Laman Facebook rasmi Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) memuat naik status premis tersebut ditutup sementara bermula 16 Disember 2019 hingga pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Rata-rata pengunjung terkejut dengan status tersebut dan tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal. Ini kerana ada yang sudah sampai di hadapan taman tema tersebut namun kecewa tidak dapat masuk.
Minggu lalu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu MAPS tidak akan ditutup walaupun gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment). Menurut beliau, Perak Corporation Berhad (PCB) dan anak syarikatnya Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) akan berbincang dengan pihak bank berhubung perkara itu.
MAPS yang dibina dengan kos RM520 juta dibuka secara rasmi pada Jun 2017.
Ads
Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menganjurkan acara jualan bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 26 hingga 31 Ogos bagi membantu peruncit KLIA mencapai pasaran yang lebih meluas.
Acara ini akan berlangsung di Level 5, Departure Area dan Anjung Tinjau di KLIA Main dengan potongan sehingga 70 peratus untuk produk kosmetik, minyak wangi, cokelat. Turut mengambil bahagian beberapa jenama ekslusif seperti Eraman, Valiram, Heinemann dan Lagardere
"KLIA Crazy Sale" diadakan bertujuan untuk membantu pihak industri dan rakan peruncitan menangani impak COVID-19 dengan memberikan tawaran yang unik seperti diskaun luar biasa bagi produk eksklusif yang tidak dikenakan cukai kepada orang awam.
Ia juga bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi penganjuran Pesta Pelancongan Mini Cuti-Cuti Malaysia sempena acara jualan itu. Penganjuran Pesta Pelancongan Mini Cuti-Cuti Malaysia adalah sejajar dengan strategi bersama Dorongan Taktikal Domestik yang telah dibangunkan dengan Tourism Malaysia bagi merangsang pemulihan pelancongan dan ekonomi.
Tidak kurang menariknya, pada acara ini juga ada tawarkan Pakej "Staycaption" iaitu Lapangan terbang pertama oleh Hotel Sama Sama KLIA bagi keluarga yang mahu menikmati lawatan eksklusif beserta cabutan nombor bertuah setiap hari. Selain membeli-belah, ada aktiviti menarik lain yang disediakan iaitu simulasi kebakaran di stesen bomba KLIA.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika selamat ini hotel menjadi tempat persinggahan sementara bagi melepaskan lelah dan bermalam sebelum berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Namun disebabkan pandemik, banyak hotel yang terkesan dengan situasi ini. Malah ada yang terpaksa menutup operasi.
Justeru pelbagai cara dilakukan menjana pendapatan dan salah satunya menyediakaan khidmat rawatan dan pusat kuarantin bagi pesakit Covid-19 terutama berisiko rendah.
Kumpulan hotel jenama tempatan, Royale Chulan Hotels & Resorts bekerjasama dengan Megaklinik Zahran bagi menawarkan khidmat rawatan dan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 berisiko rendah di Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin berkata, kerjasama itu diwujudkan selepas melihat pesakit Covid-19 sukar mencari ruang sesuai di dalam rumah bagi mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain.
Selain itu, katanya, ia bagi mengurangkan kegusaran pesakit bagi mengharungi detik-detik berdepan dengan virus Covid-19.
“Sejumlah 230 kamar lima bintang menawarkan ruang kepada pesakit bagi menjalankan kuarantin dengan lebih selesa. Lebih penting, terdapat pasukan perubatan terlatih untuk memantau tahap kesihatan mereka pada setiap masa.
“Pakej yang disediakan ini termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta pemeriksaan kesihatan harian sebanyak tiga kali sehari,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas Badrul Rezal, pakej berharga RM250 satu malam itu turut menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma kepada pelanggan, selain diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi untuk makanan dan minuman yang dihidangkan di bilik pesakit.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi Royale Chulan Kuala Lumpur di talian 03-26889688.
Sejak tahun 1998 , Amcorp Mall menjadi pusat aktiviti menjual dan membeli barangan lama dan juga terpakai. Kini ia terkenal sebagai pasar lambak tertutup yang menjadi tumpuan ramai bagi mereka yang meminati barangan unik dan antik. Inisiatif ini tercetus hasil dari inspirasi pasar antik yang terkenal di dunia, pasar Portobello Road di United Kingdom.
Pada mulanya, pasar tertutup ini dijalankan secara kecil-kecilan iaitu di aras bawah pusat membeli-belah Amcorp Mall. Kini setelah 19 tahun beroperasi, jumlah penjual meningkat lebih 300 orang meliputi empat aras mall ini pada setiap minggu ( Sabtu dan Ahad).Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka yang mahu menjana pendapatan di samping menawarkan ruang buat penggemar barangan antik dan item collectible berkongsi minat masing-masing.
Bersempena pameran Collector’s Pick anjuran Amcorp Mall, pasar tertutup ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pasar lambak terbesar di negara ini. Rekod berkenaan diberi kepada Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp dalam majlis ringkas yang disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohamad Taiyab.
Sijil pengiktirafan itu diserahkan Timbalan Pengurus Besar MBR, Mohamad Alex Edward kepada Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp, Mohamed Tawfeek Hassan pada majlis perasmian pameran ‘Collector’s Pick’ dan pelancaran buku ‘Flea Market Galore’ tulisan Azhari Mahmood.
Mirza dalam sidang media berkata, Amcorp Mall berjaya memastikan kelangsungan pasar lambak sejak 1998 yang menjadi tumpuan pelancong asing di negara ini. Usaha ini akan kekal berterusan dan dengan tercetusnya buku ‘Flea Market Galore’ ini diharapkan masyarakat setempat dan pelancong asing menjadikan pasar lambak di sekitar Malaysia sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi mencari barangan unik mahupun barangan antik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...