Apabila mempunyai anak-anak kecil, percutian bersama keluarga pasti berlainan dari sebelum ini, malah ia sebenarnya merupakan satu cabaran! Ibu atau ayah bukan sahaja perlu memikirkan jenis bilik untuk anak-anak, makanan yang sesuai untuk mereka, tetapi perlu merancang aktiviti yang sesuai dilakukan untuk orang dewasa dan si kecil supaya semua dapat menikmati percutian tersebut.
Yang mempunyai keluarga pasti faham bukan mudah untuk mencari penginapan yang selesa untuk anak-anak, apatah lagi buat keluarga yang besar! Percutian dengan kanak-kanak kecil akan menjadi pengalaman yang menarik apabila keluarga dialu-alukan dalam keadaan yang sesuai.
Photo: ademlock.com.my
Tidak perlu pergi jauh, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur pilihan terbaik untuk percutian anda sekeluarga ketika cuti sekolah. Tersergam di tengah kawasan Kampung Baru, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur adalah lokasi penginapan bertaraf empat bintang dengan pemandangan yang menarik dari jendela kamar.
Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur menawarkan 276 bilik termasuk suite yang berkonsep moden. Anda dan keluarga boleh membuat pilihan untuk menginap di bilik jenis unit kamar Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite, Executive Suite hingga suite jenis apartment yang dilengkapi satu, dua dan tiga bilik tidur berserta wifi percuma. Bilik jenis apartment sangat dicadangkan jika anda mempunyai keluarga yang besar.
Berada di dalam kamar dikelilingi panorama kota pasti menggembirakan seisi keluarga terutama kanak-kanak.
Paling istimewa, kolam renang infiniti berlatar belakangkan bangunan pencakar langit yang terletak di aras 14 membolehkan anda dan keluarga menikmati suasana liburan yang ‘mewah’. Kolam renang ini dijuga diasingkan kepada beberapa bahagian tertentu iaitu kolam dewasa bahagian lelaki, kolam dewasa bahagian wanita dan kolam untuk kanak-kanak.
Ads
Percayalah, kanak-kanak adalah individu paling gembira berada di bahagian kolam renang ini. Jangan risau waktu mana sekalipun anak anda ingin berenang di kolam ini, mereka tidak akan terasa bahang panas matahari kerana kolam renang ini berbumbung dan mempunyai pengaliran udara yang baik.
Sekiranya lapar, anda tidak perlu keluar dari hotel untuk mencari sarapan, makan tengahari atau makan malam. Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur menawarkan beberapa restoran, lounge dan kafe dengan suasana berbeza.
Terletak bersebelahan dengan lobi daftar masuk, Tamu Junction Place dibuka sepanjang hari dari pagi hingga ke tengah malam untuk bersantai atau menjamu selera. Pelbagai menu lazat disediakan menggamit pengunjung dengan pelbagai sajian menarik seperti Cucur Udang, Lempeng Kelapa, Tamu Mee Rebus, Asam Laksa Utara, Tamu Mee Goreng Mamak, Tamu Kway Teow Goreng dan pilihan pasta.
Ads
Ads
Pengunjung yang suka akan masakan tempatan dan asli bolehlah berkunjung ke restoran Suasana@27 yang menawarkan pelbagai pilihan sajian yang lazat daripada air tangan chef berpengalaman. Sambil menjamu selera anda boleh menyaksikan panorama bandaraya Kuala Lumpur yang begitu indah.
Ruang makan peribadi turut disediakan di Sky Lounge, terletak di aras 40 dilengkapi dengan pelbagai menu di samping memaparkan pemandangan sekitar. Untuk makluman, penginapan di sini tidak menyediakan sebarang hidangan alkohol untuk tetamu.
