Tangguh Hasrat Nak Ke New Zealand, Negara Ini Mungkin Tutup Sempadannya Sepanjang Tahun 2021

Share

New Zealand adalah sebuah negara yan sangat cantik dengan pemandangan semula jadi dan menjadi impian setiap pelancong untuk datang ke sini.

Namun untuk sepanjang tahun 2021, impian untuk ke sini terpaksa ditangguhkan kerana sempadan New Zealand mungkin ditutup hampir sepajang tahun dengan pegawai kesihatan menilai pelaksanaan vaksin global.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, kemunculan penularan komuniti pertama dalam tempoh lebih dua bulan pada hujung minggu lalu menunjukkan masih wujud bahaya ditimbulkan Covid-19 kepada sebuah negara yang dipuji atas tindak balasnya mengawal Covid-19.

Kredit: Pexel.com

Katanya, kerajaan tidak akan membuka semula sempadan negara yang telah ditutup secara efektif untuk semua orang kecuali warga yang kembali sejak Mac lalu, sementara wabak itu masih menular di seluruh dunia.

“Memandangkan risiko yang terdapat di seluruh dunia dan ketidakpastian pelaksanaan vaksin global, kita mungkin menjangkakan sempadan akan terus ditutup sepanjang tahun ini,” katanya kepada wartawan.

Namun, Ardern berkata, New Zealand akan terus melakukan gelembung perjalanan dengan negara-negara kepulauan Australia dan Pasifik, yang juga sebahagian besar berjaya mencegah atau mengawal virus berkenaan.

Kredit: Pexel.com

Rancangan untuk membuka gelembung perjalanan pada akhir bulan Mac menimbulkan tanda tanya ketika Australia menangguhkan perjalanan tanpa kuarantin untuk warga New Zealand sebagai tindak balas terhadap kes penularan komuniti terbaru.

Ardern mengatakan bahawa kes itu – seorang warga New Zealand berusia 56 tahun yang baru pulang dari Eropah – “terkawal” dan mengkritik Australia kerana mengenakan semula kuarantin untuk warga New Zealand.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan:

Rice Paddy Art, Lokasi Unik Ini Diiktiraf World Largest Rice Paddy Art Oleh Guinness World Record

“Kalau Ada Saman, Kena Setel Di Airport Sebelum Balik” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sewa Kereta Di Tanah Arab!

Wanita Ini Kongsi Itinerari 7 Hari Perjalanan Penuh Mencabar, Demi Melihat Keindahan Kashmir, India

IKLAN