Setiap kali mandi kolam di taman tema, apa yang bermain di fikiran kebanyakan ibu-ibu ialah penjagaan aurat. Ini kerana amat jarang ada pembahagian tempat mandi antara lelaki dan perempuan kerana taman tema biasanya amat luas.
Namun untuk ibu-ibu yang mahu berlibur dan masa yang sama menjaga batas aurat dengan bukan muhrim, bolehlah berkunjung ke Taman Tema Sekin Wonderland.
Baru saja dibuka sepenuhnya, taman tema terletak di Sekinchan ini menyediakan tempat mandian khusus untuk Muslimah. Jadi tak perlu risau tentang aurat dah untuk mandi manda di tempat ini.
Tempat mandian muslimah disediakanTaman Tema Sekin Wonderland tarikan terbaru di SekinchanLuas dan harganya berbaloi untuk mandi manda
Untuk mandi manda ke sini, kosnya masih boleh tahan iaitu RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak namun kalau datang berkumpulan iaitu lima orang, kos masuk ke sini hanya RM100 sahaja.
Ads
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad, bagi hari weekday boleh mandi manda seawal jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dan weekeed pula dilanjutkan hingga jam 11.59 malam. Jadi boleh mandi sepuas-puasnya.
Kalau dah penat mandi, perut pula terasa lapar, boleh pekena ikan bakar yang ada dijual di sini dan biasanya ikan bakar ini ditutup setiap hari Isnin.
Ads
Ads
Terkenal dengan kehijauan sawah padinya, ada banyak lagi tempat menarik untuk diterokai di Sekinchan.Bahkan taman tema milik muslim ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk bermain ATV, basikal elektrik, dewan mesyuarat, dewan besar serta hotel penginapan juga ada di sini. Ada sebanyak 150 buah bilik yang bersedia menerima pengunjung.
Jadi, hujung-hujung minggu, bolehlah berlibur di sini. Gambar : FB Sekin Wonderland Theme Park
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerana apa? Kerana pantai di El Nido yang terletak di Pulau Palawan ini mendapat jolokan antara pantai yang tercantik di dunia. Tambahan pula, Filipina adalah negara yang berjiran dengan Malaysia, jadi mestilah peluang yang ada tak akan dilepaskan untuk travel ke sini.
Jadi, entri ini Romi Zunaidiada perincian dan info menarik untuk anda travel dan bercuti especially yang nak travel solo ke El Nido, Filipina! Semoga bermanfaat untuk semua..
p/s: perkongsian dari Romi Zunaidi ini tidak diubah sedikit pun dan penulisan beliau dikekal 100% dalam bentuk original.
Simple Itinerary Solo Traveller
El Nido, Palawan (25-31Jan 19)
Antara pulau tercantik di dunia yg terletak di Philippines.
Perbelanjaan Semua
Tiket Flight+Tour+Penginapan+Van+Mkn/Minum+Tuktuk2+Lain-lain personal = RM1800++
Penginapan
El Nido – Our Melting Pot Hostel (3mlm RM168)
Puerto Princesa – Amors Place (1mlm RM70)
Tiket
KLIA2-Manila-Puerto Princesa (RM492)
Puerto Princesa-Manila-KLIA2 (RM477)
Makan
Brahim Food & Masa tour island boleh makan ikan ..grill letak dalam aluminium foil.
Note:
1) Plan ke El Nido dibuat seminggu sebelum bertolak jadi segala urusan seperti tiket flight, booking tempat penginapan dan perancangan semuanya dilakukan last minute iaitu seminggu sebelum perjalanan.
2) Untuk sampai ke El Nido anda memerlukan tempoh masa yang panjang kerana dari KL ke Manila sahaja 4jam. Transit lagi 4jam dan dari Manila ke Puerto Princesa Airport dah ambil masa sejam lebih. Sampai sahaja airport anda harus menaiki van ke El Nido dalam 5-6jam. Banyak company van yg beroperasi di luar airport jadi tak susah nak ke El Nido. 4jam transit waktu yg sesuai kerana domestic flight selalu delay.
3) Saya syorkan kalau nak cari tempat penginapan yg bajet boleh duduk di Our Melting Pot Hostel, Real Street, El Nido sebab dekat sangat dengan centre dan night market. Pekan die tak besar pun kalau duduk di OMP tu jalan kaki dah cukup pergi balik. Night market just kecik je and simple ada la few booth bukak jual souvenir etc..