Foto: rasa.com.my
Menarinya, lokasi strategik Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur membenarkan tetamu ke mana sahaja dengan mudah. Kalian boleh memilih berjalan kaki terus dari hotel tersebut menuju ke tempat menarik yang terdapat di kampung Baru. Kemudahan pengangkutan awam juga mudah untuk diakses jika anda ingin ke destinasi lain seperti Kuala City Center (KLCC), Menara Kuala Lumpur. Jika anda masih perlukan hiburan keluarga, pusat membeli-belah ada berdekatan dengan Tamu. Pusat membeli-belah ini hanya kurang 15 minit dengan berjalan kaki! Anda sekeluarga pasti tidak berasa bosan memilih untuk menginap di sini.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan whatsapp 016-2266844 (En Shaik)/ 011-63883599 (Pn Mia) atau atau layari tamuhotel.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kebiasaannya kalau pergi bercuti atau melakukan aktiviti camping pasti akan dilakukan bersama anak-anak atau ahli keluarga lain.
Tetapi bagaimana pengalaman jika hanya kita berdua bersama pasangan sambil melayan keindahan suasana alam semulajadi.
Perkongsian Siti Mariam Zulkifli Ramond yang menghabiskan masa dua hari satu malam melakukan aktiviti camping di PD Wellness Port Dickson bersama suami tersayang.
Ternyata tanpa kehadiran anak-anak, memberi kelebihan pasangan ini menghabiskan masa bersama tanpa gangguan luar.
2 Hari 1 Malam Layan Camping Dengan Suami
First time nak share experience camping kat FCM.. – PD Wellness Zone, Teluk Kemang Port Dickson – 19 – 20 Mac 2022 – Mr Lim 017-414 8311( terbaik service dia)
Last minit planning. Jumaat malam tetiba en husband cakap dia stress kerja & nak tenangkan fikiran. Terus dia suruh call Mr Lim untuk tanya ada tapak kosong tak esok pagi.
Syukur Alhamdulillah ade tapak untuk walk in. Khemah kecil je. Memang senang la nak selit tapak di celah-celah banglo-banglo kayangan
Kali ni nak try camping berdua je. Tak bawak anak-anak sebab nak relax-relax je. Bawak setakat stove kecik dengn basic cooking set.
Pinggan pun tak bawak sebab memang plan nak tapau je makanan kat area situ. Standby jugak lak meggi + telur dengan harapan dapat tangkap ketam malam itu.
Tak lupa juga nes n Cadbury chocolate 3 in 1 untuk minum malam-malam.
Air laut kat sini memang bersih. Kebetulan tak ramai orang pulak kali ni. Toilet pun tak crowded langsung. Maybe sebab Isnin dah start sekolah kan. – Fasiliti kat sini bagi saya dah cukup lengkap kalau nak datang dengan family. Kawasan pun bersih dan happening dengan lampu. – Plug Point ( RM10 ) – Tandas & Bilik Mandi agak bersih. Kalau orang ramai tak boleh nak kata la. ( 8.00 malam ke atas free. Siang berbayar ) – Sinki – Sewaan Pondok – Gerai jualan makanan ada di sekitar campsite. Kalau rajin jalan depan sikit dah sampai Dataran Teluk Kemang – Surau – Parking RM3.00 sehari (Dekat dengan tapak campsite. Ikut kekosongan yang ada)
Tapau nasi lemak sesiap kat Petronas.
View laut memang nice. Tiada gangguan si khemah biru. Aktiviti yang boleh buat kat sini macam biasa la kalau datang Pd.
Confirm akan repeat lagi dengan anak-anak sebelum Ramadhan. Merajuk anak-anak sebab mak bapak pergi camping tanpa dorang..kantoi bila dorang buat video call nak tanya kenapa mak bapak tak balik-balik rumah lagi..
Disebabkan wabak pandemik, nak keluar bercuti ke luar negara tidak dibenarkan ketika ini. Ada yang rindu nak ke Bandung? Anda perlu lupakan percutian ke Bandung seketika, namun di Noghori Sombilan pun tak kurang hebatnya, ada satu lokasi 'mirip' port popular di Bandung.
