan yang sesak dengan kenderaan, dan boleh dikatakan ratusan manusia dari pelbagai lapisan umur memenuhi hampir setiap inci ruangan taman pada setiap hari terutama pada cuti hujung minggu. Namun kehadiran burung gagak yang banyak di kawasan berkenaan merosakkan persekitaran dan memberi ketidakselesaan kepada pengunjung.


Oleh iu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula hari ini 10 September dari jam 6.30 pagi hingga 2 petang. DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak. Operasi ini dijalankan berikutan aduan orang ramai terhadap kehadiran burung berkenaan yang mencemarkan alam sekitar. Selain bagi mencegah daripada kekotoran najis burung gagak yang menyebabkan kacauganggu di kawasan rekreasi tumpuan awam terbabit.


Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan. Penduduk sekitar juga diminta tidak cemas atau terkejut sekiranya terdengar bunyi tembakan seawal jam 6.30 pagi ketika operasi sedang dijalankan.


image via google

IKLAN