4) Makanan memang dh plan siap2 bawak brahim sebab halal food susah nak dapat kat sana sebab muslim kurang area sana. Nampak sorang budak muslim bertudung jual souvenir kat night market, so terus sembang kejap and dia cakap memang takde restaurant/kedai halal area sana tak macam sesetengah tempat lain di Philippines yang mana banyak muslim dan tak sukar cari halal food.
5) Aktiviti di El Nido ada banyak selain island tour..boleh jugak hiking taraw cliff..pergi nacpan beach..tu semua tak sempat pergi ?. Oh ya saya pilih tour A & C sebab tu paling popular sekali kat sini. Banyak je kat el nido town, dorang offer package..tapi saya tak ambik kat el nido..ambil terus dari company van yg saya naik dari airport ke el-nido..skali dengan pick up n hantar balik ke hostel lepas island tour.
6) Tour A & C. Dua dua best tapi masa tour A kayak kena naik dua orang tapi sebab solo travel xde partner, so guide join skali dan paling best dia yang dayungkan..saya duk rileks je la dalam kayak.
Sama macam tour C..Tour C ni mencabar sikit sebab macam hidden beach dan secret beach kena berenang sikit dari bot nak sampai ke tempat dia. So siapa yang tak pandai berenang boleh mintak tolong guide tarikkan macam saya.
Tapi at the end saya ikhlas bagi dia tips even dia tak mintak pun sebab fikir banyak gak die tolong and snapkan gambar jugak. Kalau nak direct ikut tour island dengan dia boleh pm saya. Kebetulan kami pun add FB masing2 utk keep in touch.Highly recommended sebab sporting dan friendly.
7) Day 6. Aktiviti cancel sepanjang hari. Plan hari tu nak pegi sama ada zipline/caves tapi sebab kesihatan tak mengizinkan disebabkan muntah-muntah dari malam sebelumnya. Saya rasalah mango shake yang saya beli masa pergi night market di Puerto Princesa City Baywalk Park tu penyebabnya. Terus hilang selera makan dan sepanjang hari terlentang atas katil sebab badan memang lemah. Redha je la.
8) Asalnya nak pergi Coron jugak.Tapi kekangan masa dan bajet. Ada fast ferry dari El Nido to Coron Island setiap hari satu trip. Jangkamasa lebih kurang 4jam.Lagi cepat dari ferry biasa. Boleh google Coron Island.Cantik jugak. Maybe next time lah.
9) Mungkin tak banyak perbezaan Malaysia dengan Philippines jadi sepanjang saya dekat sana dari tuktuk, operator van dan macam2 orang saya jumpa semunya menyangkakan saya orang tempatan. Baru saya tau tuktuk pun ada harga local dimana masa dari Homestay di Puerto Princesa nak ke Puerto Baywalk Park, bila saya sampai terus dia cakap bahasa Phillipines cakap 30p sahaja tapi bila saya cakap English baru dia ingat saya orang luar terus cakap 50p..tapi saya terus bagi 50p je..tak banyak beza lagipun memang nak habiskan syiling.
10) Untuk ke El Nido memang jarak perjalanan jauh disebabkan tiada direct flight dari KL maka kena ambil flight KL ke Manila dahulu sebelum Manila ke Puerto Princesa iaitu airport di Palawan Island dan dari airport Puerto Princesa ke El Nido pun berjam-jam naik van jadi rancangla perjalanan anda sebaiknya.
11) Boleh dikatakan worth it dengan perjalanan jauh anda dapat menikmati pemandangan yang cukup cantik ketika ambil pakej Tour A & Tour C. Saya boleh katakan ia antara top3 destinasi favourite saya sepanjang saya travel jadi diizinkan dan murah rezeki saya tidak menolak untuk kembali ke Palawan mungkin ke Coron pula.
12) Gambar semua pakai Huawei P9 je dan no edit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Labuan digelar Mutiara Borneo dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan kewangan disegani.
Terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sabah, Labuan diletakkan dalam Wilayah Persekutuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956.
Labuan mempunyai pelbagai daya tarikan istimewa, dengan panorama pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam dan aktiviti rekreasi air, snorkeling dan lawatan ke pulau-pulau.
Kedai Bebas Cukai
Tahu tak Labuan turut menjadi destinasi percutian tumpuan pelancong kerana zon bebas cukainya bebas cukai yang menyediakan pelbagai jenis barangan antaranya coklat, makanan dan tembakau yang dijual murah.