ATV Kg Jkin Extreme Park, terletak di laluan lama Seremban – Kuala Pilah, atau di kenali sebagai Bukit Putus yang berdekatan Ulu Bendul. Nak bergambar ala-ala macam kat bandung? Anda boleh datang singgah ke sini.
Tempat ini memang sesuai bagi orang yang sukakan nature dan aktiviti extrem. Memang kena dengan jiwa sis.
Antara aktiviti yang ada
Flying fox
Hiking bukit putus
Rock climbing
Buaian extreme
MTB fun ride
Aktiviti air ( gelongsor air & monkey zipline)
ATV
Nak lagi best dan jimat boleh ambik pakej menginap + free aktiviti. Antara penginapan yg ada:
Cendana (Rumah hobbit)
Rumah hobbit ( Rumah bawah tanah)
Rumah pokok
Chalet
Dorm
Bilik
Sis nak ambik pakej rumah hobbit bawah tanah tapi sebab dah full, so ambik bilik saja. Pakej yang sis ambik penginapan Rm 130 (weekday) untuk dua orang dan yg paling best free aktiviti air, monkey zipline, gelongsor air & buaian, buaian extreme & flying fox, dan sarapan utk dua org. Nak tahu lebih lanjut tentang pakej-pakej ini try ke Facebook ATV KG JKIN
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Palembang, daerah yang tidak asing bagi pelancong terletak di Sumatera Selatan, Indonesia. Kota ini padat dengan 1001 kisah sejarah. Kalau masyarakat Malaysia, kita mengenali Palembang bermula dengan sejarah Parameswara, yang asalnya dari Kota Palembang, kemudian berkelana ke tanah Melayu dan membuka Melaka. Palembang menyimpan pelbagai cerita dan destinasi menarik yang boleh diteroka.
Antara lokasi unik yang ada di Palembang adalah sebuah pasar harian yang dikenali Pasar Pocong. Dengar nama pasar pun sudah seram ini kan untuk singgah di lokasinya betul-betul berada di kawasan tanah perkuburan.
Pasar Pocong terletak di Jalan Telaga Swidak, 14 Ului, Kecamatan Seberang Ulu I, Palembang dan sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Kota Palembang. Beroperasi dari awal pagi hingga tengah hari, Pasar Pocong ini sudah wujud hampir 17 tahun.
Dahulu, nama asal bagi Pasar Pocong ini dikenali sebagai Pasar Pagi Naga Swidak. Namun dek kerana ditempat di tengah kawasan tanah perkuburan, orang ramai mula menggelarkan ‘Pasar Pocong’ yang sinonim dengan kisah masyarakat di sana jika ada kawasan perkuburan pasti ada pocong (sejenis hantu).
Sejak itu Pasar Pocong sangat terkenal bukan sahaja buat penduduk tempatan malah penduduk luar dari daerah lain serta pelancong asing. Rata-rata berpendapat, selain namanya yang unik dan seram, sebab lain mereka datang berbelanja di sini kerana harga yang ditawarkan cukup murah berbanding pasar lain.
Tidak lari daripada perkara mistik, peniaga di sini juga seringkali dikatakan diganggu dengan kemunculan susuk lembaga yang menyeramkan. Namun belum pernah lagi terjadi perkara yang lebih buruk. Menurut ahli jawatankuasa yang menjaga kawasan tersebut, ini mungkin disebabkan niat peniaga yang menumpang ditempat tersebut hanya untuk mencari rezeki dan tidak lebih daripada itu.
Setiap minggu juga, setelah selesai urusan jualan, semua peniaga akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar agar lebih bersih dan kemas. Berbeza dengan sebelum ini, kawasan tanah perkuburan ini dibiarkan dengan semak dan lalang yang tinggi akibat tidak mempunyai peruntukan untuk kerja-kerja pembersihan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...