Sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.
“Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.
Sumber foto: Berita Harian
“Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.
Ads
“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kg Batu, di sini pada Khamis.
Hadir sama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim.
Ads
Mengulas lanjut, melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata, ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.
Ads
Sumber: Sinar Harian
Nak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia, Usha Yang NI dulu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selepas surau dan masjid, rumah ibadat bukan Islam seperti gereja, kuil dan tokong juga dibenarkan beroperasi hanya di zon hijau mulai 10 Jun 2020 depan.
Setiap penganut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk bilangan yang hadir tidak melebihi 30 orang dan tertakluk kepada saiz dan keluasan rumah ibadat berkenaan.
Kebenaran menggunakan rumah ibadat itu hanya untuk warganegara Malaysia sahaja, dan hanya untuk hari-hari penting bagi agama masing-masing.
Warga emas berumur lebih 70 tahun dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan hadir ke rumah ibadat berkenaan.
Saringan suhu badan, penyediaan cecair pencuci kuman dan pemakaian pelitup separuh muka juga adalah sebahagian daripada SOP yang ditetapkan.
Setakat ini kerajaan telah membenarkan 174 rumah ibadat beroperasi di seluruh negara iaitu 84 kuil, 15 tokong, 67 gereja dan lapan gurdwara. Kebenaran itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan setakat ini ia melibatkan kira-kira satu peratus rumah ibadat seluruh negara. Manakala urusan perkahwinan di semua rumah ibadat masih ditangguhkan sambil menyatakan kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik serta-merta jika terdapat sebarang pelanggaran SOP ditetapkan. Bagaimanapun, kesemua rumah ibadat itu masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
(Foto: Google Image)
Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti:
UMUM
Bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut.
Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
Saringan suhu badan, penyediaan pensanitasi tangan dan pemakaian pelitup muka mesti dipatuhi setiap masa.
Kebenaran ini hanya untuk warganegara Malaysia.
Kebenaran ini juga hanya untuk satu hingga dua hari sahaja dalam seminggu bagi hari-hari keutamaan keagamaan masing-masing.
SEBELUM MASUK
Pembersihan premis dan saringan kesihatan.
Menyediakan kaunter saringan kesihatan dan buku rekod.
Pakai penutup hidung dan mulut.
Penganut dilarang berkumpul di luar rumah ibadat.
DI DALAM
Penganut sentiasa berada di tempat yang ditandakan.
Dilarang berkumpul.
Wajib memakai penutup hidung dan mulut.
SELEPAS TAMAT ACARA IBADAT
Pastikan semua penganut keluar dan rumah ibadat ditutup tanpa berlengah.
‘Good Night, Malaysian Three Seven Zero’ adalah mesej radio terakhir yang dihantar dari kokpit MH370 dan ia akan terus bermain di fikiran kita serta kehilangan MH370 akan menjadi misteri penerbangan terbesar di dunia sehingga ada petunjuk baharu atau bukti utama yang ditemui.
Hari ini 8 Mac, genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab.
Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia.
Operasi pencarian terakhir pesawat itu berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi. Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal dari pesawat Penerbangan MH370.
Kisah Waris MH370 – Anak Tidak Pernah Jumpa Bapa Sejak Lahir
Mendengar isi hati Intan Maizura Othman, 38 tahun, iaitu isteri kepada Mohd Hazrin Hasnan yang merupakan sebahagian daripada kru pesawat berkenaan. Tabah dan redha sejak kejadian itu membuatkan Intan terus memujuk dirinya supaya kuat meneruskan kehidupan, meskipun persoalan di benak fikirannya belum bertemu noktah.
“Saya faham bukan mudah Kerajaan Malaysia untuk selesaikan isu ini. Tetapi saya harapkan agar kebenaran itu muncul dan beritahu kami perkara sebenar. Macam mana, di mana, kenapa, siapa di sebalik kejadian ini. Kalau suami saya masih hidup, cakap hidup. Kalau dah tiada, cakap dah tiada. Itu sebenarnya saya dan semua waris hendak tahu,” jawabnya dalam nada sayu.
Lebih memilukan, anak kedua Intan, Muhammad Mohd Hazrin, 5 tahun, tidak pernah berjumpa bapanya sejak dilahirkan. Apabila ditanya: “Kalau boleh jumpa Papa, apa Muhammad nak cakap dekat Papa?”
Anak kecil itu dengan mimik dan nada suara sedih menjawab: “Muhammad sayang Papa, Muhammad rindu Papa.”