Walaupun coklat banyak dijual di tempat lain, istimewanya produk di kedai bebas cukai itu jarang ditemui di tempat lain. Malah, ada antaranya memang boleh ditemui di situ saja.
(War Cemetery Labuan) Memorial Perang Dunia Kedua
Memorial Perang Dunia Kedua di Labuan ini adalah yang terbesar di Malaysia dan menjadi saksi kepada persemadian 3,908 askar yang terkorban pada Perang Dunia Kedua.
Ia adalah tempat utama bagi sambutan Hari Peringatan dan upacara tahunan bagi menghormati wira perang, dijalankan dengan penuh tradisi ketenteraan.
Peace Park (Taman Damai)
Merupakan salah satu tempat wajib bagi pengunjung jika datang ke Labuan. Taman Damai yang tenang di Kampung Layang-Layangan ialah simbol keamanan dan harmoni yang diserikan dengan jambatan gaya Jepun, kolam dan landskap menarik. Taman Damai ialah tanda penghormatan bagi mereka yang bertarung nyawa di Borneo ketika Perang Dunia Kedua.
Surrender Point (Tugu Penyerahan Jepun)
Di sebelahnya ialah Tugu Penyerahan Jepun iaitu tempat Angkatan Tentera Jepun ke-37 menyerah kepada Angkatan Tentera Diraja Australia pada 10 September 1945. Penyerahan penuh bersejarah itu menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua di Borneo. Tugu itu dilancarkan semula pada 2011 dan ia didirikan bagi memperingati askar yang berjuang untuk kebebasan Borneo, sekali gus menamatkan perang.
Muzium Chimney
Ia adalah bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang berusia lebih seabad.
Muzium itu agak unik kerana berdasarkan namanya ramai menganggap ia berfungsi sebagai cerobong asap. Namun, tiada kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam.
Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil & Pulau Kuraman
Pulau Rusukan Besar merupakan salah satu daripada pulau yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Labuan sejak tahun 1994. Terdapat tiga buah pulau yang telah digazetkan oleh kerajaan Labuan iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman. Ketiga-tiga pulau ini terletak berdekatan antara satu sama lain.
Memandangkan pulau ini dikategorikan sebagai taman laut, segala aktiviti yang mengancam dan mengganggu gugat kesejahteraan hidupan marin seperti memancing, memukat dan menangkap ikan adalah tidak dibenarkan.Persekitaran yang cantik dengan suasana yang menyegarkan serta air laut membiru serta jernih menjadi antara daya penarik kepada orang ramai untuk datang ke pulau-pulau ini.
Pulau Rusukan Besar juga dikenali sebagai lokasi pemuliharaan penyu sejak 2011, manakala pemulihan batu karang di sini pula bermula sejak 2015. Antara aktiviti yang menjadi perhatian pengunjung ialah berenang, snokerling serta menikmati keindahan panorama yang ada.
Jika di Pulau Kuraman Besar pula, pengunjung juga boleh berjalan mengelilingi pulau yang mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Selain daripada pelbagai aktiviti, terdapat juga banyak kemudahan yang disediakan buat pengunjung seperti tandas awam, calet, tapak barbeku dan balai informasi pulau.
Pantai Pancur Hitam
Pasti tidak lengkap rasanya jika datang ke Labuan jika tidak menikmati panorama matahari terbenam yang sungguh mempesonakan. Persekitaran Labuan dikelilingi laut menyebabkan kawasan pantai sering menjadi tumpuan pengunjung terutama di hujung minggu untuk menyaksikan fenomena semula jadi itu. Antara pantai terkenal di Labuan ialah Pantai Pancur Hitam.
Pantai Layang-Layang
Pantai Layang-Layangan mempunyai air yang jernih dan pantai yang bersih. Pantai Layang-Layangan turut menjadi tumpuan untuk bergambar kerana di hujung pantai itu terdapat sepohon pokok yang tumbuh di atas batu dan hanya dapat dilihat dengan lebih dekat ketika air surut.
Hutan Royal Belum tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi ini sememangnya lokasi pelancongan negara yang terulung bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Umum mengetahui keindahan dan kemasyhuran kawasan hutan hijau itu membuatkan ia sering menjadi bualan dan mendapat banyak pengiktirafan.
Hutan Royal Belum terletak di Gerik, Perak pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda. Untuk ke destinasi ini, anda boleh memilih samada menggunakan jalan darat atau melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum. Ini perkara menarik ada di Hutan Royal Belum:
Menarik betul Hutan Royal Belum ini. Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...