Luahan jujur itu membuatkan semua yang berada di majlis tersebut berlinang air mata. Ternyata sosok tubuh kecil itu tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi ungkapan itu sudah cukup jelas betapa rindunya Muhammad terhadap ayahnya.
Menurut Intan, Muhammad kerapkali bertanya kepada beliau: “Mama, Papa dah meninggal ke?”, namun tiada jawapan jelas dapat diberikan kepadanya. Hanya berbekalkan gambar Hazrin, kerinduan Muhammad terubat seketika. Di sebalik air mata Intan yang entah kali ke berapa gugur, sudah tentu yang paling utama buat dirinya, adalah untuk mendapatkan pengakhiran muktamad tentang insiden misteri tersebut.
Kisah Waris MH370 – Setiap Minggu Cuba Telefon Anak
Seminggu sekali, seorang petani di China, Li Eryou akan cuba menghubungi telefon anaknya yang merupakan salah seorang 239 mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, walaupun tidak berjawab.
“Saya tidak peduli apa pun orang kata, saya akan tetap telefon dia walaupun untuk tinggalkan beberapa patah perkataan dalam sistem pesanan ringkas,” kata petani berusia 60 tahun itu.
Berasal dari Handan, wilayah utara Hebei, Li Eryou menyifatkan panggilan yang dibuatnya setiap Sabtu itu merupakan satu perkara wajib yang akan dilakukannya setiap minggu. Anaknya, Li Yanlin, ketika itu berusia 30 tahun, antara yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum ia dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014, bersama 153 lagi warga China.
“Anak saya adalah orang pertama di kampung kami yang dapat menaiki kapal terbang untuk pergi ke luar negara,” katanya ketika ditemu bual Reuters, sambil menyelak album gambar anaknya.
Gambar-gambar terakhir anaknya yang bekerja di Malaysia dengan syarikat telekom Cina, ZTE, dimuat turun dari media sosial, menunjukkan saat-saat ketika dia sedang bercuti.
Sementara itu, isterinya, Liu Shuangfeng berkata dia sering menangis sehingga tertidur dan telah didiagnosis mengalami kemurungan yang teruk. Selepas kehilangan anaknya, Li Eryou meninggalkan kampung dan turut mengabaikan tanamannya kerana perlu berulang alik ke Beijing bagi mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia dan Cina. Ratusan tiket kereta api dan resit dikumpulnya bagi memberi inspirasi dalam usaha mencari anaknya itu.
“Walaupun telah lima tahun berlalu, saya tidak akan menyerah dan tidak akan berputus asa,
“Saya akan terus mencari anak saya,” katanya.
Usaha mencari pesawat MH370 sehingga kini masih lagi tidak berjaya menemui apa-apa petunjuk besar. Pada Januari 2017, Australia, China dan Malaysia mengakhiri carian dasar laut di selatan Lautan Hindi selepas dua tahun, yang mana ia menelan belanja US$141 selepas usaha itu tidak menemui sebarang jejak pesawat. Pencarian kedua dilakukan selama tiga bulan diketuai oleh firma penerokaan Amerika Syarikat Ocean Infinity, juga berakhir pada Mei tahun lalu.
AirAsia Group Bhd mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd untuk mengurangkan beban kewangan syarikat dan kumpulan.
Keputusan itu diambil berikutan situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19. Sekatan perjalanan dan keadaan yang tidak menentu menjejaskan permintaan untuk perjalanan perniagaan dan percutian menyebabkan pengurangan dan pembatalan penerbangan. Faktor ini telah memberi impak kepada keupayaan syarikat untuk terus beroperasi.
Penutupan hanya menjejaskan penerbangan domestik dan antarabangsa yang dikendalikan oleh AirAsia Japan di Jepun dengan kod surat DJ. Sejak penubuhannya pada Julai 2014, syarikat telah menjalankan penerbangan domestik dan antarabangsa dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair, terletak di luar Nagoya.
Ia tidak menjejaskan penerbangan lain ke dan keluar dari Jepun yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan lain dalam Kumpulan AirAsia.
Perkhidmatan antarabangsa ke Jepun, dari Malaysia, Thailand dan Filipina akan disambung semula pada masa depan selepas sekatan perjalanan ditarik balik dan sempadan dengan Jepun dibuka semula.
Langkah lanjut kepada keputusan ini akan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan termasuk Akta Aeronautik Awam Jepun. Kami telah membatalkan semua penerbangan. Semua pelanggan yang terjejas akan dihubungi melalui e-mel dengan maklumat lanjut dalam masa tujuh hari akan datang.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...